BAB 5
Hari ini hari Ahad. Suasana di restoran Simfoni Bayu itu mulai
dipenuhi pelanggan. . Salah seorangnya, pastilah Zara, Ana dan sahabat-sahabat
lamanya ketika belajar dulu. Dia bukannya ada ramai kawan di sini. Dia kenal
Ana dan yang lain-lain ni pun semasa zaman-zaman belajar dulu. Walaupun berbeza kursus, tetapi hubungan
antara mereka amat rapat. Terutamanya hubungannya dengan Ana.
" Zara, Ana
... kitorang keluar kejaplah. Nak
merokok kejap. Lambat pulalah diorang ni sampai," kata Ayie sedikit
merungut sambil diiyakan Aiman. Zara dan Ana mengerutkan dahi mereka sedikit.
" Lah! Tak berhenti merokok lagi korang berdua ni
rupanya. Bukan awal tahun hari tu ... azam korang berdua ni nak berhenti
merokok ke! Korang ... rokok tu tak baiklah untuk kesihatan," nasihat Zara
sambil mengeleng-gelengkan kepalanya sedikit.
" Alah! Zara ... sebatang jea sehari. Bukannya
sekotak pun. Lagipun, dah dua hari dah tak merokok. Rindulah kat Cik Nikotin ni," balas Aiman sambil
membuat muka kasihan.
" Macam-macamlah alasan korang berdua. Malas dah nak
cakap. Suka hati korang le," bising si Ana pula.
" Alah! Kalau apa-apa jadi kat kitorang pun, Zara
kan ada. Betul tak Zara?" kata dua lelaki itu lagi sambil
tersengih-sengih.
" Mmmm ..," jawab Zara sambil menggeleng-gelengkan
kepalanya. Degil betul. Apalah yang sedap sangat sedut asap tu. Membazirkan
duit dan membahayakan kesihatan jea, Zara berdialog sendirian di dalam hati
kecilnya. Sudah penat dia menasihatkan kedua-dua sahabatnya itu. Tapi ... tak
dengar juga. Iyalah. Bukannya mudah nak melentur
buluhkan!
" Okaylah ... kita berdua ni keluar kejap yea
kawan-kawan," kata Aiman dan Ayie serentak.
" Iyelah. Pergilah sedut asap tu banyak-banyak. Kalau
tak cukup ... tu korang boleh sedut asap Kancil aku tu pulak!" kata Ana sinis. Ketawa
besar dua orang lelaki itu sebelum beredar dari situ. Zara hanya tersenyum
kecil saja melihatkan telatah kawan-kawannya itu.
Sebaik kelibat Aiman dan Ayie hilang dari pada pandangan
mata mereka berdua, Ana terus memulakan bicaranya dengan Zara.
" Mmm ... Zara. Rasanya cuti kau pun dah nak
habiskan. So ... macam mana? Dah buat keputusan ke belum?" tanya Ana
sambil menyedut minumannya.
" Entahlah. Masih berfikirlah ni. Kau tahu kan aku
lebih cenderung ke mana," jawab Zara sambil mengacau-ngacau minumannnya
dengan penyedut minuman.
" Well ... tempat yang kau bekerja selama ini tu kan milik papa
kau juga. So ... kau dengan papa kau masih boleh duduk berbincang."
" Masalahnya ... papa aku rasa dah sampai masanya
aku ikut permintaan dia. Kau rasa boleh tak ... dan logik tak aku cadangkan kat
papa aku yang aku akan bersetuju kalau papa aku benarkan aku berada sepenuh
masa selama empat hari berada di tempat dia dan dua hari lagi di tempat aku
kerja selama ini?"
" Entahlah. aku pun tak tahulah Zara. Doalah.
Insyaallah papa kau akan setuju walaupun aku dapat rasakan yang dia mungkin
agak keberatan. Tapi ... itulah ... kau doalah semoga Allah lembutkan hati dia.
Hati manusia ni kan milikNYA. Hanya dia saja yang boleh melembutkan hati
seseorang tu. Kita hanya mampu berdoa."
" Haahkan ... baik aku berdoa padaNYA agar hati papa
aku dilembutkan sedikitkan. Aku ni bukan apa Ana. Aku suka dengan kerja aku
selama ini. Pasal nanti aku akan jadi sibuk ... well, aku memang dah biasa
sibuk. Aku tak rasa terbeban pun. Betul! Aku enjoy dengan kerja dan semua
tanggungjawab yang terpikul kat bahu aku ni. Papa aku tu yang risau sangat."
Tersenyum Ana mendengarkan kata-kata sahabatnya itu. Dia
memang kenal kawan dia yang satu ni. Rajin sangat bekerja. Mana ada orang yang
hendak buat kerja part time masa cuti. Tetapi, itulah sahabatnya yang bernama
Zara ini. Sahabatnya ini bukan sekadar comel tetapi juga genius orang. Orangnya
baik, sederhana dan tidak berlagak atau sombong walaupun mempunyai banyak
kelebihan. Kerana itulah, apabila dia mendapat tahu anak kepada majikan
sahabatnya itu selalu membuli dan menghina sahabatnya ini, dia rasa macam nak
bersemuka dan memberitahu pada lelaki yang bernama Tengku Razlan itu siapa sahabatnya itu sebenarnya. Jangan suka-suka jea pandang
rendah kat orang lain. Lamunannya terhenti tiba-tiba bila tangannya ditepuk
lembut oleh seseorang.
" Eh! Kau tak nak kerja kat sana ke? Pasal kerja kau
jangan risau. Aku akan uruskan," kata Zara.
" Ikut hati aku memanglah nak. Tapi, nanti kang ....
ada juga ayah aku yang kau panggil Pak Mail tu mengamuk kalau dengar aku kata
nak kerja kat sana. Jadi, takdelah Zara. Aku kat sini jealah. Lagipun, keluarga
aku ada kat sini. Bukannya macam kau. Lainlah kalau boyfriend aku merangkap sepupu
kau yang handsome tu nak pinang aku dan nikah dengan aku cepat-cepat. Adalah
juga alasan aku hendak ke sana," jawab Ana sambil ketawa kecil.
" Hahaha ... kau ni macam-macamlah. Mmm ...
nampaknya sunyilah aku nanti. Cuti pun dah nak habis. Life back to normal ...
sunyi-sepi," kata Zara sedikit mengeluh. Tangannya terus mencapai gelas
yang berisi jus epal asam boi dan disedutnya perlahan.
" Engkau sunyi? Aku tak percayalah! Jadual kerja kau
tu .... berkali ganda lagi sibuk daripada aku tahu tak! Kalau call engkau, memanjang jea
mesin yang angkat. Bukannya senang nak ajak kau lepak-lepak macam ni kalau kau
dah balik sana nanti." Tergelak Zara mendengarkan rungutan sahabatnya itu.
" Apa nak buat Ana. Memang kerja aku tu macam tu.
Kau janganlah kecil hati kalau aku lama menghilang sampai terlupa telefon kau.
Kau kena ingat tau ... yang kau dan semua kawan-kawan kita ni selalu ada dalam
ingatan dan hati aku. Cuma itulah. Aku selalu kesuntukan masa untuk benda-benda
macam ni. Waktu aku cuti panjang macam ni barulah aku ada peluang nak bercampur
orang."
" Aku tahu. Bukannya aku tak tahu! Tapi peliklah.
Dah tahu kau ... minta cuti panjang untuk berehat sambil berfikir tentang
permintaan papa kau, apa pasallah kau pergi minta kerja sementara pulak? Lepas
tu, kau minta kerja yang entah apa-apa ntah. Kalau akulah ... baik aku pergi snorkeling ke
.. bersantai di tepian pantai yang indah ke. Ini tidak. Kau pergi minta kerja
sementara pula. Kerja tu pula langsung tak sesuai tau untuk kau. Kalau Pak Mail aku tu bapak kau,
mesti dia dah kahwinkan jea kau tu!"
Tergelak Zara sebaik mendengarkan kata-kata sahabatnya
itu. Dia tidak dapat membayangkan jikalau Pak Mail ayah Ana itu adalah ayahnya.
Bukannya dia tak kenal dengan Pak Mail yang garang tu.
" Saja jea. Nak cuba benda baru. Lagipun, kalau cuti
je dan tak buat kerja langsung ... mmm .... macam aku cakap tadilah ... boringlah.
badan pun terasa 'lemau'. Aku kan dah biasa sibuk. Alah! No big deallah. Kerja
biasa jea. Tak stress pun."
" Mmm ... aku tahu. Memang itulah kau. Tanya sepuluh
kali pun memang itulah juga alasan yang kau akan berikan. Kau tu sebenarnya
memang tak boleh duduk diam.Ni ... aku nak tanya sesuatu. Kau ada apa-apa ke
dengan bakal adik ipar aku?" usik Ana sambil mengenyitkan matanya sedikit kepada
Zara yang masih lagi bersisa gelaknya.
" Pandailah kau. Aku takde apa-apa pun dengan bakal
adik ipar kau tu. Kau lupa ke aku dengan dia sepupu. Selain sebab kami ni
bersaudara, aku rapat dengan dia sebab umur kami tak jauh beza sangat. Tapi...
iyalah. Siapalah aku untuk memilih dan merancang dengan siapa aku nak kahwin. Kalau
dah takdir .... memang dia jodoh yang dititipkan untuk aku daripadaNYA ... well siapalah aku untuk menolak!" jawab
Zara sambil memandang sahabat baiknya itu.
" Kau ni memang pandai menjawabkan. Iyalah ... betullah
apa yang kau cakap tu. Sebagai kawan baik kau, aku cuma mampu doakan semoga kau
ditemukan dengan orang yang baik sebagai jodoh kau."
" Amin ... semoga masinlah mulut kau tu," balas
Zara sambil menepuk lembut bahu sahabat baiknya.
Pada masa yang sama, kelihatan Ayie dan Aiman sedang
berjalan menuju ke arah meja mereka
sambil ditemani teman wanita masing-masing yang juga baru sampai. Sementara di belakang
kedua-dua pasangan kekasih itu pula kelihatan dua orang lelaki kacak yang dari jauh lagi telah melambai-lambaikan
tangannya ke arah Zara dan Ana. Di bahu salah seorang daripada dua orang lelaki
kacak itu, tersandang kemas beg gitarnya sementara yang seorang lagi pula
membawa sebuak kotak empat segi bersaiz
sederhana dan berikat dengan riben merah. Zara mengerutkan dahinya sedikit tanda
pelik sebelum memandang tepat ke wajah sahabat baiknya Ana.
" Macam mana abang-abang sepupu aku pun boleh ada
kat sini?"
" Hehehe ... aku yang jemput. Kebetulan diorang ada
kat sini. So ... aku ajaklah diorang join sekali. Sorrylah terlupa nak bagitahu
kau. Diorang tak cakap ke diaorang ada di sini kat engkau?"
" Tak pulak ... mmm ... tapi takpelah. Bagus juga
dapat berkumpul ramai-ramai ni. The more, the merrier and ...," belum
sempat Zara menghabiskan kata-katanya Ana telah memotong terlebih dahulu.
" ... the more orang we can ketuk to belanja us ... hahaha...
tak gitu Zara," sambung sambil tergelak-gelak. Begitu juga dengan Zara.
" Yup ... you are one hundred percent right,"
balas Zara. Cuma kali ini gelak mereka lebih kuat sedikit. Kawan-kawan mereka yang
mulai menghampiri meja yang diduduki Zara dan Ana hanya menggeleng-gelengkan kepala sahaja
mendengarkan gelak tawa dua orang sahabat baik itu.
" Hai! Abang. Siap bawa gitar lagi ni kenapa?"
tanya Zara smbil tersenyum manis.
" Dah agak dah. Mesti dia lupalah. It's your
birthdaylah today. Itulah ... sibuk sangat dengan kerja!" jawab
kawan-kawannya dab sepupunya serentak. Zara terpegun. Atau, lebih tepat lagi
terharu.
" Happy Birthday Zara," ucap salah salah
seorang sepupunya sambil mencium umbun-umbun kepala Zara. Mungkin kerana
terlalu terharu, air mata gembira mengalir perlahan di pipinya.
Sementara itu, pada masa yang sama juga tetapi di sudut
yang lain pula Tengku Razlan dan pasangannya baru saja melabuhkan punggung
mereka di kerusi masing-masing. Bunyi bising dari arah meja Zara dan
rakan-rakannya telah menarik perhatian para pelanggan restoran itu dan tidak
ketinggalan juga Tengku Razlan dan pasangannya. Namun, dia hanya memandang
sekilas saja.
" Eh! Ramailah pulak orang hari ni," rungut
Lisa sambil matanya melihat-lihat keadaan di dalam restoran itu. Sebuah kerusi
ditariknya. Tengku Razlan hanya tersenyum saja mendengarkan rungutan Lisa.
" Biasalah. Hujung minggu," jawab Tengku Razlan
sambil tangan kanannya diangkat tinggi sebelum dilambai pada seorang pelayan
lelaki restoran itu. Pelayan itu terus datang menghampiri mereka untu mengambil
pesanan.
" Bagi saya satu nasi goreng cendawan dan jus oren
satu. Lisa, you nak order apa?" tanya Tengku Razlan.
" Bagi saya nasi goreng Cina dan satu jus
tembikai." Pelayan lelaki itu menulis pesanan mereka berdua sebelum
berlalu dari situ.
" Raz , lama dah you tak bawa I pergi cuti-cuti. Apa
kata kita ke Sipadan Island. Lama tak snorkellingkan!" ajak Lisa sambil
mengusap-ngusap lembut tangan lelaki di sebelahnya. Sengaja di berbuat
sedemikian kerana matanya dapat melihat perempuan-perempuan yang terdapat di
situ asyik mencuri-curi pandang ke arah lelaki disebelahnya.
Memang itulah yang
berlaku setiap kali dia keluar dengan lelaki yang bernama Tengku Razlan
Tan Sri Tengku Azmi. Ada saja mata-mata yang mencuri-curi pandang cuba menarik
perhatian si teruna. Iyalah. Siapa tak kenal dengan Tengku Razlan yang popular
dan menjadi igauan ramai dara seMalaya ni. Bukan saja kacak,bergaya dan kaya,
tetapi juga bijak dan mahir menguruskan perniagaan dan kewangannya. Jikalau
tidak, takkanlah muda lagi sudah bergelar jutawan.
" Sorrylah sayang. I sibuk sekarang ni. Nanti kita
pergi yea bila kerja-kerja I tu siap," lembut suara Tengku Razlan memujuk
gadis di hadapannya. Lisa menganggukkan kepalanya perlahan dengan senyuman
manis terhias di bibirnya yang beroles lipstik berwarna merah jambu cair.
Tahun ini genap dua tahun mereka bersama. Namun begitu,
gadis itu bukanlah seorang yang istimewa di hatinya kerana pada masa yang sama dia juga menjalinkan hubungan
dengan beberapa gadis lain juga. Dan, dia juga yakin yang gadis di
hadapannya ini juga menyedari perkara tersebut.
Mungkin kerana dari awal-awal lagi dia telah mengingatkan
Lisa dan gadis-gadis yang didampinginya yang dia tidak mahu sebarang komitmen
dengan mereka. Dia bukannya hati kering. Tetapi, dia sedar kenapa dirinya menjadi buruan
gadis-gadis itu. Pastinya kerana not-not ringgit yang ada di dalam poketnya.
Dia bukannya bodoh!
Selepas beberapa ketika menunggu, akhirnya makanan dan
minuman yang dipesan mereka tadi pun tiba. Terus tangan kanannya mencapai gelas
berisi jus oren di hadapannya sambil matanya melilau melihat keadaan di
sekeliling restoran itu.
Satu hal yang menyebabkan dia suka sangat makan di sini ialah
kerana di sini sesiapa yang ingin berkaraoke atau bermain muzik, mereka
dibenarkan berbuat demikian. Ini kerana pihak restoran ini memang ada
menyediakan set karaoke di sudut kanan restoran itu dan ianya percuma. Sesiapa
saja boleh menggunakannya. Ada yang muda, veteran dan kanak-kanak yang
menyanyi. Seronok juga bila sesekali mendengar amatur menyanyi walaupun ada juga
yang begitu sumbang suaranya. Tapi ... tak kisahlah. Pelanggan yang datang ke
situ semuanya sporting. Mereka semua hanya hendak bergembira sambil bersantai
dengan sahabat mahupun keluarga dan menikmati hidangan yang memang pesan.
Nasi goreng cendawan di hadapannya disudukan sedikit sebelum
disuakan ke dalam mulutnya. Asyik sungguh dia menikmati nasi goreng itu
sebelum tiba-tiba pahanya ditepuk perlahan oleh Lisa. Dia
memalingkan wajahnya ke arah gadis di sebelahnya.
" Kenapa Lis?" tanyanya lembut sambil tersenyum
manis pada gadis itu.
" Eh! Yang kat meja depan tu ... bukan ke budak
perempuan yang kerja dengan mama you tu? Mmmm ... yang tolong carikan dokumen
dan packingkan baju you tempoh hari kat kondo you tu kan?" Jari telunjuk
Lisa terus menunjukkan ke arah sebuah meja yang terletak tidak berapa jauh dari
meja mereka.
Tengku Razlan
terus mengarahkan pandangan matanya ke arah sekumpulan gadis dan lelaki.
Matanya yang redup itu terus menangkap kelibat gadis yang dimaksudkan Lisa.
Nampaknya gadis itu sedang berbual dengan seorang lelaki kacak yang di
sebelahnya. Bukan main mesra lagi. Siap berbisik-bisik lagi sebelum lelaki
kacak itu menuju ke depan sambil sebelah tangannya lagi memegang gitar.
" Eh! Boyfriend dia ke hah? Handsome yeak! Tak
sangka betulkan. Budak kampung macam tu, tinggi juga taste dia. Nak yang ada
muka iras-iras mat saleh jea," komen Lisa sambil menyedut minumannya
sedangkan matanya masih lagi tersrah ke arah Zara dan rakan-rakannya.
" Mmmm."
Ringkas saja jawapan yang keluar dari mulut Tengku
Razlan. Malas sebenarnya hendak menjawab. Namun, matanya juga seperti Lisa
masih lagi terarah pada pasangan yang nampak begitu mesra itu. Dan, yang pasti
bukan sebarangan orang yang menjadi pilihan hatinya. Patutlah terjerit-jerit
kata tak nak kawin dengan akulah ... aku tak setaraf dengan dialah semasa
pengsan di kondonya beberapa bulan lepas ... rupa-rupanya selera minah perasan
ni tinggi ... nak yang ada iras-iras mat saleh jea jadi calon suami dia. Kiranya
dia ni memang bercitarasa tinggilah yea. Terus Tengku Razlan teringat perbualan
antara bekas setiausahananya Kak Hani dengan gadis itu beberapa bulan lepas di
kafetaria di TR Holdings beberapa bulan lepas.
" Alamak! That guy nak nyanyilah. Bawa gitar sekali
tu. Siap bagi flying kiss lagi. Aduhai ... romantiknya," puji Lisa sambil
menjeling manja pada lelaki di sebelahnya.
Sengaja hendak melihat reaksi lelaki di sebelahnya. Bukannya
dia tidak tahu di mana kedudukannya di dalam hati lelaki itu. Cuma dia masih tidak
mahu berputus asa merebut cinta lelaki ini. Ramai yang mencuba, tapi ...
setakat ini tiada siapa yang berjaya. Tak tahulah siapakah gerangannya gadis
yang bertuah yang dapat mengoyang hati lelaki itu yang kebal pada panahan cinta
ni.
" Alah! Budak lelaki tu mengada-ngada jea. Mesti
buaya tu! Dah biasa buat kerja mengayat-ngayat perempuan ni. Tengok muka pun
tahu," komen Tengku Razlan tiba-tiba sambil mendengus kecil. Namun begitu
matanya masih lagi tertancap pada pembantu peribadi mamanya.
" Haah yea. Macam you juga kan. Elok sangatlah tu! Satu
species. Satu kelab. Macam orang tua-tua cakap ... 'hanya jauhari mengenal manikam'."
" Hah! Apa you kata?" dengus Tengku Razlan
sambil memandang tepat ke wajah gadis di sebelahnya. Amboi! Sempat lagi tu
mengenakan aku yea!, kutuk Tengku Razlan di dalam hatinya.
" Eh! Takde apa-apa. Sudahlah. I nak dengar dia
nyanyi tu. Orang handsome macam tu selalunya suara dia pun mesti mampu
mencairkan hati semua perempuan." Mencebik Tengku Razlan mendengarkan
kata-kata Lisa. Bengang kerana terasa dirinya seperti diperlekehkan.
Beberapa
orang pelanggan yang lain juga telah mula melihat ke arah lelaki kacak itu.
Lelaki kacak yang memegang gitar itu mula mencapai mikrofon yang memang
tersedia di ruang karaoke itu.
" Hai semua! Sorry ... but mmm ... I'm gonna sing a
song as requested by someone who's so dear to me as her birthday present ... and this song is for you babe!" kata
lelaki itu, mengenyitkan matanya sedikit ke arah Zara sebelum mula memetik
gitarnya. Terdengar bunyi tepukan dan siulan daripada beberapa orang pelanggan.
Terus kedengaran petikan gitar lagu "Jangan Berhenti
Mencintaiku" berkumandang di restoran itu. Sesekali si lelaki akan memandang
ke arah Zara yang sedang duduk tersenyum di sebuah meja. Tanpa dirancang ... Zara bangun sambil menepuk tangannya dan
melayangkan 'flying kiss' buat si lelaki. Bulat mata Tengku Razlan melihatkan
perbuatan Zara itu. Amboi! Notti jin juga perempuan ni, kutuk Tengku Razlan di
dalam hatinya.
Bunyi siulan nakal para pelanggan restoran itu telah
menyedarkan Tengku Razlan dari terus hanyut di dalam lamunannya. Dia merengus
perlahan. Matanya mengerling sedikit ke arah Lisa. Nampaknya gadis itu begitu
leka memerhatikan lelaki kacak itu. Terus dia berdehem sedikit. Lisa berpaling
ke arahnya sambil mengangkatkan kening yang terukir cantik itu.
" What?" tanya Lisa pendek.
" Cepatlah makan. I nak balik dah ni. Ada hal,"
gesa Tengku Razlan sambil menyedut jus orennya sementara badannya disandarkan
ke belakang kerusi.
Namun matanya masih lagi melirik ke arah Zara dan lelaki
yang sedang menyanyi itu sehingga lelaki itu habis menyanyi dan restoran itu bingit seketika dengan bunyi
tepukan tangan dan siulan nakal para pelanggan. Tak tahu kenapa tetapi, dadanya
terasa sakit tiba-tiba apabila dia melihat lelaki ala-ala muka mat saleh itu
mengambil tangan pekerja kesayangan mamanya itu sebelum mengucupnya. Tak tahu
kenapa, tapi hatinya terasa kurang senang dengan apa yang dilihatnya sebentar
tadi.
Pantas dia meletakkan minumannya. Tangannya terus dilambaikan ke arah seorang pelayan meminta bil. Sebaik
baki bayaran dipulangkan, dia terus berbisik di telinga Lisa yang nampaknya
masih lagi leka melihatkan gelagat pasangan kekasih tadi.
" You nak tinggal sini ke atau nak ikut I balik? I
nak balik dah ni. Mata I sakitlah."
" Eh! Nak balik dah ke? Tapi ... I belum habis makan
lagilah. Lagipun, I tengok mata you okay jea. Takkan masuk habuk kot? Mana ada
habuk kat sini."
" Banyak tanyalah you ni! Kalau macam tu ... you
balik naik teksi jealah yea. I ada hal ni."
" Hah! Apa pulak! Iyalah. Kalau macam tu .. tak
pelah. I ikut you baliklah," kata Lisa sedikit kecewa. Kenapalah lelaki
kat sebelah dia ni tak seromantik kekasih minah kampung tu, rungut Lisa di
dalam hatinya.
" Seronok sangat ke dengar lelaki tu nyanyi sampai
lupa nak makan?" sindir Tengku Razlan sambil melangkah laju ke keretanya.
" Tak! Bukan macam tu. Cuma ... mmm.... he's so
romantik. You nampak tak tadi. Dia nyanyi dengan penuh rasa cinta. Bestnya.
kalau lelaki handsome tu boyfriend I .... mmmm .... I akan jaga dia elok-elok dan
belai-belai dia macam anak kucing Parsi I!," kata Lisa sambil tersenyum
penuh makna. Mencebik Tengku Razlan mendengarkan kata-kata Lisa.
Tanpa mengeluarkan sepatah kata pun, terus dia membuka
pintu keretanya dan masuk duduk di tempat pemandu sementara Lisa pula duduk disebelahnya. Laju
saja pedal kereta itu ditekannya meninggalkan perkarangan restoran Simfoni
Bayu. Malas dia hendak berlama-lama di situ!