BAB 15
Zara
baru saja keluar dari bilik tidurnya apabila dia terserempak dengan Ana yang
sedang bersiap hendak keluar. Zara hanya melemparkan segaris senyuman nipis
buat sahabatnya itu tatkala dilihatnya sahabat rapatnya yang mesra dipanggil Ana
itu tersenyum nakal. Ni ... apa pasallah pula kawan dia yang seorang ni
tersenyum semacam jea ni!, tanya Zara pelik di dalam hatinya sendiri sambil
memandang tepat ke wajah temannya itu.
Sementara
itu, di pihak Ana pula sebenarnya dari
malam tadi lagi dia hendak sangat bertanyakan sesuatu pada sahabatnya itu.
Tetapi, dibatalkan sahaja hasratnya itu kerana dia merasa begitu letih sekali
kerana baru saja sampai dari Terengganu. Namun dari malam tadi sehingga ke pagi
ini, hatinya tidak berhenti tertanya-tanya siapakah gerangannya yang menghantar
sahabatnya itu pulang semalam. Sebab tak mungkin Hail kerana itu bukan kereta
Hail buah hati sahabatnya itu! Lagipun, rasanya buah hati sahabatnya itu mana
ada di sini.
"
Eh! Hari ni kan hari Sabtu. Kerja juga ke hari ni?" tanya Zara tiba-tiba
telah menyedarkan Ana dari terus hanyut dalam khayalannya.
"
Haah! Sekejap jea. Cuma nak hantar dokumen ni jea. Lepas tu ... aku ada date
dengan sepupu kau tu," balas Ana tersenyum
sambil menunjukkan dokumen yang sedang dipegangnya.
"
Patutlah berseri-seri jea muka tu. Okaylah ... happy dating. Jangan jadi notti
jin pula tau," usik Zara sambil
mengenyitkan matanya sedikit sementara Ana pula hanya tersengih saja
mendengarkan usikan Zara.
"
Amboi ... kalau pasal mengusik orang bagilah kat kau. Mmm ... Zara, aku nak
tanya kau sesuatulah," kata Ana.
" Tanya apanya?"
" Siapa yang hantar kau balik semalam?"
" Mmm ... takde siapa-siapalah."
" Hah! Kau jadi budak nakal yea semalam. Nanti aku
bagitahu Hail," usik Ana lagi. Zara mencebikkan bibirnya sedikit sambil
membuat muka bosan.
"
Wei! Kau jangan nak salah faham yea! Semalam tu anak Puan Sri Salma ... si
mamat paling sengal kat Malaya inilah yang hantar aku ke sini. Sorilah aku tak
bagitahu kau awal-awal yang aku nak tumpang bermalam kat sini. Mamat sengal tu
check fail peribadi aku kat HR. Kat dalam fail tu aku tulis alamat rumah kau ni
sebagai alamat aku. Itu yang dia hantar aku ke sini sebab dia ingat inilah
rumah aku. Nasib baiklah aku ada bawa sekali kunci pendua rumah kau ni kat
dalam beg aku. Kalau tidak ... entahlah! Mesti tak 'real' langsung temberang
aku tu," terang Zara panjang-jela.
"
Alah! No problemlah friend. Rumah aku ni memang sentiasa terbuka untuk kau. Sebab
itulah aku bagi kau kunci pendua rumah aku ni. Ni ... kau tak kerja ke hari
ni?," tanya Ana .
" Tak. Boss aku bagi cuti."
" Oh! So ... apa rancangan kau hari ini? Lepak kat
rumah jea ke atau kau nak keluar? Kalau kau takde rancangan ... jomlah ikut aku
tengok wayang dengan abang pupu kau tu," ajak Ana.
" Thanks Ana . Tapi ... aku ada hal. Sekejap lagi ni
aku pun nak keluar," terang Zara pada sahabat rapatnya itu.
Ting ... tong ... Tiba-tiba saja loceng rumah itu
berbunyi. Zara dan Ana saling berpandangan.
" Siapa yang datang pagi-pagi ni? Buah hati kau yea? Rindu sangatlah tu!,"
kata Zara mengusik kawan rapatnya itu.
" Hah! Taklah. Mana ada. Aku yang akan ke Tropika
Mall dan jumpa dia kat sana selepas
selesai urusan aku kat pejabat tu nanti. Sekejap ek. Aku nak pergi tengok siapa yang tekan loceng kat luar tu," jawab Ana sambil bergegas
ke pintu dan menjenguk siapa yang datang.
Zara menganggukkan kepalanya sedikit dan terus beredar ke
dapur dan membuat secawan air teh panas untuk dirinya. Sekeping roti gardenia
diambilnya dan dicelup ke dalam air teh panas itu sebelum mengunyahnya
perlahan-lahan. Sambil itu, dia dapat mendengar pintu rumah itu ditutup perlahan oleh Ana.
Baru Zara hendak ke ruang tamu, telefonnya pula berbunyi.
Dia segera menekan butang hijau. Namun matanya sempat melihat temannya itu
membawa sejambak besar bunga ros merah sambil tersenyum-senyum memandang ke
arahnya. Hai ... tahulah dapat bunga sejambak besar. Tersengih-sengih ... bukan
main lagi. Sajalah tu nak bikin orang rasa geramlah tu!, komen Zara di dalam
hatinya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya sedikit sebelum menjawab panggilan telefonnya.
" Hello ... love," kata suara di hujung talian
itu tiba-tiba. Zara menggerutkan dahinya sedikit. Sayang? Sah! Ini mesti salah
nomborlah ni, kata hati kecil Zara.
Pada masa yang sama Ana menghulurkan jambangan bunga itu
kepadanya. Perlahan Zara menyambut jambangan bunga yang dihulur oleh Ana, tetapi
dengan wajah yang penuh tanda tanya. Mmm
... bunga ini untuk dia rupa-rupanya. Patutlah Ana tersenyum semacam jea! Tapi
... siapa pengirimnya?, tanya Zara di dalam hati sambil matanya tercari-cari
kad atau nota dicelah-celah bunga itu. Namun benda yang dicarinya tidak
dijumpai.
"
Assalamualaikum. Maaf yea. I'm not your love. Saya rasa saudara ni dah tertekan
salah nombor kot!" kata Zara sambil
matanya masih terus membelek-belek jambangan bunga mawar yang besar itu. Sesekali
dia menghidu jambangan bunga tersebut. Wangi!
" Opps ... sorry. Waalaikumsalam. It's me ... Razlan.
Dah dapat bunga dah? Hope you like it."
Lama Zara terdiam. Terkejut sebenarnya sampai tak tahu
nak kata apa! Apa pasallah pula mamat ni hantar bunga kat dia ni, tanya hati
kecil Zara.
"
Hello ... Zara? Are you still there?"
" Erggh ... mmm ... Ya. Mmm ... cuma saya ...
speechless."
" Kenapa sampai tak terkata-kata? Sebab kau dapat
bunga atau sebab kau dapat panggilan daripada aku?"
Zara mengetap giginya geram. apa punya sengallah
pertanyaan mamat seorang ni! Zara menarik nafas yang panjang sebelum menjawab
pertanyaan anak majikannya itu.
" Sebab kedua-duanya sekali. Ni ... ada apa hal call
saya pagi-pagi ni? Dan ... bunga ni untuk apa? Atau ... Tengku sebenarnya dah
tersalah bagi alamat kat kedai bunga? Nak hantar ke Cik Lisa tapi terbagi
alamat saya kat kedai bunga tu?"
" Mana ada salah alamatnya. Bunga tu memang untuk
kau ..... my Zara! Satu sebagai tanda terima kasih aku sebab sudi jalan-jalan
dengan aku semalam . Yang kedua dan yang paling penting sekali sebab ... aku nak kau tahu yang aku ni ... walaupun lelaki Melayu, tapi aku ni budiman
tau! Bukan mat saleh jea yang budiman. Malahan
... aku lagi berbudi and 'man'!" jawab Tengku Razlan memuji dirinya
sendiri.
Zara yang berada
di hujung talian terasa seperti hendak tertelan anak tekak dibuatnya sebaik
mendengarkan kata-kata anak majikannya itu! Memang sengal tahap tujuh petala
bumilah mamat seorang ni, kutuk Zara di dalam hatinya sambil jari telunjuknya
mengaru-garu dahinya yang tidak gatal itu.
" Oh! As a gentleman gesture rupa-rupanya! Mmm ... I
see. Tapi ... apa kaitannya semua ini dengan mat saleh? Tak fahamlah!"
tanya Zara semula.
" Mat saleh yang kau suka tu lah. Janganlah macam kura-kura
dalam perahu. Buat-buat tak tahulah pula! Aku maksudkan lelaki yang kat
Pavillion tulah!"
Terus Zara tergelak kecil sebaik mendengarkan kata-kata
anak majikannya itu.
" Oh! Dia tu. Cakaplah awal-awal. Tengku ... dia tu
Melayulah! Muka dia macam mat saleh sebab dia ikut muka mama dia. Arwah mama
dia mat saleh. Ayah dia orang Melayulah. Tengku ... Tengku. Ni ... saya nak
cakap ni. Baik Tengku dengar betul-betul. Mula-mula sekali, saya nak ucapkan terima kasih sebab pagi-pagi
lagi saya dah dapat bunga. Saya suka. Tapi ...," tanpa menunggu Zara
menghabiskan kata-katanya, Tengku Razlan telah memotong terlebih dahulu.
" Kau ... my Zara ... suka yea! Jadi ... kalau kau
suka, nanti aku hantar hari-hari yea," jawab Tengku Razlan penuh teruja.
Zara yang mendengar jawapan yang diberi oleh Tengku
Razlan itu terkelu seketika. Bibirnya digigit sedikit. Bukannya dia tidak faham
niat lelaki itu sebenarnya. Zara benar-benar kematian kata-kata untuk menyuruh
anak majikannya itu menghentikan semua perbuatan yang tidak berbaloi ini. Dia tidak boleh membiarkan anak tunggal
majikannya ini terus-terusan mengejarnya.
Sebab ... jikalau Zara biarkan saja, ianya umpama memberi
harapan palsu pada orang! Itu sebenarnya boleh dianggap sebagai satu
penganiayaan emosi. Ah! Hendak berurusan tentang soal hati dan perasaan seperti
inilah yang dia malas sekali! Malas hendak berfikir panjang lagi, dia terus
menjawab.
" Eh! Jangan ... jangan ... jangan! Tak payah buat
macam tu lagi. Bukan itu maksud saya sebenarnya," kata Zara spontan.
" Tapi kenapa pula? Aku gembira dapat buat benda
yang kau ... my dear Zara suka."
" Mmm ... memanglah saya suka. Cuma ... mmm ... habislah
duit Tengku nanti kalau hari-hari hantar bunga kat saya," balas Zara
teragak-agak.
Dia masih tercari-cari idea sebenarnya untuk membuatkan
anak majikannya itu faham. Buntu dia hendak bercakap cakap bagaimana lagi
supaya lelaki itu menghentikan usaha mengambil hatinya itu.
" Zara ... kalau pasal duit ... insyaallah aku boleh
cari. Tapi kalau engkau tu ... mana aku nak cari. Hanya ada seorang saja 'Zara'
yang aku suka kat dunia ni " balas Tengku Razlan penuh makna.
" Eeii ... susah tau cakap dengan Tengku ni! Dengar
sini Tengku. Kita tak boleh paksa orang suka kat kita. Kat dalam situasi Tengku
dan saya ni ... kan saya dah kata saya tak mungkinlah jatuh cinta kat Tengku.
Saya ni ... dah nak jadi tunang orang pun tak lama lagi. Tengku ... untuk
bercinta ni ... it's takes two to tango! Sekarang ni ... Tengku yang tango
sorang-sorang. Tengku faham tak sekarang ni?" tanya Zara tegas.
" Aku faham apa
yang kau cakap tu. Tapi ... bahagian mana pula kata-kata aku semalam yang kau
tak faham? " nada suara Tengku mulai keras sedikit. Hatinya telah mulai
'berangin kencang'!
" Tengku! Cubalah faham apa yang saya cakap tu
elok-elok. Jangan nak ikut kepala batu Tengku tu jea!" jawab Zara geram.
"
Aku tak nak faham! Kau tu yang patut faham. Sekarang giliran kau pula dengar
apa yang aku nak kata ni pula. Aku ni degil. Aku tak kira. Aku tetap degil!"
" Hah! Baguslah Tengku mengaku yang Tengku tu degil.
Degil macam kambing! Pagi-pagi lagi dah buat orang sakit jiwa dan naik darah. Tengku
dengar ni elok-elok. Pertama sekali ialah ... cinta tak boleh dipaksa. Keduanya pula ialah ... saya cintakan
dia. Dan yang ketiga ...dia tu bukan sekadar pilihan hati saya tapi juga
pilihan keluarga saya. Pilihan wali saya. Pilihan ayah saya! Dengar tak?"
jerit Zara.
Tengku Razlan menjauhkan telefonnya dari telinganya. Hish
... boleh tahan juga perempuan ni menjerit. Keturunan ratu rimba manalah ni agaknya! Bingit telinga dia!
" Zara ... apa kata kau tu berlaku adil sikit! Apa kata
kau buka sikit jea hati kau tu kat aku. Bagi aku peluang. You will find that I'm
much more better than him! Just give me a chance," balas Tengku Razlan.
" Eeii ... susahlah cakap dengan Tengku ni. Mmm ...
macam nilah. Cuba Tengku dengar apa yang saya hendak cakap ni baik-baik. Tengku
dan cara hidup Tengku tak sesuai dengan saya. Tengku tak sepadan dengan saya.
Dan , saya pun tak ...," belum sempat Zara menghabiskan kata-katanya
lelaki itu telah memotong terlebih dahulu.
" Hah! Aku tak sepadan dengan kau! Kau pandang
rendah kat aku Zara? Eh! Kau tu siapa nak pandang rendah kat aku ... kata aku
ni tak sepadan dengan kau?" Nada suara Tengku Razlan mulai berubah.
Hatinya mulai membahang. Terasa kelelakiannya tercabar. Wajah putihnya mulai
membahang merah!
" Pandang rendah apanya pulak! Tak. Bukan itu maksud
saya. Tapi ... suka hati Tengkulah nak
fikir apa pun. Saya malas dah nak cakap dengan Tengku. Oklah ... saya ada hal
ni. Assalamualaikum," kata Zara dan terus menekan butang merah di pad
telefonnya tanpa menunggu Tengku Razlan membalas salamnya.
Mulut Zara terkumat-kamit perlahan. Hanya dia seorang
saja yang tahu setiap butir bicaranya itu. Dan, sebaik saja dia memandang ke
depan, kelihatan sahabat baiknya Ana sedang tersengih-sengih memandang ke
arahnya. Eerrghh ... ini lagi seorang. Pasal menyakat orang bagi kat dia,
rungut Zara di dalam hati sambil mencemikkan sedikit bibirnya tanda geram pada
sahabatnya itu.
" Yang call kau tu mesti si penghantar bunga ni kan?
Romantiknya! Pagi lagi dah dapat bunga. Kalau aku cakap kat Hail ni ... mesti dia cemburukan! ," usik Ana sebaik matanya dan mata
Zara bertembung.
Zara hanya membuat
muka bosannya saja mendengarkan usikan sahabat rapatnya itu. Jambangan bunga
mawar itu diletaknya di atas meja makan sebelum membawa cawan tehnya ke ruang
tamu. Tangannya menekan-nekan alat kawalan jauh itu sehingga terjumpa rancangan
yang diminatinya.
" Dah ... dah. Jangan nak sakat aku pula. Bukan tadi
ni kau kata kau nak ke pejabat ke? Ni ... dah pukul berapa ni? Nak kena buang
kerje yea?" kata Zara sambil menunjuk ke arah jam dinding yang terdapat di
ruang tamu itu.
" Haahlah! Aku dah lambatlah. Aku pergi dululah Zara.
Nanti kita gossip-gossip yea. Ni ... nanti kau nak keluar ni ... kau nak naik
apa? Nak aku hantarkan tak?," kata Ana terkocoh-kocoh sambil mencapai beg
tangan dan kunci keretanya.
" Eh! Tak payah. Jangan susah-susahkan aku. Aku
boleh pergi naik teksi. Lagipun, aku tak tahu lagi pukul berapa aku nak keluar.
Dah ... kau pergi pejabat kau sekarang!"
" Iyalah boss," balas Ana sambil memberi tabik
hormat pada Zara sebelum keluar dari rumah itu. Zara hanya menggeleng-gelengkan
kepalanya sahaja melihatkan telatah sahabatnya itu.
Sementara di kondo yang terletak kawasan perumahan elit
itu lain pula suasananya. Tengku Razlan mengigit bibirnya sedikit. Hatinya
terasa sakit sangat dengan setiap bait-bait kata Zara tadi. Hatinya kini
bergelumang dengan berbagai emosi. Ada rasa marah, benci, sakit hati, rasa
terhina dan entah apa-apa lagi. Semuanya bercampur-baur.
Usahanya langsung tak dihargai gadis itu. Tak pernah dia
rasa diperlekehkan sebegini. Egonya merasa tercabar. Ah! Persetankan dengan apa
saja yang dikatakan oleh Zara tadi. Dia masih belum mahu menggalah. You'll be
mine Zara ... MY ZARA ... no matter what!, jerit Tengku Razlan di dalam hatinya.
Tengku Razlan menarik nafasnya panjang dan dalam sebelum
berdengus kuat. Dia kemudiannya terus mencapai kunci keretanya dan keluar dari
kondo mewahnya itu. Tak pernah dia berjumpa dengan perempuan yang keras hati
macam Zara.
" Degil!," tiba-tiba saja perkataan itu
meluncur laju dari mulutnya sebelum dia tiba-tiba tersedar sesuatu. Eh! Sama
macam dia jugalah. Dia pun degil juga. Eloklah tu!, kata hati Tengku Razlan.
Terus segaris senyuman terbentuk di bibir merahnya. Sungguh
... memang dia tidak mampu untuk marah apatah lagi membenci gadis itu lama-lama!