BAB
34
Tempoh penerbangan yang mengambil masa hampir tiga belas
jam dua puluh minit itu sedikit pun
tidak membuatkan Tengku Razlan merasa penat. Sebaliknya dia begitu bersemangat
dan teruja sekali hendak berjumpa dengan Zara si cinta hatinya. Walaupun baru
beberapa hari saja bergelar suami isteri, tetapi hanya tuhan saja yang tahu
betapa dia menyayangi isterinya itu. Hanya tuhan juga yang tahu betapa
gembiranya dia kerana berjodoh dengan gadis itu. Dan, betapa bersyukurnya dia
kerana terlepas daripada dipaksa menikahi Lisa!
Oleh kerana hari masih awal lagi, maka Tengku Razlan
membuat keputusan untuk bersarapan terlebih dahulu di Cafe Apostrophe. Nasib
baik syarikatnya sememangnya mempunyai satu projek kerjasama dengan SA
Holdings. Jadi sekurang-kurangnya dia tahu alamat pejabat isterinya. Jikalau
tidak, mahu juga satu kerja pula untuknya mencari alamat Zara.
'Hot chocolate' yang dibeli olehnya tadi disisipnya
sedikit. Badannya disandarkan ke belakang kerusi. Nombor Zara ditekan-tekannya.
Mencuba nasib. Manalah tahu akan dijawab si dia. Namun nasib tidak
menyebelahinya. Semua panggilannya hanya 'cik mesin' saja yang menjawab. Tengku
Razlan menggeluh panjang.
Tepat pukul sebelas pagi, Tengku Razlan telah tercegat di
hadapan bangunan SA Holding di tengah-tengah kota kosmopolitan ini. Berkobar-kobar
sungguh hatinya ingin berjumpa Zara si cinta hatinya. Laju langkah kakinya
dihayunkan ke arah bangunan yang tersergam megah nama SA Holdings di atasnya.
Namun, langkahnya terhenti tiba-tiba sebaik saja terlihat
kelibat Zara yang sedang berjalan keluar dari bangunan itu sambil diiringi oleh
seorang lelaki yang nampak segak sekali. Mereka berdua berbual mesra sebelum Zara
tiba-tiba saja mengosok-gosok perlahan mata kanannya dengan jarinya dan
berhenti melangkah. Lelaki segak tadi kemudiannya meniup mata Zara beberapa kali.
Drama sebabak yang disaksikannya itu benar-benar
membantutkan keterujaan untuk bertemu si iseri. Air mukanya yang ceria tadi terus
berubah keruh. Bibirnya diketapnya geram. Rasa cemburu, sakit hati, bengang,
penat, 'jet lag'... semuanya bercampur-baur. Ah! Baik dia batalkan saja niatnya
hendak berjumpa Zara sekarang. Apatah lagi setelah melihat drama sebabak tadi. Dengan
'bisikan jahat' yang mulai bergema di dalam hati kecilnya, rasanya dia dapat
menjangkakan apa yang akan berlaku jikalau dia meneruskan hajatnya untuk
berjumpa Zara. Dia mengusapkan wajahnya dengan kedua-dua telapak tangannya dan
segera berpaling dari situ. Nafasnya dihela panjang sambil tangannya menahan
sebuah teksi.
" Eeerghh ... Teng ...ab ... abang!"
Tiba-tiba dia
terdengar seseorang memanggilnya. Dia menarik nafasnya panjang dan dalam
sebelum menoleh ke belakang. Macamlah pula Zara boleh ternampakkan dia ni? bisik
hati kecilnya.
" Bila sampai?" tanya Zara naif sebaik
merapatinya dengan wajah yang sedikit terkejut melihatkan kehadiran di situ.
Sememangnya dia terkejut
bila ternampakkan lelaki ini tadi. Macam mana lelaki ni boleh ada kat
sini secepat ini? Mmm ... agaknya lepas nikah terus fly nak honeymoon kat sini
kot! Hahaha ... tak sabar-sabar. Tapi apahal pula mamat ni ke sini? Takkanlah
nak ajak dia honeymoon sekali kot? Eeeii... ada juga yang makan kasut ni nanti,
ugut hati kecil Zara.
Wajah Tengku Razlan dipandangnya lama. Dahinya berkerut sedikit apabila pertanyaannya
dibiarkan tidak berjawab. Sebaliknya, wajah
putih bersih milik lelaki itu pula yang berubah kemerah-merahan. Macam bapa
naga yang sedang menahan diri dari menghamburkan api keluar dari mulutnya! Mmm
... datang dah angin push-push dia ni, kutuk Zara di dalam hatinya. Tak
pasal-pasal bertambah dosanya kerana mengutuk encik suaminya sendiri!
" Abang datang sejauh ini nak jumpa isteri abang. Tapi
... ini rupa-rupanya ini kerja isteri abang kat sini. Patutlah tak sabar-sabar
nak balik sini. Ada jantan dah tunggu kat sini rupa-rupanya!" Sinis sekali
nada suara Tengku Razlan. Wajah Zara dipandangnya tajam.
" Hah! Apa yang abang merepek ni? Saya tak faham. Tapi
... takpelah. Kita ke rumah dulu. Abang rehat dulu. Mesti abang penatkan. Lepas
tu baru kita berbual," ajak Zara sopan walaupun dia sebenarnya kurang
menyenangi kata-kata lelaki itu sebentar tadi.
" Tak payah!
Aku nak balik. Perempuan semua sama jea! Tak guna. Menyakitkan hati jea!"
jerit Tengku Razlan sebelum melangkah laju dan meninggalkan Zara terpinga-pinga
memandang ke arahnya.
Ha alah! Sepatutnya dia yang mengamuk sebab suaminya yang
terkantoi dengan Lisa. Tetapi, terbalik pula. Dia pula yang dijeritkan oleh
sang suami. Macam dialah pula yang buat salah. Mmm ... memang dia tak faham! Apa-apa
jealah, rungut Zara sendirian sementara matanya terus memerhatikan Tengku
Razlan sehingga kelibat lelaki itu hilang dari penglihatannya.
Inilah akibatnya jikalau berkahwin tak fikir panjang.
Tapi ... persetujuan drastik yang dibuatnya
untuk berkahwin dengan lelaki ini dulu kerana dia tidak sampai hati
hendak melihat Puan Sri Salma sekeluarga dimalukan dengan perbuatan Lisa yang
tiba-tiba saja tidak muncul di majlis perkahwinan tu. Sedangkan ... para
wartawan telah ramai berada di situ. Tapi, hari ini ... melihatkan kelakuan dan
mendengarkan kata-kata lelaki itu tadi, nampaknya kini dia benar-benar kesal
dengan tindakannya itu dulu.
" Who's that? " tanya Rayyan Iskandar, peguam
syarikatnya tiba-tiba mengejutkan Zara daripada lamunannya.
" My 'unexpected' husband," jawab Zara perlahan
dalam bahasa Inggeris.
" Hah! Say again. I tak fahamlah. Unexpected
husband? Ada yea macam tu? Tapi ...erghh ... sebab ... mmm ...arwah Hail kan baru jea ...,"
Rayyan Iskandar tidak sampai hati menghabiskan ayatnya tatkala dilihat mata
Zara yang mulai berubah merah.
" Nanti I ceritalah macam mana boleh jadi macam tu.
Ada banyak lagi kerja yang I nak buat daripada melayan perasaan orang. Perasaan
I sendiri pun tak terlayan tau!"
" Eh! Sekejap ... sekejap. Kalau betul tu husband you,
then you patut kejar dia. Pujuklah dia. Orang lelaki ni suka dipujuk sebenarnya.
Manja!," kata Rayyan Iskandar sambil tersenyum kecil mengusik Zara. Jikalau tidak dikenangkan
status dirinya yang umpama si pipit, memang telah lama diusharnya anak tunggal
Sadikin Amir ini.
" Biarlah. Dia tengah angin satu badan tu. Orang
tengah berangin ni jangan dikacau. Nanti habis melayang kita-kita ni 'disemburnya'!
Tapi kan ... sebenarnya ... I pun tak tahu selama mana perkahwinana yang tak
dirancang ini akan bertahan. Maksud I ... iyalah ... I don't love him kan.
Sekarang ni walaupun dia tu suami I. sikit pun I tak cintakan dia. Apa yang ada hanyalah rasa hormat saja sebab
dia kan my hubby. Alah! Lupakan jealah hal pribadi I tu," ujar Zara.
" Kalau macam tu ... macam mana dengan rancangan
tadi? Nak terus kan atau you nak selesaikan hal encik suami you tu dulu?" tanya
Rayyan Iskandar anak muda yang berdarah Melayu, Arab dan Irish itu. Lelaki ini
memang membesar di sini. Fasih berbahasa
Melayu, Arab dan Inggeris.
" Mmmm ... takpe. My encik suami tu sibuk dengan
isteri baru dia ... I rasalah. Honeymoon kot. Itu yang dia ada kat sini tu. Jadi ... kita teruskan jea rancangan kita nak
jumpa Mr Dubois tu. Bukan senang nak set appoinrment dengan dia tu."
" Sekejap ... sekejap. I tak faham. Dia baru kahwin
dengan you dan dia kahwin lagi satu? Wow! What a lucky man."
Zara menjeling sedikit ke arah peguam syarikatnya itu.
Agaknya orang lelaki ni kalau pasang banyak baru rasa bertuah kot! fikir Zara
di dalam fikirannya.
" Hahaha ... dah, dah. Sekarang ni waktu kerja okay.
You tu tengah bercakap dengan bos you okay! Lupa ke?" Zara mengingatkan
Rayyan Iskandar.
" Hahaha ... I ingat lagi you tu boss I. So ...
sorry boss. Tapi, boss ... I ada jea kat sini kalau boss nak share apa-apa,"
kata peguamnya yang dengan nada separuh serius, separuh mengusik. Zara tidak
berkata apa. Hanya sebuah senyuman kecil diberikan kepada pekerjanya itu.
Siapa sangka dia akan kembali semula ke bumi Malaya ini dalam
masa terdekat ini. Sebaik saja kakinya melangkah keluar dari balai ketibaan
tadi, Zara terus menarik nafasnya panjang. Matanya melilau-lilau mencari
kelibat sahabat baiknya. Tiba-tiba bahunya ditepuk dari arah belakang.
" Hoi! Kau cari aku ke ... cari laki kau yang hensem
tu ... hahahaha. Rindu juga kau yea kat 'bapa naga' tu," usik Ana.
Menjeling Zara mendengarkan kata-kata sahabat baiknya itu.
" Laki apa pulaknya? 'Bapa naga' manalah pula kau
merepek ni? Ni kereta kau mana? Aku lapar tosei masala ni. Jom pegi makan kat Simfoni
Bayu," ajak Zara laju.
" Kereta aku kat depan tu jea. Jomlah cepat sebelum
polis datang. Nanti tak pasal-pasal dapat 'surat cinta' abang polis. Ni bagasi
kau mana?"
" Hahaha ...aku bawa
miss lappy aku ni jea. Kan kat rumah aku tu dah ada banyak baju aku. Kat
rumah kau pun ada baju aku kan! Buat apalah aku nak bawa baju lagi. Lagipun,
aku bukannya lama kat sini. Tiga empat hari jea. Lepas tu aku kena ke HK
sebelum balik semula ke sana," terang Zara sambil melangkah beriringan menuju ke kereta Toyota Vios sahabatnya itu.
" Bestnya kau! Sekejap kat sana ... kejap kat sini.
So, lepas makan kau nak ke rumah aku ke,
rumah kau sendiri ke atau ke rumah mertua kau?" tanya Ana sambil membuka
pintu keretanya. Begitu juga dengan Zara. Sebaik dia melabuhkan dirinya di
kerusi bahagian penumpang, baru Zara bersuara.
" Rumah aku sendirilah. Buat apa aku ke rumah mertua
aku pula. Si Lisa mesti ada kat situ. Malaslah aku nak bertembung dengan madu
aku dan lelaki poyo tu! Buat sesak kepala aku jea. Ada banyak benda lagi aku
nak fikir kat dalam otak aku yang kecil ni," balas Zara.
Ana mengerutkan dahinya sedikit. Wajah sahabatnya itu
diperhatikan sekilas. Pelik mendengarkan kata-kata sahabatnya itu. Atau ...
memang sahabatnya itu tak tahu perkara yang sebenarnya lagi!
" Speak of the devil ... mmm ... cuba kau tengok tu.
Itu dia kan? Mmm ... perempuan manalah pula mangsa terbaru dia tu. Memang dasar
bapa buayalah dia ni," kutuk Zara sambil jari telunjuknya mengarah ke arah
seseorang yang sedang berjalan beriringan dengan seorang gadis ke dalam sebuah
kereta yang telah sedia menanti di hala yang bertentangan dengan mereka, tetapi
tidak berapa jauh dari mereka.
Ana mengangguk perlahan sambil memegang-megang cuping
telinga kanannya tanda tak tahu nak
komen apa dah. Kemudian kepalanya yang tak gatal digaru-garunya sedikit. Hissh
... si boya copper ni tak ubah-ubah perangai lagi ke? Hari tu jumpa macam dah
ok jea, komen Ana di dalam hatinya sebelum bersuara.
" Sepupu dia kot. Entah-entah saudara dia ke. Kau ni
janganlah serkap jarang. Dosa tau. Lepas tu ... tak baik tau kau kata dia tu
'devil'. Dia tu suami kau. Syurga kau tu," kata Ana teragak-agak. Cuba
mengajak sahabatnya itu berbaik sangka.
" Hahaha ... apa syurga-syurga, suami- suami aku ni pulak.
Suami si Lisalah tu. Dia takde kaitannya dengan aku tak lama lagi. Aku ingat
nak suruh peguam aku failkan penceraian."
" Ewah-ewah kawan ku yang manis ni. Apa kau ingat
kahwin ni macam main pondok-pondok yea? Belum setahun kahwin, kau dah nak
bercerai. Jangan diikutkan sangat rasa hati kau tu. Cuba kau pastikan dulu
berita-berita yang kau dengar dan baca tu. Siasat dulu apa yang kau lihat. Aku
bukannya apa. Aku cuma nasihatkan jea. Ni... cuma sekarang ni mana miss lappy kau? Aku tak nampak pun kau pegang!
Entah-entah kau tertinggal kat troli tadi ni tak? Cepat-cepat. Pergi cari.
Nanti hilang ... kau juga yang susah!" kata Ana bila dilihat sahabatnya
itu tidak membawa beg komputernya sekali.
" Alamak! Mesti tertinggal kat troli tadi ni kot.
Eh! Kau tunggu kejap. Aku pergi cari jap. Troli tu mesti ada kat situ lagi,"
kata Zara sambil bergegas keluar dari kereta sahabatnya.
Sebaik menjumpai troli yang digunakannya tadi, dia terus
ternampak beg komputer ribanya yang masih cantik terletak di situ. Zara menarik
nafas lega. Tangannya segera mencapai beg komputer ribanya itu. Pada masa yang
sama dia ternampak seorang anggota polis sedang menulis sesuatu sebelum
menyelitkan kertas yang dikoyakkan ke wiper kereta yang diparkir di situ. Aduhai!
Pak Polisi sudah sampai.
Dia menoleh ke arah sahabatnya yang kelihatan sedang melambai-lambainya
menyuruh dia cepat sedikit. Cepat-cepat dia melangkah ke arah Toyota Vios
sahabatnya tanpa memandang ke kiri kanan jalan sebelum melintas. Dalam keadaan
tergesa-gesa itu, tiba-tiba sebuah kereta membunyikan bunyi honnya kuat.
Honkkkk! Hisshh ... pekak kejap telinga dia. Tangan kanannya menggosok-gosok
telinganya sedikit.
Dia segera bergerak ke belakang sedikit. Alahai! Macam
manalah dia tak nampak kereta yang sebesar ni, kutuk dirinya sendiri sambil dia
tersenyum-senyum malu dan mengangkat tangannya sedikit tanda minta maaf pada si
pemandu.
Kereta mewah bercermin gelap itu memperlahankan
pergerakkannya sebelum dipakirkan ke sisi jalan. Senyuman yang terukir di bibir
mungilnya terus hilang sebaik pintu di bahagian penumpang dibuka dan seorang
yang amat dikenalinya keluar dari perut kereta mewah itu. Lelaki itu melangkah
macam bagus saja ke arahnya sebelum memandangnya dari atas ke bawah, kemudian
dari bawah ke atas pula beberapa kali.
" Bila sayang sampai?" tanya Tengku Razlan
serius.
Zara mengerutkan
dahinya sedikit mendengarkan kata-kata lelaki itu. Aiikkk ... apa pasal dia
panggil aku 'sayang'. Bukan dia bencikan aku ke? Dan... seingat dialah selepas peristiwa
di hadapan bangunan SA Holdings beberapa bulan lepas, lelaki itu langsung tidak
menghubunginya lagi. Dan, lantaran itulah
Zara bercadang untuk menamatkan perkahwinannya dengan lelaki itu. Fikirnya
... pastilah lelaki itu sudah tidak memerlukannya lagi kerana Lisa telah
kembali ke pangkuan lelaki itu. Jadi ... takkanlah dia hendak membiarkan
dirinya tergantung tak bertali pula.
Jadi ... sekarang
ini dia tak faham macam mana lelaki poyo ini masih boleh memanggil dia 'sayang'
lagi? Kepala lelaki ni ada terhentak kat mana-mana ke? tanya Zara di dalam
hatinya.
" Maaf. Saya tak kenal encik. Saya rasa encik ni
salah orang kot," dalih Zara sebelum melangkah dari situ. Dia sememangnya
malas nak tengok muka poyo lelaki yang bernama Tengku Razlan ni sebenarnya.
Namun langkahnya terhalang kerana lelaki itu memegang tangannya kejap.
" Takkanlah seorang suami tu tak kenal isterinya
sendiri. Cuba logik sikit kalau hendak menipu pun. Sayang abang ni memang tak
pandai menipukan?" balas Tengku Razlan sambil tersenyum sinis.
" Seriously ... encik ni salah orang. Pelanduk dua
serupa kot! Maaf pasal kejadian tadi. Itu ... wife encik tu dah
terjenguk-jenguk tengok encik. Saya minta diri " sindir Zara sambil cuba menarik tangannya dari
pegangan Tengku Razlan.
Tengku Razlan tergelak kecil. Wajah Zara dipandangnya
lagi.
" Wife abang seorang jea. Nama dia Zara Melrose ...
beautiful lady yang tengah berdiri depan abang ni," katanya dengan senyuman
yang semakin melebar.
" Tak tanya dan tak berminat pun nak tahu your
personnal matterlah encik."
" Sayang cemburu yea? Yang kat dalam kereta tu
sepupu abanglah. Anak Pak Uda. Takkan Zara tak ingat? Jom ... abang kenalkan."
" Not interested," kata Zara sambil menarik
kuat tangannya daripada pegangan Tengku Razlan sebelum beredar dari situ.
" Mama tak sihat. Mama ada kat Pisa Court Medical
Centre. Mama rindukan sayang," kata lelaki itu pantas.
Zara berhenti melangkah seketika seolah-olah sedang
berfikirkan sesuatu. Tapi, tak lama sebab setelah beberapa ketika Zara meneruskan
semula langkah kakinya ke arah kereta Ana. Sebaik dia masuk ke dalam kereta
sahabatnya, dia segera melihat ke arah cermin pandang belakang. Dari situ, dia
dapat melihat yang lelaki itu masih lagi berdiri di situ sambil memandang ke
arah kereta yang dipandu sahabatnya.
" Apa hal tadi tu? Macam adengan filem hindustan
pulak dah aku tengok," sengaja Ana bertanya. Bukannya dia tak nampak apa
yang terjadi tadi.
" Entahlah. Ah! Lupakanlah. Eh! Aku tak jadilah nak
balik rumah aku. Aku nak tidur kat hotel jealah."
" Kenapa?"
" Iyalah. Kan dia dah tahu aku ada kat sini. Mesti
dia cari aku kat rumah aku atau rumah kau nanti. Aku takde moodlah nak layan
peel dan soalan-soalan cepu mas dia tu nanti. Aku penat tau."
" Habis tu baju kau macam mana?"
" Jom pergi shopping. Aku belanja," ajak Zara.
Ana hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya saja.
" Kau kan boss ... aku ikut jea. Bestkan ada duit
berkepuk-kepuk ni. Shopping sana, shopping sini!," balas Ana selamba.
Zara menyiku sedikit sahabatnya. Geram dengan sindiran
sahabatnya itu.
" Duit yang berkepuk-kepuk tu ... my dear friend
datang dengan berbeban-beban tanggungjawab dan amanah tau. Apa kau fikir aku ni
Paris Hilton ke?" tanya Zara semula kepada sahabat baiknya itu. Ana hanya
tergelak mendengarkan kata-kata Zara tadi.
Suasana di dalam kereta Vios itu sunyi-sepi. Ana fokus
dengan pemanduannya, sementara Zara sibuk
melayan perasaan sambil membuang pandang ke luar tingkap. Kata-kata Tengku
Razlan tadi kembali bergema di kepalanya. Mama tak sihat? tanya Zara di dalam
hati kecilnya. Dia menarik nafasnya panjang. Badannya disandarkan ke
belakang sambil matanya ditutup rapat.
Penat! Nanti sajalah fikir, putusnya di dalam hati.
Sepanjang malam itu, Zara tidak dapat melelapkan matanya.
Dia bingkas bangun dari katilnya lalu segera membuka plannernya. Mmm ... nampaknya
pagi esok dia free. Mesyuarat projek Bandar Hijau itu hanya akan bermula pada
pukul dua petang. Jadi, bolehlah dia pergi melawat ibu mertuanya itu pada waktu
pagi. Harap-harap si mamat poyo tu tak adalah kat sana. Ah! Pasti lelaki itu
sibuk di pejabat pada waktu pagikan!
Walaupun Puan Sri Salma itu hanya mertuanya saja, tetapi
dia sayangkan wanita itu umpama dia sayangkan ibu kandungnya sendiri. Susah
jugalah hatinya bila lelaki itu cakap yang mertuanya itu tak sihat!
Keesokkan harinya, tepat pukul sembilan pagi Zara telah tiba
di hospital Pisa Court itu. Langkahnya terus diaturkan ke kaunter pertanyaan.
Sebaik mandapat maklumat tentang mertuanya ditempatkan, pantas kakinya
melangkah ke bilik yang menempatkan Puan Sri Salma.
Pintu bilik yang menempatkan ibu mertuanya itu dibuka
perlahan. Kelihatan ibu mertuanya sedang lena tertidur. Zara melangkah perlahan
ke hujung katil. Fail yang tersangkut di hujung katil dicapainya. Satu persatu
perkataan yang tertulis di fail yang merekodkan perkembangan kesihatan si
pesakit dibaca olehnya dengan teliti. Segaris senyuman tanda lega terhias di
bibir mungilnya yang dioleskan dengan gincu berwarna merah samar.
Zara
menarik salah satu kerusi yang terletak di sisi katil tersebut. Perlahan
tangannya mengusap lembut dahi Puan Sri Salmah. Wajah tua itu diamatinya dengan
rasa sayang yang melimpah-ruah. Jauh dia mengelamun sehingga tidak sedar bila
tetamu yang tidak diundang juga berada di situ. Hanya bila bahunya dipegang
lembut tetamu yang tidak diundang itu, barulah dia tersedar dari lamunannya. Zara
segera menoleh ke belakang sebelum berdehem sedikit dan mengalihkan pandangan
semula ke arah mertua. Hissh ... lelaki ni tak kerja ke hari ni? Macam
tahu-tahu jea aku nak ke sini, rungut Zara di dalam hatinya.
" Bila sayang sampai?"
" Hah?"
" Apa yang 'hahnya'? Abang tanya bila isteri abang
ni sampai?"
" Oh! Baru jea," balas Zara pendek sebelum
dikejutkan dengan suara mertuanya. Dia terus bangun dari duduknya.
" Zara ... anak mama. Bila menantu mama ni sampai?
Mama rindu tau kat dia," kata Puan Sri Salma. Zara tersenyum lebar
memandang ke arah mertuanya. Kepalanya yang tidak gatal digaru-garunya sedikit.
" Baru jea sampai. Zara pun rindukan mama. Mama macam mana hari ini?" tanya
Zara sambil menyalami ibu mertuanya itu.
" Alhamdulillah. Ni ... menantu mama dah balik,
lagilah mama sihat. Menantu mama ni macam tahu-tahu jea doktor bagi mama balik
hari ini. Ni ... anak mama pun ada. Macam inilah suami isteri. Bukan buat hal
masing-masing jea. Sejuk hati mama tengok kamu berdua ada kat sini."
" Kami okay jea. Mama tu jea yang suka fikir yang
bukan. Betul tak sayang?" kata Tengku Razlan sambil melingkarkan tangannya
di pinggang Zara.
Zara menjeling
sedikit ke arah Tengku Razlan sebelum berdehem sedikit. Namun, lelaki itu
buat-buat tak dengar dan buat-buat faham
saja. Sedangkan, dia amat yakin sangat yang lelaki itu pasti faham sangat maksud dehemannya tadi. Mahu saja rasanya dia menyiku perut
lelaki itu sekuat hatinya tatkala dirasakan semakin kuatlah pula tangan sasa
itu melingkar di pinggangnya.
Puan Sri Salma yang sedar akan keadaan yang agak tegang
di antara pasangan muda itu segera mengubah topik perbualannya.
" Papa mana ni? Macam tak sayang mama jea. Mama dah
tak sabar nak balik dah ni."
" Hahaha ... mama ni manjalah. Sekejap lagi papa
sampailah. Papa tengah berbual dengan doktor kat luar tu. So ... ni mama dah
ready nak baliklah yea?"
" Iyalah. Penat dah mama duduk hospital ni. Lagipun,
rugilah mama duduk hospital sedang menantu mama dah balik."
" Mama ini macam-macamlah. Mmm ... sayang tolong
mama bersiap yea. Abang tunggu kat luar."
" Mmm ... okay," ringkas saja jawapan Zara.
" Thanks sayang," kata Tengku Razlan sebelum
menghadiahkan sebuah ciuman di dahinya sebelum melangkah keluar dari situ.
Zara menjeling
lelaki itu dengan hujung matanya tanda protes dengan lelaki itu tadi. Tapi,
Tengku Razlan buat-buat tak nampak saja. Sebaliknya, dia mengenyitkan matanya sedikit kepada Zara membuatkan Zara
mengetap bibirnya geram. Gatal!
Puan Sri Salma hanya
menggeleng-gelengkan kepalanya saja melihatkan gelagat anak tunggal dan menantu
kesayangannya itu. Mmm .... kalau macam inilah gayanya, nampaknya lambat
lagilah nampaknya dia hendak bercucu, keluh hati kecilnya sendirian