Home Novel Cinta DIA CINTAKU
BAB 17

BAB 17

Sebaik tiba di kereta abang pupunya yang diparkirkan berhampiran lift, terus pintu kereta di bahagian pemandu dibuka olehnya. Fail yang berwarna biru itu diletakkan di tempat duduk penumpang di sebelahnya sementara beg tangannya pula diletakkan di atas lantai kereta.

Baru saja Zara hendak menghidupkan enjin keretanya, cermin tingkap kereta di bahagian pemandu diketuk orang. Berderau seketika darahnya. Segera dia memandang ke arah luar tingkap sambil mengurut-ngurut dadanya perlahan. Zara melepaskan satu keluhan panjang. Cermin tingkap diturunkan sedikit.

" Lah! Tengku rupanya. Terkejut saya tadi ni. Saya ingatkan penyangak manalah tadi. Ni, Tengku ... ada apa-apa yang Tengku nak ke?" tanya Zara lembut namun sinis.

" Cantik kereta. Tumpang boleh?" tanya Tengku Razlan. Dia nampak pembantu mamanya itu serba-salah dan keberatan dengan permintaannya.

" Kereta Tengku mana?"

" Kat hujung sana tu. Tolonglah. Kereta aku rosak," bohong Tengku Razlan.

Zara merenungnya seketika sebelum menghelakan nafasnya perlahan. Pada masa yang sama telefon bimbitnya mula berbunyi tanda ada panggilan masuk.

" Sekejap! Saya nak jawab panggilan telefon ni dulu." Tengku Razlan hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju sambil kedua-dua tangannya disilangkan.

" Hello! Hail ... how're you?" tanya Zara sebelum dia menganggukkan kepalanya sedikit sambil mendengarkan kata-kata pemanggil di hujung talian. Tengku Razlan hanya memasang telinganya saja.

" Me ... mmm ... fine. Nak balik dah ni. Cuma ni ... ada kawan Zara nak tumpang. Minta Zara hantar dia balik rumah dialah kot. Anak majikan Zara. You met him before. Haah! Yang itulah. Kereta dia rosak. Janganlah salah-sangka okay," sambung Zara masih lagi dengan nada memujuk manja.

Sesekali senyuman terukir di bibir gadis itu mendengar kata orang di hujung talian. Tengku Razlan hanya memerhatikan sahaja wajah manis gadis itu yang sedang berbual di telefon bimbitnya. Sakit betul hatinya mendengarkan bicara manja Zara dengan si pemanggil.

" Mmm ... honey, I'll call you later. Mmm ... I promise. I miss you too. Muah ... muah. Love you. Bye. Assalammualaikum," kata gadis itu manja sebelum menamatkan perbualannya. Tanpa sedarnya lebar senyuman yang terbentuk di bibir mungilnya.

Fail yang diletak di tempat duduk penumpang segera diselitkan ke belakang kerusinya sebelum dia berpaling ke arah anak tunggal majikannya. Dia sedar pasti lelaki itu mendengar segala perbualannya sebentar tadi.

" Tengku, masuklah," pelawa Zara sambil tangan kirinya membukakan pintu di sebelah penumpang.

Tengku Razlan segera beredar ke tempat duduk di sebelah Zara. Pintu kereta ditutup dan tali pinggang dikenakannya. Terus BMW X6 merah itu terus beredar dari situ.

" Mmm ..... mahal kereta ni. Kereta kau ke atau ..." tanya Tengku Razlan memecah kesunyian di dalam kereta itu. Sinis sekali nada suara lelaki itu.

" Saya perlu jawab ke? Rasanya tak perlukan! Sebabnya ... Tengku bukannya polis dan saya pulak tak buat apa-apa kesalahan atau jenayah. Tambah lagi sekarang ni .... masa cuti saya dan saya berhak untuk buat apa saja tanpa perlu melaporkan kepada sesiapa termasuk Tengku," jawab Zara panjang lebar sambil matanya masih lagi memandang ke hadapan. Rimas dengan soalan Tengku Razlan yang berlagak seperti seorang polis menyiasat seorang pencuri kereta pula!

Dan, juga memang dia malas sungguh hendak melayan soalan yang berbau detektif lelaki di sebelahnya. Dia bukannya bodoh. Dia tahu apa yang cuba dikorek oleh lelaki di sebelahnya ini. Dikala ini pasti lelaki poyo ni fikir dia bukan seorang perempuan yang baik-baik. Tengku Razlan hanya menjeling tajam mendengar kata-kata yang keluar dari bibir mungil itu.

" Aku ingatkan, kau ni tak pandai memandu. Rupanya .....," kata Tengku Razlan mengangkat-angkat keningnya tanpa menghabiskan ayatnya beralih topik pula.

" Lah! Kan Tengku yang suruh saya belajar memandu supaya tak menyusahkan Tengku ....," dalih Zara selamba. Sebenarnya memang dia tahu memandu. Sejak umurnya mencecah lapan belas tahun lagi dia telah memperolehi lesen memandunya.

" Mmmm .... untung yea. Baru pandai memandu terus dapat kereta macam ni. Siapa sponsor?" tanya Tengku Razlan tidak berputus asa. Dia terus memprovokasi gadis di sebelahnya sekali lagi.

" Apa pula siapa sponsor. Ni, boleh tukar topik lain tak? Kalau tak, saya turunkan Tengku kat depan tu jea. Kat depan tu, banyak teksi dan bas lalu-lalang," kata Zara dengan jari telunjuknya menunjuk ke arah hadapannya berang.

" Okaylah, okaylah. Kita tukar topik. So .... siapa kau ni sebenarnya? Entah-entah ... kau ni perempuan simpanan atau social escort somebody tak? Sayang sekali gadis semanis kau ni memilih untuk menjadi perempuan simpanan." Sinis sekali suara lelaki itu berkata.

" Tadi ... Tengku kata saya ni si pencuri maklumat syarikat. Sekarang ni ... Tengku kata saya ni social escortlah ... perempuan simpananlah. Apa ... saya ni nampak macam gadis yang tak bermoral ke atau jenis yang suka melukakan hati orang ke .... sampai macam tu sekali Tengku menilai saya?" tanya Zara malas. Matanya masih lagi tertumpu ke arah jalan raya yang sedikit sesak kerana hujan mulai turun.

" Aku tak cakap pun. Kau yang cakap. Aku cuma tanya jea."

" Apa-apa jealah Tengku. Ni Tengku nak saya hantar ke mana? Ke rumah bonda Tengku atau ke rumah Tengku?" tanya Zara itu cuba menukar topik.

" Rumah aku. Boleh?"

" No problem."

" Kau tahu ke jalan ke kondo aku? Kalau tak, biar aku jea yang pandu," Tengku Razlan menawarkan dirinya.

Gadis di sebelahnya dipandang seketika. Belum sempat gadis itu menjawab, tiba-tiba telefonnya berdering. Zara segera menghentikan keretanya di tepi jalan. Telefon bimbitnya segara dicapai dan ditekan butang hijau.

" Hello! Yes .... mmm... okay. One more thing Pete ...," kata gadis itu sambil membuka pintu keretanya dan berjalan keluar. Tengku Razlan hanya memerhatikan dari dalam kereta saja. Hatinya mulai dilanda dengan berbagai persoalan.

Tengku Razlan memandang wajah gadis di sebelahnya sebaik gadis itu masuk ke dalam kereta semula.Dia mengerling sedikit ke arah gadis di sebelahnya. Gadis itu terus menyambung memandu keretanya ke jalan raya semula. Tenang sahaja wajah itu.

Baru Tengku Razlan hendak bersuara, sekali lagi telefon bimbit gadis itu berbunyi. Sekali lagi gadis itu memakir keretanya ke tepi jalan raya sebelum bibir kecil itu melepaskan satu keluhan kecil. Ryan, tiba-tiba saja nama itu terkeluar dari bibirnya tanpa dirancang. Zara meneguk air liurnya sedikit. Panggilan itu tidak dijawabnya. Sebaliknya, dia hanya menghantar pesanan ringkas. Selesai menghantar pesanan ringkas dan menutup telefon bimbitnya, gadis itu meneruskan pemanduannya.

" Maaf yea Tengku. Asyik berhenti-henti jea," kata Zara perlahan. Keadaan sunyi saja di dalam BMW X6 itu. Setelah beberapa ketika, Tengku Razlan mulai bersuara.

" Mmm ... siapa engkau yang sebenarnya Zara? Betul ke tekaan aku yang kau ni perempuan simpanan? Kalau yea .. apa kata kau jadi mistress aku? Takkan hanya terbuka untuk mat-mat saleh atau ala-ala mat saleh jea kot!" tanya Tengku Razlan. Dia sudah tidak dapat membendung rasa marahnya dan cemburunya lagi.

Matanya memandang tepat ke wajah gadis disebelahnya yang sedang memandu. Menunggu saat gadia itu memarahinya atau sekurang-kurangnya menjeling tajam dengan wajah membengis gila. Malangnya semua jangkaannya salah. Gadis itu masih tenang memandu. Gadis itu hanya memandangnya sekilas dan tersenyum sinis sebelum memandang semula ke arah jalan raya.

" Tengku ni boleh cakap elok-elok sikit tak! Bila masa pula saya ni mistress siapa-siapa. Okaylah Tengku. Kita dah sampai pun ke rumah Tengku," pantas Zara berkata cuba mengelakkan dirinya dari terpaksa menjawab entah apa-apa lagi soalan yang mungkin keluar dari mulut anak majikannya yang takde insuran tu.

Zara memberhentikan keretanya di bawah sepohon pokok Angsana yang agak besar yang terdapat di tepi jalan raya yang terletak bertentangan dengan kondo lelaki itu. Malas dia hendak memandu masuk ke dalam kawasan kondo itu. Biar lelaki poyo ini menapak sedikit. Biar padan muka dia.

Wajah lelaki di sebelahnya dipandangnya sambil kening kanannya diangkatnya sedikit. Tengku Razlan mengeluh sedikit sebelum membuka tali pinggang keledarnya. Wajah gadis itu dipandangnya seketika. Pandangan mata mereka bertaut seketika sebelum Zara memecah suasana hening di dalam kereta itu.

" Tengku cepatlah keluar. Saya ni bukannya menghalau, tetapi tempat ni gelap juga. Kang tak pasal-pasal saya kena tangkap basah dengan Tengku. Nanti siapa malu? Tengku juga malu. Tengku tu ahli korporat. Nanti keluar tajuk muka depan surat khabar 'Tengku Razlan ditangkap berdua-duaan dengan budak lulusan SPM gred tiga' ... hah, siapa yang malu .... Tengku dan keluarga Tengku juga kan!" kata Zara.

" Hahaha .... itu yang kau risaukan? Tapikan, kalau aku kata aku tak kisah ... macam mana? Iyalah. Susah-susah sangat nak dapatkan kau ... kena tangkap basah pun okay juga," sengaja Tengku Razlan cuba menduga gadis itu ingin melihat reaksi gadis itu. Wajah gadis itu mulai berubah. Nampak mulai resah dengan keengganannya untuk segera keluar dari kenderaan itu.

Bibirnya mula tersenyum nakal. Tiba-tiba akal jahatnya datang. Wajahnya didekatkan pada wajah si gadis. Bau wangian Annick Gothal mulai menusuk deria baunya. Wangi dan sungguh mendebarkan jiwa lelakinya. Namun, belum sempat dia bertindak jauh lagi, tangan kanan gadis itu telah menolak kasar wajahnya.

" Tapi saya kisah. Saya tak suka dan tak sudi bersuamikan Tengku. Simpang malaikat empat puluh empat. Tahu tak!" kata Zara sambil menolak muka Tengku Razlan dengan tangannya daripada terus menghampiri wajahnya. Terus meletus bunyi tawa Tengku Razlan sebaik mendengarkan kata-kata gadis itu.

" Alahai Cik Zara. Ni, dengar sini. Pernah dengar tak orang tua-tua kata yang kita ni selalunya akan bertemu jodoh dengan orang yang kita tak suka. Lagipun, aku pasti kau ni cuma jual mahal jea."

Zara mulai mengetap bibirnya sedikit. Kalau ikutkan angin yang sedang 'bertiup' di kepalanya sekarang ni, ada juga yang makan penamparnya nanti. Tapi, segera Zara beristigfar di dalam hatinya. Wajah anak majikannya yang memang terkenal dengan sikap buaya keramat itu diamatinya seketika.

" Apa-apa jealah Tengku. Just ... get out of my car now. Please ...," pinta Zara tegas. Malas betul nak melayan lelaki bajet bagus dan poyo sengal ni.

Tengku Razlan membuka pintu kereta itu sambil tergelak-gelak kecil seolah-olah mempersendakan Zara. Sebelum pintu kereta ditutpnya, sempat lagi dia menoleh ke arah gadis itu dan mengenyitkan matanya. Dan, seperti yang telah dijangka, pembantu mamanya itu membalas dengan satu jelingan yang maha tajam!


Previous: BAB 16
Next: BAB 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma