BAB 24
Puan Sri Salma sedari tadi tidak senang duduk. Ini semua
gara-gara cerita yang disampaikan oleh sahabat baiknya Datin Aminah tadi.
Apatah lagi siap dengan bukti gambar lagi.
Dan, paling membuatkan dia geram dan rasa macam hendak
meletup ialah bila Datin Halina, iaitu orang tua Lisa menceritakan bagaimana
Lisa anak perempuan tunggalnya ditampar di khalayak ramai oleh anak lelakinya.
Hissh ... dia tak besarkan anaknya supaya jadi kaki pukul perempuan.
Nauzubillah!
Dan, semuanya angkara Pembantu Peribadi kesayangannya!
Errghh ... tak boleh jadi ni. Takkanlah dia hendak membiarkan perkara ini semua
merosakkan persahabatan mereka dan
rancangan mereka yang hendak menjodohkan Razlan dengan Lisa, rengus Puan
Sri Salma di dalam hatinya.
Puan Sri Salma segera bersiap. Dia menuruni tangga sambil
matanya mencari-cari pembantu peribadinya. Dia terus melangkah ke dapur kerana
di situlah selalunya pembantu peribadinya berada. Sebaik matanya manangkap
kelibat orang yang dicarinya, dia segera memanggil Zara.
" Zara ... ikut saya. Bibik ... cakap kat Pak Ali saya
nak keluar sekarang," arah Puan Sri Salma dengan wajah yang serius. Bibik
segera bergegas keluar mencari Pak Ali yang berada di laman depan villa itu
sebaik mendengar arahan majikannya.
" Baik Puan Sri. Sekejap. Saya ambil beg saya
dulu," jawab Zara sambil tersenyum seperti selalu.
" Mmm ... cepat sikit," kata Puan Sri Salma.
Namun, mata tuanya
terus mengekori pergerakan Zara. Mendengarkan cerita dan melihatkan gambar yang
dihantar ke telefonnya, memang dia hendak menyoal terus gadis itu sekarang ini
juga.Tapi, melihatkan senyuman gadis itu
membuatkan marahnya tersekat di dalam dirinya saja. Kenapalah semua benda ni
berlaku semasa suaminya tiada di sini, hati Puan Sri Salma berbisik sendirian.
Pada masa yang sama di TR Holding pula, Tengku Razlan terpaksa
membatalkan mesyuarat anatara jabatan di saat-saat akhir. Ini semua gara-gara
panggilan telefon daripada Datuk Abu Bakar, iaitu orang tua Lisa. Tengku Razlan
mengeluh panjang memikirkan kata-kata Datuk Abu Bakar yang memintanya
bertanggungjawab dengan perbuatannya yang selalu mengusung anaknya ke sana ke
sini tanpa mengira masa selama ini.
Lebih tepat lagi, dia diminta berkahwin dengan Lisa secepat yang mungkin.
Jikalau tidak, Datuk Abu Bakat mengugut akan melibatkan papanya sekali di dalam
permasalahan ini. Perkara seperti ini yang hendak dielaknya. Datuk Abu Bakar
adalah sahabat baik papanya semnejak muda lagi. Perkara yang terakhir yang dia
hendak buat ialah menjadi penyebab persahabatan baik papa dan Datuk Abu Bakar
putus gara-gara dirinya.
Baru dia hendak menyandarkan badannya ke kerusi, telefonnya
berbunyi lagi. Mmm terteranama 'Eiman' di skrin telefonnya. Apa pulaklah kawan
dia yang seorang ni nak? detik hatinya.
Butang jawab terus ditekannya. Belum sempat dia berkata
apa, Eiman terlebih dulu telah menerjahnya.
" Bro ... apa kau buat malam tadi? "
" Buat apa?" tanya Tengku Razlan semula. Pelik
mendengarkan pertanyaan sahabat baiknya itu. Mana dia ada ke kelab malam atau
mabuk-mabuk atau buat perkara tak senonoh. Dia terus jea balik rumah dan tidur
selepas tengok wayang semalam.
" Adoi! Ni mesti kau tak baca paper lagilah ni.
Gambar kau dan cinta hati dalam diam kau
tu terpampang kat muka pertama tau. Aku tak kisah kau kena marah dengan mama
kau atau keluarga Lisa. Tapi ... aku risaukan Zara ... your cinta hati rahsia tu!
You know your mum better than me kan! Apatah lagi mulut mama si Lisa tu!"
" Hah! Apa kau kata? Kau biar betul?" Kalau
betullah apa yang dikatakan oleh Eiman, pasti mamanya tahu tentang apa yang
berlaku semalam. Memanglah masalah besarlah jikalau mamanya tahu apa yang
berlaku semalam!
" Betullah. Apa pulak aku nak tipu. Tapi ... ada
satu lagi yang kau kena tau."
" Apa dia?"
" Semalam kau ada tampar si Lisa ke? Sebab ...
gambar kau lempang dia tu dah viral. Kalau parent dia tahu ... memang
'selamatlah' kau kali ni. Kau ni memang pandai cari masalah dan musuh
jeakan!"
" Eh! Takkanlah kot. Siapalah punya kerja ni? Kalau
aku ...," tak sempat Tengku Razlan menghabiskan kata-katanya, pintu
pejabatnya telah terbuka luas.
" Mmm ... Man, I call you later. My mum and her
'rombongan' dah sampai ni. Bye," kata Tengku Razlan separuh berbisik dan
tergesa-gesa mengakhiri perbualannya dengan Eiman.
Dia benar-benar kelu tidak terkata apa melihatkan mamanya
serta keluarga Lisa berada di hadapannya sekarang ini. Begitu juga dengan Zara.
Hatinya dapat meneka apa yang telah berlaku saat matanya melihat mata Zara yang
merah dan bergenang dengan air mata. Buat pertama kali di dalam hidupnya dia
benar-benar rasa bersalah.
" Raz ... ikut kami ke board room. Now!" arah
Puan Sri Salma sebelum beredar dari situ bersama-sama 'rombongannya'.
Tengku Razlan hanya menganggukkan kepalanya saja.
Lidahnya seolah-olah tergam kuat hingga dia tidak mampu berkata-kata. Wajah
Zara yang suram itu dikerlingnya sedikit. Dia dapat bayangkan bagaimana Zara
'dibasuh' oleh mamanya dan Datin Harlina. Ah! Kesian kau Zara. Maafkan
aku!
Sekali lagi Tengku Razlan terkejut. Sebaik saja pintu
bilik mesyuarat itu dibuka, terlihat beberapa orang wartawan di situ. Tengku
Razlan menarik nafasnya panjang sebelum melepaskannya perlahan. Rasa-rasanya,
dia dapat meneka apa yang akan berlaku sekejap lagi. Dia perlu bertindak
pantass dan menamatkan semua ini dengan segera. Pantas dia mendapatkan mamanya sebelum membisikkan
sesuatu.
Ini semua salah dia. Dia tidak mahu Zara diseret sama di
dalam hal ini. Tak sanggup dia melihat air mata gadis itu tumpah dihadapannya. Dia
juga tak sanggup melihat kesedihan Zara andainya ditinggalkan tunangnya kerana
hal ini
Dia benar-benar tidak
mahu Zara dimalukan ataupun berhadapan masalah dengan tunang mahupun keluarga
tunangnya. Cukuplah gadis itu 'dibasuh' mamanya dan Datin Harlina. Bukan
setakat 'berasap', tetapi boleh 'terbakar' gegendang telinga jikalau mamanya
dan Datin Harlina itu 'membahasakan' orang di dalam keadaan marah.
Melihat wartawan yang hadir seolah-olah tidak sabar
hendak menanyakan soalan, Tengku Razlan segera bersuara. Dia hendak menamatkan
semua ini segera. Yang penting, dia tak nak sesiapa pun dapat peluang memalukan
atau menyakitkan hati Zara. Semua ini berpunca dari dia. Zara tidak salah
apa-apa pun.
" Selamat pagi semua. Terima kasih sebab sudi hadir.
Takde apa sangat. Cuma seperti yang selalu saya janjikan sebelum ini ...mmm ...
saya ingin mengumumkan perkahwinan saya dengan Lisa Datuk Abu Bakar bulan
depan. Semua di sini ... saya jemput ke majlis bahagia kami. Terima
kasih," kata Tengku Razlan ringkas sambil memegang tangan Lisa.
Bukan hanya wartawan tetapi juga 'rombongan' Puan Sri
Salma terkejut dengan pengumuman Tengku Razlan yang bersahaja itu. Lisa seperti
selalu melentukkan kepala ke sisi Tengku Razlan sedikit sambil tersenyum
bahagia sebaik mendengar pengumuman Tengku Razlan tadi.
Suasana sunyi
seketika sebelum seorang wartawan mengangkat tangannya untuk bertanya.
" Tahniah Tengku. Tapi pengumuman perkahwinan Tengku
ni ... macam ada yang tak kena jea. Siapa perempuan ini? Dan ... kenapa
tiba-tiba jea Tengku umumkan nak kahwin? Adakah ini semua ada kaitan dengan
peristiwa Tengku menampar Cik Lisa anak Datuk Abu Bakar semalam? Tengku kena
ugut dengan keluarga perempuan ke?" tanya wartawan tersebut sambil
menunjukkan I-Padnya yang jelas
kelihatan gambar dia sedang menarik tangan Zara serta gambar dia menampar Lisa.
Lisa menundukkan kepalanya sedikit. Malu. Sementara
Tengku Razlan pula cuba berlagak tenang dengan soalan wartawan itu. Dia memeluk
bahu Lisa sedikit sebelum bertukar senyuman dengan Lisa.
" Untuk soalan yang pertama ... itu gambar pembantu
peribadi mama saya. Saya terserempak dengan dia di situ. Kebetulan jea dia ada
di situ. Kami berbual sementara saya menunggu bakal isteri saya ni sampai.
Pasal tarik tangan tu ... well ... jujurnya ia berlaku secara spontan saja
tanpa sebarang niat. Mungkin sebab sudah menjadi kebiasaan saya kalau jalan
dengan orang perempuan walaupun mama saya sendiri, saya mesti pegang tangan
mereka.
Perempuan dalam gambar kat I-Pad tu ... tunang seseorang.
Tolong hormatkan dia. Harap tidak dipanjangkan cerita ini sebab ini semua boleh
merosakkan nama baik dia serta hubungan dia dengan tunang dan bakal mertua
dia."
" Tentang peristiwa saya menampar bakal isteri saya
... mmm ... kami ada sedikit perselisihan faham. Cuma waktu tu saya terlalu
mengikut perasaan saya. Itu saja. Jadi ... saya ingin ambil kesempatan ini
meminta maaf secara terbuka kepada Datuk Abu Bakar dan Datin Harlina kerana
berkasar dengan anak mereka. Baiklah ... jadi, itu saja buat masa ini. Kita
jumpa di majlis perkahwinan kami bulan depan. Terima kasih dan
assalamualaikum," kata Tengku Razlan pantas sambil tersenyum sedikit sebelum
berpaling ke arah Datuk Abu Bakar dan menyalami tangan bakal mertuanya.
Datuk Abu Bakar kemudiannya bangun dan memeluk bakal
menantunya itu. Ini yang membuatkan dia kagum dengan anak sahabat baiknya ini.
Lelaki muda ini tahu bagaimana menyelesaikan masalah dengan baik dan pantas serta
memuaskan hati semua orang.
Sebaik sahaja semua wartawan beredar dari situ, Tengku
Razlan terus tercari-cari kelibat Zara. Tapi sayang. Saat dia ternampak orang
yang dicari, dia hanya mampu melihat saja. Kelihatannya, mama kesayangannya
sedang berkata sesuatu kepada Zara sambil menghulurkan sekeping sampul surat
berwarna coklat sebelum Zara beredar dari situ setelah menyalami mamanya. Ah!
Memang kau gadis yang baik Zara. Maafkan aku sebab letakkan kau di dalam
masalah yang entah apa-apa ni! Maafkan aku my Zara, keluh hati kecil Tengku
Razlan sambil meraup wajahnya dengan kedua-dua telapak tangannya.