Home Novel Cinta DIA CINTAKU
BAB 14

BAB 14

Kakinya laju melangkah menuruni satu persatu anak-anak tangga yang terdapat di luar bangunan TR Holdings itu sambil mendengar IPodnya. Bibirnya tersenyum kecil tatkala IPodnya memainkan lagu kesukaannya yang bertajuk 'Jangan Berhenti Mencintaiku'. Setiap bait kata di dalam lagu itu dihayatinya olehnya dengan hati yang berbunga-bunga sambil fikirannya melayang-layang teringatkan seseorang. Rasanya kini dia pasti akan rasa hatinya. Pasti 'orang itu' akan merasa sungguh gembira dengan keputusannya. Apatah lagi orang tuanya! Wah! Nampaknya ... sekembalinya dari bumi Malaya ini kelak, dia akan membawa dua berita gembira untuk daddy kesayangannya!

Senyuman di bibir mungil itu semakin lebar tatkala membayangkan reaksi orang-orang yang disayanginya itu sebelum tiba-tiba dia dikejutkan dengan tindakan seseorang yang menarik tangan kirinya dengan kasar dari arah belakang.

" Jangan nak buat hal! Ikut aku atau ... aku buat macam dulu tu," bisik lelaki itu begitu dekat di telinganya dengan pantas.

Zara yang tergamam dengan tindakan tiba-tiba lelaki itu hanya mampu mengetap bibirnya geram. Walaupun dia sedar yang dia boleh melepaskan dirinya daripada anak tunggal majikannya ini jika dia menjerit meminta tolong, tetapi Zara membuat keputusan untuk tidak berbuat sedemikian kerana tidak mahu menimbulkan kekecohan yang akhirnya pasti akan merosakkan kegembiraan majikannya seandainya perkara ini sampai ke pengetahuan majikannya.

Tangannya dipegang kemas Tengku Razlan sambil berjalan menuju ke kereta lelaki itu. Lelaki itu membukakan pintu keretanya dan memberi isyarat mata supaya Zara masuk ke dalam. Sekali lagi Zara menurut tanpa sebarang bantahan. Namun akalnya telah mula berfikir segala tindakan yang dia akan ambil jika lelaki itu buat 'hal'.

Tengku Razlan kemudiannya masuk ke tempat duduknya dan terus menghidupkan enjin keretanya. Pintu kereta terus terkunci secara automatik. Pada saat ini, hanya tuhan saja yang tahu betapa takutnya Zara. Tapi, Zara masih cuba berlagak tenang.

Sebaik saja pintu keretanya terkunci, Tengku Razlan terus mengeluarkan telefonnya sambil memberi isyarat tangan kepada Zara supaya diam. Zara hanya mencebikkan mulutnya saja. Whatever!, getus hati kecil Zara.

" Lin ... ini saya. Please cancel all my meeting today. Saya ada hal. Thank you," kata lelaki itu ringkas kepada setiausaha sebaik panggilannya diangkat dan sebelum menamatkan panggilannya.

Kemudian Tengku Razlan memandang tepat ke anak mata Zara. Pandangan tajam anak majikannya itu benar-benar membuatkan Zara merasa tidak selesa. Zara segera mengalihkan pendangannya ke luar tingkap.

Tengku Razlan pula menarik nafasnya panjang sebelum menghelakannya semula. Dia perlu mengawal rasa marahnya ini supaya dia tidak membuat perkara bodoh macam dulu lagi, nasihat hatinya pada dirinya sendiri.

Tengku Razlan mengeluh sedikit sebelum menyandarkan badannya sambil meraup wajahnya dengan kedua-dua telapak tangannya sebelum tangannya mencapai stereng kereta itu dan memandu kereta itu keluar dari perkarangan bangunan TR Holding.

Setelah beberapa ketika, bosan dek kesunyian di dalam kereta itu, Zara berdehem sedikit.

" Mmm ... ni Tengku nak bawa saya ke mana?"

" Entahlah. Ke hujung dunia kot!" jawab Tengku Razlan selamba.

" Hah! Tengku jangan nak macam-macam yea. Saya tak melawan tadi bukannya sebab saya takutkan Tengku ... tapi sebab saya tak nak merosakkan hari bahagia bonda dan ayahanda Tengku jea tau. Today is their anniversary. Lagi satu ... saya tak nak buat kecoh sebab saya tak nak orang tua Tengku nanti rasa malu dengan pekerja kat TR Holdings. Lepas tu, saya tak nak Puan Sri Seri bersedih dan susah hati sebab saya takut nanti kesihatannya terjejas semula!," ujar Zara tegas.

Tengku Razlan berpaling sekilas ke arah gadis di sebelahnya sebelum bibir merahnya itu menguntumkan senyuman kecil. Part inilah yang dia lemah. Bukannya dia tidak tahu betapa sayangnya Zara pada mama kesayangannya. Kebajikan mamanya adalah keutamaan gadis itu. Bila mengenangkan baiknya layanan Zara pada mamanya, hatinya benar-benar berpusing tiga ratus enam puluh darjah!

Terbang terus segala rasa marah dan geramnya pada pembantu kesayangan mamanya ini. Hai! Macam mana ni? Sungguh cepat rasa marahnya reda dengan gadis yang seorang ini. Kalau macam inilah ... macam mana dia nak kenakan gadis ini cukup-cukup!, rungut Tengku Razlan di dalam hatinya.

Dahi Zara berkerut sedikit tatkala melihatkan bibir merah lelaki disebelahnya itu tersenyum manis. Hish! Boleh pula tersenyum. Tadi bukan main ganas macam mafia jea gaya mengugutnya. Mudahnya sungguh mood mamat sengal ni berubah rupa-rupanya. Menggalahkan perempuan datang bulan!, komen Zara di dalam hatinya.

" Hahaha ...," tiba-tiba saja Tengku Razlan ketawa perlahan.

" Ni ... apa hal Tengku ketawa tiba-tiba ni?"

" Takde apa. Aku bukannya ketawakan kau. Tapi ... aku ketawakan diri aku sendiri. Jampi apa yang kau pakai sampai aku tak boleh nak marah kau lama-lama?"

" Jampi apanya pula?"

" Iya ke takde jampi apa-apa?" sengaja Tengku Razlan mengusik. Hehehe ... kau ingat kau seorang jea yang pandai cakap sampai buat orang rasa geram yea! Aku pun pandai jugalah, gelak Tengku Razlan di dalam hatinya sebaik dilihat Zara mulai mengetap gigi.

" Kau ni sensitiflah. Usik sikit pun tak boleh. Alahai! Cik Zara ... aku tahu yang kau tu sayang dan ambil berat betul kat orang tua aku tu ... terutamanya mama aku. Itu yang aku yakin sangat yang kau tak akan buat kecoh tadi ni," kata Tengku Razlan lagi bila Zara hanya mendiamkan dirinya dengan muka yang sungguh kelat!

" Mestilah saya ambil berat sebab parent Tengku tu majikan saya. Orang yang bayar gaji saya!"

" Iya ke? Sebab ... aku tak rasa macam tu. Aku rasa kau buat semua tu semata-mata nak ' beli ' hati orang tua aku jea. So ... nanti manalah tahu kot-kot ada rezeki kau jadi menantu diorang!" Bulat mata Zara mendengar jawapan paling 'bernas' yang keluar dari mulut lelaki yang dianggap paling sengal di dunia sekarang ini.

" What! Tolonglah Tengku. Jangan nak perasan sangatlah Tengku yea. Saya ni memang ikhlas buat tu semua sebab memang itu semua kerja saya. Lagipun, Tengku lupa ke yang saya ni dibayar gaji untuk semua tu.

Kalau saya tak buat kerja saya dengan sempurna semampu saya ... nanti gaji yang saya dapat tu akan jadi tak berkat. Rezeki yang tak berkat ni cepat jea habis. Lepas tu ... rezeki yan tak berkat ni boleh bawa macam-macam masalah. Takkan tak tahu kot? Atau ... Tengku memang nak saya bagi tazkirah percuma kat Tengku lagi?" soal Zara sambil menjeling tajam Tengku Razlan yang sedang memandu kereta.

Namun, tindakan Tengku Razlan yang semakin tersenyum lebar itu benar-benar membuatkan hatinya bertambah geram! Eeeiii ... rasa macam nak ketuk jea kepala mamat ni, kata Zara di dalam hati.

" Itu yang buat kau lain daripada perempuan lain yang aku kenal. Tengok! Elok-elok aku nak marah kau ... sekarang ni ... aku terus tak jadi dah nak marah kau. Jadi ... sayang pulak kat kau!"

" Eeiii ...apa sayang-sayang ni? Jangan cakap macam tu boleh tak? Gelilah dengar," balas Zara sambil memandang ke luar tingkap lagi. Terasa geli sungguh gegendangnya bila dia dengar kata 'sayang' dari mulut playboya copper ni!

" Okaylah ... ni kau nak ke mana-mana ke? Atau ... kau nak aku terus hantar kau ke rumah kau?," tanya Tengku Razlan.

" Errgh ... Tengku tahu ke rumah saya?"

" Aku tahu. Hari tu aku suruh HR bagi aku fail peribadi kau. Itu yang aku tahu alamat dan nombor telefon kau ... kalau kau nak tahulah. So ... kalau-kalaulah nanti aku call tu, janganlah terkejut pulak. Lepas tu ... janganlah buat-buat pekak. Jawab panggilan aku tu tau!"

" Mmm ... tengoklah. Telefon pun ... telefon saya kan. So ... suka hatilah saya nak jawab ke tidak. Ni ... Tengku tak payahlah susah-susah. Dropkan saya kat Tropika Mall jea sebab saya nak cari sesuatu," balas Zara.

" Kalau aku ikut sekali boleh tak?," balas Tengku Razlan sambil matanya mula memandang nakal ke arah Zara. Sengaja saja hendak menyakat gadis disebelahnya.

" Tak boleh! Buat menyibuk jea. Ni ... apa pandang-pandang saya macam tu? Tengku jangan nak macam-macam tau. Cepat cakap apa yang Tengku nak daripada saya ni ... sampai siap ugut-ugut saya lagi tadi tu! Saya tak suka tau lama-lama dalam kereta ni dengan Tengku. Saya rasa seram ... faham tak!. Rimas pun ada tau," Zara meluahkan kegusaran hatinya pada Tengku Razlan.

Tergelak besar Tengku Razlan mendengarkan kata-kata Zara. Inilah satu-satunya perempuan yang tak suka dan rasa seram dengan dia. Ini jugalah satu-satunya perempuan yang langsung tak pandang dia walau sebelah mata pun. Lelaki macam manalah yang menjadi pilihan hati gadis di sebelahnya ini.Zara ... Zara. Susah juga rupa-rupanya nak beli jiwa kau ni yea!,kata Tengku Razlan di dalam hatinya.

" Hello ... aku ni manusia macam kau jugaklah. Apa pasal kau nak rasa seram?"

" Sebabnya ... womanizer dan pemabuk macam Tengku ni mana boleh dipercayai. Apatah lagi sekarang ni kita hanya berdua. Yang ketiga antara kita ni ... dah tentulah ' kawan baik ' Tengku yang bernama 'Encik Bertanduk Dua' tu. Jadi ... memang patutkan saya rasa seram," Zara berterus-terang.

Tengku Razlan menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali sambil ketawa kecil. Dia kemudiannya menghelakan nafas yang panjang.

" Kiranya ... aku ni lelaki yang paling teruklah yang pernah kau jumpa yea! Cuba kau tengok aku ni dari sisi yang lain. Ini tidak. Suka sangat berfikiran buruk kat aku," Tengku Razaln menyuarakan kekesalannya pada penilaian Zara tentang dirinya.

" Tengku ... kalau saya berfikiran buruk tentang Tengku pun ... itu semua salah Tengku sendiri. Tengku sendiri yang bagi 'bad impression' kat orang lain. Makanya ... kalau tak nak orang berfikiran negatif pasal Tengku ... Tengku patut hentikan aktiviti Tengku yang tak berfaedah seperti suka mabuk dan suka bertukar-tukar girlfriends tu," nasihat Zara.

Lama keadaan sunyi seketika sebelum Tengku Razlan berdehem sedikit. Wajah Zara ditolehnya sekilas sebelum kembali memandang ke arah jalan raya yang sesak di hadapannya.

" Kau nak tahu tak kenapa aku selalu mabuk-mabuk akhir-akhir ni?"

" Well ... mmm ... saya tak nak tahu pun ... sebab takde kaitan pun dengan saya. Tetapi, jikalau Tengku rasa dengan memberitahu saya dapat meringankan beban yang Tengku tanggung dalam hati Tengku tu ... cakap jealah. Saya sudi jea dengar masalah Tengku tu."

" Mana kau tahu takde kaitan dengan kau!"

" Hah! Ada kaitan dengan saya ke? Macam mana boleh ada kaitan dengan saya pula?"

" Memang ada kaitan dengan kau. Aku sebenarnya sakit hati sangat-sangat tengok kau dengan lelaki yang kat Pavilion tu! Aku rasa macam ada sesuatu yang hilang dari diri aku. Aku rasa resah ... gelisah ... entahlah!"

" Hah! Pasal tu jea. You're so ridiculouslah Tengku. Kalaulah pasal saya keluar dengan kawan saya tu Tengku nak rosakkan diri Tengku ... hishh peliklah! Even ... it's not worthy. I'm not your girlfriend nor your collection. So ... saya tak faham. Kenapa Tengku nak buat semua tu ... merosakkan kesihatan dan reputasi diri hanya kerana saya," bingung Zara dengan kata-kata Tengku Razlan tadi.

" Entahlah Zara. Aku pun tak tahu dan tak fahamlah Zara ... kenapa semua ini berlaku pada aku. Mungkin aku dah jatuh hati kat kau kot!"

" Hahaha ... Wow! You're so sweetlah Tengku. So ... inilah caranya yang Tengku guna untuk perangkap mangsa-mangsa Tengku tu masuk kurungan cinta palsu Tengku tu yea? Sorrylah Tengku ... it's not going to work on me!"ยด

Macam nak pecah perut Zara ketawa berdekah-dekah. Ayat wayang mana pulalah mamat sengal ni petik. Geli pula gegendang telinganya ini mendengarkan kata-kata mamat sengal ni tadi. Rasanya lama sudah dia tidak ketawa macam ni selepas habis 'high school'.

" Apa pasal kau ketawa macam tu? Tak percaya yea! Aku seriuslah! Aku pun tak tahu macam mana boleh jadi macam ni. Aku sendiri tak faham dengan diri aku. Semua tu tiba-tiba jea berlaku. Bukannya aku yang rancang. Itu yang kadang-kadang aku ok jea dengan kau. Tapi, kadang-kadang tu ... aku angin jea dengan kau. Tapi ... ada satu yang aku pasti sangat."

" Apa dianya?" potong Zara tanpa sempat Tengku Razlan menghabiskan kata-katanya.

" Akhir-akhir ini, setiap kali aku nampak kau ... dada aku ni terasa sakit semacam jea. Hati aku sarat dengan macam-macam rasa. Resah, gelisah, marah ... mmm ... macam-macamlah yang aku sendiri pun tak faham," jelas Tengku Razlan perlahan.

" Hahaha ... sudahlah Tengku. Tengku memang cakap macam ni kat semua perempuan-perempuan kat luar sana tu ke?" tanya Zara sambil menahan ketawa. Dan, ketawa Zara semakin galak. Tengku Razlan menggaru-garu dahinya sedikit.

" Tak! Aku tak pernah cakap macam tu kat orang lain. Ni ... kenapa kau ketawa sakan ni? Kalau kau tak pe ...," belum sempat Tengku Razlan menghabiskan ayatnya, sekali lagi Zara memotong laju.

" Tengku nak kata ... belahlah dada pula kan? Hahaha ... sudah-sudahlah berbahasa puitis ni Tengku. Perut saya dah senak dah ketawa ni," kata Zara masih di dalam tawa.

" Kau ni ada kuasa psikik yea? Ni ... apa yang kau ketawa tak henti-henti ni? Aku tak faham. apa yang gelihatinya?," tanya Tengku Razlan sambil mengerutkan dahinya. Geram pulalah dia rasa melihat Zara yang masih ketawa terbahak-bahak.

" Hahaha ... Aduhai! Tengku. Saya manalah ada kuasa psikik ni. Cuma ... saya boleh agaklah ayat Tengku yang seterusnya. Lepas ni pasti Tengku nak cakap ...' Zara ...cubalah belah dada saya. Hanya nama mu saja yang terukir di jantung, di hati ini '... macam tu ke Tengku? Hahaha ... so klise ... so classiclah Tengku!"

" Siapa kata aku nak cakap macam tu? Ada aku cakap macam tu ke? Ke ... kau yang selalu guna ayat tu? Sebab selalunya ... orang yang cakap tu yang selalu buat macam tu!"

" Hissh ... ada ke saya pulak." Tawa Zara berhenti mendadak. Dia berlawan pandang dengan anak tunggal majikannya itu. Muka Zara kembali serius. Tengku Razlan tersenyum sedikit melihatkan perubahan mendadak Zara.

" Wah! Bila orang cakap kau ... kau tahu pula marah yea. Bila kau kenakan orang dan ketawakan orang, kau buat tahap tak ingat dunia. Anyway ... for you info Zara ... you are totally wrong, Zara. Apa yang aku nak cakap seterusnya ialah aku akan buat apa saja untuk dapatkan kau Zara! Aku akan pastikan yang engkau sendiri yang akan berlari ke pangkuan aku ..."

" Hahaha ... Tengku tunggu sampai kucing bertanduk pun ... saya tak mungkin jatuh hati pada Tengku. Don't waste your timelah Tengku. Buang masa jea."

" Kau tak kenal aku Zara. Bila aku suka sesuatu, aku akan dapatkan juga. Untuk pengetahuan kau Zara ... pada aku kalau aku berusaha untuk mendapatkan kau ... tu bukannya perkara yang membuang masa. Aku suka engkau! Sooner or later ... I'm gonna get you, baby! Aku ni sabar menunggu kalau aku nakkan sesuatu tu!"

" Hahaha ... saya tak tahu samada Tengku ni serius atau sekadar nak bergurau saja ... tapi ... saya rasa saya wajar berterus terang dengan Tengku. Dan, saya serius ni."

" Apa bendanya yang kau nak berterus-terang sangat tu? Cakaplah. Aku dengar."

" Saya tak nak Tengku buang masa cuba pikat saya atau kejar saya atau apa-apa pun sebab saya dah ada pilihan hati. Dan, saya hendak bersama dengan pilihan hati saya itu melalui suka duka hidup ini sehingga ke akhir hayat saya. So ... Tengku tak payahlah buang masa. Tengku pun dah pernah jumpa pun buah hati saya tu."

" Siapa maksud kau? Yang kat Coffee Beans tu ke?"

" Oh! Bukan. Yang itu abangnya. Buah hati saya tu ... adalah adik kepada dialah. Bakal suami saya tu yang Tengku jumpa kat Pavillion dulu." Zara cuba mengingatkan Tengku Razlan.

Tersentak sekejap Tengku Razlan mendengarkan pengakuan Zara tadi. Namun ... dia cuba berlagak tenang. Bibirnya masih tersenyum kecil. Dia menarik nafasnya panjang dan dalam sebelum melepaskan perlahan-lahan. Wajah Zara dipandangnya lama.

" Kau patut tahu sesuatu Zara. I'm not a kind of person who take 'no' as an answer sayang. Lagipun, dalam hidup ni ... macam-macam benda boleh berlaku. Itu semua perancangan kau sebagai manusia, Zara. Sedangkan jodoh kau masih menjadi rahsiaNYA. Kau lupa ke tu, Ustazah Zara!"

" What ever! Cuma janganlah pulak nanti kata saya ni tak beritahu pula."

Suasana di dalam kereta itu kembali sunyi. Masing-masing melayan fikiran masing-masing. Namun begitu, Zara sedar mata Tengku Razlan yang tak habis-habis mencuri-curi pandang ke arahnya.

" Tengku... boleh jaga mata tu sikit tak? Janganlah seksa saya dengan pandangan miang dan gatal Tengku tu!," kata Zara sinis sambil menjeling tajam sebelum pandangan matanya dibuang ke luar tingkap.

" Mana ada aku seksa kau. Aku pandang jalan raya ni hah! Kau tu jea yang perasan sendiri."

" Hah! Malas nak cakap dengan orang yang mental ni!," kata Zara sinis.

" Siapa yang mental ni? Kau ke?" tanya Tengku Razlan sedang tumpuannya masih lagi di jalan raya yang sesak itu. Cuma bibir merahnya saja yang tidak berhenti-henti tersenyum sampaikan Zara pun naik rimas.

" La ... Tengkulah yang mental. Takkanlah saya pula. Emosi Tengku tu yang tak stabil. Sekejap marah ... sekejap ketawa ... sekejap mengugut ... sekejap budiaman ... entahlah. Macam orang yang ada dua identiti jea. Psikopat!"

Tersenyum lebar Tengku Razlan mendengarkan kata-kata Zara. Entahlah! Dia sendiri pun tak faham dengan sikapnya bila berhadapan dengan gadis ini. Kadang-kadang dia rasa nak berbaik saja dengan Zara. Tapi ... kadang-kadang dia rasa macam nak tengking jea pembantu kesayangan mamanya itu.

" Entahlah. Aku pun tak faham. Ni ... kau tak takut ke berdua jea dengan si psikopat kat dalam kereta ini?"

Dia mengerling sedikit ke arah Zara. Saja mengusik Zara. Gadis itu nampak menawan sekali dengan rambutnya yang terurai bebas. Dan, gadis itu diam saja tidak menjawab soalannya. Sudah bosan melayan dia bercakap agaknya.

" Tengku boleh drive cepat sikit tak supaya kita boleh sampai cepat. Saya benar-benar rasa tak selesa langsung kat dalam kereta ni dengan Tengku. Rasa 'panas'," rungut Zara kasar tiba-tiba tetapi disambut dengan gelak yang kuat dari Tengku Razlan. Zara terus memandang tepat dan tajam ke arah lelaki di sebelahnya tanda tak puas hati.

" Oh! Kau panas yea. Kau nak aku kuatkan air-cond ni sampai kereta aku bersalji ke?"

" Haah! Boleh ke?," tanya Zara kasar.

" Ooppps ... garangnya! Bergurau pun tak boleh. Tapi ... cuba kau lihat jalan raya ni. Macam mana aku nak bawa laju-laju. Jalan sesak ni. Kau nampak kan," kata Tengku Razlan sambil menoleh ke arah Zara yang kebetulan sedang menjeling tajam padanya.

Tiba-tiba telefon bimbit Tengku Razlan berbunyi. Tengku Razlan menghentikan keretanya ke tepi jalan raya sebelum menjawab panggilan tersebut. Wajah anak majikannya itu dikerling sedikit. Setelah menamatkan perbualannya Tengku Razlan segera memandang tepat ke wajah Zara. Bibirnya tiba-tiba tersenyum manis.

" Ni ... senyum-senyum kenapa? Tengku jangan nak gatal tau. Miang! Nak rasa penampar saya lagi ke?"

" Hahaha ... tak naklah. Kau tampar sakit tau. Siap ada cop mohor lagi tu! Buat malu aku jea. Aku nak jumpa clients pun susah. Ni ... tadi papa call ... ta," belum sempat Tengku Razlan menghabiskan kata-katanya, Zara telah memotong kata-katanya.

" Ohhh ... Tan Sri cari Tengku yea. Baguslah. Hah ... kebetulan pula kat depan tu ada hentian bas. Tengku boleh turunkan saya kat sana jea. Lepas tu ... Tengku bolehlah balik office dan jumpa Tan Sri," potong Zara ceria sambil jari telunjuk kanannya menunjuk ke arah sebuah pondok menunggu bas yang terletak tidak berapa jauh dari situ. Tengku Razlan tersenyum sinis sambil matanya memandang wajah gadis di sebelahnya.

" Lupakan saja Zara. Takdenya aku nak dropkan kau kat situ. Ni ... kau nak pergi mana? Aku hantar kan. Lagipun, aku dah bagitahu papa aku yang aku ada hal dan aku tak masuk office dah!"

" Suka hati Tengkulah kalau Tengku nak menyusahkan diri Tengku. Bagus juga. Jimat duit saya. Sekarang ... hantar saya ke Tropika Mall yea Encik Supir!" jawab Zara pula sinis.

" Okay. No problem. Nanti aku temankan kau shopping sekali yea! Aku boleh tolong bawakan bega-beg shopping kau nanti. Takdelah kau sakit tangan," kata Tengku Razlan teruja.

" Suka hati Tengkulah. Malas nak cakap dah!" kata Zara acuh tak acuh saja.

Malas sudah dia hendak bertingkah dengan orang yang bernama Tengku Razlan Tan Sri Tengku Azmi ini. Buat penat mulut dia jea. Dasar orang degil ... kepala batu, kutuk Zara di dalam hati kecilnya. Dan, dari ekor matanya dia dapat melihat Tengku Razlan tersenyum lebar. Errggh ..., Zara melepaskan geram di dalam hatinya!


Previous: BAB 13
Next: BAB 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma