Home Novel Cinta DIA CINTAKU
BAB 24

BAB 24

Puan Sri Salma sedari tadi tidak senang duduk. Ini semua gara-gara cerita yang disampaikan oleh sahabat baiknya Datin Aminah tadi. Apatah lagi siap dengan bukti gambar lagi.

Dan, paling membuatkan dia geram dan rasa macam hendak meletup ialah bila Datin Halina, iaitu orang tua Lisa menceritakan bagaimana Lisa anak perempuan tunggalnya ditampar di khalayak ramai oleh anak lelakinya. Hissh ... dia tak besarkan anaknya supaya jadi kaki pukul perempuan. Nauzubillah!

Dan, semuanya angkara Pembantu Peribadi kesayangannya! Errghh ... tak boleh jadi ni. Takkanlah dia hendak membiarkan perkara ini semua merosakkan persahabatan mereka dan rancangan mereka yang hendak menjodohkan Razlan dengan Lisa, rengus Puan Sri Salma di dalam hatinya.

Puan Sri Salma segera bersiap. Dia menuruni tangga sambil matanya mencari-cari pembantu peribadinya. Dia terus melangkah ke dapur kerana di situlah selalunya pembantu peribadinya berada. Sebaik matanya manangkap kelibat orang yang dicarinya, dia segera memanggil Zara.

" Zara ... ikut saya. Bibik ... cakap kat Pak Ali saya nak keluar sekarang," arah Puan Sri Salma dengan wajah yang serius. Bibik segera bergegas keluar mencari Pak Ali yang berada di laman depan villa itu sebaik mendengar arahan majikannya.

" Baik Puan Sri. Sekejap. Saya ambil beg saya dulu," jawab Zara sambil tersenyum seperti selalu.

" Mmm ... cepat sikit," kata Puan Sri Salma.

Namun, mata tuanya terus mengekori pergerakan Zara. Mendengarkan cerita dan melihatkan gambar yang dihantar ke telefonnya, memang dia hendak menyoal terus gadis itu sekarang ini juga.Tapi, melihatkan senyuman gadis itu membuatkan marahnya tersekat di dalam dirinya saja. Kenapalah semua benda ni berlaku semasa suaminya tiada di sini, hati Puan Sri Salma berbisik sendirian.

Pada masa yang sama di TR Holding pula, Tengku Razlan terpaksa membatalkan mesyuarat anatara jabatan di saat-saat akhir. Ini semua gara-gara panggilan telefon daripada Datuk Abu Bakar, iaitu orang tua Lisa. Tengku Razlan mengeluh panjang memikirkan kata-kata Datuk Abu Bakar yang memintanya bertanggungjawab dengan perbuatannya yang selalu mengusung anaknya ke sana ke sini tanpa mengira masa selama ini.

Lebih tepat lagi, dia diminta berkahwin dengan Lisa secepat yang mungkin. Jikalau tidak, Datuk Abu Bakat mengugut akan melibatkan papanya sekali di dalam permasalahan ini. Perkara seperti ini yang hendak dielaknya. Datuk Abu Bakar adalah sahabat baik papanya semnejak muda lagi. Perkara yang terakhir yang dia hendak buat ialah menjadi penyebab persahabatan baik papa dan Datuk Abu Bakar putus gara-gara dirinya.

Baru dia hendak menyandarkan badannya ke kerusi, telefonnya berbunyi lagi. Mmm terteranama 'Eiman' di skrin telefonnya. Apa pulaklah kawan dia yang seorang ni nak? detik hatinya.

Butang jawab terus ditekannya. Belum sempat dia berkata apa, Eiman terlebih dulu telah menerjahnya.

" Bro ... apa kau buat malam tadi? "

" Buat apa?" tanya Tengku Razlan semula. Pelik mendengarkan pertanyaan sahabat baiknya itu. Mana dia ada ke kelab malam atau mabuk-mabuk atau buat perkara tak senonoh. Dia terus jea balik rumah dan tidur selepas tengok wayang semalam.

" Adoi! Ni mesti kau tak baca paper lagilah ni. Gambar kau dan cinta hati dalam diam kau tu terpampang kat muka pertama tau. Aku tak kisah kau kena marah dengan mama kau atau keluarga Lisa. Tapi ... aku risaukan Zara ... your cinta hati rahsia tu! You know your mum better than me kan! Apatah lagi mulut mama si Lisa tu!"

" Hah! Apa kau kata? Kau biar betul?" Kalau betullah apa yang dikatakan oleh Eiman, pasti mamanya tahu tentang apa yang berlaku semalam. Memanglah masalah besarlah jikalau mamanya tahu apa yang berlaku semalam!

" Betullah. Apa pulak aku nak tipu. Tapi ... ada satu lagi yang kau kena tau."

" Apa dia?"

" Semalam kau ada tampar si Lisa ke? Sebab ... gambar kau lempang dia tu dah viral. Kalau parent dia tahu ... memang 'selamatlah' kau kali ni. Kau ni memang pandai cari masalah dan musuh jeakan!"

" Eh! Takkanlah kot. Siapalah punya kerja ni? Kalau aku ...," tak sempat Tengku Razlan menghabiskan kata-katanya, pintu pejabatnya telah terbuka luas.

" Mmm ... Man, I call you later. My mum and her 'rombongan' dah sampai ni. Bye," kata Tengku Razlan separuh berbisik dan tergesa-gesa mengakhiri perbualannya dengan Eiman.

Dia benar-benar kelu tidak terkata apa melihatkan mamanya serta keluarga Lisa berada di hadapannya sekarang ini. Begitu juga dengan Zara. Hatinya dapat meneka apa yang telah berlaku saat matanya melihat mata Zara yang merah dan bergenang dengan air mata. Buat pertama kali di dalam hidupnya dia benar-benar rasa bersalah.

" Raz ... ikut kami ke board room. Now!" arah Puan Sri Salma sebelum beredar dari situ bersama-sama 'rombongannya'.

Tengku Razlan hanya menganggukkan kepalanya saja. Lidahnya seolah-olah tergam kuat hingga dia tidak mampu berkata-kata. Wajah Zara yang suram itu dikerlingnya sedikit. Dia dapat bayangkan bagaimana Zara 'dibasuh' oleh mamanya dan Datin Harlina. Ah! Kesian kau Zara. Maafkan aku!

Sekali lagi Tengku Razlan terkejut. Sebaik saja pintu bilik mesyuarat itu dibuka, terlihat beberapa orang wartawan di situ. Tengku Razlan menarik nafasnya panjang sebelum melepaskannya perlahan. Rasa-rasanya, dia dapat meneka apa yang akan berlaku sekejap lagi. Dia perlu bertindak pantass dan menamatkan semua ini dengan segera. Pantas dia mendapatkan mamanya sebelum membisikkan sesuatu.

Ini semua salah dia. Dia tidak mahu Zara diseret sama di dalam hal ini. Tak sanggup dia melihat air mata gadis itu tumpah dihadapannya. Dia juga tak sanggup melihat kesedihan Zara andainya ditinggalkan tunangnya kerana hal ini

Dia benar-benar tidak mahu Zara dimalukan ataupun berhadapan masalah dengan tunang mahupun keluarga tunangnya. Cukuplah gadis itu 'dibasuh' mamanya dan Datin Harlina. Bukan setakat 'berasap', tetapi boleh 'terbakar' gegendang telinga jikalau mamanya dan Datin Harlina itu 'membahasakan' orang di dalam keadaan marah.

Melihat wartawan yang hadir seolah-olah tidak sabar hendak menanyakan soalan, Tengku Razlan segera bersuara. Dia hendak menamatkan semua ini segera. Yang penting, dia tak nak sesiapa pun dapat peluang memalukan atau menyakitkan hati Zara. Semua ini berpunca dari dia. Zara tidak salah apa-apa pun.

" Selamat pagi semua. Terima kasih sebab sudi hadir. Takde apa sangat. Cuma seperti yang selalu saya janjikan sebelum ini ...mmm ... saya ingin mengumumkan perkahwinan saya dengan Lisa Datuk Abu Bakar bulan depan. Semua di sini ... saya jemput ke majlis bahagia kami. Terima kasih," kata Tengku Razlan ringkas sambil memegang tangan Lisa.

Bukan hanya wartawan tetapi juga 'rombongan' Puan Sri Salma terkejut dengan pengumuman Tengku Razlan yang bersahaja itu. Lisa seperti selalu melentukkan kepala ke sisi Tengku Razlan sedikit sambil tersenyum bahagia sebaik mendengar pengumuman Tengku Razlan tadi.

Suasana sunyi seketika sebelum seorang wartawan mengangkat tangannya untuk bertanya.

" Tahniah Tengku. Tapi pengumuman perkahwinan Tengku ni ... macam ada yang tak kena jea. Siapa perempuan ini? Dan ... kenapa tiba-tiba jea Tengku umumkan nak kahwin? Adakah ini semua ada kaitan dengan peristiwa Tengku menampar Cik Lisa anak Datuk Abu Bakar semalam? Tengku kena ugut dengan keluarga perempuan ke?" tanya wartawan tersebut sambil menunjukkan I-Padnya yang jelas kelihatan gambar dia sedang menarik tangan Zara serta gambar dia menampar Lisa.

Lisa menundukkan kepalanya sedikit. Malu. Sementara Tengku Razlan pula cuba berlagak tenang dengan soalan wartawan itu. Dia memeluk bahu Lisa sedikit sebelum bertukar senyuman dengan Lisa.

" Untuk soalan yang pertama ... itu gambar pembantu peribadi mama saya. Saya terserempak dengan dia di situ. Kebetulan jea dia ada di situ. Kami berbual sementara saya menunggu bakal isteri saya ni sampai. Pasal tarik tangan tu ... well ... jujurnya ia berlaku secara spontan saja tanpa sebarang niat. Mungkin sebab sudah menjadi kebiasaan saya kalau jalan dengan orang perempuan walaupun mama saya sendiri, saya mesti pegang tangan mereka.

Perempuan dalam gambar kat I-Pad tu ... tunang seseorang. Tolong hormatkan dia. Harap tidak dipanjangkan cerita ini sebab ini semua boleh merosakkan nama baik dia serta hubungan dia dengan tunang dan bakal mertua dia."

" Tentang peristiwa saya menampar bakal isteri saya ... mmm ... kami ada sedikit perselisihan faham. Cuma waktu tu saya terlalu mengikut perasaan saya. Itu saja. Jadi ... saya ingin ambil kesempatan ini meminta maaf secara terbuka kepada Datuk Abu Bakar dan Datin Harlina kerana berkasar dengan anak mereka. Baiklah ... jadi, itu saja buat masa ini. Kita jumpa di majlis perkahwinan kami bulan depan. Terima kasih dan assalamualaikum," kata Tengku Razlan pantas sambil tersenyum sedikit sebelum berpaling ke arah Datuk Abu Bakar dan menyalami tangan bakal mertuanya.

Datuk Abu Bakar kemudiannya bangun dan memeluk bakal menantunya itu. Ini yang membuatkan dia kagum dengan anak sahabat baiknya ini. Lelaki muda ini tahu bagaimana menyelesaikan masalah dengan baik dan pantas serta memuaskan hati semua orang.

Sebaik sahaja semua wartawan beredar dari situ, Tengku Razlan terus tercari-cari kelibat Zara. Tapi sayang. Saat dia ternampak orang yang dicari, dia hanya mampu melihat saja. Kelihatannya, mama kesayangannya sedang berkata sesuatu kepada Zara sambil menghulurkan sekeping sampul surat berwarna coklat sebelum Zara beredar dari situ setelah menyalami mamanya. Ah! Memang kau gadis yang baik Zara. Maafkan aku sebab letakkan kau di dalam masalah yang entah apa-apa ni! Maafkan aku my Zara, keluh hati kecil Tengku Razlan sambil meraup wajahnya dengan kedua-dua telapak tangannya.


Previous: BAB 23
Next: BAB 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma