Home Novel Cinta DIA CINTAKU
BAB 54

BAB 54

" Jangan takut. Kami polis. Tengku Razlan dan Cik Zara kan?" tanya satu suara tiba-tiba. Jelas kelegaan di wajah Zara dan Tengku Razlan sebaik mendengar kata-kata lelaki yang memperkenalkan diri mereka sebagai polis itu.

" Sila ikut kami. Jangan risau. Satu lagi team kami telah ke rumah usang yang dijadikan tempat mengurung Tengku dan Cik tadi. Kedua-dua penjahat itu telah ditangkap. Ketua mereka kita dah tangkap petang tadi di bandar," jelas salah seorang anggota polis yang disangkakan penjahat tadi.

Tengku Razlan menarik nafas lega sebaik mendengarkan penerangan anggota polis yang tinggi itu. Begitu jua Zara. Mereka berdua memanjatkan rasa kesyukuran yang tak terhingga kepadaNYA . Sesaat kemudian mata mereka berdua saling bertembung, sebelum sebuah senyuman lega terukir di bibir masing-masing sementara hati kecil mereka pula tidak habis-habis memanjatkan kesyukuran kepada Illahi.

JAMtepat menunjukkan pukul sebelas malam. Selalunya pada waktu-waktu sebegini, villa Tan Seri Tengku Azmi dan Puan Seri Salma yang terletak di atas bukit itu suram dan sunyi sepi saja. Tetapi, tidak hari ini. Seperti mana indahnya malam yang dilimpahi dengan cahaya bulan penuh, begitu jugalah villa di atas bukit itu. Terang benderans. Sesekali terdengar suara anak-anak mengekek ketawa riang dan suara orang berbual-bual.

Puan Seri Salma tersenyum senang melihatkan keletah Ian dan Nadine yang sedang bermain-main dengan suaminya. Begitu juga Tengku Razlan dan Zara sebelum Zara berdehem perlahan. Si kembar terus menoleh ke arah mama mereka.

" Ian ... Nadine ... dah lewat malam ni. Pergi tidur yea. Esok boleh main lagi," kata Zara lembut.

" Mmm ... okay, mama," jawab si kembar tanpa bantahan sebelum mencium pipi Zara dan beredar ke bilik tidur.

" Eh! Takkan mama jea kot. Papa, nenek dan atuk pun nak good nite kiss juga," kata Tengku Razlan sambil tangannya pantas menangkap dan terus merangkul si kembar ke dalam pelukannya. Terkekek-kekek si kembar di dalam pelukan Tengku Razlan sebelum mencium pipi papa mereka. Setelah mencium nenek dan atuk mereka, terus pasangan kembar itu berlalu ke bilik tidur mereka.

Zara berdehem sedikit sebelum bersuara. Semua mata terarah padanya.

" Eeerghh ... kalau Tan Seri, Puan Seri dan Tengku tak keberatan, ada banyak benda saya nak cakap," dengan cermat Zara menutur kata-katanya sambil matanya memandang setiap orang di ruang tamu itu.

" Cakaplah Zara. Apa yang Zara nak cakap?" tanya Puan Seri Salma lembut.

" Mmm ... pertama sekali ... saya nak ucap terima kasih sebab tolong jagakan anak saya. Terima kasih juga saya ucapkan pada Tengku sebab selamatkan saya. Banyak yang saya fikirkan sepanjang saya diculik. Peristiwa ni berlaku ... mmm ... mungkin sebab tuhan nak sedarkan saya supaya tidak mementingkan diri saya saja sehingga menafikan hak orang lain. Saya benar-benar memohon maaf daripada Tan Seri sekeluarga dan Tengku Razlan terutamanya kerana cuba menafikan pertalian darah antara Tengku dengan Ian dan Nadine ... dan cuba menghalang hubungan bapa dengan anak serta hubungan atuk dan nenek dengan cucu mereka. Maafkan saya kerana bertindak terlalu mengikutkan perasaan," kata Zara perlahan dan lambat-lambat.

" Tidak Zara!", bantah Tengku Razlan tiba-tiba.

" Errghh ..." Hanya itu saja yang mampu terkeluar dari bibir Zara.

Kini semua mata tertumpu ke arah Tengku Razlan. Puan Seri Salma mulai mengerutkan dahinya. Begitu juga dengan Tan Seri Tengku Azmi. Air mata jernih mulai mengalir keluar dari tubir mata Zara.

" Saya faham kalau Tengku marah dan tak nak maafkan saya," kata Zara sayu sambil menundukkan kepalanya memandang lantai. Air matanya dikesat dengan belakang telapak tangannya.

Puan Sri Salma menjegilkan matanya ke arah anak tunggalnya. Tan Seri Tengku Azmi pula memandang tajam tepat ke mata Tengku Razlan. Tengku Razlan hanya menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan tatkala melihatkan isyarat-isyarat 'maut' yang dihantar oleh orang tuanya. Bukannya dia tak faham maksud 'isyarat-isyarat' itu semua.

" Nampaknya semua orang salah faham. Apa yang Raz nak cakap sebenarnya ialah semua yang berlaku ni salah Raz. Bukannya salah Zara. Zara TIDAK perlu minta maaf. Kalau Raz tak 'kaki perempuan' ... tukar perempuan macam tukar baju, mesti benda ni tak berlaku. Dan, kalaulah dulu Raz tak ikut rasa hati, cemburu membuta-tuli, pasti Zara masih lagi isteri Raz dan Raz pasti sedang berbahagia dengan Zara dan si kembar," panjang-lebar Tengku Razlan.

Keadaan senyap seketika sebelum Puan Seri Salma bersuara.

" Apa kata Raz dan Zara rujuk semula?" cadang Puan Seri Salma sambil diiyakan suaminya tanda bersetuju dengan cadangannya.

Zara dan Tengku Razlan saling berpandangan dan terus bertukar pandang tanpa sebarang kata. Lidah masing-masing terus terasa kebas, terutamanya Zara Melrose!

DIAMtak diam sudah enam bulan peristiwa Zara dan anak-anaknya diculik berlalu. Tengku Razlan pun telah mulai menerima kenyataan kerasnya hati Zara. Nampaknya, memang tak mungkin dia dan Zara berpeluang untuk sebumbung lagi. Dia redha. Namun begitu, sesekali rasa ngilu dan rawan akan bertandang mengetuk pintu hatinya. Ah! Sakit sungguh rasanya bila cinta tak kesampaian ni, rungut hati kecil Tengku Razlan. Tali lehernya dilonggarkan. Tak tahu kenapa dia merasa resah dan gelisah tanpa sebab hari ini. Lengan kemejanya dilipat ke paras siku sebelum menyandarkan badannya ke dinding lift yang sedang dinaikinya itu.

Sebaik tiba di tingkat yang menempatkaan bilik pejabatnya, Tengku Razlan terus melangkah keluar dari lift. Baru beberapa tapak kakinya melangkah, matanya tertangkap kelibat seseorang semasa melintasi kawasan pantri. Ah! Itu pasti Cik Setiausahanya sedang membuat minuman kot, desis hatinya.

" Lina ... buatkan saya kopi secawan," jeritnya semasa melintasi pantri tadi tanpa sedikit pun menoleh ke dalam pantri.

Langkahnya terus dilajukan ke arah bilik pejabatnya. Sebaik pintu bilik pejabatnya dibuka, matanya terus tertancap pada sebakul bunga rose berwarna merah menyala di atas meja kerjanya. Bau wangi bunga rose merah itu semerbak memenuhi ruang pejabatnya. Dia hanya tersenyum sumbing.

Hai! Perempuan manalah yang buang duit beli bunga ni. Cinta hatinya hanya milik Zara saja tau, desis hatinya sambil melabuhan dirinya di atas kerusi kerjanya. Tanpa menghiraukan kewujudan bunga di atas mejanya itu, Tengku Razlan terus berpusing ke belakang mengadap komputernya. Ada laporan yang perlu dia sediakan sebelum mesyuarat terakhir antara syarikatnya dan Fairways Holding bermula petang nanti.

Nampaknya, seperti mana hubungannya dengan Zara yang tak mungkin bertaut semula, begitulah dengan projek kerjasama mereka ini. Projek itu hampir siap dan ini adalah mesyuarat penyelarasan kerja yang terakhir antara kedua-dua syarikat. Pasti selepas ini Fairways Holding akan pastikan tiada lagi projek kerjasama dengan syarikatnya.

