Home Novel Cinta DIA CINTAKU
BAB 19

BAB 19

Sesekali Zara mengerling ke arah jam tangannya. Hari ini dia bekerja di TR Holdings dan bukannya di rumah majikannya. Menurut kata majikannya dia dipinjamkan selama sehari saja untuk menggantikan tempat setiausaha anak lelakinya yang sedang bercuti. Dan. seperti biasa Zara hanya menurut sahaja arahan majikannya yang telah dianggap seperti orang tuanya sendiri.

Wajah lelaki di hadapannya yang sedang sibuk menyelak-nyelak beberapa dokumen di dalam sebuah fail berwarna biru nila itu diperhatikannya dengan perasaan yang geram. Sesekali Zara menjeling tajam pada lelaki itu. Namun sedikit pun tidak memberi kesan kepada lelaki yang menjengkelkannya itu! Hissh .... tak boleh jadi ni. Takkan nak duduk macam ni jea sepanjang hari. Hampir dua jam dia disuruh duduk saja di hadapan lelaki ini tanpa sebarang tugasan. Zara berdehem sedikit.

" Ehem ...," Zara berdehem perlahan sambil cuba memaniskan wajahnya. Nampaknya dia berjaya menarik perhatian lelaki yang bernama Tengku Razlan itu. Lelaki itu mengangkatkan wajahnya sedikit. Sebuah senyuman terukir di bibirnya yang merah itu.

" Mmmm .... yes, dear?" tanya Tengku Razlan dengan senyuman yang masih terukir di bibirnya.

" Apa 'dear-dear' ni? Saya tak sukalah. Nama saya Zara ... so panggil saya Zara. Ni .... eerrghh... apa kerja saya kat sini? Takkan kerja saya mengadap muka Tengku jea?" tanya Zara selamba.

" Hahaha ... perempuan kat luar sana tu menanti jea aku panggil diorang 'dear'. Kau pula tak suka. Peliklah! Kau ni ' alien' ke atau memang takde perasaan?"

" Well ... saya ni memang ' alien'. So ... memang patutlah saya ni takde perasaan macam manusia. So ... sekarang ... apa kerja saya kat sini ni? Takkan mengadap muka Tengku jea?" tanya Zara lagi sekali.

" Kalau aku kata kerja kau kat sini memang untuk mengadap muka aku jea .... kenapa? Tak boleh? Atau muka aku ni tak cukup kacak ke untuk kau hadap?"

Zara menggaru-garu pipinya yang tidak gatal itu perlahan-lahan. Apa punya kerjalah tu, umpat Zara di dalam hatinya. Lamunannya terganggu dengan bunyi deheman Tengku Razlan.

" Eeergghh ..... bukan. Bukan macam tu maksud saya. Tapi, apa punya kerjalah macam tu? Lepas tu bila masa pulalah saya kata muka Tengku tak kacak? Kacak. Cuma takkanlah kerja saya macam ni jea. Dari kerja mengadap muka Tengku, baik saya balik vila orang tua Tengku. Ada juga kerja untuk saya buat kat sana."

" Oh! Kiranya kau bosanlah asyik kena tengok muka aku jea yea!"

" Hmm ....," jawab Zara malas sambil jari telunjuk kanannya menggaru-garu dahinya yang tidak gatal.

" Hah! Apa kau kata?" bentak Tengku Razlan dengan suaranya yang ditinggikan sedikit. Sengaja dia berbuat begitu. Seronok pula rasanya dapat menyakat anak dara di hadapannya itu. Dan, seperti yang telah diduganya, si gadis mencebikkan mulutnya sedikit. Hahaha ... bikin senyum nakalnya semakin lebar.

" 'Mmm' saya tu maksudnya saya bosanlah sebab tak buat apa-apa kerja. Bukannya sebab saya bosan tengok muka Tengku yang kacak tu," balas Zara sambil menekankan sedikit nada suaranya pada perkataan 'kacak' untuk melepaskan rasa menyampah yang cuba ditahannya di dalam hati..

Tengku Razlan tersenyum lebar mendengarkan kata-kata gadis itu. Pandangannya yang tadinya dihalakan ke dokumen-dokumen yang terdapat di dalam fail biru nila itu kini beralih ke arah wajah bengang gadis di hadapannya sebelum dia menyandarkan badannya ke kerusinya.

" Kiranya selama ini kau pun anggap aku ni kacak jugalah yea. Aku suka dengar kau cakap macam. I'll take it as a compliment. Bukan senang nak dengar kau puji aku."

" Suka hati Tengkulah nak anggap kata-kata saya tu apa-apa pun. Sekarang ni, bagilah sesuatu untuk saya buat. Kalau tak, saya nak balik," desak Zara .

Dia benar-benar bosan duduk diam saja tanpa melakukan sebarang pekerjaan. Dia mula menyandarkan badannya rapat ke kerusi sedang kepalanya dilentukkan ke tempat sandar sebelum meraup wajah bosannya dengan kedua-dua telapak tangannya.

Tersenyum kecil Tengku Razlan melihatkan reaksi gadis itu. Memang dia sengaja menyuruh gadis itu duduk di hadapannya sebaik gadis itu melaporkan dirinya tadi. Sebenarnya dia telah meminta HR Department supaya meletakkan seorang junior secretary untuk menggantikan tempat PAnya yang bercuti.

Sengaja dia menggunakan alasan itu kepada mamanya kerana itu sajalah caranya untuk membolehkan Zara dekat dengannya. Kalau tidak, jangan haraplah mamanya hendak melepaskan PA kesayangannya itu untuk dipinjamkan kepadanya. Wajah cemberut gadis itu dipandangnya lagi.

" Oh! Kau nak buat kerja yea! Mmm ... pergi buatkan aku kopi yang kaw-kaw punya," kata Tengku Razlan.

" So ..... saya keluar dulu Tengku," Zara meminta diri.

" Eh! ... Kau nak ke mana pulak tu?" tanya Tengku Razlan mengerutkan dahinya.

" Lah! Saya nak keluarlah. Buat kopi. Tadi kata nak minum kopi!" balas Zara bengang.

" Mmm ... Buat cepat sikit."

Sebaik Zara keluar dari bilik pejabatnya, Tengku Razlan terus meneliti semula laporan kewangan yang terdapat di dalam fail di hadapannya. Sesekali dia mengerling ke arah luar bilik pejabatnya. Manalah perempuan ni? Buat air pun lambat!" rungut Tengku Razlan di dalam hatinya.

Tengku Razlan bingkas bangun dari kerusinya yang empuk itu dan terus menuju ke arah pantri. Namun langkahnya terhenti apabila terdengar suara orang sedang berbual mesra.

Tengku Razlan memerhatikan saja gelagat Zara dengan seorang staffnya yang bernama Hilal yang sedang berbual mesra itu. Hish! Bukan main baik dan ramahlah pulak perempuan ni melayan si Hilal tu. Patutlah buat kopi pun berjam-jam, komen Tengku Razlan di dalam hatinya.

Tengku Razlan berdehem sedikit. Terus perbualan mesra Zara dan Hilal terhenti. Hilal segera beredar dari situ manakala Zara pula terus membawa mug yang berisi kopi panas itu ke biliknya. Tengku Razlan hanya memerhatikan dengan ekor matanya saja sebelum dia juga berjalan ke arah pejabatnya. Namun, dia sempat memberikan satu pandangan tajam ke arah staffnya yang bernama Hilal itu sebaik melintasi meja staffnya itu.

Sebaik saja Tengku Razlan duduk di kerusinya, dia segera menghirup kopi yang dibuat Zara sebelum sebuah jelingan tajam diberikan pada pembantu mamanya itu.

" Jeling-jeling saya tu kenapa? Ada apa-apa yang tak kena ke dengan kopi saya tu?"

" Kopi kau sedap. Takde masalah. Tapi ... perangai kau tu yang aku tak suka," balas Tengku Razlan sinis.

" Perangai apanya pula? Mana saya ada buat apa-apa yang tak senonoh!" jawab Zara. Matanya memandang tepat ke anak mata anak tunggal majikannya itu.

" Perangai kau yang senang sangat melayan orang lelaki berborak. Lepas tu ... bukan main mesra lagi. Padahal baru jea kenal."

" Lah! Apa salahnya. Dah Encik Hilal tu tanya nama saya ... so saya jawablah. Takkanlah itu pun salah," jawab Zara lagi.

" Aku tak suka kau berbual dengan lelaki-lelaki ni."

" Lah! Suka hati sayalah nak berbual dengan siapa pun!"

" Aku kata aku tak suka kau buat macam tu ... aku tak sukalah. Takkan susah sangat nak dengar cakap aku. Atau ... kau ni memang perempuan murahan. Suka sangat melayan lelaki sana dan sini!"

Berdesing telinga Zara mendengarkan kata-kata Tengku Razlan sebentar tadi. Zara mengetapkan bibirnya geram. Dan, tanpa dirancangnya ... tangan kanannya segera mencapai mug yang berisi air kopi yang terletak di hadapannya dan terus Zara menyimbahnya ke dada lelaki yang sungguh menjengkelkannya itu.

" You ... Tengku Razlan memang kurang ajar dan tak tahu nak hormatkan perempuan. Saya nak balik. Good bye!" Terus Zara mencapai begnya dan beredar dari situ.

Tengku Razlan yang terkejut dengan tindakan berani dan drastik Zara termangu-mangu seketika sebelum dia dengan pantas keluar dari biliknya dan mengejar Zara yang telah pun masuk ke dalam lift. Matanya dapat melihat beberapa orang kakitangannya termasuk yang bernama Hilal itu memandang ke arahnya.

Tapi ... dia tidak menghiraukan itu semua. Dengan pantas Tengku Razlan menahan pintu lift dari tertutup. Dia segera masuk ke dalam lift itu. Kini hanya dia dan Zara saja di dalam lift itu. Suasana di dalam lift itu senyap saja sehinggalah lift terbuka apabila di ground floor. Tengku Razlan segera menghampiri Zara dan memegang lengan gadis itu kejap.

" Lepaskan tangan saya Tengku! Karang saya jerit kang," ugut Zara. Tengku Razlan hanya tersenyum saja sambil merapatkan wajahnya ke telinga gadis itu.

" Sebelum kau sempat menjerit ... aku dah kiss kau dulu. Dan, aku tak bergurau. Sekarang ni baik kau ikut jea aku. Lagipun, kau dah buat salahkan!"

Zara meneguk air liurnya perlahan. Baik dia jangan mencurah minyak dengan mencabar si buaya yang tengah berang ni! Haru jadinya nanti! Langkah kakinya menurut saja setiap langkah yang diatur oleh Tengku Razlan sehinggalah dia disuruh masuk ke dalam kereta lelaki itu. Zara teragak-agak untuk menurut, tetapi pandangan tajam Tengku Razlan benar-benar menakutkannya. Akhirnya, Zara menurut juga.

Suasana di dalam kereta itu sunyi senyap tanpa sebarang bunyi. Keadaan itu berterusan sehinggalah mereka tiba di kawasan pakir kereta yang terletak dibawah kondo lelaki itu. Zara memandang ke arah anak majikan. Dia berdehem sedikit. Lelaki itu menoleh ke arahnya.

" Hah! Tunggu apa lagi. Keluarlah!" tengking Tengku Razlan dengan wajah garangnya.

" Errgh ... tapi kenapa Tengku bawa saya ke sini? Apa Tengku nak saya buat kat sini? Tengku jangan nak macam-macam yea. Saya ni bukannya perempuan murahan tau. Saya ada maruah!"

" Eh! Sudah. Kau telan jea maruah kau tu. Ni ... sekarang kau ikut aku."

" Tak naklah. Saya nak balik rumah saya!"

" Amboi! Kau dah kotorkan kemeja aku ni ... senang-senang jea kau nak balik. Siapa nak cuci ni?" tanya Tengku Razlan sambil jari telunjuknya menunjukkan ke arah kemejanya yang ada kesan air kopi di bahagian dada. Nasib baiklah air kopi tadi tu sudah suam-suam kuku. Kalau tidak, ada juga melepuh kulit dia!

" Tengku bagi jealah baju tu kat saya. Nanti saya cuci kat rumah."

" Takkanlah aku nak tanggalkan baju aku ni kat dalam kereta dan aku berlengggeng tak pakai baju pula naik lift tu hah! Nanti ada pula orang kata aku sewel. Takkan itu pun kau tak boleh fikir kot! Susah juga cakap dengan orang IQ rendah ni!."

Zara terdiam sejenak. Nampaknya lelaki sengal seMalaya ni memang tengah naik hantu! Bahasa pun bukan main kasar lagi. Tapi ... ada betul juga apa yang lelaki ni cakap. Takkanlah nak suruh lelaki tu tanggal baju kat dalam kereta ni. Ada jugalah nanti orang fikir bukan-bukan. Dengan hati yang berat akhirnya Zara menganggukkan kepalanya perlahan-lahan. Zara segera keluar dari kereta itu sebaik dilihatnya lelaki itu berbuat demikian. Zara kemudiannya mengekori lelaki itu ke dalam lift dan seterusnya ke kondo lelaki itu.

Zara hanya menunggu di ruang tamu sementara anak majikannya itu masuk ke dalam bilik tidurnya. Tidak lama selepas itu dengan hanya menggenakan seluar pendek dan tidak berbaju, Tengku Razlan berjalan keluar dari bilik tidurnya sambil sebelah tangannya memegang kemejanya yang kotor terkena kopi yang disimbah Zara tadi.

Zara yang ternampak kelibat anak majikannya yang menyeksa matanya itu segera mengalihkan pandangannya ke arah lain. Sebaik kemeja kotor itu berubah tangan, Zara segera berkata.

" Mmm ... saya minta diri dululah. Baju Tengku ni saya bawa balik rumah sayalah. Nanti lusa saya pulangkan."

" Siapa kata kau boleh balik. Tak boleh lagi. Kerja kau belum siap lagi," jawab Tengku Razlan tanpa memandang ke arah wajah Zara yang jelas terkejut dan bengang dengan jawapan Tengku Razlan tadi. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dia menghempukkan kepala lelaki poyo itu dengan kusyen kecil yang terletak cantik di atas sofa kuning air ini. Ini tak boleh jadi ni, marahnya lagi di dalam hati.

" Hah! Apa? Saya nak buat apa kat rumah Tengku ni? Lagipun tak manislah. Cuma kita berdua jea kat dalam rumah ni. Boleh mengundang fitnahlah Tengku!" bantah Zara. Bibir bawahnya diketap geram. Wajah lelaki kacak di hadapannya itu dijelingnya tajam. Tak puas hati!

" Habis ... tadi yang kau borak-borak mesra semacam dengan Hilal kat pejabat aku tu elok sangatlah!"

" Apa yang Tengku merepek ni! Itu kat pejabat. Ada ramai orang!"

" Ah! Kau jangan banyak cakaplah. Ni ... sekarang ni kau ambil krim ni dan tolong sapu kat dada aku ni. Sakit tau!" arah Tengku Razlan sambil menyandarkan badannya ke sofa berwarna kuning air itu.

" Hah! Tengku sapulah sendiri." Zara membantah.

" Baik kau jangan banyak cakaplah. Dada aku sakit ni. Mood aku pun tak baik ni! Kalau kau nak cepat balik rumah kau, baik kau cepat sapukan krim ni kat dada aku yang ala-ala nak melecur dah ni. Lagi cepat kau buat, lagi cepatlah kau boleh blah dari rumah aku ni!"

Perlahan-lahan Zara menghampiri Tengku Razlan dan mencapai bekas ubat yang dihulur Tengku Razlan. Matanya segera memandang ke arah dada anak majikannya . Memang nampak kemerahan sungguh. Hish ... kenapalah aku ikut perasaan sangat tadi, Zara memarahi dirinya sendiri.

Tiba-tiba saja Zara merasa bersalah yang amat sangat. Dengan berhati-hati jari-jemarinya menyapu krim berwarna putih itu ke dada lelaki itu perlahan-lahan sementara anak majikannya itu menutup mata sambil sesekali mukanya kelihatan berkeriut menahan pedih kot!.

" Tengku .... dah siap dah. Saya balik yea!"

" Tak boleh. Kau kena masakkan aku dulu. Kau tak nampak ke keadaan aku ni! Mana aku larat nak keluar dah. Ke ... kau memang nak buat aku mati kebuluran?"

" Tapi ... Tengku. Saya rasa tak sedap hatilah Tengku lama-lama kat sini. Saya takut kalau-kalau ..." belum sempat Zara menyudahkan kata-katanya lelaki itu telah memotong kata-katanya.

" Alah ... kau jangan takutlah. Kawasan ni diorang tu tak masuklah. Masakkan aku maggi jea. Lima minit dah siapkan. Apa jea yang boleh berlaku dalam masa lima minit tu. Lagipun ... kalaulah kita kena tangkap ... kau jangan risaulah. Aku akan bertanggungjawab. Aku sudi jea kahwin dengan kau Zara," kata Tengku Razlan sambil mengenyitkan matanya sedikit.

Zara mengetap bibirnya sedikit. Eeeii ... dah sakit-sakit macam tu pun masih gatal lagi! Ni kang ada juga yang kena simbah dengan Maggi panas ni kang! Tapi ... sebab rasa bersalah dan malas hendak berlawan cakap lagi, Zara segera ke dapur. Lagi cepat dia siapkan kerja dia, lagi cepatlah dia boleh beredar dari sini! Ya Tuhan kau lindungilah aku ... amin, doa Zara di dalam hati kecilnya.


Previous: BAB 18
Next: BAB 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma