BAB 10
" Tahniah!" ucap Tengku Razlan sebaik sahaja
dia bertembung dengan pembantu mamanya pagi itu di halaman villa putih yang
tersergam indah itu. Semalaman dia tidak dapat tidur kerana pembantu kesayangan
mamanya ini. Kerana gadis inilah dia bermalam di villa orang tuanya. Dan,
kerana gadis ini jugalah dia keluar ke pejabat seawal ini sebab dia memang
bercadang hendak bertembung dengan gadis itu.
" Tahniah? Tapi ... untuk apa?" tanya Zara
terpinga-pinga sambil menghentikan langkah kakinya. Wajah anak tunggal
majikannya dipandang pelik. Dahinya pula berkerut seribu dan jari telunjuk
tangan kanannya menggaru-garu dahinya sedikit. Rasanya dia takde pula menang
apa-apa peraduan atau pertandingan. Dia kemudiannya memandang tepat ke wajah
anak majikannya itu meminta penjelasan lanjut.
" Tahniah sebab awak dilamar kekasih hati awak
semalam ... kat Coffea Beans!" jelas Tengku Razlan cuba mengingatkan gadis
di hadapannya.
Matanya yang redup itu terus menangkap sebentuk cincin
emas putih belah rotan yang tersarung cantik di jari manis gadis itu. Segaris
senyuman terus terukir di bibir mungil gadis itu.
" Oh! Pasal cincin tu yea. Hissh ... Encik Tengku
salah faham ni," kata Zara ringkas dengan bibir mungilnya tersenyum
sumbing. Nampaknya mamat ni nampak semua yang berlaku di Coffea Bean semalam. Dan,
mamat ni dah salah faham.
" Hmmm ... tak payahlah malu-malu. Baguslah dia dah
melamar awak. Maksudnya dia seriuslah dengan awak. Cuma tak sangka yea,
perempuan macam awak ni pun pandai memilih juga yea?" sinis saja soalan yang diutarakan
Tengku Razlan. Begitu juga dengan sorotan matanya yang redup itu.
" Kalau Encik Tengku Razlan ni tak nak percaya cakap
saya tu ... terpulanglah. Saya tak rugi apa-apa pun. Tapi ... apa maksud encik
cakap saya ni pandai memilih? Boleh cakap betul-betul sikit tak? Saya ni tak
faham cakap separuh-separuh atau belok-belok ni," tenang saja nada suara
gadis itu. Tengku Razlan mencebikkan sedikit bibirnya.
" Maksud aku, engkau ni pandai juga pilih kekasih. Siap
pilih yang ada iras-iras mat saleh lagi. Tinggi juga citarasa kau yea! Tapi ...
aku tak terkejut pun. Perempuan-perempuan miskin macam kau ni memang suka
menjerat lelaki-lelaki kaya kan? Barulah dapat merasa hidup senang. Betul tak?,"
sindir Tengku Razlan sambil matanya tertancap tepat ke wajah gadis di
hadapannya.
Jangkanya tadi pasti gadis itu akan bertempik marah macam
tarzan padanya, tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Sebuah senyuman manis pula
yang dihadiahkan si gadis untuknya. Hissh .... ni yang geram ni, gerutu Tengku
Razlan di dalam hatinya.
" Kau ni peliklah! Aku menyindir kau dan kau masih mampu tersenyum
lagi! Kau ni takde perasaan ke apa?" sambung Tengku Razlan tak puas hati
dengan reaksi tenang yang dipamerkan Zara.
" Macam mana saya nak marah. Satu ... sebab saya langsung tak terasa dengan yang
Tengku cakap. Dua ... sebab cara Tengku
cakap ni kelakarlah. Yang Tengku
bersusah-susah hendak mengambil tahu urusan saya tu kenapa? Atau ... dalam diam ... Tengku ni sebenarnya ada hati
kat saya! Iyalah .... saya cakap macam tu sebab cara Tengku bercakap tu macam
orang tengah melepaskan geram jea," balas Zara dengan selambanya sebelum
tersenyum sinis memandang lelaki di hadapannya. Mata bundarnya dikecilkannya
sedikit.
Berubah air muka
Tengku Razlan mendengarkan kata-kata selamba pembantu mamanya itu. Tak
semena-mena hatinya dilanda rasa marah dan sakit hati yang teramat sangat dengan
kata-kata selamba gadis itu tadi.
" Eh! Apa kau cakap ni? Cermin sikit muka kau tu
yeak! Eh! Kau dengar sini. Kau lupa
kedudukan engkau yea. Engkau tu pembantu mama aku saja dan aku ni CEO TR
Holdings. Ada hati rupa-rupanya nak jadi Cinderella. So sorry Cik Zara! I'm not
interested to be your prince charming," kutuk Tengku Razlan
terang-terangan.
" And ... I never said that I want to be your
princess or lover! Where do you get that idea at the first place Yang Mulia
Tengku Razlan?" balas Zara membela dirinya dengan berani. Poyolah mamat
ni. Sesuka hati jea mengutuk orang pagi-pagi buta lagi. Buat rosak hari orang
jea, kata Zara di dalam hati kecilnya.
Terdiam Tengku Razlan buat seketika. Dia tak sangka gadis
itu akan melawan semula kata-katanya dengan soalan yang sinis sekali. Dia mengetapkan
bibirnya geram.
" Ah! Kau ni memang pandai menjawab. Eh! Kau dengar
ni dan drill kata-kata aku ni dalam-dalam kat otak kau yang lembap tu baik-baik.
Kau tu bukan selera aku dan jangan memandai-mandai nak cakap yang aku ni ada
hati kat budak miskin macam kau! Faham!"
Zara hanya tersenyum saja mendengarkan kata-kata anak
majikannya itu. Seolah-olah dia langsung tak terusik dengan kutukan keras anak
tunggal majikannya itu.
" Mmm .... baguslah kalau saya ni langsung tak
menepati selera Tengku. Untuk pengetahuan Tengku, saya ni ... tak berminat
langsung pada lelaki yang kaki kelab malam, kaki mabuk dan kaki segala kerja
maksiat macam Tengku ni. Tak sesuai langsung untuk dijadikan bapa kepada bakal
anak-anak saya. Did I make myself clear? Ada faham?" balas Zara sambil
mengungkitkan sedikit kening kanannya.
Sekali lagi dengan selambanya Zara menuturkan setiap bait
kata-katanya membidas ego Tengku Razlan. Merah padam wajah Tengku Razlan
mendengarkan kata-kata Zara yang bersahaja tetapi sungguh tajam menikam ego
lelakinya. Belum ada seorang perempuan pun yang berani cakap macam itu kepada
dia selama ini!
" Oh! So ... baguslah kalau aku ni tak layak jadi
bapak pada bakal anak-anak kau! Aku pun tak sudi tau tak! Cuma sekarang ni aku
nak tanya ... siapa kau untuk mempersoalkan cara aku menguruskan hidup
aku?"
" Sebab saya seorang Islam dan Tengku pun seorang
Islam. Memang dah jadi kewajipan saya untuk menegur perbuatan tak elok Tengku. Lagipun,
saya ni kan miskin. Hanya dengan cara ini saja yang mampu saya buat untuk
mendapat pahala sedekah. Nabi s.a.w pernah bersabda 'beramar maaruf dan nahi
mungkar serta menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga dianggap
sebagai satu bentuk sedekah," kata Zara tersenyum sambil memandang Tengku Razlan.
Wajah putih anak majikannya dalam sekelip mata telah
bertukar merah seperti naga yang sedang menunggu untuk menghamburkan api dari
mulutnya. Tersenyum lebar Zara bila melihatkan wajah putih melepak anak
majikannya merah menyala macam naga tengah marah. Cuma takde asap jea yang
keluar dari lubang telinga mahupun lubang hidung. Kalau tidak memang sah-sah
macam naga. Naga kacak. Hahahaha ... marah-marah pun dia masih sempat lagi
memuji kekacakkan makhluk ciptaan tuhan ini. Sekadar memuji jea. Tak salahkan!,
gelak Zara di dalam hatinya.
"Amboi! Siap bertazkirah kau yea! Kau ni senyum ...
senyum menyindir yea. Saja jea nak buat aku sakit hati kan!" tingkah
lelaki itu menahan marah.
" Tak. Bukan macam tu. Saya tersenyum sebab senyum
pun sedekah dan ibadah tau! Bukannya saya menyindir Tengku. Tengku jea yang
salah faham. Itulah masalahnya kalau kita dangkal ilmu agama. Asyik nak salah
faham dan perasan jea," balas Zara yang masih tersenyum sambil
menjongketkan keningnya seperti Ziana Zain.
Lelaki itu mulai mengetap bibirnya. Wajahnya pula menjadi
semakin memerah. Senyum Zara semakin lebar bila dilihatnya telinga lelaki poyo
itu juga mulai berubah merah. Hehehe ... macam telinga Mickey Mouse masa nak
mengurat Minnie Mouse, gelak Zara di dalam hatinya. Sangkanya lelaki itu akan
berhenti menyindirnya tetapi rupa-rupanya tidak.
" Oh! Kiranya ... hari ni .... hari bersedekah sedunia kau lah yea? Itu yang
kau bagi aku tazkirah percuma pagi-pagi buta lagi ni?," tanya lelaki itu sinis
sambil melangkah perlahan ke arah Zara.
Senyuman Zara semakin lebar sambil menganggukkan
kepalanya sebelum menjawab pertanyaan Tengku Razlan. Sedikit pun tidak
terlintas di fikirannya akan bahana dari kata-katanya nanti.
" Kiranya begitulah. Tengku pun kenalah rajin
bersedekah supaya bala tak datang menghampiri Tengku. Apa kata Tengku mulakan
dengan senyuman dan berfikiran positif. Hari Tengku akan menjadi lebih indah.
Saya pun nak minta maaf sebab pagi-pagi lagi dah buat Tengku marah," kata Zara ikhlas dan masih lagi tersenyum. Tengku
Razlan pun tersenyum, tetapi penuh makna tersirat. Dan, kini kedudukannya
dengan gadis itu begitu dekat sekali.
" Mmm ... macam tu yea! Aku maafkan kau. Cuma
aku nak mulakan hari aku dengan
ini," kata lelaki itu dan pantas menarik Zara ke dalam pelukannya. Zara
yang tidak sempat mencerna maksud kata-kata
Tengku Razlan itu, terpegun seketika sebelum meronta untuk melepaskan dirinya. Zara
mulai panik apatah bila lelaki itu mulai
merapatkan wajahnya ke wajah Zara dan sebuah ciuman hinggap di pipinya.
Menyirap darah Zara dibuatnya. Dengan sekuat tenaganya
dia menolak lelaki itu dan terus melempang anak majikannya itu sekuat hatinya.
Panggg...!
" Kurang ajar," tengking Zara sebelum
cepat-cepat melarikan dirinya ke dalam villa itu sebaik melempang Tengku
Razlan. Tengku Razlan mengusap pipi kanannya yang menjadi mangsa pelempang
Zara. Ishh ... sakitnya. Mesti birat pipinya ni. Ah! Dia tak kisah. Dia puas
hati.
Hah! Puas hati aku, bisik Tengku Razlan di dalam hatinya
sebelum meneruskan langkahnya ke arah keretanya dan terus memandu keretanya keluar dari perkarangan villa itu. Dan, di
dalam kereta itu, memang dia tidak henti-henti tersenyum. Nampaknya hari ini
memang hari senyum sedunia dia!