Home Novel Cinta DIA CINTAKU
BAB 4

BAB 4

" Zara ... mama aku mana?" sergah Tengku Razlan sebaik melangkah masuk ke ruang tamu. Hanya kelibat gadis itu sahaja yang terdapat di ruang tamu yang besar dan dilengkapi perabot mewah yang diimport dari Itali.

Bukannya apa. Cuma selalunya pada waktu pagi-pagi begini mamanya akan membaca majalah atau surat khabar sambil ditemani pembantu peribadi kesayangannya. Ringkasnya, di mana adanya mamanya di situ jugalah adanya gadis itu. Pelik dia macam mana mamanya yang maha cerewet tu boleh kamceng pula dengan gadis ni!

Zara yang terdengar namanya dipanggil seseorang terus berpaling ke belakang sambil mengurut-ngurut dadanya perlahan kerana terkejut. Ialah ... siapa yang tak terkejut bila tiba-tiba sahaja disergah orang bila tengah bersendirian di dalam vila yang besar ni! Sebaik matanya bertembung dengan si pemilik suara, terus dia mencebikkan mulutnya yang mungil itu. Apa pasallah mamat senget ni pagi-pagi lagi dah datang? Ni mesti pasal nak bersarapan kat sinilah tu. Menyuramkan pagi orang jealah lelaki ni!, rungut Zara di dalam hatinya.

" Puan Sri keluar dengan Tan Sri sebab Tan Sri nak ajak Puan Sri jalan-jalan di tasik kat depan sana tu."

" Habis tu, takkan ni tinggal kau seorang jea? Bibik mana?"

" Haah ... saya seorang jea. Bibik pergi pasar dengan Pak Ali," terang Zara sambil kakinya mula melangkah hendak ke luar dari ruang tamu itu.

Dia bercadang hendak ke taman di hadapan rumah majikannya. Bukannya apa. Ini semua sebagai langkah berjaga-jaga! Bukannya boleh percaya sangat dengan lelaki yang sedang berdiri di depan dia ni. Cukuplah kejadian yang berlaku di kondo mamat poyo tu dulu dijadikan sebagai teladan.

Zara masih ingat lagi bagaimana dirinya teruk dimarahi oleh rakan baiknya apabila dia menceritakan apa yang berlaku di kondominium mamat itu tempoh hari. Malah hampir saja dia disuruh berhenti bekerja pada hari itu juga oleh abang pupunya pula bila cerita itu sampai ke pengetahuan abang pupunya pula. Abang pupunya juga bercadang untuk memberitahu daddynya. Puaslah dia memujuk abang pupunya supaya tidak memperbesarkan dan memanjangkan peristiwa itu ke pengetahuan daddynya. Nasib baiklah dia berjaya memujuk abang saudaranya. Itu pun setelah dia berjanji yang dia akan menjaga dirinya dengan baik serta tidak akan terpedaya dengan apa jua muslihat mamat poyo sengal yang bernama Tengku Razlan ni.

" Eh! Sekejap! Ni kau nak ke mana pulak ni? Aku hauslah. Buatkan aku jus oren segelas besar. Pastikan sedap tau! Aku nak yang dimesin dari buah oren yang segar tau bukannya yang kau buat dari botol Sunquik. Faham!," kata lelaki muda yang kacak itu dengan wajahnya yang garang lagi.

Wajah anak majikannya yang nampak garang itu dipandangnya sekilas. Banyak songehlah pula. Cubalah belajar buat sendiri. Pemalas betul!, rungut Zara di dalam hati kecilnya. Namun walaupun dia tidak puas hati dengan lelaki itu, pada masa yang sama kakinya tetap terus dihayunkan ke dapur. Cuma mulutnya yang mungil itu saja yang terkumat-kamit tak tahulah apa butir katanya.

Tengku Razlan pula tersenyum seronok sebab pagi-pagi lagi dia sudah dapat menggenakan pembantu peribadi mamanya itu. Tambah-tambah lagi apabila melihat bibir gadis itu yang tidak henti-henti terkumat-kamit. Entah apalah agaknya yang gadis itu kutukkan. Yang dia pasti sangat ialah sudah pasti gadis itu sedang menggutuknya tahap tak ingat dunia dan dosa.

Setiba di dapur yang berkonsepkan moden tropika itu, tanpa berlengah lagi, Zara terus membuatkan jus oren untuk si kacak yang sengal dan suka memerintah tu. Semoga cepatlah lelaki itu minum air jus oren ini dan kemudian pergi dari vila ini, doanya di dalam hati. Setelah meletakkan segelas besar jus oren itu di atas sebuah dulang saiz kecil, perlahan dia berjalan sambil menatang dulang itu ke ruang tamu.

Namun begitu matanya masih sempat melirik ke arah anak majikannya yang sedang berdiri di tepi meja kopi yang terletak di ruang tamu itu. Tajam sekali pandangan lelaki itu padanya. Ah! Malas nak layan. Tanpa menghiraukan pandangan maut lelaki itu, gelas besar yang berisi jus oren tu diletakkan di atas meja kopi tersebut.

Sebaik gelas besar yang berisi jus oren itu diletakkan di atas meja kopi yang  berbentuk bujur itu, Tengku Razlan terus memandang tepat ke wajah pekerja kesayangan mamanya itu. Pandangan mata mereka bertembung seketika. Dia tersenyum kecil sambil mengangkatkan keningnya sedikit. Saja jea nak mengusik anak dara seorang ni. Nak tergelak pun ada tatkala dia melihatkan gadis itu menghencutkan mulutnya yang kecil itu sambil menjeling tajam. Hahaha ... garangnya tapi comel!, pujinya di dalam hati sebelum dia tiba-tiba tersedar dengan siapa dia sedang berhadapan. Gadis di hadapannya itu adalah Pembantu Peribadi kesayangan mamanya. So, don't get mess with her Razlan! Lumat kau nanti mama kau kerjakan kalau kau buat yang bukan-bukan pada gadis yang bernama Zara ni, jerit hati kecilnya mengembalikannya ke alam nyata.

Dia berdehem sedikit sebelum mencapai gelas yang berisi jus oren itu dengan tangan kirinya dan meneguk minuman tersebut sehingga habis dengan sekali teguk saja. Gelas kosong itu kemudiannya diletakkan semula di atas meja kopi. Kemudian dia mengerling sedikit ke arah gadis yang sedang mengambil gelas kosongnya untuk dibawa ke dapur. Dia dapat melihat mulut gadis tersebut terkumat-kamit seolah-olah berkata sesuatu. Dahinya berkerut sedikit. Hehehe ... datang idea jahatnya hendak menggenakan pembantu peribadi mamanya itu.

" Hei! Apa yang mulut kau terkumat-kamit tu. Tak puas hati dengan aku yeak? Ingat sikit kedudukan dan kerja kau kat rumah ni yea. Aku ni anak Puan Sri Salma. Anak majikan kau. Kiranya ... aku ni pun majikan kau. Jadi kalau aku suruh kau buat apa-apa tu, jangan nak terkumat-kamit mulut tu. Memanglah nama jawatan kau tu 'Pembantu Peribadi'. Tapi ... untuk pengetahuan kau ... jawatan kau tu sama level jea dengan jawatan orang gaji kat villa ni," kata Tengku Razlan dengan nada sinis yang cukup memedihkan hati orang yang mendengarnya..

Berdesing telinga Zara mendengar kata-kata anak majikannya itu. Dia menarik nafasnya perlahan tetapi panjang sebelum menghelakannya semula. Kalau nak diikutkan kata hatinya, hendak jea dia baling gelas besar yang sedang dipegangnya itu ke dahi lelaki yang bajet sempurna tu. Biar 'bertelur' besar dahi mamat poyo ni. Tak habis-habis hendak merendah-rendahkan dia. Apa dia fikir dia bagus sangat ke?

Tetapi, nasib baiklah dia masih boleh berfikir dengan waras. Dia segera menyabarkan hatinya sambil beristighfar di dalam hatinya banyak-banyak. Wajah anak tunggal majikannya itu direnung seketika. Nafasnya ditarik panjang sebelum bibirnya mengukirkan senyuman sinis yang cukup manis pada lelaki yang suka menyakitkan hatinya itu. Memang nak kena tazkirah si mamat ni, gerutu hati Zara.

" Kenapa? Tengku fikir saya tengah mangata Tengku ke?"

" Iyalah. Memang kau tengah mengata aku kan!"

" Haah! Betullah tekaan Tengku tu. Memang saya tengah mengata Tengku," jawab Zara selamba.

" Amboi! Berani kau ni yea! Tak sangka kau berani mengaku yang kau tu tengah mengata aku. Kau tak takut kat aku ke?"

" Tak," ringkas saja jawapan Zara.

Jawapannya walaupun begitu pendek, telah membuatkan darah muda Tengku Razlan mendidih-didih ke suhu tertinggi. Kalaulah dia sebuah gunung berapi, mahu meletup gunung berapi tu sekuat-kuatnya macam letupan Gunung Berapi Krakatoa di Indonesia beberapa ratus tahun dulu yang mana kesan letupan tersebut telah menyebabkan tsunami besar sehingga membunuh ratusan ribu orang. Memang berani betullah perempuan seorang ni!

" Berani kau yea menjawab macam tu kat aku!"

" Saya hanya takut pada Allah swt sahaja. Ada masalah ke dengan jawapan saya yang ini pulak?" tanya Zara sambil memandang tepat ke wajah lelaki di hadapannya. Dilihatnya lelaki itu menarik nafas yang sungguh panjang.

" Tak .. dahlah. Malas aku nak cakap dengan orang macam kau ni," jawab Tengku Razlan perlahan. Malas betul dia nak berlawan cakap dengan pekerja kesayangan mamanya ini. Pandai sungguh menjawab.

" Tengku ... saya bukan mengata Tengkulah! Saya cuma kurang suka dengan cara Tengku minum," kata Zara perlahan.

" Eik! Cara aku minum pun salah kat mata kau. Habis tu .. aku kena ikut cara kau minumlah. Barulah betul kat mata kau ... dan kau suka. Macam tu ke? Hissh ... tak pernah aku jumpa perempuan macam kau ni. Kau ni lagi cerewet daripada mama aku rupa-rupanya. No wonderlah my mama can get along with you very well," balas Tengku Razlan pula sambil mengeleng-gelengkan kepalanya perlahan.

" Taklah Tengku. Bukan macam tu. Cara minum saya pun kurang sempurna dan saya sendiri pun sedang berusaha ke arah itu. Iyalah. Bukannya mudah nak ubah sikap kita yang dah jadi kebiasaankan! Orang yang patut Tengku contohi ialah Nabi Muhammad saw. Kita kena minum ikut cara rasulullah. Kalau kita biasakan minum ikut cara rasulullah, kita bukan sekadar dapat menghilangkan rasa haus kita. Tapi ... kita juga akan dapat pahala. Jadi tak sia-sialah perbuatan kita tu ... kiranya buat satu benda tapi dapat dua hadiah, iaitu hilang rasa haus dan dapat pahala," panjang-lebar Zara memberi penerangan.

" Baiklah ustazah. Sekarang ni cuba kau bagitahu aku macam mana cara minum mengikut sunnah Nabi tu."

" Mudah jea Tengku. Ada lima langkah semuanya. Mula-mula membaca 'basmalah', kemudian minum dengan tangan kanan yang memegang gelas. Lepas tu kena minum secara duduk. Seterusnya minum dengan kadar tiga tegukan. Selepas selesai minum, Tengku kena cakap 'alhamdulillah'. Itu jea. Senang jeakan," terang Zara ceria.

" Ustazah Zara ... takkanlah tak boleh minum berdiri. Kalau makan tu .. aku fahamlah kenapa kita kena duduk. Cuba kau bagi alasannya kenapa?"

" Mmm .. kalau nak cakap dengan orang macam Tengku memang susah dan leceh. Tapi takpe. Saya akan terangkan dari segi saintifik dan perubatan moden."

" Wow! Bravo ... so now ustazah ekspres ni dah bertukar  jawatan kepada doktor ekspres pula. Doktor ekspress pun doktor ekspresslah. So .. Miss Doc ... your explaination please," sinis sekali Tengku Razlan bersuara. Zara hanya tersenyum tenang mendengarkan kata-kata sinis anak majikannya itu.

" Suka hati Tengkulah nak gelar saya apa pun. Saya hanya nak berkongsi ilmu. Macam ni ... kalau kita minum sambil duduk, air yang kita minum akan disaring oleh sfinger. Sfinger ini adalah suatu struktur muskular yang boleh membuka dan menutup. Bila kita minum di dalam keadaan duduk, sringer ini akan terbuka dan ini membolehkan setiap minuman yang kita minum tadi disalurkan pada 'pos-pos' penyaringan yang terdapat di ginjal.

Saya ulang lagi sekali yea. Macam saya cakap tadi, sfringer ini akan terbuka ketika kita duduk dan tertutup bila kita berdiri. Jadi ... apabila kita minum sambil berdiri maka air itu tidak dapat disaring oleh sfringer kerana ia tertutup. Air yang tidak tersaring oleh sfringer ini akan terus masuk ke kantung kencing. Ketika air yang kita minum sambil berdiri tadi ni menuju ke kantung air kencing, terjadilah pemendapan atau lebih dikenali sebagai sendimentation di sepanjang saluran ureter. Oleh kerana terdapat sisa-sisa makanan yang melekat pada saluran ini, maka kama-kelamaan akan bermulalah satu penyakit kristal ginjal atau crystal kidney disease yang sungguh berbahaya. Faham tak sekarang ni? Atau Tengku memang nak muka depan akhbar tertulis ' Tengku Razlan Jejaka kacak seMalaya mengidap krital ginjal'," tanya Zara sambil mengangkaat keningnya pula kepada lelaki itu.

Serentak itu juga dia dapat melihat wajah kacak anak majikannya yang putih melepak itu bertukar pink! Hahaha ... mesti rasa terpukul dengan penerangan geniusnya tadilah kot, gelak Zara di dalam hatinya.

" Aku faham. Apa kau ingat aku bodoh sangat ke! Ingat sikit yea ... aku ni belajar sampai menara gading bertingkat-tingkat kat oversea tu tahu tak !"

" Baguslah kalau dah tahu. Jadi ... selepas ini Tengku kenalah berusaha untuk mempraktikkannya yea. Ingat ... minum kena duduk ... kalau tak nanti dapat sakit namanya 'kristal ginjal'," sakat Zara sambil tersenyum lebar memandang ke wajah anak majikannya. Wajah lelaki itu kini semakin pinkish manakala telinganya pula berubah ke warna merah menyala. Macam naga dah muka lelaki ini. Hahaha ... Zara terus tergelak dalam perutnya.

" Ni ... apa muka kau semacam jea tu? Kau gelakkan aku kat dalam hati yea!" tengking lelaki itu tiba-tiba.

Hissh ... mamat ni. Moody macam perempuanlah. Tiba-tiba jea 'berangin'. Ni nak kena bagi tazkirah lagi ni, fikir Zara nakal..

" Mana ada! Ni ...Tengku nak tahu sesuatu tak? Masa saya sekolah dulu kan, ustaz saya kata kan ... tak baik tau tengking-tengking atau marah-marah orang macam tu. Kata ustaz saya tu lagikan ... orang yang mudah jea naik angin ni ataupun marah-marah kat orang tak tentu pasal atas sebab perkara-perkara kecil, maknanya orang tu sakit jiwa!"

Bulat mata Tengku Razlan mendengarkan kata-kata gadis itu. Amboi! Ini sudah lebih. Memang nak kena minah ni!

" Hah! Apa kau kata? Berani kau kata aku sakit jiwa yea? Kiranya ... kau nak kata aku ni orang sewellah yea! Kau ni memang nak kena dengan aku ni! Berani kau kutuk aku yea! Aku ni anak majikan kau tahu tak. Hormat sikit! Sedar sikit kedudukan kau tu!"

Tersengih-sengih Zara bila melihatkan harimau pujaan seMalaya itu mulai mengaum. Dia dapat melihat dengan jelas dan terang lelaki itu sedang mencerlung tajam memandang ke arahnya yang masih tersengih-sengih dengan wajah naifnya. Alah! Aku tak takut pun. Kalau kau pandang aku sampai nak terkeluar biji mata kau pun aku tak rasa takut pun. Itulah! Tadi suka-suka jea mengata orang. Dia fikir mulut dia seorang jea yang boleh berbahasa laser. Mulut aku pun boleh juga!, sorak hati Zara seronok.

" Itu bukan mengutuklah Encik Tengku Razlan. Itu namanya berterus-terang supaya orang tu sedar sikit kekurangan diri dia dan seterusnya memperbaiki kekurangan dirinya agar lebih disegani orang-ramai. Tapi ... sebelum saya sambung tazkirah percuma saya ni ... saya nak buat pembetulan sikitlah. Bukan sakit jiwa ... sorry yea... tersalah istilah pulak. Iyalah .... sebab kalau Tengku sakit jiwa atau sewel mesti dah lama Tengku dimasukkan ke Tanjung Rambutan kan! Sebenarnya yang saya nak cakap ialah Tengku bukannya sakit jiwa, sebaliknya Tengku ni tengah mengalami masalah JIWA SAKIT! Ha! Itu perkataan yang tepat. Maaf yea. Tersalah istilah pula tadi."

" Huh! Itulah. Kalau dah tak pandai, buat cara tak pandai. Suka-suka hati jea nak kata orang sakit jiwalah, jiwa kacaulah! Dah bodoh tu buat cara bodoh okay. Sekolah setakat sekolah menengah, ada hati nak nasihat aku yang yang belajar kat oversea," Tengku Razlan berkata dengan nada mengejek. Wajah gadis itu direnungnya seketika sebelum dia mencebikkan mulutnya. Zara tersenyum saja mendengarkan kata-kata pedas lelaki itu.

" Okaylah ... okaylah. Saya mengaku yang saya ni memang bodoh. Tengku yang pandai. Tapi ... Tengku nak tahu tak? "

" Tahu apanya lagi? Apa lagi yang budak sekolah tak tinggi macam kau ni boleh bagitahu aku?" Tengku Razlan meninggikan suaranya. Wajah Zara direnungnya tajam. Gadis itu masih lagi tersengih-sengih macam kerang busuk.

" Takdelah. Saya baru baca satu artikel ni kat majalah.Saja jealah saya nak kongsi ilmu dengan Tengku. Nak tambah pahala. Bolehkan Tengku."

" Hah ... apa dia yang kau nak kongsi sangat tu. Cakaplah. Aku dengar." Sebaik habis berkata,barulah Tengku Razlan tersedar sesuatu. Dia mengusap mukanya dengan kedua telapak tangannya. Adui! Apa pasallah pula aku boleh tersetuju nak dengar tazkirah percuma perempuan ni lagi. Mesti lumatlah kena basuh dengan perempuan ni sekejap lagi, rungutnya sendirian.

" Macam ni ... ikut kata ustaz yang menulis artikel tu orang yang jiwanya sakit perlulah banyak-banyak baca Quran, rajin-rajin solat. Ringkasnya, orang yang JIWA SAKIT perlu rajin-rajin mendekatkan dirinya dengan Allah supaya jiwanya sihat.Selalu pergi masjid ... mmm... dengar ceramah agama ke. Sebab itulah satu-satu cara yang afdal untuk mengubati penyakit yang sedang dihidap oleh Tengku sekarang ni."

" Penyakit apa ni pula? Aku sihatlah. Kau rabun ke!" suara Tengku Razlan mulai naik satu oktaf. Dan, mata Zara dapat melihat lelaki itu sedang mengepal-ngepal tangannya. Zara menelan air liurnya sedikit. Dia takut sebenarnya. Tapi dia tak kira. Dia nak kenakan juga mamat yang bajet bagus ni.

" Tengku jea yang perasan diri Tengku tu sihat. Padahal sebenarnya Tengku tengah sakit. Tu .. tu ... sikap Tengku yang suka marah-marah tak tentu pasal tu merupakan salah satu simptomnyalah. Luaran Tengku memang sihat. Tapi ... rohani Tengku sebenarnya tengah sakit. Agak tenatlah juga keadaannya pada oemerhatian saya. Sakit macam ni memang tak boleh pergi hospital. Bukan juga pergi terkinja-kinja kat lantai tarian kat kelab-kelab malam tu.

 Kalau Tengku nak tahulahkan,, perbuatan Tengku yang suka menghabiskan masa kat kelab-kelab malam yang macam itulah yang akan membuatkan penyakit Tengku ni menjadi semakin melarat tanpa Tengku sedari. Akhirnya jiwa Tengku yang tengah ' tenat' itu akan menyebabkan Tengku akhirnya benar-benar menjadi orang sakit jiwa atau orang kurang siuman jikalau tidak dirawat segera. Ada faham?," tanya Zara sambil tersengih.

" Jadi ... ubatnya apa ustazah Zara yang bijaksana," tanya lelaki itu sinis. Matanya tajam memandang Zara. Kalau ikut hatinya, mahu saja dia menelan perempuan di hadapannya ini hidup-hidup macam T-Rex mengunyah mangsanya masa zaman dinasour dulu.

" Ubatnya ialah solat lima waktu ... jauhi arak, kelab malam dan sorong perempuan sesuka hati Tengku macam yang Tengku suka buat sekarang ni," balas Zara sebelum menutup mulutnya dengan tangan kanannya. Oppss ... terterus-terang sangatlah pula. Habislah aku. Sekarang ni bukan setakat telinga lelaki itu saja merah tetapi wajah lelaki itu juga telah berubah dari 'pinkish' ke warna merah.

Zara perlahan-lahan menjarakkan dirinya daripada lelaki itu kerana dia dapat merasakan yang  sekejap lagi lelaki itu bukan setakat mengaum tetapi pasti akan menjerit seperti raja gorila gunung a.k.a kingkong. Terus di layar mata Zara terbayang watak kingkong dalam filem " Kingkong " yang ditontonnya beberapa tahun lepas. Dan, seperti yang telah dijangkan maka bergemalah vila mewah itu dengan suara garau yang amat kuat menggalahkan halilintar.

" Zara !!!!!," jerit Tengku Razlan bingkas bangun. Zara yang nampak tindakan drastik Tengku Razlan segera berlari laju ke dapur untuk meletakkan gelas kosong itu di singki sebelum berlari laju keluar dari dapur. Hahaha ... nampaknya jejaka kacak seMalaya sudah bertukar jadi KINGKONG JADIAN! Lari....

Namun tak lama Zara berlari, matanya ternampak kereta majikannya dipandu memasuki perkarangan vila itu. Fuh! Lega. Nampaknya Si Kingkong tu bolehlah lupakan niat dia kalau nak kerjakan aku sebab mama dia dah balik, kata Zara di dalam hati kecilnya sambil tersenyum senang.

Terus dia berhenti berlari sambil menahan mengah. Zara menarik nafas lega. Dia tahu Tengku Razlan tidak akan berani hendak menggena atau memerintahnya sesuka hati jikalau mama dan papanya ada di rumah. Dia mengurut-ngurut dadanya sedikit sebab kemengahan melarikan diri dari Tengku Razlan tadi.

Pantas kakinya melangkah semula ke dalam dapur sambil terhendap-hendap. Matanya melihat-lihat ke kiri dan ke kanan mencari kelibat lelaki kingkong tadi. Fuh! Lega. Bibirnya tersenyum lebar gembira kerana berjaya mengenakan lelaki yang bernama Tengku Razlan si raja gorila gunung tadi.

" Hah! Apa yang kau senyum sorang-sorang tu. Masuk pun terhendap-hendap macam pencuri. Ni ... seronoklah dapat kenakan aku tadi yeak!" sergah Tengku Razlan di belakangnya. Hussh semangat! Nasib baik dia tak ada sakit jantung. Zara mengurut-ngurut dadanya kerana terlalu terkejut.

Dia menelan sedikit air liurnya sambil berdehem seolah-olah membetul-betulkan tekaknya sambil tersengih-sengih macam kerang busuk. Baru saja dia hendak menjawab kata-kata Tengku Razlan itu, kedengaran suara Puan Sri Salma memanggilnya dari ruang tamu.

Panggilan majikannya dari ruang tamu itu itu disahut segera. Pantas langkah kakinya dihayunkan ke ruang tamu. Namun begitu, pada masa yang sama masih sempat lagi dia berpaling dan menjelirkan lidahnya kepada lelaki gorila gunung itu sebelum dia beredar dari situ. Terkumat-kamit mulut Tengku Razlan melepaskan geram. Macam manalah HR boleh ambil budak tak cukup akal ni jadi pembantu mamanya, rengusnya sebelum mengekori gadis itu ke ruang tamu.

" Zara, bibik dan Pak Ali dah balik?"

" Oh! Bibik dan Pak Ali belum balik dari pasar lagi Puan Sri."

" Mmmm .... macam tu takpelah. Tapi ..... ni, saya nampak kereta anak saya ada kat luar tu. Dia mana? Dalam bilik ke?" Wajah Zara dipandang seketika sebelum dia ternampak anak tunggalnya itu muncul dari dapur. Terus bibir tua itu tersenyum lebar.

" Hai mama!" ucap Tengku Razlan. Tersenyum Puan Sri Salma melihat kelibat anak tunggalnya yang tiba-tiba muncul dari dapur.

Tengku Razlan terus mendekati mamanya dan menyalami tangan tua itu sebelum mencium pipi mamanya. Dia kemudiannya bersalam pula dengan papanya dan terus duduk di sebelah Puan Sri Salmah. Namun, matanya sempat mengerling tajam ke arah pembantu mamanya yang masih lagi berdiri di situ. Gadis itu buat-buat tidak nampak akan kerlingan tajamnya. Dasar perempuan tak cukup akal. Perasan bagus, kutuk Tengku Razlan di dalam hatinya.


Previous: BAB 3
Next: BAB 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma