BAB
28
Sebaik saja dia melangkah keluar dari restoran itu, terus
saja air matanya terhambur keluar. Deras dan laju. Kenapa mesti dia yang
dipersalahkan? Dia tak buat apa-apa pun. Dia ke situ sekadar untuk makan. Tidak
pun berjanji dengan lelaki itu. Lisa sepatutnya sudah maklum akan sikap
tunangnya yang kaki perempuan tu. Sepatutnya lelaki tak guna itu yang
'dikerjakan' Lisa. Bukannya dia. Lagipun, bukan dia yang tergedik-gedik pada
lelaki tak guna itu pun ... tapi lelaki tak guna tu yang terkejar-kejarkan dia.
Lelaki yang bernama Tengku Razlan itu memang pembawa malang untuk dirinya betullah.
Tak guna punya lelaki!, kutuk Zara di dalam hatinya.
Ini semua tak adil. Setiap kali perkara seperti ini
berlaku, pasti orang perempuan juga yang dituduh menggatal dengan kekasih oranglah,
tunang oranglah ... bla .. bla..bla..., rungut Zara di dalam hati kecilnya
sebelum bunyi hon kereta dan bunyi geseran tayar yang dibrek secara mengejut
kuat kedengaran. Zara tersedar dari lamunannnya. Namun kakinya kaku seolah-olah
tergam kuat di tengah-tengah jalan itu. Fikirannya kosong walaupun matanya
dapat melihat pemandu kereta itu keluar dari kereta dan menjeritkan sesuatu
kepadanya.
Dia hanya mampu tercegat berdiri kaku di tengah-tengah
jalan. Zara melihat mulut pemandu itu bergerak-gerak namun dia tidak pasti
butir kata lelaki itu. Tapi ... daripada reaksi pemandu kereta itu, Zara dapat
mengagak yang pemandu itu sedang memarahinya.
Tiba-tiba dia terasa tangannya dipegang seseorang. Zara
menarik nafasnya perlahan dan panjang. Matanya dipejamkan sesaat. Ada rasa lega
di dalam hatinya. Dia terasa seolah-olah orang yang memegang tangannya itu
sedang memberi semangat kepadanya. Zara menoleh ke arah orang yang memegang
tangannya. Lidahnya kelu tak terkata.
" Zara ... Zara ... are you okay?" tanya Tengku
Razlan sambil menggoyang-goyangkan bahu Zara. Zara menganggukkan kepalanya
perlahan walau dia sendiri sebenarnya tak pasti sama ada dia okay atau tidak.
" Huh ... erghh ... okay. Saya okay. Terima kasih
Tengku. Saya minta diri dulu," ucap Zara. Dia mahu beredar dengan segera
dari situ. Takut pertengkaran di dalam restoran tadi akan berlanjutan ke tepi
jalan pula kerana dia pasti sungguh yang Lisa masih berada di situ.
Tapi malang sekali kerana tangannya masih dipegang lelaki
itu. Tak nampak pun macam lelaki itu hendak melepaskan tangan kanannya itu.
Sebaliknya, semakin kuat pula lelaki itu memegang tangannya.
" Tengku ... my hand, please," kata Zara. Malangnya
Tengku Razlan semakin mengguatkan pegangan tangannya lagi.
" Tengku, tolonglah. Saya tak nak dituduh yang bukan-bukan
dengan Cik Lisa lagi. Saya pun ada harga diri. Tolonglah. Lepaskan tangan
saya," sambung Zara lagi.
" Biar aku hantar kau balik. Dengan fikiran kau yang
melayang entah ke mana tu, aku tak rasa kau boleh memandu. Please ... let me
drive you home."
" Takpe Tengku. Saya dah okay. Saya boleh jea drive
sendiri," balas Zara pula.
" Aku kata aku hantar kau balik. Final! Jangan nak
degil pulak!"
" Saya tak nak. Tak faham ke? Dengar ni elok-elok ...
saya tak nak tu maksudnya saya tak naklah. Takkan ayat semudah itu pun tak
faham!" balas Zara.
Nada suaranya pun telah naik seoktaf. Bukannya dia tidak
menghargai pertolongan lelaki itu, tetapi dia benar-benar tak nak Lisa semakin
salah faham dengannya. Cukup cukuplah apa yang berlaku tadi.
Tengku Razlan memandang tajam ke wajah gadis di
hadapannya ini. Dasar keras kepala. Dia mengeratkan lagi pegangan tangan Zara.
Bibir merahnya tersenyum nipis tatkala dilihat wajah gadis itu yang semakin
garang dan kelat. Lagi kau garang, lagi aku suka, bisik hati Tengku Razlan.
Tangan Zara terus diheret ke kereta yang terletak tidak
jauh dari situ. Pintu sebelah penumpang dibukanya luas sebelum memaksa Zara
masuk ke dalam keretanya.
" Kau jangan cuba-cuba nak keluar. Duduk diam-diam
kat kerusi tu," arah Tengku Razlan tegas. Sebuah jelingan tajam
dihadiahkan pada lelaki itu.
Sebaik memasuki keretanya, Tengku Razlan segera memandu
keluar keretanya dari situ. Laju kereta itu dipandu ke arah NKVE sebelum memasuki
Lebuhraya Utara Selatan. Air muka Zara terus berubah tiga ratus enam puluh
darjah melihatkan arah kereta itu dipandu.
" Tengku kata nak hantar saya balik. Tapi ni macam
nak ke utara jea. Tengku jangan macam-macam yea. Ni Tengku nak bawa saya ke
mana pula? Rumah saya kat KLlah!" tegas Zara. Wajah Tengku Razlan
dipandangnya macam nak telan. Sebenarnya jikalau boleh memang pun dia nak telan
jea mamat sengal sebelah dia ni!
" Amboi! Kasarnya bahasa. Macam ni ke cara kau ucap
terima kasih pada aku? Kau pernah tak dengar pepatah 'orang berbudi, kita berbahasa'? Jadi sekarang
ni aku tak kira. Kau kena balas budi aku tadi. Bukan apa pun. Temankan aku jalan-jalan
dan makan jea. Kau pun mesti laparkan sebab tadi ni kau tak sempat makan, betul
tak? And ... as I said before ... I don't take 'no' as an answer! " kata
Tengku Razlan selamba.
Malas hendak bertekak lagi, Zara hanya menurut saja. Buat
penat jea bercakap dengan lelaki yang tak faham bahasa ni. Matanya ditutup
rapat berpura-pura tidur sebab malas hendak melihat muka Tengku Razlan yang
sekejap-sekejap tersenyum-senyum sumbing memandang ke arahnya. Menyampah!
Ikutkan hatinya yang geram itu hendak saja dia sumpah lelaki ini menjadi kambing Boer! Kan bagus
kalau dia ada tongkat sakti macam Harry Potter.
Pada masa yang sama tanpa mereka berdua
sedari, ada yang mengekori mereka sedari tadi dengan rasa marah yang membara. Apabila
rasa marah mulai subur di hati manusia, syaitan pun mulalah memainkan peranan dengan
mengapi-apikan lagi rasa marah itu sehingga akhirnya berubah menjadi dendam!
Imam al Ghazali pernah berkata, " Ketahuilah
kemarahan itu apabila tetap meluap-luap kerana memang tidak dapat
melenyapkannya seketika, maka ia akan masuk ke dalam hati dan terus bergejolak di dalam hati sehingga
akhirnya menjadi dendam."
Suasana di dalam Audi TT itu sunyi sepi. Sesekali Tengku
Razlan mengerling ke arah Zara yang seolah-olah tidur. Alahai! My Zara. Macamlah
aku tak tahu yang kau tu berpura-pura jea tidur. Tengku Razlan berdehem
sedikit.
" Aku tahu kau pura-pura jea tidur tu. Bukalah mata
kau tu. Aku nak cakap sesuatu ni."
Zara masih seperti tadi. Buat-buat seolah-olah dia sedang
lena tidur dan tidak mendengar langsung apa yang diperkatakan Tengku Razlan. Tengku
Razlan menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan. Inilah perempuan paling degil
pernah dia jumpa. Kalau orang lain, mahu saja dia tengkingkan jea. Tapi,
dengan Zara dia masih mampu bersabar.
Tak tahulah dari mana rasa sabarnya itu datang.
" Suka hati kaulah. Ni ... aku nak tanya. Kau ni
takde perasaan ke waktu Lisa maki-maki kau tadi? Kenapa kau tak balas balik
perbuatan dia tu? Lembiklah kau ni. Pertahankan diri sendiri pun tak
tahu," sengaja Tengku Razlan berkata dalam nada mengutuk kerana dia tahu
itu saja caranya hendak membuat Zara membalas kata-katanya. Dia sudah masak
sangat dengan sikap Zara yang tidak suka diperlekehkan olehnya. Satu-satunya gadis
yang dia kenal kat Malaya ni yang anti dirinya!
Seperti yang telah diduga oleh Tengku Razlan tadi terus
saja gadis di sebelahnya itu membuka matanya besar sambil menegakkan duduknya. Dari
hujung matanya, Tengku Razlan dapat melihat sekilas muka Zara yang bengkeng
semacam. Hahaha ... ini barulah my Zara, gelak Tengku Razlan di dalam hatinya.
" Saya bukan lembiklah. Saya cuma tak nak
memanjangkan dan memanaskan lagi keadaan. Sebab itulah saya diam dan segera
beredar dari situ," balas Zara. Wajah lelaki di sebelahnya dipandang
geram.
" Betullah apa kau cakap tu. Tapi ... sekurang-kurangnya
nafikanlah semua tuduhan Lisa tu. Atau ... memang betul tuduhan Lisa tu?"
" Apa yang betulnya?" balas Zara semula.
" Tuduhan Lisa yang kata kau ni memang nak rampas
aku dari pada dia?" tanya Tengku Razlan dalam nada mengusik sambil tertawa
kecil.
" Eeii ... hello. Perasan tau tak Tengku ni. Tuduhan
Cik Lisa tu semuanya tak betullah. Tengku tahu tak dalam sebuah hadis, Rasulullah
s.a.w bersabda " Sebaik-baik anak Adam
ialah orang yang lambat marahnya dan segera pula reda bila sudah marah dan
sejahat-jahat anak Adam yang lekas marahnya dan lambat pula reda
marahnya."
" Jadi?"
" Jadinya ... mmm ... saya tahulah saya ni pun tak
baik mana. Cuma saya sedang berusaha hendak menjadi umat Islam yang baik dengan
mengikut akhlak-akhlak baik dan terpuji yang disaran di dalam Islam. Itulah
sebabnya saya diam saja tadi.
Sebenarnya di
dalam hati saya ni macam nak balas balik jea apa yang Cik Lisa cakap tadi. Tapi
... bercakap dengan orang yang tengah marah ni tak berbaloi sebab hatinya
tengah penuh dengan rasa benci dan marah pada saya. Kalau saya lawan juga
semakin panjanglah ceritanya nanti. Jadi, saya diam dan maafkan jealah dia
sebab saya tak naklah perasaan marah saya terus berakar umbi di dalam hati saya
ni. Takut nanti saya jadi pendendam."
Lagipun, rasa marah ni kunci kepada tekanan. Dan, tekanan
atau stress ni pula kunci kepada segala penyakit. Hissh ... saya tak naklah
dapat sakit gara-gara hal-hal remeh macam ni. Sekarang Tengku dah faham? "
Tengku Razlan tidak terus menjawab. Sebaliknya, segaris
senyuman nipis kelihatan di bibir merahnya.
" Faham tak?" tanya Zara lagi.
" Faham honey," jawab Tengku Razlan selamba.
" Apa?" tanya Zara semula.
" Takde apa-apalah ustazah Zara. Cuma kau buat aku
makin jatuh ...," kata-kata Tengku terhenti di situ tiba-tiba.
" Jatuh apanya?" tanya Zara ingin tahu.
" Takde apa-apalah. Aku pun dah
terlupa apa aku cakap tadi," dalih Tengku Razlan.