Fokus sekali dia dengan kerjanya. Hanya apabila terdengar pintu biliknya dibuka dan bau kopi menerjah deria baunya, dia bersuara. Itu pun tanpa menoleh ke belakang.

" Lina ... bawa keluar bunga tu. Saya tak suka. Thank you for the coffee," katanya tegas seperti biasa.

Tanpa sebarang kata, gubahan bunga rose di dalam bakul itu dibawa keluar. Bilik pintu pejabat tuan besar TR Holdings itu ditutup perlahan.

Selang beberapa minit, Tengku Razlan bangun dari kerusinya. Cawan yang berisi kopi yang masih berasap nipis itu disisipnya perlahan. Dahinya berkerut sedikit. Disisipnya lagi air kopi itu. Terus cawan kopi itu diletakkan di atas meja semula. Dia terus melangkah keluar dari biliknya dan terus menuju ke meja Cik Setiausahanya.

" Siapa yang buat kopi saya?" tanya Tengku Razlan memandang tepat ke wajah Lina yang nampak cuak semacam. Belum sempat Lina menjawab, ada suatu suara yang menyahut dari belakang Tengku Razlan.

" Saya yang buat. Tak sedap ke?" tanya suara yang amat dikenali dan dirindui Tengku Razlan sepanjang enam bulan ini.

" Zara? Bila sampai? You masuk meeting ni nanti ke? Kenapa I tak tahu?"

" Subuh tadi. Tak. Saya datang bukan sebab meeting tu. Meeting tu staff saya yang akan uruskan. Saya datang ni sebab saya ada urusan lain," jawab Zara tersenyum manis. Tengku Razlan terasa hampa.

" Kenapa dengan kopi yang saya buat? Tak sedap ke? Atau ... dah ada 'si pembuat kopi' yang lain?" tanya Zara lagi mengubah topik sambil menjongketkan keningnya sedikit.

" Hahaha ... mana ada orang yang buat kopi sesedap orang kat depan saya ni.Takkan ada pengantinya," balas Tengku Razlan sambil tersenyum senget.

" Mmm ... thank you. I'm flattered! So ... adakah itu juga bermaksud nama 'ZARA MELROSE' masih lagi terukir cantik di hati Tengku?" bisik Zara di telinga kanan Tengku Razlan lembut sambil menjongketkan sedikit kakinya. Apa nak buat. Dah lelaki di hadapannya ini lebih tinggi daripada dia. Bibir merah Tengku Razlan mulai menguntum senyum lebar.

" Kenapa tanya?" tanya Tengku Razlan sengaja menyakat, sedang matanya memandang tepat jauh ke dalam anak mata Zara penuh makna.

" Kalau jawapannya ' ya ' ... saya dengan rendah hati ingin melamar Tengku jadi suami saya," balas Zara selamba.

" What?" tanya Tengku Razlan sedikit terkejut.

" Kenapa terkejut? Saya pinang Tengku untuk diri saya. Tak salah kan? Rasullullah s.a.w pun dipinang Siti Kadijah tau. Atau ... Tengku dah ada orang lain?"

" Tak ... cuma ... tak sangka. You're so unpredictable, sayang," balas Tengku Razlan dengan senyum yang semakin lebar dan wajah yang semakin berseri. Sudah berzaman rasanya dia tak rasa segembira dan sebahagia ini.

" Dah tahu saya ni tak dapat dijangkakan ... jadi janganlah berlengah. Takut nanti tiba-tiba saya bertukar fikiran," usik Zara sambil ketawa manja.

" Mmm ... pushy and naughty! I never see this side of you ... but ... I suka. And ... siapa kata I nak berlengah?," balas Tengku Razlan memandang Zara dengan pandangan yang penuh dengan rasa cinta dan sayang.

Dalam diam, baik Zara mahupun Tengku Razlan, mereka berdua mengucapkan rasa syukur yang tak terhingga kepada Illahi. Panjang sekali doa yang dipanjat di dalam diam itu ... antaranya semoga urusan perkahwinan mereka dipermudahkan dan perkahwinan kali kedua ini berkekalan dan sentiasa dilimpahi rahmatNYA. Aamiin.

TAMAT

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma