Home Novel Cinta DIA CINTAKU
BAB 31

BAB 31

Lama Zara merenung e-mail yang tertera di skrin komputernya. Jari-jemari tangan kanannya mulai memicit-micit dahinya perlahan-lahan. Kepalanya terasa berat sangat. Tak terpikul rasanya beban yang perlu ditanggungnya sebagai satu-satunya waris yang perlu menguruskan perniagaan arwah bapanya yang besar itu secara mendadak seperti ini. Apatah lagi, kesedihan yang melanda dirinya lantaran kehilangan begitu ramai sekali orang yangrapat dengannya pada hari yang sama masih belum hilang lagi.

Fikirannya ... hatinya ... raganya mulainya terbang ke peristiwa yang berlaku dua minggu lepas. Minggu yang sepatutnya menjadi minggu yang paling bermakna dan kenangan yang terindah hidupnya berubah menjadi sebaliknya.

Siapa pernah menyangka begitu sekali dugaan yang PenciptaNYA berikan untuknya. Tapi ... dia sedar siapa dia. Ini semua telah tertulis di dalam Qadak dan Qadarnya. Dia harus redha dan ikhlas menerimanya. Bukankah itu juga janjinya pada arwah daddynya sebelum daddynya menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Saat-saat terakhir dia dan Zuhail si kekasih hatinya juga mulai bermain di kotak fikirannya. Kata-kata kekasih hatinya kembali terngiang-ngiang di dalam ingatannya ... "seem like we are not going to be old together, baby ... be strong and live happily for me. Ikhlaskan I pergi supaya I tenang kat sana," pesan Zuhail perlahan-lahan, tersekat-sekat dan penuh kepayahan.

Panjang sekali bunyi helaan nafas yang dilepaskannya. Air mata semakin lebat menuruni kedua-dua belah pipinya. Namun dibiarkan saja. Lama keadaan itu berlanjutan sebelum dia terasa bahunya dipegang seseorang. Dia mengesat air matanya pantas sebelum berpaling ke belakang. Segaris senyuman hambar diberikan buat sahabat baiknya itu.

" Zara ... aku tahu kau nangis. Sudahlah! Sampai bila kau nak macam ni. Bukan kau seorang jea sedih. Aku pun sedih juga sebab ... sebab Emir pun dah takde," kata Ana mulai sebak dan terasa hendak menangis. Namun Ana cuba menahan air matanya daripada gugur. Kalau dia pun lemah, kasihanlah kawan baiknya ini yang kini tinggal sebatang kara dalam sekelip mata saja. Siapa yang hendak memberikan sahabatnya ini semangat supaya meneruskan kehidupan jikalau dia pun hanyut melayan kesedihannya. Walaupun dia juga sedih kerana kehilangan Emir, dia masih beruntung kerana dia masih punya keluarga tempat untuk meluah dan berkongsi kesdihan. Tapi ... Zara, kawan baiknya ini hanya ada dia saja.

" Maafkan aku Ana. Aku lupa yang kau pun kehilangan Emir. Aku ... aku ... aku sedih sangat Ana. Aku tak tahu macam mana nak luahkan kesedihan aku ni. Takde kata-kata yang dapat mengambarkan apa yang aku rasa sekarang ni. Apatah lagi dengan tanggungjawab besar yang tergalas di bahu aku ni," balas Zara perlahan.

Ana mengusap lembut bahu sahabat baiknya itu.

" Zara ... kau kan ada aku. Ada keluarga aku. Dan, yang penting Zara ... kita ada Allah. Kalau kau kata takde kata-kata yang mampu mengambarkan dan menghilangkan kesedihan kau tu, apa kata kau mengadu denganNYA. DIA Maha Penyayang Zara. Mintalah padaNYA agar berikan ketenangan hati dan jiwa pada kau agar kau ikhlas dan reda dengan apa yang berlaku. Minta pertolongan daripadaNYA agar kuatkan semangat kau agar kau dapat memikul tanggungjawab tu dengan baik," nasihat Ana sambil menghulurkan sehelai tisu kepada sahabatnya itu.

" Sekarang ... kau lap air mata kau. Then, kau basuh muka kau tu. Actually kau ada tetamu kat bawah tu," sambung Ana lagi sambil tersenyum kecil.

Zara mengerutkan dahinya sedikit. "Siapa?"

" Puan Sri Salma dan anaknya. Aku turun dulu yea. Kesian pula diaorang kat bawah tu," balas Ana. Zara menganggukkan kepalanya perlahan.

Zara terdiam seketika. Dia benar-benar terasa terhutang budi dengan Puan Sri Salma sekeluarga kerana keluarga itulah yang menguruskan segala-galanya sehingga selesai semua urusan pengebumian ahli-ahli keluarganya. Dia tidak tahu bagaimana hendak membalas budi baik Puan Sri Salma dan Tan Sri Tengku Azmi. Begitu juga dengan Tengku Razlan. Lelaki itu sentiasa berdiri dibelakangnya bersedia untuk menahan badannya dari tersungkur ke bumi sepanjang masa pengebumian berlangsung. Semoga Allah sentiasa merahmati keluarga itu.

Sebuah senyuman kecil terukir di bibirnya sebaik melihat tetamu-tetamu yang sedang duduk di ruang tamu. Zara segera merapati Puan Sri Salma dan menyalami wanita itu sebelum menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat pada Tengku Razlan. Dia kemudiannya duduk di sebelah Puan Sri Salma. Bekas majikannya itu menarik tangan kanannya perlahan.

" Zara macam mana hari ini? Sihat?" tanya Puan Sri Salma. Tangan anak gadis itu ditepuk-tepuknya perlahan.

" Alhamdulillah. Saya sihat. Puan Sri macam mana hari ni?"

" Saya sihat. Cuma ... penat sikit jea sebab sibuk menguruskan majlis si Raz ni. Ni ... saya datang ni sebab nak jemput Zara ke majlis akad nikah dan majlis resepsi di sebelah malamnya pula."

Lama Zara berfikir. Wajah Puan Sri Salma dipandangnya lama sebelum mengalihkan pandangannya ke arahh Tengku Razlan. Belum sempat Zara memberi kata putus, Puan Sri Salma kembali bersuara.

" Saya dah anggap Zara macam anak perempuan yang saya tak pernah ada. Saya harap sangat Zara setuju temankan saya masa majlis akad nikah tu. Pelikkan. Anak kita yang nak akad nikah tapi kita yang risau," ujar Puan Sri Salma tergelak kecil. Zara pun tersenyum sekali mendengarkan kata-kata bekas majikannya itu.

" Mmm ... baiklah Puan Sri ..." belum habis berkata-kata, Puan Sri Salma segera memotong kata-katanya.

" And one more thing ... janganlah panggil saya Puan Sri. Apa kata mulai hari ini Zara panggil saya mama," kata wanita tua yang anggun itu. Zara hanya mampu tersenyum saja tanda mengiyakan kata-kata bekas majikannya itu.

" Okaylah mama. Kita tak boleh lama kat sini sebab Raz ada hal kat pejabat. Zara ... jangan mungkir janji yea. Datang tau. Nanti hampa mama ni kalau 'anak perempuan' kesayangan dia tak datang," kata Tengku Razlan tiba-tiba.

" Insyaallah Tengku," balas Zara tersenyum lagi. Tengku Razlan menjegilkan matanya ke arahnya.

" Ulang semula apa yang kau cakap tadi."

" Kenapa? Saya salah cakap ke?" tanya Zara semula.

" Memang awak salah cakap. Kalau awak dah panggil mama saya tu 'mama', awak tak boleh panggil saya Tengku dah."

Zara menggaru-garukan kepalanya tanda tak faham.

" Habis tu nak panggil apa?"

" Abanglah!" gelak Tengku Razlan menyakat Zara. Zara mengetap bibirnya geram. Kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia membaling kusyen kecil yang sedang dipegangnya ke arah lelaki itu. Dah nak jadi laki orang pun tak habis-habis menyakat orang lagi tu!

Puan Sri Salma hanya tersenyum senang melihatkan usikan anaknya itu. Agaknya kalau anak lelakinya itu mempunyai seorang adik, pasti anak lelakinya itu kaki menyakat kot! Pasti meriah rumahnya. Tidaklah sunyi seperti sekarang ni!

Pantas sekali masa berlalu. Hari yang dinantikan oleh Puan Sri Salma akhirnya tiba. Di salah sebuah ruang Masjid Umar Al Khattab itu telah dipenuhi rombongan Puan Sri Salma dan para wartawan. Puan Sri Salma menarik tangan Zara supaya duduk dekat dengannya. Zara hanya menurut saja. Nasib baik mereka dikelilingi saudara-mara Puan Sri Salma dan Tan Sri Tengku Azmi. Jadi, dapatlah dia membaca e-mail yang dihantar oleh HQ dan cawangan-cawangan SA Holdings di telefon pintarnya ini kerana Puan Sri Salma sibuk berbual-bual dengan saudara-maranya.

Zara memang sibuk sebenarnya. Malahan peguam syarikat juga telah beberapa kali menggesanya supaya segera pulang untuk menyegerakan beberapa urusan syarikat terutamanya hal pengambil-alihan syarikat arwah daddynya. Jikalau tidak mengenangkan jasa baik keluarga ini membantunya dulu, pasti dia tegar sekali untuk menolak. Bak kata pepatah, hutang budi dibawa mati, lantas itulah dia telah memberitahu peguamnya yang dia hanya akan bertolak balik lusa.

Zara memandang ke arah Tengku Razlan yang tampan berbaju Melayu warna putih segak duduk di atas kusyen empat segi besar yang juga berwarna putih. Tanpa diduga, lelaki itu juga memandang ke arahnya. Sebuah senyuman hambar dihadiahkan lelaki itu untuknya. Zara tersenyum sambil membuat isyarat supaya lelaki itu tersenyum lebih manis lagi sebelum kembali membuka kiriman e-mail yang lain pula. Inilah akibatnya bila malam tadi dia tak sempat nak membaca email-email ini semua kerana sibuk membantu Puan Sri Salma membuat persiapan terakhir.

" Hissh ... kenapa lambat sangat rombongan si Lisa ni nak sampai? Selalunya pengantin lelaki yang sampai lambat," bisik Puan Sri Salma tiba-tiba. Jelas kerisauan di wajah tua itu.

" Jalan jammed kot mama. Sekejap lagi diorang sampailah tu. Kita doa yang baik-baik yea," kata Zara cuba menenangkan Puan Sri Salma.

Zara mengerling ke arah jam tangannya. Haah. Lambat sangat dah ni! Ni dah pukul sebelas setengah. Janji pukul sepuluh," desis hati kecil Zara. Dia kemudiannya dapat melihat Tan Sri Tengku Azmi membisikkan sesuatu ke telinga Tengku Razlan sebelum matanya kembali membaca email yang dihantar oleh cawangan SA Holdings di Brussel.

Sakit mata sebenarnya baca email panjang-panjang kat dalam smartphone ni. Tapi, apa dia nak buat. Dia perlu baca dan tahu semua perkembangan terkini syarikat-syarikatnya sebelum perjumpaan hujung minggu ini. Kalau tidak, pasti dia akan kelihatan seperti tidak berwibawa untuk mengetuai SA Holdings. Manalah tahu kot-kot ada pemegang-pemegang syer yang cuba memperlekehkannya nanti. Leka dia membaca email-emailnya sehingga terlupa keadaan disekelilingnya sehinggalah bahunya digoyang perlahan oleh seseorang.

Zara segera mengalihkan pandangannya ke arah Puan Sri Salma yang sedang memegang bahunya. Mata tua itu nampak merah sedikit. Ada air mata mengalir di pipi wanita itu. Zara tersenyum kecil.

" Amboi mama! Tahulah dah dapat menantu. Tak payahlah nangis macam ni," kata Zara berseloroh sambil mengesat sedikit air mata mama angkatnya itu dengan belakang jari telunjuknya. Puan Sri Salma tidak menjawab. Hanya air matanya saja terus mengalir.

" Mama ... kenapa ni? Menantu mama pun orang dekat jea. Jangalah macam ni. Mmm ... rupa-rupanya susah juga air mata gembira ni nak berhenti yea," usik Zara lagi sebelum matanya terasa silau dengan kerlipan lampu-lampu flash kamera yang tiba-tiba saja di situ. Zara segera berpaling ke arah kerdipan lampu-lampu flash tersebut sebelum matanya baru terperasan ada seseorang sedang duduk di hadapannya. Lelaki itu memandang tepat ke arahnya. Wajah lelaki itu nampak serius sekali.

Zara mengerutkan dahinya sedikit. Apa yang Tengku Razlan buat duduk di hadapannya ini. Zara tersenyum sedikit. Oh! Lupa. Ni mesti sesi nak bersalam-salam dengan ahli keluarga pulak yea. Macam manalah dia boleh tak terdengar akad nikah yang berlaku tadi. Inilah akibatnya terlalu leka di dalam dunia sendiri, kata hati kecilnya.

" Tengku ... you and your wife kena salam dengan your parentlah. Buat apa duduk depan saya," kata Zara tersenyum-senyum.

Baru Zara hendak mengensot sedikit tempat duduknya supaya senang Tengku Razlan dan isteri hendak bersalam dengan Puan Sri Salma, tangannya telah dipegang lembut Puan Salma. Jari jemarinya dielus-elus lembut oleh Puan Sri Salma. Zara semakin mengerutkan dahinya. Dia mulai merasa tak sedap hati. Wajah Puan Sri Salma dan Tengku Razlan dipandang bersilih ganti. Baru dia sedar yang Lisa tiada di situ. Sebaliknya, Tan Sri Sri Tengku Azmi yang berada di sisi lelaki itu.

" Zara Melrose Sadikin Amir ... sudi tak kau jadi isteri aku," tiba-tiba saja sebaris ayat itu menerjah pendengarannya.

" Hah?" tanya Zara tercengang-cengang. Apa yang dia dengar ni? Dia salah dengar kot!

Tengku Razlan menarik nafasnya panjang dan dalam. Wajah gadis di hadapannya dipandang lama sebelum kembali berbicara.

" Bismillahirahmannirahim .... dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang ... saya Tengku Razlan Tengku Azmi dengan rendah hati ingin melamar awak Cik Zara Melrose Sadikin Amir menjadi isteri saya. Awak sudi tak? Saya harap sangat awak sudi sebab saya dah lama simpan nama awak kat dalam hati saya yang tak seberapa ni, Zara."

Ternganga sedikit mulut Zara mendengarkan lamaran Tengku Razlan itu. Blur! Nampaknya fikiran dan otaknya yang kecil ini tak dapat memproses dengan pantas apa yang didengarinya tadi. Cuma dia dapat merasakan tangannya terus dan terus dielus lembut Puan Sri Salma. Dia menoleh ke arah Puan Sri Salma. Wanita itu hanya tersenyum kecil sambil menepuk-nepuk lembut tangannya pula.

Bagaimanapun, kerlipan lampu-lampu kamera ini menyedarkannya kembali kepada pertanyaan Tengku Razlan. Wajah Puan Sri Salma dipandangnya lagi sebelum dia memandang tepat ke wajah anak tunggal Puan Salma dan Tan Sri Tengku Azmi ini. Dia menarik nafasnya panjang sebelum menganggukkan kepalanya sedikit dan perlahan. Terus Puan Sri Salma yang duduk di sebelahnya bangun dan memeluknya erat sambil menangis teresak-esak.

" Terima kasih Zara ... terima kasih sayang sebab sudi jadi menantu mama. Terima kasih sebab sudi jadi isteri Raz. Mama sayang Zara ... mama sayang Zara. Terima kasih Zara," bisik Puan Sri Salma perlahan di telinganya.

Zara hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Sebenarnya, dia pun tak percaya dengan apa yang dia dah buat! Tunangnya baru saja meninggal dunia. Dan, sekarang dia boleh pula bersetuju berkahwin dengan mamat ni. What have i done! jerit hati kecil Zara. namun jeritan itu hanya bergema di dalam dirinya saja.

Selesai majlis resepsi yang gilang-gemilang yang berlangsung di Pullman, Putrajaya terus mereka pulang ke villa Tan Sri Tengku Azmi. Setelah mengucapkan selamat malam kepada mertuanya, Zara terus melangkah ke bilik tetamu. Namun langkah kakinya terhenti apabila Tengku Razlan menarik tangannya lembut.

" Nak ke mana?"

" Bilik tetamulah. Mana lagi. Kaki saya ni sakit sangat. Nak berlunjurlah pula. Kasut tu tinggi sangat."

" Bilik tu sepupu-sepupu perempuan abang guna malam ni. Bilik-bilik yang lain pun ada orang."
" Kalau macam tu saya balik rumah saya jealah," kata Zara malas nak berbalah.

" Tak payahlah. Ini pun rumah sayang juga. Sini," kata Tengku Razlan lembut.

" Takpelah. Saya nak duduk kejap. Kaki saya sakitlah nak panjat tangga ni," kata Zara memberi alasan lagi.

" Kalau macam tu ... biar abang jea bawa sayang ke atas," seraya itu juga terus Tengku Razlan terus mencempung isteri kesayangannya itu.

" Apa Tengku buat ni? Tengku jangan nak macam-macam yea!" ronta Zara memprotes.

" Boleh diam-diam tak sayang. Kalau terjatuh macam mana?" kata Tengku Razlan lembut.

Sebaik-baik meletakkan Zara di atas katil, Tengku Razlan terus keluar dari situ. Zara menarik nafas lega. Sebuah beg bagasi saiz kecil warna merah jambu yang amat dikenalinya berada di hujung katil. Ini macam beg dia jea, detik hati kecilnya. Nota kecil yang terlekat di atas beg itu dibukanya sebelum dia mengigit bibirnya geram. Hantu punya Ana!

Zara segera membuka begnya. Sekali lagi matanya menjadi besar. Aduhai! Agak-agaklah kalau packingkan orang baju pun. Ini baju-baju yang aku pakai dalam bilik sendiri, rungut Zara.

Malas hendak memeningkan kepalanya lagi, Zara segera mengeluarkan tualanya dan sehelai gaun tidurnya.Okaylah sikit baju ni kot. Kurang seksi sikit compare to the other, bisik hati kecilnya. Kemudian dia segera menuju ke bilik air.

" Ah! Lega. Segar sikit badan. Dia kemudiannya segera mengambil telekungnya dan segera menunaikan solat Isyaknya. Sesungguhnya matanya sudah tidak kuat lagi hendak menahan tidur. Sebaik sahaja membaringkan badannya, dia terus terlelap. Pasti lelaki itu gentleman kan. Tidur kat luarlah kot atau melayan saudara maranya berbual-bual, putus hati kecil Zara sebelum dirinya terbang melayang entah ke mana.

Lena sungguh tidurnya sebelum dia merasa sesuatu bergerak-gerak di kakinya. Tapi, matanya terasa berat betul hendak dibuka. Dia membiarkan saja. Cuma bila dia terasa urat betisnya sakit dipicit sesuatu, barulah dia membuka matanya. Dia menelan liurnya sedikit. Lelaki itu kemudiannya menoleh ke arahnya smabil tersenyum manis.

" Sakit yea? Maafkan abang yea. Abang tak niat nak ganggu sayang tidur. Tadi sayang kata sayang sakit kaki. Itu yang abang cari minyak urut ni nak urut kaki sayang supaya taklah sakit lagi nanti," kata lelaki yang sudah bergelar suaminya itu sambil mengurut-ngurut kakinya lagi.

" Ergghh ... takpelah. Dah okay dah. Tak payahlah urut. Ni ... umm ... Tengku tak tidur ke?" tanya Zara teragak-agak. Kakinya dialihkan dari lelaki itu. Hatinya terusik sedikit sebenarnya dengan sikap ambil berat lelaki itu kepadanya.

" Sayang ... you should call me 'abang' from now on. Abang sebenarnya nak tidur tapi ... takde tempat tidur. Kat ruang tamu penuh dengan saudara mara abang. Ada yang tidur, ada yang tengah bersembang. Biasalah lama tak jumpa. Nak tidur kat dalam kereta, nanti orang cakap apalah pula. Hotel pula takde kosong. Biasalah cuti sekolah. Nak tidur kat sofa, abang rasa tak selesa. Sakitlah badan abang ni nanti," jelas Tengku Razlan dengan panjang jela. Wajah Zara dipandangnya sayang. Memang tidak pernah dia menyangka yang Allah akan mengabulkan doanya hendak memperisterikan gadis itu di saat-saat akhir.

Dia pun tak sangka yang Lisa akan meninggalkan dan cuba memalukan dia di hari pernikahan mereka. Tapi ... nampaknya rancangan Lisa tidak menjadi. Sesungguhnya perancangan Allah memanglah yang terbaik. DIA bagi apa yang kita minta pada saat yang tepat!

" Dahlah. Sayang tidur jealah. Jangan risaukan abang Pandailah abang nak tidur macam mana nanti," kata Tengku Razlan sebelum bingkas bangun dari birai katil yang berhias cantik itu.

Zara hanya mendiamkan dirinya saja. Namun bunyi petir yang tiba-tiba saja berdentum mengejutkan Zara. Dia memang penakut sebenarnya. Takutkan kilat. Macam budak kecil jea kan!

" Mmm ... tidur kat sini jealah. Kita boleh letak bantal golek kat sini. Ini sempadan saya. Itu sempandan ... mmm orang tulah," kata Zara sambil mengalih bantal goleknya ke bahagian tengah katil itu.

" Takpelah. Nanti sayang tak selesa."

" Tak. Saya okay. Lagipun saya percayakan ... mmm ... orang tu."

" Oh! Zara jemput 'orang tu'. Bukannya abang," balas Tengku Razlan sengaja menduga Zara.

Zara memandang tajam lelaki itu. Mereka saling bertukar-tukar pandangan. Zara mengetapkan bibirnya sedikit. Orang dah baik hati ni, boleh pulalah dia loyar buruk, kutuk hati kecil Zara.

" Saya maksudkan ab ... ab ... abanglah," kata Zara. Terasa ngeri nak sebut perkataan itu.

" Betul ni? Tak takut ke?" sakat Tengku Razlan lagi. Senyuman sumbing penuh makna sudah terukir di bibirnya yang merah itu. Wajah Zara sudah merah menahan geram. Terus bantal disebelahnya dicapai dan dibalik ke arah lelaki itu. Ketawa kecil Tengku Razlan sambil tangannya cekap menangkap bantal yang dibaling ke arahnya sebelum membaring badannya di sisi Zara yang membelakanginya.

" Thank you sayang. Abang sayang Zara sangat dan sangat-sangat. And, don't worry. Kalau abang nak, abang minta cara baik. So, dream me, my love," bisik Tengku Razlan di telinga Zara sebelum mencium ubun-ubun Zara. Kemudian dia terus meletakkan kepalanya di atas bantalnya dan terus memejamkan matanya. Zara pula hanya kaku tak mampu bergerak mahupun berkata. Matanya terus dipejamkan sekuat hatinya. Ah! Hidup ini banyak sungguh kejutannya!

Hari ini memang dalam sejarah. Buat pertama kalinya Tengku Razlan bangun awal dengan niat hendak menunaikan solat Subuh bersama-sama isteri kesayangannya itu. Dia telah berazam akan menjalankan tanggungjawab yang telah terpikul di bahunya sebagai suami Zara Melrose dengan sebaiknya agar Allah akan sentiasa melimpahkan rahmatnya pada rumahtangganya ini.

Wajah polos Zara diamatinya seketika. Sebuah senyuman kecil terbit di bibir merahnya sebelum dia bangun dan mencapai tuala dan terus masuk ke dalam bilik air. Setelah selesai mandi dan siap berpakaian, dia segera menghampiri Zara yang masih tidur. Sehelai tuala muka yang telah dilembabkan disapu perlahan ke wajah Zara yang masih lena bermimpi entah ke mana.

Zara yang terasa wajahnya lembab segera membuka matanya. Matanya dibesar dikecilkan sebelum penglihatan dapat menyesuaikan dengan cahaya bilik yang malap itu. Dia bingkas bangun dari baring bila dilihatnya Tengku Razlan tersenyum memandang ke arahnya. Dia terus teringat kata-kata lelaki itu malam tadi. Ah! Sudah, bisik hatinya.

" Maafkan abang sebab kacau Zara tidur. Bangunlah. Pergi ambil wuduk. Boleh Subuh dengan abang sekali. Abang tunggu," kata Tengku Razlan sebelum bangun dari situ dan menuju ke arah dua helai sejadah yang telah cantik terbentang menghala ke arah kiblat.

Bagai anak kecil yang patuh, Zara segera bangun dan berjalan menuju ke arah bilik air. Sebaik keluar dari bilik air, tanpa melihat ke arah Tengku Razlan, Zara terus memakai telekung. Namun, hanya tuhan saja yang tahu betapa hatinya saat pertama kali solat berjemaah dengan suami yang tak diduganya itu.

Sebaik sahaja suami tak diduganya itu mengaminkan bacaan doanya, spontan saja Zara mendapatkan lelaki itu untuk bersalam. Dan, sebuah ciuman hinggap di dahinya.

" Abang sayang sangat Zara," bisik lelaki itu perlahan sebelum bangun dan tersenyum manis ke arahnya.

" Abang nak ke bilik bacaan sekejap. Zara bersiaplah. Bolehlah kita bersarapan bersama dengan papa, mama dan saudara-mara abang yang lain. Bolehlah sayang kenal-kenal dengan mereka semua, Bukan senang kami nak berkumpul ramai-ramai macam ni. Abang tak sabar nak kenalkan diorang dengan isteri abang yang sweet ni," kata Tengku Razlan sambil mengenyitkan matanya sediki sebelum keluar dari bilik itu.

Lama Zara duduk terpaku di sejadahnya. Dia masih terkial-kial mencerna setiap patah kata yang keluar dari mulut lelaki itu tadi. Memang tak pernah terlintas di kepalanya ini yang dia akan bertemu jodoh secepat ini di saat tanah kubur arwah tunangnya masih merah. Apatah lagi dengan lelaki itu ... si playboya copper!


Previous: BAB 30
Next: BAB 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma