Home Novel Cinta DIA CINTAKU
BAB 13

BAB 13

Sebaik selesai sesi fisioterapi tadi, Puan Sri Salma terus mengarahkan pemandunya terus ke TR Holdings. Setiba di perkarangan bangunan yang tertera megah nama syarikat itu, Puan Sri Salma terus berjalan masuk ke bangunan tersebut sambil diekori oleh Zara dari belakang.

Beberapa orang kakitangan yang terserempak dengan majikannya memberi salam sambil tersenyum kepada majikannya. Zara gembira melihatkan perkembangan majikannya yang kini semakin pulih dan mampu berjalan seperti biasa semula.

Mereka berdua terus memasukki lift. Senyuman Puan Sri Salma masih lagi terukir di bibirnya yang dioleskan dengan sedikit gincu. Sungguh berseri majikannya hari ini.

" Puan Sri nampak ceria sungguh hari ni. Ada apa-apa yang special ke?"

" Mmm ... lupa nak cakap dengan Zara tadi. Hari ni memang istimewa sikit sebab hari ni hari ulang tahun perkahwinan saya. Entah suami saya tu ingat ke ... tidak! Nama jea dah hand over urusan company pada anak saya ... tapi masih lagi sibuk hendak bekerja. Ni ... saya saja jea nak beri kejutan sikit pada Tan Sri. Dia tak tahu saya nak datang ni," jawab Puan Sri Salma ceria.

Tersenyum Zara mendengarkan kata-kata majikannya. Mmm ... romantik juga majikannya ini. Walaupun telah lama berkahwin dan usia pun telah 'veteran', majikannya ini masih lagi rajin membuat kejutan untuk suami kesayangannya! Mengalahkan pasangan muda pula! Agaknya ... mungkin inilah antara rahsia kebahagian rumahtangga majikannya, teka Zara di dalam hati kecilnya.

" Mmm ... Zara, lepas ni awak boleh terus balik. Lagi satu, esok hari Jumaat awak tak payah datang kerja sebab saya nak ajak suami saya bercuti ke Datai Bay. Kita jumpa hari Isnin yea," kata Puan Sri Salma sambil menepuk lembut bahu pembantunya yang begitu bertanggungjawab itu.

" Baiklah Puan Sri. Sebaik saja Puan Sri masuk ke dalam bilik pejabat Tan Sri nanti, saya akan pulang. Saya janji. Saya bukannya apa. Saya cuma takut kalau-kalau Puan Sri terjatuh ke... pitam ke. Manalah tahukan. Tak salahkan kalau sebagai langkah berjaga-jaga," balas Zara sambil tersenyum lebar. Sebagai seorang yang realiti hidup sebenarnya begitu sebati dengan hospital dan pesakit, Zara sedar akan bahaya yang menanti majikannya seandainya majikannya terjatuh sekali lagi dan tiada siapa yang menyedarinya.

Puan Sri Salma tersenyum sambil menganggukkan kepalanya sedikit. Dia sangat senang dengan sikap pembantunya yang ini kerana begitu mengambil berat tentang dirinya. Alangkah bertuahnya dia seandainya gadis ini adalah anak perempuan yang dia inginkan selama ini,detik hati Puan Sri Salmah tiba-tiba. Wajah pembantunya yang sedang membelek telefon bimbitnya dikerling sedikit. Bibir tuanya tiba-tiba saja mengukirkan senyuman kecil kerana fikirannya mula terfikirkan sesuatu!

Namun tiba-tiba dia tersedar ... siapalah dia yang hendak memadankan gadis itu dengan anak terunanya yang seorang itu. Lagipun, macam mana dengan Lisa. Ah! Urusan seperti itu ... biar Yang Maha Esa saja yang menguruskannya. Kerana ... perancanganNYA itu adalah yang terbaik sekali!, detik hati tuanya.

Sebaik pintu lift terbuka di tingkat lapan, terus Puan Sri Salma dan Zara terus menuju ke pejabat Tan Sri Tengku Azmi. Kedatangan Puan Sri Salma disedari oleh pembantu peribadi Tan Sri Tengku Azmi yang bernama Annie yang kemudiannya menjemput Puan Sri Salma masuk ke dalam pejabat suaminya sementara menunggu suaminya selesai bermesyuarat di tingkat dua.

" Mmm .... Puan Sri, betul ke Puan Sri okay kalau saya takde ni?" tanya Zara inginkan kepastian.

" Jangan risau Zara. Awak baliklah yea. Tadi ni awak dah janjikan ... bila saya dah sampai kat sini awak nak balik. Lagipun, Annie ada!"

" Mmm ... kalau macam tu kata Puan Sri ... okaylah. Saya balik dulu," Zara meminta diri sebaik saja setiausaha Tan Sri Tengku Azmi membukakan pintu untuk majikannya.

" Zara sekejap! Mmm ... apa kata saya suruh Pak Ali hantar Zara balik? Cepat sikit sampai rumah. Waktu-waktu macam ni ... teksi pun lambat," cadang Puang Sri Salma kepada Zara.

" Eh! Takpelah Puan Sri. Saya bukannya nak balik ke rumah terus pun. Saya ingat nak pergi Tropika Mall sekejap. Window shopping."

" Mmm ... iyalah. Tapi ... jalan tu elok-elok. Awak tu jalan sorang-sorang jea. See you on Monday," pesan Puan Sri Salma sebelum memasukki bilik pejabat suaminya.

Sebaik Puan Sri Salma masuk saja ke dalam pejabat suaminya, Zara terus berpaling ke arah PA Tan Sri Tengku Azmi yang bernama Annie itu.

" Saya balik dulu. Tolong tengokkan boss saya okay," pesan Zara sambil mengenyitkan matanya sedikit.

" Janganlah risau. Your boss is my boss too. Anything happen ... I will call you," ujar Annie mesra.

" Hahaha ... okaylah. Bye Annie," kata Zara sambil melambaikan tangannya sedikit sementara Anne hanya tersenyum saja.

Zara kemudiannya terus beredar menuju ke arah lift yang terletak di sebelah kanannya. Sebaik memasukki lift tersebut, jari telunjuk tangan kanannya terus menekan butang ground floor. Sambil tersenyum Zara terus melangkah keluar dari lift tersebut sambil menekan-nekan pad telefon pintarnya sebelum dia terlanggar seseorang.

" Adoi! Sakitnya," Zara mengadoi sambil menggosok-gosok bahunya yang dilanggar kasar tadi.

Terasa macam dilanggar jentolak jea. Nasib baik tak hancur tulang-belulang bahunya. Itulah ... ramai dah nasihatkan dia supaya minum susu supaya tulangnya kuat tetapi dia tak nak. Degil! Tengok sekarang ni ... baru kena langgar sikit dah sakit, dia mengutuk dirinya sendiri di dalam hatinya.

" Maafkan saya Cik," kedengaran suara seorang lelaki meminta maaf sambil mengambil satu bungkusan yang terjatuh daripada pegangannya tadi.

" Takpe ... saya yang salah sebab jalan tak pandang depan," terang Zara sebelum mendongakkan kepalanya sedikit. Hissh ... si sengal ni rupanya. Dah lama dia tak nampak anak majikannya ini selepas peristiwa lelaki sengal ini mabuk minggu lepas. Kalau tahu tadi, tak kuasa aku nak minta maaf, kata Zara menyesal di dalam hatinya.

" Eh! Engkau. Apa kau buat kat sini?" tanya Tengku Razlan kasar dengan matanya dibulatkan memandang ke arah gadis yang masih lagi mengusap-ngusap bahunya.

Dia memang sakit hati betul dengan gadis di hadapannya ini. Tak tahulah entah tazkirah apa yang pembantu kesayangan mamanya ini berikan kepada Eiman sampai sahabat baiknya itu sekarang langsung tidak mahu menemaninya berhibur di kelab-kelab malam.

" Saya hantar mama Tengku jumpa papa Tengku lah. Takkanlah saya datang ni nak jumpa Tengku pulak. Daripada saya jumpa Tengku ... baik saya jumpa monyet kat zoo tu!" balas Zara geram sambil memasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg sandang Deuthernya yang berwarna merah itu.

" Kau kata aku monyet ke?" tanya Tengku Razlan sambil membulatkan matanya.

" Eh! Mana ada saya cakap macam tu. Tapi ... tak tahulah kalau Tengku dengan monyet memang ada kaitan! Kawan baik ke?" tanya Zara balik.

" Hah! Apa kau kata?"

" Takde apa-apalah!" balas Zara sambil menjeling tajam anak majikannya itu.

" Ni ... mama aku ada kat atas kan. Kau pulak kat bawah ni nak ke mana? Bukan ke waktu kerja kau habis pukul lima? Curi tulang yea?" sindir Tengku Razlan..

" Untuk pengetahuan Yang Mulia Tengku Razlan ... bonda Tengku yang suruh saya ni balik. So ... tak timbulkan isu saya ni curi tulang okay! Anyway, curi tulang tu lebih baik daripada curi hati orang ... pura-pura bagi harapan dan lepas tu ' campak ' kat mana-mana sesuka hati dia jea. Buat naya anak dara orang jea!"

Tersentap Tengku Razlan mendengar sindiran Zara. Dia sudah mengetap bibirnya ... geram mendengarkan jawapan dan cara Zara menjawab soalannya. Memang inilah satu-satunya perempuan yang berani melawan dan menyindir dia kat Malaya ni! Geram betul dia dengan pekerja kesayangan mamanya ini. Kalau ikutkan hatinya, nak saja dia penyek-penyek bibir mungil gadis yang bernama Zara ini sampai lumat dengan lesung batu yang selalu bibiknya guna untuk menumbuk sambal belacan tu!

" Bercakap dengan kau ni memang menyakitkan hati betullah!" marah Tengku Razlan. Zara hanya tersengih mendengarkan kata-kata Tengku Razlan.

" Baguslah. Then ... don't talk to me. Kalau saya ada kat depan mata Tengku pun, Tengku buat-buatlah tak nampak jea. Senang kan! Tapi ... untuk pengetahuan Tengku ... saya tak niat pun nak sindir Tengku atau menyakitkan hati Tengku tadi ni. Tapi ... saya cuma nak nasihat jea. Tengku kena ingat! Perempuan-perempuan yang Tengku bagi cinta palsu tu ... boleh dikatakan sebagai orang-orang yang teraniaya. Doa-doa orang yang dianiaya ni cepat jea termakbul tau. Tapi ... kalau Tengku masih anggap yang saya ni telah menyakitkan hati Tengku, saya minta maaflah. So ... now saya nak minta diri dulu sebab saya dah tak sabar hendak bergolek-golek kat depan tv saya pula," balas Zara panjang-lebar.

"Hei! Kalau betullah macam kau cakap tu ... apa pasal aku okay jea? See ... maknanya aku tak pernah aniaya diorang. Diorang yang aniaya diri diorang sendiri. Diorang tu semua tahu apa reputasi aku. Jadi ... siapa suruh diorang masuk sangkar harimau!"

" Tengku ... Tengku. Memanglah doa diorang tu belum dimakbulkan lagi sebab Allah swt akan memakbulkan doa-doa kita ni pada masa yang paling sesuai sekali. Lagi satu ... Tengku kena ingat. Tengku masih ada bonda. Doa seorang ibu ni sangat ' powerful '. Mungkin doa bonda Tengku yang selamatkan Tengku selama ini daripada terkena balasan atas perbuatan tak senonoh Tengku selama ini!," balas Zara sambil memandang tepat ke anak mata Tengku Razlan.

" Ah! Macam-macamlah kau. Kau balik sekarang. Aku tak nak dengar tazkirah kau. Buat sakit telinga ... sakit hati aku jea tahu tak dengar nasihat ala-ala ustazah kau tu!," halau Tengku Razlan. Zara hanya tersengih saja sambil menunjukkan tanda 'damai'.

" Suka hati Tengkulah. Saya memang nak balik dah pun. Lagipun, ada macam-macam bau kat sini. Macam bau muntah pun ada. Masam betul!" kata Zara sambil mengembang-kempiskan hidungnya sebelum menutup hidungnya dengan telapak tangan kanannya.

Bulat mata Tengku Razlan mendengarkan kata-kata Zara. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh gadis itu. Sabar Razlan ... sabar. Jangan buat kerja bodoh lagi! bisik suara hati Tengku Razlan di dalam hatinya.

" Okaylah Tengku. Hah! Lagi satu ... malam ini saya tidak bermalam di villa orang tua Tengku. So ... pastikan Tengku tak uwekk ... uwekkk macam minggu lepas! Kesian pula nanti Puan Sri sebab kena bersihkan muntah anak bujang terlajaknya ini! Okaylah ... bye Tengku ," kata Zara lagi sambil mengenyitkan matanya sedikit sebelum laju melangkah meninggalkan Tengku Razlan.

Tengku Razlan mengetap bibirnya geram sementara tangannya dikepal kuat. Dia melihat ke sekelilingnya. Malulah dia jikalau ada pekerjanya yang terdengar apa yang Zara cakap tadi. Nasib baik matanya tidak melihat sesiapa pun di situ melainkan penyambut tetamu syarikatnya yang sedang sibuk menjawab panggilan telefon.

Tengku Razlan menarik nafasnya panjang sebelum menuruti setiap jejak Zara dari belakang tanpa disedari Zara. Awas kau Zara. Tahulah nasib kau sekejap lagi!, katanya di dalam hati sambil melonggarkan tali lehernya sedikit dan langkah kakinya semakin dilajukan.


Previous: BAB 12
Next: BAB 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma