BAB 25
Sebaik sahaja mesyuarat yang dipengerusikan olehnya tamat,
Tengku Razlan terus keluar dari bilik mesyuarat itu. Laju saja langkahnya
menuju ke arah bilik pejabatnya. Tombol pintu biliknya dibuka pantas. Terus dia
melabuhkan dirinya pada sofa kulit berwarna coklat walnut yang terdapat di
dalam bilik pejabatnya sebelum menyandarkan badannya ke belakang.
Lama dia merenung kosong ke arah syiling. Jauh fikirannya
melayang memikirkan apa yang berlaku semalam. Berfikir samaada dia telah
membuat keputusan yang betul atau tidak semalam sebelum dia dikejutkan dengan pintu
biliknya pejabatnya diketuk seseorang.
" Masuk," jeritnya agak kasar sambil
melonggarkan ikatan tali lehernya yang berwarna biru muda berbelang biru tua.
Perlahan pintu pejabatnya dikuak dari luar. Dia tersenyum sedikit sebaik
melihatkan wajah orang yang membuka pintu pejabatnya.
" Eh! Papa .... masuklah. Maafkan Raz. Raz tak
berniat pun nak berkasar dengan papa. Raz tak tahu papa yang kat luar tadi."
" Takpe Raz. Papa tahu Raz tak sengaja. Papa ni cuma
berbual sikit dengan anak papa ni. Itu pun kalau Raz tak sibuklah."
" Tak. Raz tak sibuk. Raz free. Lagipun, sekarang ni
memang dah nak lunch time pun," kata Tengku Razlan sambil melihat jam
tangannya sebelum mengalihkan pandangannya ke arah orang tuanya yang sedang
duduk di hadapannya. Sebenarnya jikalau untuk orang tuanya, walaupun dia sangat
sibuk sekali pun dia sanggup meluangkan masa untuk mereka.
" Ni ... macam ni. Papa nak tanya ... betul ke Raz
memang nak kahwin dengan Lisa atau ada sesuatu berlaku antara Raz dengan kawan
baik papa tu? Apa kata ... Raz berterus-terang jea dengan papa."
Tengku Razlan tergelak kecil mendengarkan pertanyaan
papanya. Memang kadang-kala papanya ini lebih kuat prarasanya berbanding
mamanya. Keningnya diusap sedikit.
" Kenapa papa tanya Raz macam tu? Raz nampak macam
tak serius ke?"
" Tak ... bukan macam tu. Tapi ... Raz nampak macam
tertekan sangat. Lagipun ..." Kata-kata Tan Sri Tengku Azmi terhenti
tiba-tiba. Wajah anak tunggalnya itu dipandangnya.
" Lagipun pun apa papa?" tanya Tengku Razlan
sambil mengerutkan dahinya sedikit. Pelik melihatkan cara papanya memandangnya.
" Mmm ... maaflah kalau telahan papa ni salah. Tapi
... mata tua papa ni nampak macam-macam sebenarnya. Raz sebenarnya ada hati
pada Zara kan?"
Lama Tengku Razlan terdiam sebaik mendengar kata-kata Tan
Seri Tengku Azmi. Fikirannya berputar ligat mencari jawapan yang terbaik. Dia
berdehem sedikit. Wajah papanya dipandang dengan wajah yang diceriakan.
" Hahaha ... mana ada pa. Betul Raz memang nak
kahwin dengan Lisa. Tentang Zara tu ... well ... Raz tak pernah pun ada
perasaan kat dia," bohong Tengku Razlan.
" Kalau macam tu baguslah. Papa cuma tak nak Raz
buat keputusan nak kahwin tu sebab desakan mama. Mmm ... so, papa keluar
dululah. Ingat, kahwin ni bukan hal main-main. Faham!." Sempat lagi Tan
Sri Tengku Azmi memberi nasihat kepada anak tunggalnya itu. Tengku Razlan
menganggukkan kepalanya sedikit tanda setuju sambil tersenyum kecil.
Sebaik sahaja Tan Sri Tengku Azmi keluar dari pejabatnya,
Tengku Razlan bingkas bangun dan mencapai kotnya sebelum keluar dari
pejabatnya. Kakinya terus diarahkan ke arah meja pembantu peribadinya yang
bernama Linda.
" Lin ... saya nak keluar. Saya cuti tiga hari. Kalau
urgent sangat baru call saya," kata Tengku Razlan pada PAnya.
" Tapi ... Tengku ada meeting dengan SA Hol
...," belum sempat ayatnya dihabiskan, Tengku Razlan segera memotong.
" Oh! Pasal meeting tu .... mmm ... suruh Encik
Zakri ganti tempat saya. If you really need to call me ... use my private
number because I'm gonna leave this phone with you. Kalau Tan Sri tanya mana I,
cakap I outstation mana-manalah. Macam selalulah," arah Tengku Razlan
sambil mengenyitkan matanya sedikit sebelum berlalu dari situ..
" Ok boss," jawab PAnya ringkas sambil
menyimpan telefon Tengku Razlan di dalam
laci yang berkunci di mejanya.
Sudah berkurun rasanya dia duduk di dalam keretanya
sambil menunggu kelibat orang yang dinantinya muncul. Pinggangnya pun terasa
macam nak patah dua dah! Tapi ... orang yang ditunggu tetap tidak muncul. Dia
melihat jam tangannya. Mmm ... nak dekat pukul tujuh malam dah. Mana diorang
ni? Boleh tahan juga perempuan ni merayau rupa-rupanya, rungutnya di dalam
hati.
Tiba-tiba sebuah Toyota Vios berwarna hitam berhenti di
hadapan rumah teres setingkat itu. Seorang gadis bertudung merah jambu keluar
dari kereta itu dan membuka pintu pagar sebelum memandu Toyota Vios itu masuk
ke perkarangan rumah teres yang bercat kuning air itu.
Dia segera keluar dari keretanya dan memberi salam pada
gadis yang bertudung merah jambu itu.
" Waalaikumsalam. Saudara ni siapa? Cari
siapa?" tanya gadis bertudung merah jambu itu sambil berjalan
menghampirinya.
" Nama saya Razlan. Saya nak jumpa dengan Zara,"
katanya berterus-terang.
" Oh! Ini Tengku Razlan yea? Patutlah macam familiar
jea muka tu. Zara takde," jawab Ana jujur. Wajah Tengku Razlan yang kacak
itu diamatinya. Memang lelaki ini handsome, puji Ana di dalam hatinya.
" Pukul berapa dia balik? Saya tunggu."
" Errghh ... Tengku ... Zara takde kat sini. Dia
sebenarnya tak duduk sini pun. So ... Tengku tak payahlah tunggu dia kat sini. Dia
ke sini sekali sekala jea. Sekadar untuk melawat saya."
" Janganlah tipu saya. Hari tu saya hantar dia ke
sini. Ingatan saya kuat lagi tau!" Tengku Razlan mulai meninggikan
suaranya sedikit. Agak-agaklah kalau hendak menipu pun. Dia belum nyanyuk lagi.
Sudahlah badannya ini terasa sakit yang amat sangat sebab lama sangat duduk di
dalam kereta.
" Mmm ... suka hati Tengku kalau tak percaya. Tapi
... sebaiknya Tengku baliklah. Hari pun dah gelap ni. Nak Maghrib dah pun. Tak
elok tercegat kat depan rumah anak dara macam ni. Nanti orang salah faham.
Lagipun, rasanya hari pun macam nak hujan dah ni. Saya pun dah penat ni. Kalau
Tengku degil juga ... suka hati Tengku ler," kata Ana selamba dan terus
memasuki rumahnya tanpa mempedulikan Tengku Razlan yang masih tegak berdiri di
situ.
Bunyi dentuman kilat yang kuat mengejutkan Ana dari
tidurnya yang lena. Jam di bilik ruang tamunya itu dipandang dengan mata yang
sekejap dikecilkan , sekejap dibesarkan. Mmm ... lamanya dia tertidur. Dah
pukul empat setengah pagi.
Dengan rasa yang amat malas dia bangun dan mencari alat
kawalan jauh televisyennya sebab hendak menutup televisyennya yang masih
terpasang. Macam biasalah. Bukan dia yang tengok tv, tapi tv yang tengok dia!
Tiba-tiba sahaja hatinya tergerak hendak melihat keluar
tingkap. Saja jea nak tengok samaada lelaki hangat seMalaya itu masih lagi ada
di luar lagi atau tidak.
Matanya pantas mencari kelibat lelaki itu di dalam
kegelapan malam. Rintik-rintik hujan masih ada. Cuma kurang lebat. Dengan tidak
semena-mena dia dikejutkan dengan bunyi kilat yang berdentum agak kuat. Ana
menggurut-ngurut dadanya kerana terlalu terkejut dengan bunyi dentuman kilat
tadi.
Namun itu tidak mematahkan niatnya hendak melihat
kalau-kalau lelaki seMalaya itu masih berada di luar sana. Dengan bantuan
cahaya lampu jalan yang malap, matanya terus ternampak sebuah kereta mewah yang
terletak betul-betul di hadapan pagar rumahnya. Ana menarik nafasnya panjang.
Mmm ... macam cerita hindustanlah pulak dah, komen hati kecilnya.
Ana segera mencapai telefonnya dan menekan-nekan nombor
Zara. Lama dia menunggu panggilannya dijawab Zara. Hishh ... tidur 'mati'
betullah perempuan ni! Mmm ... bukannya dia tak tahu yang sahabatnya ini kalau
tidur, memang tidur 'mati'. Eeii ... Zara tolonglah terdengarkan bunyi raungan
telefon kau tu weh!, Ana merungut di dalam hatinya.
Akhirnya setelah beberapa kali mendail nombor sahabatnya
yang bertuah itu, barulah panggilannya berjawab. Ana menarik nafas lega sebaik
mendengar suara Zara di talian.
" Hello ... siapa ni?," tanya Zara di hujung
talian ... mamai.
" Beb ... ini aku ni. Weh! Anak bos kau si Razlan tu
ada kat depan rumah aku ni!"
" Hah! Apa si boya copper tu buat kat rumah kau?,"
tanya Zara terkejut. Terus dia terbangun dari perbarimgannya.
" Cari kaulah! Takkan cari aku pula. Dia kan ingat
kau duduk sini, beb!"
" Alah! Biarlah dia kat situ. Tak payahlah layan
dia. Nanti sekejap lagi dia blahlah," jawab Zara sambil berbaring semual
di tilam empuknya. Bercadang hendak menyambung tidurnya semula.
" Hello ... dia dah tercegat kat rumah aku ni dari
sebelum aku balik kerja lagi tau. Dan, ni dah pukul berapa ni? Sekarang ni ...
kat sini tengah hujan ... kilat sana sini tapi dia masih ada kat situ."
" Hah! Dia nak kena panah petir ke?"
" Lah! Kena panah petir apanya pulak. Dia duduk kat
dalam kereta dia tu. Weh! Kau datanglah sini. Selesaikan hal kau dengan dia.
Seganlah aku kalau sampai pagi karang dia masih ada kat depan tu. Apa
jiran-jiran aku cakap pulak! Aku nak pergi kerja pun susah tau sebab dia block
pintu pagar aku tu."
" Kau ni macam-macamlah. Apa kata kau call polis ke
... bomba ke ... mmm ... selesailah masalah kau tu. Aku nak tidurlah. Flight
aku besok tau."
" Tapi ... pukul 12.45 malam kan flight kau tu? Sempat
apa kau 'uruskan' si boya tu. Aku rasa dia betul-betul sukakan kaulah Zara. Kau
tolonglah selesai apa-apa salah faham ke ... masalah ke antara kau dengan dia
sebelum kau fly. Aku tak naklah nanti dia dok mengejar aku sebab nak dapatkan
info tentang kau. Susahlah aku nanti weh! Please Zara ... please ..."
Zara menarik nafasnya panjang sambil berfikir sejenak. Satu
keluhan yang panjang dan berat bunyinya dilepaskan.
" Iyalah. Sekejap lagi aku sampai."
" Cepatlah!"
" Iya .. iya. Bagilah aku mandi dan ambil passport
aku kat laci tu sekejap. Manalah tahu kot-kot terlambat ke ... my passport is
with me already. Si Boya tu mana ada istilah sejam dua kalau part-part nak
mendajalkan aku ni!" balas Zara sedikit merengus.
" Okay Zara. Aku sayang kau. Cepat tau!" kata
Ana tergelak-gelak kecil sebab dia dapat membayangkan muka kawannya yang
pastinya masam menggalahkan cuka sebab kena paksa!