Home Novel Cinta DIA CINTAKU
BAB 32

BAB 32

Sebaik saja keluarga abang kepada bapa mertuanya yang merupakan kaum kerabat mereka yang terakhir pulang, Zara terus meminta diri untuk naik ke biliknya. Setiba di kamar tidur yang dikongsi bersama Tengku Razlan yang kini merupakan suaminya, dia terus melabuhkan dirinya di sofa kuning yang terletak di penjuru bilik itu.

Kakinya dilunjurkan di atas sofa tersebut sementara matanya dilelapkan sekejap Namun tidak lama kerana dia kemudiannya tergesa-gesa bangun kerana baru tersedar yang dia masih belum solat Isyak lagi. Pantas tangannya mencapai tuala mandi dan terus melangkah ke dalam bilik air. Selepas beberapa ketika, pintu bilik air itu dibuka dari dalam. Tanpa melihat sekeliling, dia segera melangkah ke arah bagasi merah jambunya.

Kepalanya yang tidak gatal itu, digaru-garunya sedikit sebelum menarik keluar sehelai baju tidur lace berwarna ungu yang pendek. Kedengaran sebuah keluhan keluar dari bibirnya yang mungil itu. Sepanjang hari ini dia begitu sibuk melayani sanak saudara keluarga mertuanya sehinggakan dia tidak sempat pulang ke rumahnya untuk mengambil pakaiannya. Hendak meminta pertolongan Ana, sahabat baiiknya itu out station ke Bruneilah pula. Hendak tak hendak terpaksalah dia menyarungkan apa saja yang ada ke tubuhnya.

Sebaik sahaja dia melurutkan tuala mandinya dan menggenakan gaun tidurnya itu, terdengar suara seseorang berdehem. Berubah air muka Zara. Dia segera berpaling ke arah suara tersebut. Merah padam mukanya melihat lelaki itu tersenyum sumbing ke arahnya sambil menjongketkan sedikit kening kanannya.

" Ehemmm... you look sexy in that. Memang sengaja nak goda abang ke?" kata lelaki itu sambil menunjuk ke arah baju tidurnya yang sememangnya singkat sesingkatnya!

" Mana ada. Saya nak solat ni. Boleh jangan kacau saya tak?"

" Siapa kata abang nak kacau sayang. Ni ... tunggulah abang sekejap. Kita solat sama yea," kata Tengku Razlan tersenyum lebar. Tanpa memandang ke arah lelaki itu, Zara hanya mengangguk saja sambil tangannya pantas menggenakan telekungnya cara termudah untuk menggelak mata nakal lelaki itu dari terus meneroka tubuhnya.

Sebaik saja selesai mengaminkan doa suaminya, Zara segera menghulurkan tangannya kepada suami yang tak disangkanya itu. Seperti sebelumnya, sebuah ciuman dihadiahkan lelaki itu di dahinya sebelum lelaki itu bangun dan melipat sejadahnya.

Zara masih lagi duduk berteleku di atas sejadahnya. Tengku Razlan mengerutkan dahinya sedikit.

" Kenapa ni?"

" Errghh ... takde apa-apa. Saja jea nak duduk sekejap. Nak rehatkan diri," balas Zara perlahan. Tengku Razlan tergelak kecil. Hahaha ... macamlah dia tak tahu kenapa!

" Oh! Okay. Ni ... abang nak keluar sekejap. Jumpa kawan-kawan. Boleh?"

" Okay jea," jawab Zara ringkas.

" Errghh ... tapi balik pukul berapa yea?" tanya Zara semula.

" Kenapa tanya? Dah rindu?" tanya Tengku Razlan. Zara segera berpaling ke arah lelaki itu. Mereka saling bertukar pandangan buat seketika sebelum Zara mengalihkan pandangannya ke arah lain apabila lelaki itu mengenyitkan matanya sambil tersenyum nakal.

" Tak. Bukan macam tu. Cuma ada hal yang saya nak bagitahu kat ..."

Baru Zara hendak memberitahu, telefon lelaki itu telah berbunyi. Lelaki itu memberi isyarat supaya Zara berhenti bercakap kerana dia hendak menjawab panggilan tersebut. Selesai menjawab panggilan tersebut, Tengku Razlan segera menoleh ke arah isteri kesayangannya itu.

" Sorry. Sayang nak bagi tahu abang apa tadi?"

" Takpelah. Nanti jealah saya bagitahu. So, enjoy yourself."

" Apa kata sayang ikut sekali. Boleh kenal-kenal dengan kawan-kawan abang. Takdelah sayang nanti salah faham kalau ternampak abang dengan salah seorang daripada mereka suatu hari nanti atau ada gambar abang dengan mereka keluar kat majalah ke, akhbarr ke ...," pelawa Tengku Razlan.

" Takpelah. Saya bukannya orang yang mudah percaya dengan cerita-cerita macam tu. Lagipun, saya ada kerja sikit. Cuma ... boleh pinjamkan saya lappy tu tak? Saya ada kerja sikit," tanya Zara sambil jari telunjuknya dihalakan ke arah sebuah laptop yang terletak di atas meja kerja lelaki itu

" Pinjamlah. Itu jea? Tak ada nak pesan apa-apa ke? Tak takut ke kalau-kalau ada orang goda abang ke ..," usik Tengku Razlan.

" Mmm ... kalau sebelah tangan jea yang bertepuk pasti tak jadi apa. Right?"

Tengku Razlan tidak menjawab, sebaliknya hanya tersenyum saja mendengarkan kata-kata isteri kesayangannya itu sebelum beredar dari situ.

Leka sekali Zara dengan kerja-kerja. Sebaik saja selesai menghantar e-mail yang terakhir itu ke HQ, barulah Zara menyandarkan badannya ke kerusi itu. Matanya terus terpandangkan jam yang diletakkan di atas meja kerja itu. Mmm ... nak dekat pukul tiga pagi dan 'encik suaminya' masih lagi belum balik. Bibir mungilnya mulai tersenyum sinis. Ah! Apa yang peliknya. Memang begitulah gaya hidup lelaki itu. Bukannya pelik pun, kutuk hati kecilnya sebelum dia memejamkan matanya rapat dan terlena di atas kerusi kerja itu.

Bunyi deringan jam locengnya, mengejutkan Zara dari tidurnya. Badannya terasa sengal. Aduhai! Macam manalah dia boleh tertidur di atas kerusi ni. Memang patutlah badanya terasa sakit. Dia mengeliat sedikit sebelum matanya mencari sesuatu. Mmm ... nampaknya lelaki itu masih belum balik lagi. Zara segera bangun sebelum mencapai tuala mandinya dan terus masuk ke dalam bilik air.

Zara menuruni tangga itu sambil tangan kanannya mengangkat bagasinya. Nampaknya mertuanya sedang bersarapan.

" Assalamualaikum papa, mama," kata Zara sopan sebaik merapati meja makan tersebut.

" Waalaikumsalam. Zara seorang jea? Raz mana? " tanya Puan Sri Salma pelik. Bagasi merah jambu yang dibawa Zara menarik minatnya dan suami. Belum sempat Zara menjwab pertanyaan Puan Sri Salma, dia diajukan dengan pertanyaan daripada bapa mertuannya pula.

" Zara nak ke mana dengan beg ni?"

" Oh! Erghh ... ni macam ni. Saya kena balik ke sana hari ni juga sebab saya dah janji dengan peguam syarikat. Banyak urusan yang tertangguh yang perlu saya selesaikan di sana dan ada beberapa meeting yang telah dijadualkan untuk saya hadiri. Saya dah lama bagi komitmen nak balik ke sana ... dari sebelum majlis perkahwinan Tengku lagi," perlahan-lahan Zara menerangkan kepada mertuanya. Moga-moga keluarga mertuanya ini tidaklah salah faham kepadanya.

" Erghh ... saya minta maaflah kalau apa yang saya buat ni nampak kurang manis, tapi kalau saya tak balik ke sana sekarang, banyak urusan syarikat yang akan tergantung. Harap papa dan mama faham masalah saya," tambah Zara lagi. Kedua-dua mertuanya menganggukkan kepala mereka sedikit.

" Mama dan papa faham sayang. Apa yang telah terjadi memang kita tak rancang pun. Kami ni yang sepatutnya berterima kasih dan bersyukur kerana kesudian Zara menyelamatkan air muka mama, papa dan anak mama tu. Dah ... jomlah makan dulu. Ni ... Raz mana?" Puan Sri Salma bertanyakan anaknya lagi.

" Errgh ... erghh dia ... dia ...," terus Tan Sri Tengku Azmi menyampuk.

" Dia tak balik dari malam tadi. Macam tu Zara?" tanya Tan Sri Tengku Azmi. Zara menelan liurnya perlahan. Macam mana nak jawab ni, tanya Zara di dalam hatinya.

Pada masa yang sama dia melihat bibik berjalan laju ke arah mereka bertiga.

" Maaf Puan Sri, Tan Sri ... tapi Puan Zara, teksinya sudah sampai," ujar bibik.

" Terima kasih Bik. Mama ... papa, Zara minta diri dululah," kata Zara. Alhamdulillah. Tepat sekali masanya teksi ini sampai kerana dia benar-benar tidak tahu macam mana hendak menjawab pertanyaan bapa mertuanya tadi. Tanpa berlengah, dia terus menyalami kedua-dua mertuanya. Pertanyaan bapa mertuanya dibiarkan sahaja tanpa jawapan.

" Zara sayang ... bila Zara balik semula ke sini?" tanya Puan Sri Salma sambil mengusap lembut tangannya.

Zara menarik nafasnya panjang. Sebenarnya dia pun tak tahu bila dia akan kembali semula ke sini. Sesungguhnya hanya dia dan mereka yang rapat dengannya saja tahu betapa sibuknya jadual hariannya selama ini. Apatah lagi kini apabila dia sendiri yang perlu menguruskan empayar perniagaan arwah daddynya yang besar itu.

" Sejujurnya Zara tak tahu bila. Tapi ... insyaallah bila Zara lapang, Zara cuba balik yea mama. Kan suami Zara ada kat sini. Cuma ... nak minta tolong mama cakap kat anak mama tu yang Zara benar-benar minta maaf sebab tak dapat tunggu dia balik. Zara dah cuba call dia tapi tak dapat. Bateri kong kot," kata Zara tersenyum kecil sebelum menyalami Tan Sri Tengku Azmi dan beredar dari situ.

Sementara itu di sebuah hotel yang terletak di tengah-tengah ibu negara pula lain ceritanya. Tengku Razlan membuka matanya perlahan-lahan. Dia cuba bangun tetapi kepalanya terasa berat sangat. Matanya melihat-lihat keadaan sekeliling bilik itu sebelum matanya terhenti pada seorang yang amat dikenali olehnya sedang berbaring disebelahnya. Terus matanya terbuka besar. Terkejut sebenarnya. Dia kemudiannya terus melihat ke arah dirinya pula. Nampaknya, dia dan Lisa hanya diselimuti sehelai selimut saja. Fikiran terus berputar laju cuba mengingati apa yang telah berlaku malam tadi. Macam mana dia boleh berada di sini dengan perempuan ni, dengus hati kecilnya.

Baru dia hendak bangun dan mencapai seluarnya dan bajunya yang bertaburan di atas lantai, pintu bilik diketuk orang. Tuk! Tuk! Tuk! Tengku Razlan kaku seketika sebelum dia pantas mengenakan pakaiannya. Ketukan di pintu bilik hotel itu masih berterusan. Matanya terus memandang ke arah Lisa yang masih lena diulit mimpi.

Tengku Razlan menarik nafasnya panjang. Langkahnya segera dihalakan ke arah pintu bilik hotel itu. Dan, perkara yang paling dikhuatirinya tadi berlaku. Wajahnya terus berubah pucat. Hanya satu nama dan satu wajah saja yang berlegar-legar di ruang mata dan fikirannya kini. Dia menelan liurnya perlahan. Terasa pahit semacam!

" Assalammualaikum ... kami dari pejabat agama. Kami ada menerima laporan mengatakan ada perbuatan sumbang di bilik ini," kata salah seorang pegawai pejabat agama itu sambil menunjukkan kad kuasanya dan melangkah ke dalam bilik itu.

" Siapa tu sayang?" tanya Lisa tiba-tiba saja sambil membalut dirinya dengan selimut yang berwarna putih itu.

Tengku Razlan hanya mampu mengusap wajahnya dengan kedua-dua telapak tangannya. Wajahnya pucat menggalahkan orang yang sakit. Dia benar-benar tidak tahu bagaimana dia boleh berada di sini dan di dalam situasi sebegini. Wajah Zara mulai terbayang di ruang matanya. Macam mana agaknya penerimaan isterinya itu apabila berita ini sampai ke pengetahuan isterinya itu.

" Cik ... sila kenakan pakaian cik. Selepas itu encik dan cik berdua boleh ikut kami. Kami tunggu di luar." Arah salah seorang pegawai agama tersebut menyedarkan Tengku Razlan dari khayalannya. Dia hanya mampu mengganggukkan kepalanya tanda faham saja sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Lisa yang sedang menangis teresak-esak.

Kerlipan lampu flash kamera beberapa orang jurugambar yang telah sedia menunggu di lobi mulai menghujani wajahnya dan Lisa. Tengku Razlan menarik nafasnya panjang. Apa kau dah buat Razlan. Baru dua hari kahwin, kau dah buat hal. Buat aniaya kat anak perempuan orang, herdik hati kecilnya memarahi dirinya sendiri.

Sementara itu, di ruang udara Laut Andaman pula sebaik sahaja lampu menggenakan tali pinggang kelidar dipadamkan,, Zara segera menanggalkan 'seat beltnya'. Dia meminta secawan kopi panas daripada Alice si pramugari yang telah lima tahun berkhidmat dengan keluarganya. Dia menyisip sedikit demi sedikit kopi panas itu sambil matanya terus melihat ke arah luar tingkap jet pribadi mewahnya itu sebelum melayari ruangan ' SEA News ' di telefon pintarnya pula.

Satu persatu berita online itu dibacanya sebelum tangan berhenti 'mengscroll' ke berita yang selanjutnya. Gambar yang dipaparkan oleh berita online itu amat menarik minatnya. Segaris senyuman sinis terukir dibibirnya. Mmm ... sedikit pun dia tidak terkejut dengan berita terkini itu. Memang dah jangka pun!, kata hati kecilnya sebelum menekan butang off di telefon pintarnya dan terus melelapkan matanya. Malas dia hendak menyesakkan kepalanya dengan cerita yang baru dibacakannya tadi.

Baru dia hendak melayang ke dunia fantasinya, dia terdengar bunyi 'beep ... beep' tanda ada panggilan masuk. Zara hanya melihat saja nombor telefon yang tertera di skrin telefonnya. Begitu juga dengan mesej wassap yang diterima. Dipandangkannya saja. Dia benar-benar takde mood nak layan semua panggilan mahupun membalas pesanan wassap yang diterimanya.Tambah-tambah lagi rasa kantuk semakin kuat menguasai dirinya lantaran hanya tidur tiga jam saja semalamnya. Terus dia menekan butang 'power off ' di telefon pintarnya sebelum menyambung semula tidurnya yang terganggu tadi.


Previous: BAB 31
Next: BAB 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma