BAB
27
Selepas satu, satu pakaiannya yang telah digulung-gulung
itu dimasukkan ke dalam bagasinya yang berwarna biru muda itu. Lebih banyak
pakaian dapat dimuatkan ke dalam sebuah bagasi jika pakaian digulung-gulung
berbanding jika dilipat. Pada masa yang sama dia menyanyi-nyanyi perlahan lagu
kesukaannya sebelum telefon miliknya terjerit-jerit minta dijawab panggilan
yang masuk.
Pantas tangannya mencapai telefonnya yang terletak di
atas katil. Zara mengerutkan sedikit dahinya sebaik melihat nombor yang tertera
di skrin telefon pintarnya itu sebelum menjawab panggilan masuk tersebut. Hati
kecilnya sedikit cemas.
" Hello ... assalammualaikum. Errghh ... Puan Sri ke ni? Puan Sri sakit ke?"
tanya Zara laju tanpa sempat si pemanggil berkata apa-apa.
Pelik, risau dan takut sebenarnya. Kenapalah bekas majikannya
ini menelefonnya. Adakah kerana pertemuannya dengan Tengku Razlan pagi tadi
telah sampai ke pengetahuan bekas majikannya itu. Masaklah dia jikalau itu yang
penyebabnya!
" Waalaikumsalam ... Zara, it's me. Razlan,"
jawab si pemanggil di hujung talian. Semakin berkerut dahi Zara sebaik
mendengarkan suara si pemanggil.
" Mmm ... Tengku rupa-rupanya. Mati-mati saya ingatkan
Puan Sri yang telefon. Kenapa Tengku call saya?" tanya Zara acuh-tak acuh
saja bunyinya. Malas sebenarnya hendak melayan lelaki itu.
" Kenapa? Tak boleh ke? Kalau aku call kau pakai
telefon aku ... mesti kau tak angkat. Tu yang aku call pakai phone rumah orang
tua aku ni. Aku tahu kau mesti angkat punya. Kau kan sayang kat mama aku."
Zara mencebik sambil mengeluh panjang mendengarkan
kata-kata Tengku Razlan.
" Tengku ... sekarang ni saya tengah sibuk packing
baju ni. Saya nak balik kampung malam ni. So ... boleh cepat tak sikit cakap
apa yang Tengku nak cakap."
" Mmm ... boleh kita jumpa?"
" Hah! Tadikan kita dah jumpa."
" Please Zara. Aku tak tahu apa yang tak kena dengan
aku ni. Tapi ... hati aku ni terasa sakit sangat. Aku tak pernah rasa sakit
macam ni!"
Zara terdiam seketika. Macam-macamlah mamat ni! kutuk
Zara sendirian.
" Kalau Tengku sakit ... pergilah jumpa doktor. Cakap dengan saya
apalah yang saya ni boleh buat. Kalau sakit sangat sampai tak boleh nak drive,
Pak Ali kan ada. Minta dia tolong hantarkan Tengku ke hospital."
" Pak Ali hantar papa dan mama aku ke rumah
Lisa."
" Mmm ... kalau macam tu ... saya call kan teksi.
Tengku tunggu jea kat situ sampai teksi datang."
" Apa kata kau jea hantar aku jumpa doktor?"
cadang Tengku Razlan.
" Saya sibuklah Tengku."
" Kalau macam tu tak payahlah. Tak payah call teksi.
Dahlah. Kau sambunglah buat kerja kau tu. Assalamualaikum."
Terkebil-kebil Zara di hujung talian dengan tindakan
Tengku Razlan yang menamatkan perbualan secara tiba-tiba. Merajuk kot ... tapi
ada dia kisah. Ah! Whateverlah. Tak kuasa dia nak melayan anak bekas majikannya
itu. Tak sangka Playboya seMalaya itu pun tahu juga nak merajuk-rajuk ni.
Kelakarlah mamat ni, kutuk Zara sendirian sambil tersenyum sumbing.
Namun tak sampai lima minit sekali lagi telefonnya
berbunyi. Tetapi, Zara membiarkan saja sebaik melihat nombor yang tertera di
skrin telefonnya. Nampaknya anak teruna bekas majikannya itu masih tidak
berputus asa. Ingatkan dah tak nak call dia lagi dah, getus hatinya. Zara
membiarkan saja panggilan tersebut. Akhirnya bunyi deringan telefonnya berhenti
sendiri.
Tetapi, selang beberapa ketika telefonnya berdering-dering
semula. Zara hanya membiarkannya saja kerana rasanya dia dapat meneka panggilan itu daripada siapa. Tanpa
menghiraukan bunyi telefonnya yang terjerit-jerit, Zara saja terus berbaring di
atas katil empuknya. Matanya dipejamkannya sedikit.
Sekali lagi telefonnya berbunyi. Dan, kali ini memang
Zara rasa macam nak terkam jea si pemanggil kalaulah si pemanggil itu berada di
hadapannya sekarang. Mana tidaknya. Kepalanya macam nak pecah dibuatnya
mendengarkan bunyi deringan yang tak henti-henti itu. Memang lelaki yang
bernama Tengku Razlan ini degil betullah, kutuk Zara sambil mengetap bibirnya
geram.
" Dear Tengku ... tolonglah jangan buat macam ni.
Bisinglah. Sakit kepala saya tau!," jawab Zara sebaik menjawab panggilan
tersebut. Bagaimanapun, bunyi ketawa besar si pemanggil di hujung talian
membuatkan Zara terkedu seketika. Oppss!!!
" Assalamualaikum ... Zara. Ini daddy. Kenapa
marah-marah ni? And ... who is Tengku? Seingat papa .. mmm .. nama bakal
menantu papa tu ialah Zuhayr ... anak Pak Long kamu."
" Errgh ... waalaikumsalam. Daddy ... errghh maafkan
Zara. Daddy sihat?" dengan pantas Zara segera mengubah topik.
" Alhamdulillah sihat. Anak daddy ni ... sihat tak?
Tengku manalah pula yang dah buat princess daddy ni menjerit macam tarzan
ni?" usik Sadikin Amir sengaja menyakat satu-satunya anaknya itu.
" Erghh ... takde siapa-siapalah daddy. Tak sangka
daddy call. I miss you daddy."
" Daddy pun rindu kat anak tunggal daddy ni. Cuti
Zara pun dah habis. Jadi ... macam mana? Daddy harap sangat Zara tak hampakan
daddy. Zara faham kan maksud daddy."
" Zara dah fikir. Dan ... Zara setuju lepas ni Zara
tolong daddy. Sure daddy happy, right?"
" Alhamdullillah. Akhirnya ... tercapai juga hasrat
daddy nak tengok anak daddy ni ambil alih tempat daddy. Daddy happy sangat. Syukur kepadaNYA. Ni ... satu
lagi daddy nak bagitahu yang kami semua akan ke KL lusa ... so Zara tak
payahlah balik ke sini dulu. Tunggu daddy, Pak Long sekeluarga termasuk tunang
kesayangan Zara tu kat sana jea."
" Mmm ... good idea jugak tu. Cuma ... why so
sudden?" tanya Zara pelik.
" Entahlah. Daddy tak tahu kenapa tiba-tiba jea
daddy terasa rindu pula nak ke sana. Pak Long kamu pun sama. So, we have decide
to spend few days there and then ... baru kita balik ke sini sama-sama. Bolehlah
kita semua bercuti beramai-ramai. Lagipun, daddy dan Pak Long ingat nak lawat pusara
arwah aki dan arwah wan. Macam mana?"
" Mmm .. ok juga. Then, lepas tu ... nanti bolehlah
Zara bawa daddy ke tempat makan yang best-best kat sini. Ada sebuah gerai ni ni
jual nasi ambeng kesukaan daddy tu. Nasi ambeng Wak Leman tu sedap tau,
daddy!"
" Hahaha ... so inilah yang princess daddy ni buat
selama cuti yea. Cuti-cuti cari makan yea! Mesti anak daddy ni dah semakin bulat
tak sekarang ni? Jangan sampai baju yang dah ditempah untuk majlis kahwin tu
nanti tak muat sudahlah," usik Sadikin Amir. Zara hanya tergelak kecil
mendengarkan usikan daddynya.
" Boleh tahanlah berat badan anak daddy ni naik. Tapi
... masih terkawal lagi. Hahaha ... so ... pukul berapa daddy and the rombongan
bertolak nanti? Nak Zara jemput tak?"
" Tak payah sayang. Nanti kita jumpa kat rumah jea. Oklah
Zara. Daddy sayang Zara. Take care and jangan lupa solat tau. Bye ... assalamualaikum
princess," pesan Sadikin Amir.
" Love you daddy. Assalamualaikum. Bye," kata
Zara menamatkan perbualan dengan senyuman yang meleret di bibir mungilnya.
Zara tersenyum-senyum sendirian sebaik menamatkan
perbualan dengan daddynya. Bukan senang dia nak dapat panggilan terus dari
daddynya itu. Selalunya setiausaha daddynya yang akan menghubunnginya untuk
menyampaikan sebarang pesanan daripada daddynya. Bila difikir-fikir balik, walaupun
serumah ... jarang-jarang sekali dia dapat bersemuka dengan daddynya kerana
baik dia mahupun daddynya, mereka berdua sama-sama sibuk dengan urusan kerjaya
masing-masing. Daddynya sibuk dengan urusan syarikat manakala dia pula sentiasa
sibuk di hospital. Tak tahulah sampai bila dia sanggup hidup sibuk dan
berkejar-kejar mengejar urusan dunia yang tidak pernah selesai-selesai ini,
fikir Zara di dalam hati kecilnya.
Tiba-tiba saja perutnya terasa laparlah pula. Bergegas
dia bangun dan mencapai kunci keretanya yang terletak di atas meja solek
sebelum mencapai beg tangannya. Di fikirannya sudah terbayangkan keenakan
masakan Padang di Restoran Ratu yang terletak di Subang Jaya. Bayangan urat
masak kuning terbayang-bayang di matanya di samping masak terung belado ... mmm...
terus dia terasa kecur!
Sebaik tiba di restoran masakan Padang yang terkenal itu,
Zara segera memilih untuk duduk di sebuah meja yang terletak di penjuru kanan
restoran itu. Seorang pelayan restoran menghampiri Zara sambil menghulurkan kad
menu dan Zara segera memesan makanan dan minuman.
Tanpa menunggu lama, makanan dan minumannya yang
dipesannya sampai di meja makannya. Namun. baru saja dia hendak menelan makanannya,
kerusi di hadapannya ditarik seseorang. Mahu sahaja dia tercekik sebaik saja
matanya dan mata orang itu saling bertentangan. Punya banyaklah restoran makan
kat Subang Jaya ni, kenapalah mamat ni ke sini juga!
" Kau sorang jea kan? Boleh aku join sekali?"
tanya Tengku Razlan sambil menanggal cermin mata hitamnya.
Perlahan-lahan Zara menelan makanan yang terdapat di
dalam mulutnya. Bukan pagi-pagi buta tadi dia sudah beritahu lelaki ini yang
dia tak hendak makan ke, minum ke, jalan-jalan ke atau apa-apa pun dnegan
lelaki yang bernama Tengku Razlan ini. Pagi tadi lelaki itu macam faham jea.
Tapi ... sekarang ni terbukti lelaki ini memang tak faham atau memanglah lelaki
di hadapannya ini seorang yang degil. Macam manalah dia nak buat lelaki seorang
ini faham agaknya! rungut Zara sendirian.
" Tengku ni memang degil ke atau tak faham apa yang
saya cakap pagi-pagi buta tadi?" tanya Zara geram.
" Aku faham apa yang kau cakap pagi tadi. It just
that I never take 'no' as an answer ... and I'm a 'fighter'," jawab Tengku
Razlan tersenyum kecil sambil kening kanannya dijungkitkan sedikit.
Zara hanya mencebikkan bibirnya sebaik mendengarkan
kata-kata Tengku Razlan. Memang inilah lelaki paling sengal yang pernah dia
jumpa rasanya. Baru saja Zara hendak membalas kata-kata Tengku Razlan yang menyesakkan
otaknya itu, tiba-tiba satu suara menyapa mereka dari belakang. Wajah Zara
terus berubah sedikit. Dia tahu siapa si empunya suara itu. Wajah Tengku Razlan
dipandangnya lama. Nampaknya lelaki itu tenang saja riak wajahnya.
Si pemilik suara yang menyapanya dari belakang itu kini
telah berdiri di hadapannya dengan wajah yang garang macam harimau bintang. Siapa
lagi kalau bukan Cik Lisa a.k.a tunang lelaki di hadapannya ini. Tanpa
disangka-sangka, gelas minumannya dicapai Cik Lisa dan disimbah ke wajahnya. Spontan
Zara terbangun dari tempat duduknya sambil mengesat-ngesat wajahnya dengan
tisu. Begitu juga dengan Tengku Razlan.
" Dasar perampas hak oranglah kau ni. Perempuan
murahan! Dasar si miskin yang tak sedar diri!" jerit Lisa mencaci-caci
Zara.
Beberapa orang pengunjung restoran dan kakitangan
restoran itu memandang ke arah mereka. Tengku Razlan segera menarik tunangnya
itu keluar dari situ. Namun, Lisa berjaya merentap tangannya dari pegangan
Tengku Razlan yang cuba membawanya keluar dari situ.
Dia berjalan laju mendapatkan Zara semula dan satu
penampar yang kuat dihadiahkan kepada Zara. Baru puas hatinya.
Berbirat pipi Zara. Adoi! Nasib baik takde gigi aku yang
bersepai, sempat lagi Zara bergurau di dalam hati kecilnya walaupun sakit
sambil mengusap-ngusap pipinya. Bukannya dia tak hendak membalas, tetapi dia
faham perasaan Lisa. Zara mengusap-ngusap pipinya perlahan.
Baru Lisa hendak menghadiahkan satu lagi penampar ke pipi
Zara, tangannya dikilas ke belakang dengan kasar oleh seseorang. Dia segera
menoleh ke belakang. Semakin anginlah dia tatkala melihat wajah orang yang
mengilas tangannya itu.
" Sayang! Sakitlah. Kenapa you buat I macam ni?"
tanya Lisa kasar sambil meronta-ronta minta tangannya dilepaskan. Pandangannya
kini beralih kepada Tengku Razlan.
" Apa yang you buat ni? Tak malu ke? Terjerit-jerit
macam orang takde akal!" tengking Tengku Razlan. Hatinya
terasa sakit melihatkan kesan birat di pipi Zara. Dan, hatinya semakin sakit melihatkan sikap Zara yang tidak sedikit pun membalas perbuatan kurang ajar Lisa.
Samada dengan kata-kata mahupun perbuatan.
" I don't care. I nak ajar perempuan tak senonoh ni.
Suka-suka hati dia jea nak goda tunang orang! Dasar perempuan murahan,"
jerit Lisa tanpa menghiraukan pandangan pekerja dan pengunjung restoran itu.
Semua di situ dapat mendengar dengan jelas apa yang
berlaku. Merah padam muka Zara mendengarkan tuduhan Lisa itu. Zara mengucap panjang-panjang di dalam hatinya. Dia benar-benar perlu beredar dari situ dengan segera agar keadaan tidak menjadi semakin teruk. Tanpa berkata
sepatah pun, Zara segera menuju ke arah kaunter pembayaran dan membayar harga
makanannya walaupun dia baru menjamahnya sedikit. Dia ingin segera beredar dari
situ. Enggan terlibat dengan pergaduhan pasangan tunang itu. Bukan dia tidak
mahu membela dirinya, tetapi jika dia berbuat sedemikian pertengkaran itu akan
menjadi semakin besar. Jadi lebih baik dia beredar dari situ. Lagipun, rasanya air matanya akan keluar pada bila-bila masa saja. Selama hayatnya ini, tiada siapa pun pernah memalukannya seperti ini.
Laju saja Zara melangkahkan kakinya keluar dari restoran itu setelah selesai membuat bayaran. Sebaik saja kelibat Zara hilang daripada pandangan
matanya, Tengku Razlan memandang tepat ke wajah Lisa. Tajam sekali pandangannya.
" Untuk pengetahuan you ... Zara tak pernah goda I. You
patut berterima kasih kat dia sebab dia tak pernah suka pun kat I ni. Dengar ni
elok-elok. Semua yang ada kat sini pun boleh dengar sekali. Perempuan tadi tu adalah seorang perempuan yang baik. Dia tak pernah goda saya
walaupun sedikit. Tapi ... saya yang tak habis-habis goda dia. Saya yang
terkejar-kejar dia. Jadi ... Lisa ... you patut tahu dan sedar kedudukan you
dalam hati I ni! Dan, kalau you masih nak I jadikan you isteri I ... please behave yourself! Kalau tak ... lupakan saja angan-angan you tu! " kata Tengku Razlan memberi amaran sebelum melangkah laju dari
situ.
Lisa mengetap bibirnya geram. Nanti kau Tengku Razlan. Kau
malukan aku di hadapan ramai orang. Satu hari nanti kau akan tahu samada
langit itu tinggi atau rendah!