BAB
33
Lama Tengku Razlan memanjatkan doanya pada RabbNYA.
Memohon diberi jalan keluar dari kemelut yang sedang melanda dirinya sekarang.
Meminta agar dia diberi pertolongan olehNYA. Sesungguhnya tiada siapa yang dapat membantunya menyelesaikan
teka-teki yang sedang bermain-main di dalam kepalanya sekarang. Hanya DIA
sahajalah tempat dia memohon pertolongan. Hanya DIA saja yang tahu apa sebenarnya yang telah
berlaku.
Dipanjangkan lagi
doanya. Seandainya inilah harga yang perlu dia bayar kerana sikapnya yang
selama ini alpa akan tugasnya yang utama sebagai hamba Allah di dunia yang penuh
dengan bermacam godaan ini, dia terima dengan hati yang redha. Semoga selepas
ini Allah melimpahkan seribu rahmat untuknya serta menunjuknya ke jalan yang
benar dan lurus serta yang DIA redhai.
Air mata yang bertakung di matanya, dikesat dengan hujung
jarinya. Tangannya ditadah semakin tinggi. Doanya disambung semula.
Ya Allah ... aku pohon pada MU agar kau jagalah hati
isteriku agar dia tabah seandainya berita ini sampai kepadanya. Sesungguhnya
tiada kata yang dapat mengambarkan kekesalanku kerana peristiwa ini yang
pasti mengguris hati isterinya itu. Tolonglah aku kerana sesungguhnya aku
cintakan dia dan sayangkan rumahtangga yang baru aku bina atas rasa cintaku
padaMU ... amin. Terus tangan yang ditadah tinggi tadi menggusap kedua-dua
wajahnya.
Pintu bilik tetamu itu dibukanya perlahan. Terus matanya
terpandangkan kelibat kedua-dua orang tuanya di ruang tamu ke dua itu. Dia
segera melangkah mendapatkan Tan Sri Tengku Azmi dan Puan Sri Salma. Tangan tua
mamanya itu terus diraih dan diciumnya penuh hormat sebelum menyalami papanya
pula. Dari riak air muka orang tuanya, nampaknya bukan hanya dia seorang saja
yang terkesan dengan kejadian awal pagi tadi, tetapi juga orang tuanya.
Kelihatan ruang tamu banglo itu telah dipenuhi dengan
kehadiran beberapa orang keluarga terdekat keluarga Lisa serta beberapa orang
wartawan. Tengku Razlan menarik nafasnya panjang. Nampaknya ada seorang yang tiada di sini. Jantungnya
mulai berdegup kencang. Dia berpaling ke
arah orang tuanya semula.
" Mama ... where's Zara? Raz call dia beberapa kali ...
tapi dia tak angkat pun."
" What do you expect Razlan? Do you expect that she
will happily answer your phone call after knowing that you have been 'tangkap
basah ' with your runaway bride?" tanya Tan Sri Tengku Azmi sinis tiba-tiba. Jelas
sekali wajah tua itu sedang menahan rasa marahnya yang membuak-buak di dalam
diri.
" Papa ... Raz benar-benar tak tahu macam mana semua
ni berlaku? Raz sendiri tak faham. Raz rasa ada orang sengaja memerangkap Raz.
Dan ... tak mungkin Lisa sedang mengandungkan anak Raz sebab Raz tak pernah
tidur pun dengan dia. Selama ini Raz sekadar ...," belum habis Tengku
Razlan membela dirinya, Tan Sri Tengku Azmi telah bersuara.
" Enough! Sudah Raz. Papa tak nak dengar apa-apa
dah. Jangan nak ditegakkan benang yang basah. Papa malu Raz. Raz membuat onar
dengan anak kawan baik papa. Mana papa nak letak muka papa ni. Papa malu dengan
apa yang berlaku. Papa kecewa. Itu ...
bakal mertua kamu dah panggil. Majlis nak mula dah. Jangan nak buat hal.
Jadilah lelaki yang bertanggungjawab. Berani buat, berani tanggung!" kata
Tan Sri Tengku Azmi keras sebelum berjalan menuju ke ruang tamu.
Tengku Razlan memandang ke arah mamanya pula. Memohon
simpati dan pengertian mama kesayangannya.
" Mama ... tolonglah. Percayalah cakap Raz. Raz tak
tahu macam mana semua ni berlaku. Zara mana Ma? Dia ada kat rumah kan?,"
tanya Tengku Razlan. Jelas kekesalan di wajahnya.
Puan Sri Salmah bangun mendapatkan anak tunggalnya. Bahu
anak tunggalnya diusap lembut. Simpati pula dia akan nasib yang menimpa
anaknya. Tapi ... apa saja yang dia boleh buat. Nasi sudah menjadi bubur. Anak
tunggalnya itu perlu bertanggungjawab dengan semua perbuatannya.
" Takde Raz. Dia dah balik ke UK pagi tadi. Dia kata
dia ada call Raz sepanjang malam, tapi Raz tak angkat. Dia minta maaf sebab dia
tak dapat tunggu Raz. Sama ada dia tahu apa yang telah berlaku ini atau tidak,
mama tak tahu. Sekarang Raz selesaikan tanggungjawab Raz yang ini dulu. Jangan
malukan mama lagi. Raz dah 'pakai' Lisa, jadi Raz kena pikul akibatnya. Selepas
itu baru Raz fikirkan tentang Zara," kata Puan Sri Salma.
Tengku Razlan menghelakan nafasnya panajng dan perlahan sebaik
mendengarkan kata-kata mamanya tadi. Langkah kakinya melangkah perlahan
mengekori mamanya dari belakang. Cuma di dalam hatinya, dia tidak putus-putus
berdoa agar Allah menunjukkan kebenarannya. Kata-kata kawan baiknya, Eiman terngiang-ngiang
di telinganya.
" Berdoa dan terus berdoa bro. Seandainya betul kau
dianiaya seseorang, pasti Allah akan menjawab doa kau tu dengan cepat. Doa
orang yang dianiaya atau dizalimi ini antara doa yang cepat terangkat dan
dimakbulkan. Yang penting kat dalam hati kau terus yakin akan kekuasaanNYA dan
berbaik sangka denganNYA. Ingat bro ... Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.
Aku dengan kawan-kawan yang lain juga akan cuba bantu kau mencari kebenarannya,"
nasihat Eiman memberi kata semangat kepadanya.
Tengku Razlan
menarik nafasnya panjang sebelum berjabat tangan dengan tok kadi di
hadapannya. Hanya tuhan saja yang tahu perasaannya kini yang sarat dengan
berbagai rasa. Ada rasa marah, kecewa, tidak berdaya, dan berbagai lagi.
Sedar-sedar tangannya telah digoncang dua kali tanda gilirannya untuk menjawab
ucap ijab tadi. Tanpa berlengah, Tengku Razlan terus menyebut ucap qabulnya
pula. Dia hanya mahu semuanya selesai dengan segera. Selepas itu, dia akan keluar
dari situ dan mencari Zara kesayangannya itu pula.
"
Aku terima ni ...," tak sempat
Tengku Razlan menghabiskan kata-katanya, terdengar seseorang menjerit
menghalang dia dari meneruskan kata-katanya. Dia segera berpaling ke arah
belakang. Begitu juga dengan semua tetamu yang ada di situ.
Kelihatan tiga orang lelaki berdiri tegak di antara para
tetamu yang terdapat di situ. Seorang hanya mengenakan t-shirt dan berseluar
jean. Manakala yang seorang lagi berpakaian kemas seperti pekerja pejabat. Di
belakang lelaki-lelaki itu pula kelihatan sahabat baiknya Eiman yang sedang
tersenyum ke arahnya.
" Majlis ini tak boleh diteruskan melainkan
pengantin lelaki itu adalah saya. Lelaki itu tidak boleh berkahwin dengan Lisa!"
" Apa yang awak
merepek ni? Awak ni siapa? Jangan nak buat huru-hara kat sini,"
tengking Datuk Abu Bakar.
" Datuk memang tak kenal saya. Tapi ... anak
perempuan Datuk kenal saya. Nama saya Hanif. Saya adalah bapa kepada anak yang
sedang dikandung oleh anak perempuan Datuk.
Bapa kepada bakal cucu Datuk. Jikalau tak percaya ... ini buktinya. Cukuplah anak Datuk mempergunakan
saya untuk kepentingan dia selama ini.
Saya takkan benarkan dia menganiaya orang lain pula. Anak
Datuk memang sengaja memerangkap Tengku Razlan. Dia mengupah salah seorang
pekerja di restoran saya untuk memasukkan 'date drug' ke dalam minuman Tengku semalam.
Disebelah saya ini ialah pekerja yang telah diupah oleh anak Datuk semalam. Kat
dalam sampul surat ini pula ada beberapa gambar yang dapat membuktikan hubungan
saya dengan anak Datuk," jelas lelaki yang bernama Hanif itu sambil
menghulurkan sekeping envelope besar kepada Datuk Abu Bakar.
Segala isi envelope itu dilihat satu persatu oleh Datuk
Abu Bakar. Wajah tua itu mulai memerah menahan marah amat sangat. Malu sungguh
dia dengan perbuatan satu-satunya anak perempuannya itu.
Datuk Abu Bakar kemudian berpaling memandang ke arah Lisa
yang kelihatan cemas dan pucat dengan satu pandangan yang amat tajam sebelum
dia mengalihkan pandangannya ke arah Tengku Razlan yang nampaknya tenang saja.
" Razlan ... maafkan uncle. Dan ... engkau. Siapa
nama engkau?"
" Hanif," jawab lelaki itu memberitahu namanya
sekali lagi.
" Sekarang kau ambil tempat Razlan. Aku nak kau bertanggungjawab
dengan apa yang kau dah buat. Hari ini juga aku
nak kau kahwin dengan anak aku. And, you Lisa ... you will know your
fate after this," kata Datuk Abu Bakar keras. Wajah anak perempuan
tunggalnya yang sedang menangis teresak-esak direnungnya tajam. Macam harimau
yang sedang kelaparan!
Tengku Razlan meraup wajahnya dengan kedua-dua telapak
tangannya. Dia mengucapkan rasa syukur yang tak terhingga ke hadrat Illahi. Terus
dia bangun dan menuju ke penjuru ruang tamu utama itu sebelum berdiri menghadap
kiblat sebelum melakukan sujud syukur untuk menzahirkan kesyukurannya kepada
nikmat yang Allah swt telah berikan
kepadanya ini, mencontohi perlakuan Nabi Muhammad saw setiap kali mendapat
perkhabaran yang mengembirakan atau setiap kali terlepas dari bahaya.
Abi Bakrah meriwayatkan, " ... bahawa Nabi Muhammad
saw apabila datang kepadanya sesuatu yang menggembirakan atau khabar suka,
baginda terus sujud berterima kasih kepada Allah swt." ( riwayat Abu Dawud
dan Tamizi)
Malahan Allah swt juga telah berfirman: " Dan (
ingatlah juga), ketika Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur,
pasti kami akan menambah (nikmat) kepada mu, dan jika kamu mengingkari ( nikmat-KU)
, maka sesungguhnya azab-KU sangat pedih." ( Quran, Surah Ibrahim, ayat 14:7)
Air mata syukur yang mengalir laju di pipinya diseka
dengan belakang lengannya. Tengku Razlan segera mendapatkan sahabat baiknya
Eiman dan memeluk sahabat baiknya itu sebelum berjabat tangan dengan sahabatnya
itu.
" Terima kasih bro. Kau memang saudara aku dunia
akhirat. Thanks bro," kata Tengku Razlan berulang kali. Eiman
menganggukkan kepala sambil tersenyum. Bahu Tengku Razlan ditepuk-tepuknya
tanda sokongan daripadanya.
" Small matter jea. Sekarang kau pergi cari isteri
kau tu. Ingat! Kasih sayang Allah swt tu luas tiada sempadan. Minta
pertolongaNYA agar memudahkan kerja-kerja memujuk isteri kau tu nanti. Jangan
nak cakap dengan laser mulut kau tu jea bila jumpa dia nanti," pesan Eiman
memberi semangat kepada sahabat baiknya itu. Dia sedar betapa pentingnya Zara kepada
sahabat baiknya itu. Semoga Allah swt memudahkan urusan mereka, doa Eiman di
dalam hati kecilnya pula.
Tengku Razlan segera mendapatkan kedua-dua orang tuanya
pula. Mereka saling berpelukam sebelum Tengku Razlan memandang tepat ke wajah
Tan Sri Tengku Azmi.
" Papa ... Raz nak bercuti beberapa
hari. Raz nak cari Zara. Raz nak dia tahu hal sebenarnya. Raz tak nak dia terus
buruk sangka dan salah faham pada Raz. Raz tak nak rumah tangga Raz musnah
macam tu jea," kata Tengku Razlan mengharapkan agar papanya memahami isi
hatinya.
" Pergilah. Memang itu yang sepatutnya Raz buat. Hal
pejabat biar papa yang uruskan. ," balas Tan Sri Tengku Azmi sambil menepuk-nepuk bahu anaknya.
Sebaik papanya habis berkata, tanpa berlengah Tengku
Razlan terus berlari keluar dari situ. Adegan itu diperhatikan oleh semua
di situ. Lisa yang juga memerhati hanya mampu menangis sepuas-puas hatinya.
Nampaknya segala rancangan jahatnya kini telah memakan dirinya semula. Aku
benci kau Zara! Aku benci kauuu ..!!, jerit Lisa di dalam hati kecilnya.