Home Novel Cinta DIA CINTAKU
BAB 16

BAB 16

Zara menyelak-nyelak beberapa dokumen yang diletakkan di hadapan mejanya. Terdengar satu helaan nafas dilepaskannya perlahan-lahan. Wajah lelaki lewat tiga puluhan itu dipandangnya seketika.

" Macam mana semua ni boleh terjadi, Encik Harris?"

" Kami tak pasti pasal tu, Cik Zara. Tapi ... untuk pengetahuan Cik Zara, pihak syarikat telah pun memulakan penyiasatan untuk mencari punca dan dalang kepada semua masalah ini," jawab lelaki itu perlahan.

Penampilan gadis di hadapannya ini sama saja dengan gadis-gadis yang lain. Tetapi, itu hanya luaran saja. Gadis di depannya ini seorang yang teliti, tegas dan sangat bijak orangnya. Bukannya dia tidak pernah berurusan gadis itu. Berurusan dengan gadis ini sebenarnya lebih sukar dari berurusan dengan Pengerusi Syarikat SA Holdings.

Sesekali ada juga Harris terfikir. Bagaimanalah agaknya otak gadis ini berfungsi. Walaupun gadis ini tidak sepenuh masa bekerja di syarikat papanya, gadis muda di depannya terlalu bijak untuk diperlekehkan. Gadis di depannya ini sangat mahir dengan segala selok-belok perniagaan keluargannya. Memang dah dalam genetik agaknya! detik hati Harris.

Mata Zata melihat lama wajah pekerja kepercayaan daddynya di Malaysia itu sebelum menarik nafasnya perlahan.

" Saya rasa kita ada pekerja yang tak jujur, tak amanah dan tak bertanggungjawab kerja dengan SA Holdings. Mmm ... tolong siasat hal ini. Saya tak nak pekerja yang macam tu bekerja dengan dengan SA Holdings," arah Zara tegas

" Baiklah Cik Zara. Saya faham. Hal ini kita akan siasat dengan teliti."

" Kalau macam tu ... baguslah. Terima kasih sebab sudi datang dan jumpa saya di luar waktu kerja." Lelaki itu menganggukkan kepalanya dan terus beredar dari dari situ.

Zara pula terus melihat satu demi satu lembaran dokumen yang terdapat di dalam fail yang berwarna biru itu. Leka sekali Zara meneliti setiap angka yang terdapat di dalam laporan kewangan yang terdapat di dalam fail yang ditinggalkan lelaki yang bernama Harris itu sambil menyedut Iced Mocha Blendednya.

Khusyuk sekali sehingga tidak sedar seorang lelaki menghampirinya dan menarik kerusi yang terletak di sebelahnya. Bunyi geseran kerusi yang ditarik itu telah menyedarkannya dari kekhusyukkannya meneliti setiap angka di kertas tersebut. Berubah terus air mukanya bila matanya terpandangkan lelaki yang sedang duduk di sebelahnya sambil tersenyum penuh makna.

"Hai! So, kat sinilah my dear sweetheart ni suka melepak eik?" tanya lelaki itu.

Pada masa yang sama mata lelaki itu sempat mengerling ke arah fail berwarna bila yang dipegang Zara. Dahi lelaki itu berkerut sedikit.

Zara segera menutup fail yang sedang dibacanya sebelum meletakkannya di atas kerusi di sebelahnya. Jam tangannya dikerlingnya sedikit. Mana pulalah abang pupunya ini, rungut Zara sendirian sambil mata bundarnya memandang tepat ke arah lelaki yang duduk di hadapannya dengan wajah yang mencuka.

Zara geram sebenarnya. Geram sungguh Zara dengan jejaka seMalaya ni. Sesuka hati mamat crocky ni saja hendak panggil dirinya 'my sayanglah', "my sweetheartlah". Tapi ... macam mana lelaki ni boleh ada kat sini?

" Eh! Tengku. Macam mana Tengku boleh ada kat sini juga?" tanya Zara sekadar berbahasa-basi sambil menyedut minumannya.

" Mmm. What a small world kan! Tak sangka jumpa my sayang kat sini. Inilah yang dikatakan jodoh! Kenapa tadi tak cakap nak ke sini? Boleh Pak Supir ni pergi jemput. Ni ... nak shopping lagi ke?" tanya Tengku Razlan lembut. Rasa marahnya tadi ... hahaha ... entahlah. Hilang terbang entah ke mana sebaik ternampak pembantu mamanya itu.

Terasa damai sungguh hatinya tatkala memandang wajah Zara. Namun ... apabila sekali lagi matanya terpandangkan fail berwarna biru yang terletak di atas kerusi di sebelah gadis itu, hatinya kembali gusar. Matanya dapat membaca dengan jelas setiap patah perkataan yang tertulis di hadapan fail itu. Apa kaitan gadis itu dengan syarikat itu, soal Tengku Razlan pada dirinya sendiri sebelum kembali semula ke alam nyata kerana terganggu dengan bunyi tawa Zara.

" Hahaha ... Tengku perli saya ke? Manalah saya ni mampu shopping hari-hari. Bangkraplah saya. Gaji saya berapa jea!" balas Zara sambil tersengih sedikit.

" Saya belanja. Nak?"

" Takpelah."

" Sombong!"

" Bukannya sombong. Tapi ... kalau orang yang macam Tengku ni offer apa-apa ... sebagusnya jangan terima."

" Kenapa?"

" Sebab ... takut nanti body tergadai! Belanja ada makna! Sorry kalau terhiris hati dan perasaan," terus-terang saja Zara menjawab sebelum terus menyedut Ice Mocha Blendednya.

Tengku Razlan meraup kedua-dua tapak tangannya ke wajahnya. Matanya yang redup itu kemudiannya memandang lama ke wajah gadis di hadapannya itu sebelum menghelakan nafas yang panjang.

" Macam tu sekali pandangan Zara pada Raz yea! Tapi ... tak apalah. Raz yakin satu hari nanti Zara akan tahu yang Raz tak sejahat itu. So ... kalau bukan sebab shopping ... kenapa my sayang ni ada kat sini?"

" Tengku Razlan Tengku Azmi ... sebelum saya jawab pertanyaan Tengku tu ... saya nak minta Tengku supaya jangan panggil saya 'sayang' boleh tak? Kalau Tengku degil jua ... saya tak nak layan Tengku bercakap. Tengku cakaplah sorang-sorang."

" Okaylah! Aku tak panggil 'sayang'. So ... kau buat apa kat sini? Kau nak jumpa orang ke?"

" Iyalah. Saya ke sini memanglah sebab saya nak jumpa orang. Takkan nak jumpa kerbau pulak!," balas Zara geram sambil tangannya menekan-nekan sesuatu di telefon bimbitnya.

Tengku Razlan tersenyum kecil mendengarkan jawapan gadis di hadapannya itu. Garang betullah perempuan ni, gelak hati kecil Tengku Razlan sendirian.

" Mmm ... ni ... kau nak jumpa siapa? Itu ... fail biru tu ... penyata kewangan untuk projek Bandar Hijau syarikat SA Holdings punyakan? Kenapa ada kat kau? Apa kaitan kau dengan syarikat tu?," tanya Tengku Razlan sambil kening kanannya diangkatnya sedikit.

" Aik! Macam mana Tengku tahu? " tanya Zara semula berhati-hati. Rentak jantung Zara mulai kencang. Dia mulai risau rahsianya akan bocor.

Zara sebenarnya tidak mahu sesiapa pun tahu kehadirannya di sini kerana khuatir peristiwa zaman remajanya berulang semuala. Dia pernah diculik suatu ketika dulu. Semenjak peristiwa gelap itu, pergerakannya mulai terbatas. Jika dia hendak melancong atau jika dia hendak keluar tanpa pengawal, Zara perlu pastikan tiada siapa mengenalinya.

" Aku tahu sebab aku ternampak tulisan kat depan fail tu jea. Mmm ... macam mana fail tu ada kat kau? Benda macam tu sepatutnya P&C. Ke ... ini kerja part time kau? Kau goda mana-mana eksekutif atasan diorang untuk mendapatkan segala maklumat yang kauhendak sebelum kau jual semua maklumat itu kepada pesaing mereka pula. Licik kau yea!"

" Licik apanya pula ni! Saya ni takde kerjalah nak goda-goda orang dan nak curi maklumat mana-mana syarikatlah," balas Zara.

" Itu mulut kau yang cakap. Sudahlah. Kau janganlah malu dengan aku. Kau perlukan duit ke Zara? Tak payahlah buat kerja tak baik macam ni. Kau nak berapa? Cakap jea. I can give it to you. Kerja-kerja mencuri maklumat macam ni bahaya tau. Nyawa kau boleh melayang. Kalau polis tangkap ... kau boleh dipenjarakan."

" Apa yang Tengku merepek ni?"

" Zara ... aku tak tahulah macam mana fail yang sepatutnya P&C tu boleh ada kat tangan kau. Tapi ... aku tahu kau boleh buat duit yang banyak jika kau jual maklumat yang ada kat dalam fail tu kepada pesaing SA Holdings. Aku orang bisnes Zara. Aku tahu perkara-perkara macam ni memang berlaku," kata Tengku Razlan sambil memandang tepat ke anak mata gadis di hadapannya itu.

" Macam-macamlah Tengku ni. Sebenarnya Tengku salah faham. Ini fail kawan saya. Saya cuma belek-belek jea sementara kawan saya ke gents. Saya ni ... macam Tengku selalu cakaplah ... sekolah pun tak tinggi. Manalah faham ... benda-benda macam ni," dalih Zara tersengih sebelum matanya menangkap kelibat lelaki yang ditunggunya sedari tadi.

Sebenarnya, selain hendak berjumpa Encik Harris, dia memang telah berjanji dengan abang pupunya itu hendak berjumpa di situ. Bukan apa. Dia hendak menyerahkan cincin yang dia simpankan selama ini untuk abang pupunya yang bernama Emir Amir tu. Abang pupunya itu telah bercadang hendak melamar sahabat baiknya Ana hari ini. Itu yang dia mengelak daripada berbual panjang dengan Ana pagi tadi. Takut terpecah rahsia!

Bibir mungilnya terus tersenyum lebar sebaik ternampak kelibat orang yang ditunggunya. Terus Zara melambaikan tangannya ke arah lelaki tampan itu. Tengku Razlan menoleh ke belakang. Berubah sedikit air mukanya bila didapatinya lelaki yang sama yang ditemuinya di Coffea Bean dulu sedang menghampirinya sambil tersenyum. Dan, kalau ikut kata Zara dulu ... inilah abang kepada kekasih hati gadis itu. Wajah Tengku Razlan mulai memerah sedikit. Cemburu sebenarnya! Namun Tengku Razlan terus berusaha untuk berlagak tenang.

" Sorry I'm late. Traffic jalan. Who's this?" tanya lelaki kacak berwajah mat saleh itu sambil mengalihkan fail yang terdapat di kerusi yang terletak di kerusi sebelah kiri Zara ke atas meja. Zara hanya mampu memerhatikan saja tindakan abang pupunya itu.

" Oh! It's okay. Ni, kenalkan anak majikan saya. Tengku Razlan. Kebetulan pula kitorang terserempak kat sini," balas Zara sebelum mengenalkan Tengku Razlan kepada lelaki kacak itu. Mereka berdua pula saling bersalaman.

" Hai! Nice meeting you. I'm Emir Amir. Call me Emir," kata lelaki kacak itu ramah.

" Mmm ... I'm Razlan." Tangan mereka berdua berjabat erat sambil tersenyum. Zara hanya memerhati saja. Namun dia sedar jelingan tajam yang dilemparkan Tengku Razlan kepadanya.

" So, Zara .. kata jumpa Harris. Apa cerita? Ni ... mana dia? ," tanya Emir Amir pantas sebaik duduk di kerusinya sebelum memandang ke kiri dan ke kanan seolah-olah mencari-cari seseorang.

" Hah! Oh ... Harris ... well ... dia dah baliklah, abang," kata Zara teragak-agak menjawab soalan lelaki yang bernama Emir Amir itu.

" Oh! Mmm ... lama dah abang tak jumpa dia. Ingatkan boleh borak-borak dengan dia sekejap tadi," kata Emir tanpa menghiraukan pandangan pelik Tengku Razlan kepada mereka berdua.

" Mmm ... dia ada hal. Itu yang dia tak boleh hendak berlama-lama tu," kata Zara sementara matanya mengerling sedikit ke arah Tengku Razlan.

Tengku Razlan yang sedari tadi mendengar saja perbualan Zara dan Emir Amir, sedar akan pandangan kurang senang Zara dengan kehadirannya di situ. Sebenarnya, bukan Zara saja yang merasa kurang senang, tetapi dia juga! Ngilu hatinya mendengarkan Zara memanggil lelaki kacak itu dengan panggilan 'abang'. Tengku Razlan berdehem sedikit.

" So Emir , Zara ... I minta diri dulu. Ada janji dengan kawan. Nice meeting you Emir," terang Tengku Razlan setelah menyedari kehadirannya kurang disenangi gadis itu.

" Me too, Tengku Razlan," balas lelaki yang bernama Emir Amir itu sambil menganggukkan kepalanya kepada Tengku Razlan dan bersalaman.

Zara hanya tersenyum lega saja. Nasib baik lelaki poyo ni sedar diri yang dia tu tak diperlukan kat sini, omel Zara sendirian. Setelah Tengku Razlan beredar hilang dari pandangan mereka, terus Emir Amir memandang wajah sepupunya. Satu-satunya sepupu perempuan yang dia ada.

" Tengku Razlan tu macam minat kat Zara jea," usik Emir Amir. Zara memuncungkan mulutnya sedikit.

" Mana ada! Abang tu jea yang salah faham. Mmm ... tentang cincin yang saya simpan ni. Bila nak disarungkan ke tangan girlfriend tersayang?" tanya Zara pantas sambil menghulurkan kotak kecil baldu berisi cincin berlian kepada abang pupunya itu. Emir Amir mengambil kotak kecil berkain baldu itu daripada Zara sambil tersenyum kecil. Cekap sungguh adik pupunya ini mengalih topik perbualan. Zara ... Zara.

" Ni ... nak ambillah dari adik abang ni. Nasib baik ada Zara yang boleh tolong simpan. Abang bukannya apa. Takut terhilang ke, terselit kat mana-mana ke ... mmm .... nasib baik ada adik abang ni. Abang ingat ... malam sikit nanti ... barulah abang nak lamar best friend Zara tu. Baru romantik sikit!," kata Emir Amir sambil mengambil bekas cincin berlian yang dihulurkan Zara.

" Tak payah tunggu malam. Tu ... orang yang disebut-sebut tu dah sampai pun. Terus lamar jea. Perkara yang baik jangan ditangguh-tangguhkan," laju saja Zara bersuara.

Emir Amir segera memalingkan kepalanya ke belakang. Lebar terus senyuman Emir Amir sebaik gadis kesayangannya menghampiri dia dan Zara. Dibiarkan saja adik sepupunya dan gadis yang dipujanya berpeluk-pelukkan. Macamlah lama sangat tak jumpa. Padahal selalu juga jumpa, komen Emir Amir di dalam hati sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. Bukannya dia tak tahu yang adik sepupunya itu kerap juga bermalam di rumah kekasihnya itu bila malas hendak ke rumahnya yang terletak di Kiara Hill.

" Kekasih you ni .... you tak nak peluk ke?" tanyanya sengaja mengusik girlfriendnya. Zara menjeling tajam abang pupunya sementara wajah Ana pula merona merah menahan malu.

" Lepas nikah nanti, baru Ana boleh peluk abang. So, ingat pesan Zara tadi. Jangan tunggu lama-lama," kata Zara sambil mencapai beg tangannya dan fail yang berwarna biru itu. Emir Amir dan Ana saling berpandangan antara satu dengan lain.

" Eh! Zara nak ke mana pula?" tanya mereka berdua serentak.

" Baliklah. Malas kacau pasangan merpati dua sejoli ni memadu kasih. Buat kacau daun jea. Ciao!," usik Zara sambil mengenyitkan matanya sedikit ke arah Emir Amir dan sahabat baiknya.

" Nanti jap. Zara balik naik apa? Ni ambil kunci ni. Jangan risaukan abang. Nanti abang tumpang Ana jea nanti," sempat lagi Emir Amir berpesan.

" Orang dah bagi kemudahan, jangan menolak. And one more thing .... Ana, malam ni aku balik rumah aku okay. Tak payahlah kau bersengkang mata tunggu aku. Pasal nak bergossip tu ... kita buat lain kali jealah yea," kata Zara tersengih mencapai kunci yang dihulur abang pupunya sebelum mengenyitkan matanya ke arah Ana yang nampak macam kucing hilang anak!


Previous: BAB 15
Next: BAB 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma