BAB
29
" Macam mana? Sedap tak?" tanya Tengku Razlan
sebaik saja Zara menghirup sedikit sup tomyam seafood yang masih berasap itu ke
dalam mulutnya.
Zara langsung tidak bersuara sama ada untuk mengiyakan
atau menidakkan kata-katanya. Sebaliknya dia hanya menggangguk-angguk kepalanya
sedikit tanda tom yam tersebut memang sedap. Memang tomyam ni sedap tetapi hatinya tengah 'panas' dan merasa geram yang
teramat sangat dengan tindakan Tengku
Razlan yang membawa dia sehingga sejauh ini semata-mata untuk makan. Macam kat
KL atau Selangor tu takde tempat makan, rungut Zara sendirian.
" Itulah. Berbaloikan aku bawa kau jalan jauh-jauh
macam ni kan! Dapat makan sedap. Kalau kau nak tahu, aku kalau teringin nak
makan tomyam seafood memang ke sinilah aku."
" Mmm ... tak tanya pun," jawab Zara pendek
tapi menyentapkan hati orang yang mendengar. Namun Tengku Razlan masih menguntum
senyum mendengarkan jawapan Zara. Sekurang-kurangnya gadis di depannya ini
masih hendak bersuara. Dia berdehem sedikit.
" Saja jea aku bagitahu. Manalah tahu kan kot-kot
satu hari nanti kau terja ...," kata-kata Tengku Razlan terhenti di situ
apabila menyedari pandangan tajam Zara yang langsung tak mesra orang. Hissh ...
garang betullah perempuan ni. Macam manalah aku boleh tersangkut dengan dia ni,
komplennya di dalam hati.
" Kot-kot apanya?" tanya Zara pula.
" Erghh ... lupakan jealah. Jemputlah
makan. Kalau nak tambah jangan malu-malu yea. Cakap jea. Nanti aku order lagi. Kau
mesti tengah kebulurkan," usik Tengku Razlan sengaja membakar hati gadis
di hadapannya.
Zara hanya menjelingkan matanya saja. Malas dia hendak
bercakap banyak. Sebab, selain kerana hatinya yang masih sebal dengan tindakan
lelaki itu membawa dia sejauh ini tanpa memberitahu hala tuju perjalanan mereka
tadi, dia juga benar-benar sedang kelaparan. Mana ke tidaknya. Pukul lima baru
nak makan tengah hari! Habis tu ... nak balik KL pukul berapa pulak? Namun,
dalam berperang dengan rasa marahnya di dalam hati, isi ikan pari bakar yang
terletak di hadapannya dicubit sedikit sebelum dimasukkan ke dalam mulutnya.
Mmm ... sedap!
" Nak rasa sikit," kata Tengku Razlan cuba
bermanja. Zara menghentikan kunyahannya tiba-tiba. Wajah Tengku Razlan
dipandangnya sekejap sebelum menyambung semula kunyahannya.
" Jangan nak mengada-ngadalah Tengku. Tengku
sihatkan. Dan, Tengku ada tangankan! So ... kalau nak makan, suaplah sendiri."
" Tangan aku sakitlah. Penat pegang stereng
kereta," balas Tengku Razlan lagi
" Padanlah muka tu. Siapa suruh makan sampai kat
Penang ni!"
Tengku Razlan hanya mencebikkan bibirnya sedikit.
Perlahan-lahan dia menyudukan nasi ke dalam mulut. Keadaan sunyi sepi buat
beberapa ketika. Masing-masing melayan tekak masing-masing sebelum Zara
memulakan bicara.
" Tengku ... lepas ni kita balik KL yea. Janji
yea!"
" Mmm ... aku ada idea lagi bagus. Apa kata aku
hantar kau balik kampung kau jea terus. Kampung kau kat mana?" tanya
Tengku Razlan pula. Soalan Zara tadi tidak dijawabnya.
" Lupakan jealah hasrat murni Tengku tu," balas
Zara sambil mengunyah makanannya.
" Kenapa?"
" Pertama sekali Tengku kena tahu yang kampung saya
tu bukan hala sini. Nombor dua yang Tengku kena tahu ialah saya tak jadi balik
kampung malam ni. Ayah saya call pagi tadi cakap dia nak ke KL. Jadi, dia suruh
saya tunggu dia kat KL jea," jawab Zara.
" Macam tu ke? Ingatkan bolehlah aku
berkenal-kenalan dengan keluarga kau sambil menikmati suasana kampung,"
jawab Tengku Razlan sedikit kecewa.
" Mmm ... mungkin lain kali. Eerghh ... Tengku ...
lepas ni kita balik KL yea?" ulang Zara lagi. Takut sungguh dia jikalau
lelaki ini melencong ke mana-mana lagi.
" Iyalah. Takkan aku nak bawa kau kahwin lari kat
Thailand pulak. Ke ... itu yang kau harapkan tapi malu nak cakap kat aku?"
balas Tengku Razlan tersenyum nakal sambil keningnya dijongketkan sedikit. Seronok
dapat mengusik Zara.
Zara memandang geram wajah lelaki di hadapannya itu.
Tiada satu perkataan pun keluar dari mulutnya. Hanya sebuah jelingan tajam
dihadiahkan buat si teruna yang masih tersenyum nakal. Malas nak layan. Ikut
sedap mulut dia jea nak cakap apa-apa pun, kutuk Zara.
Selesai makan, dengan muka yang masam dan sungguh serius,
Zara terus berjalan laju mendahului Tengku Razlan ke arah kereta yang diparkir
di seberang jalan. Tengku Razlan hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan
kepalanya melihatkan telatah Zara yang padanya mencuit hatinya. Bukannya dia tak
faham. Itu petanda si dara yang dipuja di dalam diam itu sedang melakukan
protes dalam senyaplah. Hahaha ..., gelak Tengku Razlan di dalam hati.
Sebaik memasuki Audi TT yang berwarna merah itu, Tengku
Razlan terus memasang stesen radio kegemarannya. Manakala Zara pula buat-buat
sibuk membaca sesuatu di dalam telefonnya. Menggelak untuk berborak dengan
lelaki di sebelahnya sebenarnya. Semoga semua selamat dan cepat sampai ke KL,
Zara memanjatkan doa di dalam hatinya. Sesekali dia mengerling ke arah jam tangannya.
Tengku Razlan hanya memerhatikan sahaja segala kelakuan Zara dengan hujung
matanya saja.
Cuma apabila si DJ mengudarakan lagu " Jangan
Berhenti Mencintaiku", Zara tiba-tiba saja turut menyanyi sama. Selamba
saja dia 'berkaraoke'. Tengku Razlan hanya mendengar saja. Rasa-rasanya dia
pernah dengar lagu ini sebelum ini. Lama dia berfikir di mana sebelum dia
teringatkan peristiwa beberapa bulan yang lepas.
" Aku rasa macam aku pernah dengar seseorang
nyanyikan lagu ni untuk kau di Simfoni Bayu suatu ketika dulu," kata
Tengku Razlan sebaik sahaja lagu itu habis berkumandang. Zara menoleh ke arah
lelaki di sebelahnya. Dahinya berkerut sedikit.
" Kat Simfoni Bayu ke?" tanya Zara. Soalan
Tengku Razlan tidak dijawabnya.
" Haah. Kalau tak salah aku ada seorang lelaki ni
nyanyi lagu ni untuk kau. Cuma ... aku tak perasan sangatlah muka dia. Siapa
dia dengan kau Zara? Aku tengok kau bukan main mesra lagi dengan dia," tanya Tengku Razlan.
" Oh! Itulah tunang saya. Hail," jawabnya jujur
dan ceria sambil memandang ke arah lelaki yang sedang memandu disebelahnya. Lama
matanya mengamati wajah lelaki yang sedang memandu itu.
Inilah pertama kali dia berbuat sedemikian. Lelaki yang
bernama Tengku Razlan Tengku Azmi ini memang kacak sungguh orangnya. Lagi-lagi
jikalau lelaki itu mengukirkan senyuman mahalnya itu. Memang cairlah hati para
gadis. Bukannya dia tak sedar beberapa orang gadis di restoran tadi
mencuri-curi pandang wajah tampan lelaki di hadapannya ini. Tanpa sedarnya, bibir
mungilnya mengukir sebuah senyuman
sedang matanya masih lagi setia
mengamati wajah kacak anak majikannya.
Tengku Razlan tersenyum senang di dalam hati. Dia sedar
wajahnya sedang diamati gadis di sebelahnya. Dan, tanpa diduga oleh Zara,
Tengku Razlan menggalihkan pandangannya ke arah Zara. Mata mereka berdua
bertaut seketika sebelum Zara membuang pandang ke arah lain.
" Lama kau tenung muka aku. Mesti kau baru perasan
yang aku ni lebih kacak daripada tunang kau. Betul tak?" Tengku Razlan
memuji dirinya sendiri sambil memandang ke arah Zara di sebelahnya. Jelas
sekali gadis itu di dalam keadaan serba-salah kerana 'tertangkap' sewaktu
sedang asyik merenung wajahnya tadi.
" Errghh ... hah
... haah. Tengku memang bertuah sebab ditakdirkan lahir dengan pakej yang
hampir sempurna. Kacak, bijak dan kaya. Tengku patut bersyukur kepadaNya."
Lebar senyuman
Tengku Razlan sebaik mendengarkan pujian Zara kerana bukan mudah hendak mendengar
gadis itu memujinya. Mengutuk adalah!
" Mmm ... bukan senang aku nak dengar kau puji aku.
Kalau tak selalunya kerja kau asyik mengutuk aku jea. Mesti kat dalam hati kau
tu, kau tengah menyesalkan sekarang ni. Itulah ... siapa suruh kau cepat sangat
bertunang. Kalau tak ... boleh jadi girlfriend aku ke ... teman sehidup semati
aku ke," usik Tengku Razlan tersenyum nakal sambil mengenyitkan matanya
sedikit sengaja ingin melihat reaksi gadis itu.
" Eeii ... takde maknanya Tengku. Tak ingin saya
jadi girlfriend Tengku apatah lagi teman sehidup semati Tengku. Saya ni sekadar
memuji jea. Tak lebih dari itu tau. Tolong jangan nak salah faham yea. Saya sayang
tunang saya tau!," kata Zara tegas.
Tengku Razlan
hanya tersengih panjang mendengarkan kata-kata Zara tadi. Bukannya dia tak tahu
yang gadis itu ikhlas bila berkata mahupun mengata! Sengaja dia hendak menguji
sesetia mana gadis di sebelahnya dengan tunang yang jauh dari mata. Manalah
tahu kot-kot ada rezeki dia! Hahaha ... nampaknya dia masih lagi menaruh
harapan untuk memiliki bekas pembantu mamanya itu. Memang dia benar-benar
inginkan gadis yang bernama Zara ini sebagai suri hidupnya nampaknya.
" Untungnya tunang kau tu. Tapikan ... my Cik Zara
... awak tu baru bertunang jea tau. Belum pasti lagi yang tunang kesayangan
awak tu adalah tuan punya 'tulang rusuk kanan' awak tu. So ... secara
teknikalnya ... you are still single. Begitu juga dengan aku sebab mulut aku ni
belum melafazkan sebarang lafaz qabul lagi. Teknikalnya, aku pun masih single
and available. So, kalau-kalaulah kau nak cuba nasib kau ... well ... pintu
peluang tu masih terbuka luas lagi tau. Untuk kau jea tau aku bagi peluang ni.
Orang lain tak dapat peluang ni."
" Hahaha ... tak payahlah cuba-cuba untuk
mengacah-ngacah saya. Saya ni setia orangnya. Cinta saya satu jea tau! Bukan
macam Tengku tu. Cinta pakai buang!"
Tergelak besar Tengku Razlan mendengarkan kata-kata Zara
tadi.
" Hahaha ...
mana ada aku macam itu. Aku ni baik dan setia tau. Apa yang berlaku sebenarnya
bukanlah cinta aku ni cinta pakai buang, tetapi lebih kepada pencarian cinta
aku yang belum berakhir. "
" Iyalah tu. Habis Cik
Lisa tu apa?"
Lama Tengku Razlan terdiam. Kemuadian dia menarik
nafasnya panjang dan dalam sebelum kembali bersuara.
" Dia ... mmm ... dia mungkin jodoh yang telah dicipta
untuk aku olehNYA. "
" Tahu pun. Jadi, belajarlah untuk setia. "
" Mmm ... entahlah. Ni ... engkau ni entah-entah kat
mulut tu jea berkata-kata macam ustazah. Baik jea. Cakap tak berminat dengan
akulah. Entah-entah kat dalam hati tu lain. Lagipun dari cara kau pandang aku
tadi tu macam kau ada 'romance interest' jea kat aku ni," ujar Tengku
Razlan masih lagi ingin mengusik dan tidak ingin kalah kepada Zara.
" Hah! Romance interest apanya? Saya cuma pandang
jealah. Takkan itu pun salah kot. Kalau semua kata-kata saya Tengku nak putar
belitkan ... suka hati Tengkulah. Saya malas nak layan," balas Zara
sebelum mebuang pandang ke luar tingkap sambil mulutnya terkumat-kamit
seolah-olah berkata-kata sesuatu.
Tengku Razlan yang memerhatikan gelagat Zara dari hujung
matanya hanya tersenyum nipis sahaja. Itu mesti tengah mengumpat dialah tu.
Macamlah dia tak tahu. Keadaan di dalam kereta itu kembali sunyi sebelum Tengku
Razlan kembali bersuara.
" Ni ... sedari tadi aku tengok kau ni asyik
terkuap-kuap ... tersenguk-senguk macam kepala patung kucing yang orang letak
dalam kereta jea. Apa kata kau tidur jea. Jauh lagi ni. Lagi tiga jam baru kita
sampai KL. Itupun kalau takde apa-apa halangan."
Zara tidak menjawab. Sebaliknya dia hanya mendiamkan
dirinya saja. Ada hati nak suruh aku tidur. Boleh lupakan saja wahai ' Encik
Buaya Tembaga'. Bukan boleh percaya sangat kat spesis-spesis 'boya copper'
macam kau ni. Nanti entah apa-apa yang kau buat kat aku! Dahlah aku ni tidur
mati, kutuk Zara dalam diam.
Zara cuba sekuat hati menahan matanya dari tertutup. Kepalanya
terhengok-hengok macam kepala patung kucing yang orang letak di dalam kereta saja
lagaknya. Tapi ... akhirnya Zara kalah juga. Kalah dengan rasa ngantuknya.
Rapat matanya tertutup. Nampak lena sekali tidurnya.
Tengku Razlan hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja
melihatkan gelagat cinta hati rahsianya tidur. Segaris senyuman terukir di
bibir merahnya. Mimpi yang indah-indah my 'Sleeping Beauty', ujar Tengku Razlan
perlahan.
Wajah gadis disebelahnya dikerlingnya lagi. Padanya, Zara
memang istimewa dan berbeza sekali daripada gadis-gadis yang selalu
mengelilinginya selama ini. Selalunya dia yang akan dikejar si gadis. Tapi sekali
ini ... buat julung-julung kalinya dia pula yang kena mengejar dan menagih
cinta si gadis. Rupa-rupanya benar kata-kata
orang yang dia dengar selama ini. Memang penat dan makan hati bila 'mengejar' cinta orang. Apatah lagi bila
orang yang dikejar 'bolayan' kita. Sakit sungguh rasa di hati rupa-rupanya,
komen hati kecil Tengku Razlan.
Sebaik sahaja kereta yang dipandu Tengku Razlan memasuki
Kuala Lumpur, Zara terus tersedar daripada tidurnya. Seperti dikejutkan
seseorang.
" Kita dah nak sampai ke Tengku?"
" Mmm." Ringkas saja jawapan yang diberinya
lantaran cuba menyembunyikan rasa hati.
Sebaik tiba di kawasan parkir kereta Zara yang terletak
tidak begitu jauh daripada restoran makanan Padang itu, Tengku Razlan bersuara.
" Zara .."
" Iya Tengku ...," jawab Zara dengan nada ceria.
Senang hati kerana kini mereka telah sampai di KL. Hilang terus rasa cuak di
hatinya.
" Mana kau parkir kereta kau?"
" Kat depan tu jea, " jawab Zara sambil jari
telunjuknya menunjuk ke arah sebuah kereta. Tengku
Razlan segera menberhentikan keretanya di sebelah kereta tersebut.
" Tengku ...,"
" Mmm .... apa dia?" tanya Tengku Razlan
perlahan. Wajah gadis itu diamatinya seketika sebelum dia mengalihkan
pandangannya ke arah lain.
" Thanks sebab belanja makan tadi. Memang tomyam tu
sedap betul. Ikan bakar tu pun sama," puji Zara.
" Small matter jea tu. Kalau kau suka, lain kali aku
boleh bawa kau ke situ lagi. Just tell me. Nanti aku bawa kau ke sana lagi,"
balas Tengku Razlan tersenyum kecil.
Zara hanya tersenyum sedikit tanpa menjawab pertanyaan
anak majikannya. Ah! Senyuman itu, desis hati Tengku Razlan.
" Betul? " tanya Zara sebelum melangkah keluar
dari kereta sport itu.
" Betul. No problem. Untuk kau ... anytime pun boleh
Cik Sleeping Beauty," jawab Tengku Razlan sambil membalas senyuman gadis
itu.
" Hahaha .... macam-macamlah Tengku ni. Anyway, okaylah.
Hari pun dah malam. Saya minta diri dulu. Bye Tengku. Assalammualaikum," kata Zara
sebelum terus memasukki keretanya.
Baru saja enjin keretanya dihidupkan, cermin tingkap
keretanya diketuk perlahan. Zara segera menurunkan cermin keretanya.
" Kenapa Tengku?"
" Takde apa-apa. Cuma drive carefully."
" Oh! Thanks Tengku. You too. Assalamualaikum.
Bye," kata Zara sekali lagi sebelum memandu keretanya keluar dari situ.
Tengku Razlan segera masuk ke dalam keretanya. Tanpa
sedar Zara, Tengku Razlan mengekorinya dari belakang. Bukannya apa. Dia sekadar
ingin memastikan yang gadis kesayangannya itu selamat sampai di rumah. Lagipun,
dapatlah juga dia mengetahui di mana gadis itu tinggal.
Setelah beberapa ketika memandu, akhirnya BMW X6 itu
memasuki kawasan perumahan mewah Kiara Hill sebelum Zara menghentikan keretanya
di hadapan sebuah banglo putih yang tersergam indah dengan dikelilingi beberapa
pokok yang rendang. Sebaik sahaja pintu pagar automatik itu terbuka, BMW X6 itu
segera dipandu masuk. Tengku Razlan hanya memerhatikan sahaja dari dalam keretanya.
Hatinya mulai tertanya-tanya. Bermacam-macam soalan menerpa di dalam fikiran.
Baru Tengku Razlan hendak beredar dari situ, dua buah
lagi kereta tiba. Melihatkan jenis kereta yang baru tiba itu, dahinya berkerut
sedikit. Sebaik saja pintu pagar banglo itu dibuka, kedua-dua buah kereta mewah
itu terus dipandu ke perkarangan banglo itu. Lampu di luar banglo itu nampaknya
dinyalakan. Keadaan nampak terang berbanding tadi kelam. Empat orang lelaki
keluar dari kedua-dua kereta itu sebelum mengeluarkan beberapa buah bagasi.
Kelihatan Zara berjalan laju sambil mendepangkan
tangannya ke arah seorang lelaki sebelum memeluk erat lelaki itu. Gadis itu
nampak gembira sekali. Tengku Razlan menarik nafasnya panjang sebelum
menghelanya perlahan. Di dalam fikirannya berbagai-bagai andaian jahat mulai
meracun hatinya. Dia mengeluh sedikit. Akhirnya, setelah beberapa ketika
termenung, dia memandu keretanya dari situ. Rasa di hatinya ... jangan
cakaplah. Hanya tuhan saja yang tahu.
Ah! Tapi mungkin
itu adalah ayahnya. Dan, mungkin itu rumah keluarganya. Kan Zara dah cakap tadi
yang ayahnya akan ke KL, Tengku Razlan memujuk hatinya. Tapi ... jikalau itu
adalah ayah Zara, jadi siapakah mereka sebenarnya. Pasti bukan calang-calang
orang! Tapi ... jikalau Zara sekaya itu mengapa dia bekerja dengan mamanya!,desis
hatinya lagi.
" Daddy! Bila sampai? Kata lusa baru sampai,"
tanya Zara bertalu-talu sambil berjalan laju mendapatkan daddynya sebelum
memeluk sayang orang tuanya itu.
" Sebenarnya semalam lagi. Tapi ... kami semua ke
Langkawi. Ada urusan. Daddy saja jea tak beritahu Zara sebab nak surprisekan
anak daddy ni," jawab Sadikin Amir sambil memerhatikan anaknya yang sedang
menyalami abangnya yang juga merangkap Pak Long kepada Zara.
" As for me pula ... mmm ... I saja jea nak check
tengok tunang I ni nakal tak duduk jauh-jauh dari I. Sebab tu ... I setuju jea
dnegan idea Pak Usu," usik tunangnya Hail.
" Hah! Dengar tu Zara. Jaga-jaga sikit. Your future
hubby tu cemburu buta orangnya," sahut Emir Amir pula.
" Mana you pergi petang tadi?" tanya Hail
perlahan. Wajah tunang kesayangnnya itu dipandang sayang. Malangnya
pertanyaannya itu juga didengari abangnya sendiri.
" See ... see. I told you. He's jealous!" usik
bakal abang iparnya lagi. Semua di situ ketawa serentak.
" Cemburukan tanda sayang. Tanda kita ambil-berat.
Betul tak Pak Usu?" Hail membela dirinya sambil cuba meraih sokongan Pak
Usunya yang juga bakal bapa mertuanya.
" Betullah tu. Dah .. dah. Jom masuk dalam. Pak
Usu dan papa kamu ni dah mengantuk
sangat. Penat pun iya juga. Jom," kata Sadikin Amir sambil menepuk bahu
anak buahnya yang juga bakal menantunya itu.
Mereka semua menarik bagasi masing-masing masuk ke dalam
banglo itu. Hail sengaja membiarkan papanya, Pak Usunya dan abangnya masuk
dahulu. Sebaik mereka bertiga masuk ke dalam kediaman itu, Hail menarik lembut
tangan Zara, tunangnya.
" Honey ... you pergi mana tadi?"
" Feringhi ... makan-makan."
" Jauhnya. With who?"
" Tengku Razlan."
" Mmm ... jauhnya makan," nada suaranya mulai
berubah. Rasa cemburu mulai menjentik tangkai hatinya.
" Panjang ceritanya. Esok I cerita. Sayang ... you
know what ... I happy sangat tengok datang. Seronok tengok you ada kat sini. I
nak cuti puas-puas dengan you 'my sayang' ni sebelum start kerja dengan
daddy," kata Zara sambil mencuit hujung hidung tunangnya.
" Pandai pujuk nampak," kata Hail sambil
tersenyum senang.
" Mestilah. Jom. You mesti penatkan. Tidur
nyenyak-nyenyak, besok kita ramai-ramai boleh pergi jalan-jalan pusing-pusing
Malaya," kata Zara ketawa kecil. Hail memerhatikan saja tunang
kesayangannya dengan penuh kasih.
" Zara, I really love you honey. Jangan tinggalkan
I."
" I know sayang. I love you too. Jadi ... apa yang you
merepek ni. I tak pandang orang lainlah. You are my cinta, my sayang and my
kasih. Dahlah. You dah penat sangat ni. Tu yang merepek bukan-bukan. Nanti
daddy dan Pak Long fikir yang bukan-bukan pula kalau kita lama-lama kat luar
ni. Tak pasal-pasal pula kena marah pula nanti dengan daddy ," kata Zara
sambil menarik tangan tunangnya.
" Mmm ... Zara, apa kata kita cepatkan pernikahan
kita?"
" Maksudnya?"
" Maksudnya ... alang-alang semua orang pun ada kat
sini, apa kata kita nikah jea kat sini. Maksud I ... kita nikah kat sini. Majlis resepsi kita
buatlah kat sana macam yang kita dah rancang," kata Hail dengan pasti.
Lama Zara terdiam.
" Kenapa diam? My honey ni tak setuju ke? Takpelah
kalau tak setuju. I tahu semua ni cadangan gila. Tiba-tiba jea kan."
Zara tersenyum lebar mendengarkan kata-kata tunangnya
yang sarat dengan nada rajuk.
" Siapa kata kalau I diam tu tanda I tak
setuju," balas Zara sambil mengenyitkan matanya sedikit.
" So ... you
setuju?"
" Mmm ... I setuju. Benda yang baik buat apa lengah-lengah
dan susah-susahkan. Lagipun, senanglah sikit I sikit nak 'mengada-ngada' kalau
dah jadi isteri you kan!" kata Zara menyakat tunangnya.
" Ya Allah ...
terima kasih sayang sebab memudahkan segalanya. Terima kasih sayang.
Nanti kita bincang dengan Pak Usu dan
papa yea."
Zara tidak menjawab sebaliknya hanya menganggukkan kepalanya
sedikit sambil tersenyum manis. Semoga segala-galanya dipermudahkanNYA. Aamiin.
Suasana di restoran itu mulai dipenuhi dengan pelanggan. Maklumlah
sekarang ini memang waktu orang pejabat keluar rehat. Nasib baik Zara telah
menempah terlebih dahulu meja untuk mereka sekeluarga. Jadi, tidaklah mereka berhadapan
dengan masalah untuk mendapatkan tempat di situ walaupun datang pada waktu
puncak itu.
Sedang mereka semua menikmati makan tengah hari mereka,
tiba-tiba terdengar suara seseorang menegur dari arah belakangnya.
" Maaf ... ini Sadikin ke?" tanya suara itu
sopan.
Zara mengerutkan
dahinya sedikit. Bukan kerana soalan si penanya, tetapi kerana suara itu. Itu
macam suara Tan Sri Tengku Azmi. Betul ke yang dia dengar ni? What a small world.
Namun Zara tidak menoleh ke belakangnya. Hanya daddynya dan yang lain-lain saja
mengangkat kepala dan memandang ke arah tuan punya suara.
" Ya, saya. Saya Sadikin. Encik ni ... ergh ... ni Azmi
ke? " tanya Sadikin Amir teragak-agak.
" Ingat pun. Lamanya kita tak berjumpa," kata
Tan Sri Tengku Azmi gembira. Sadikin Amir terus berhenti makan. Dia seterusnya
bangun dan bersalam dengan sahabat lamanya itu. Jelas riak gembira di wajah
daddynya.
" Iyalah. Paling akhir kita jumpa masa majlis kahwin
kau dulu. Hahaha ... dah tua baru jumpa yea. Tak sangka boleh terjumpa kat sini
pula. Kau apa khabar?"
" Sihat. Bila kau balik sini? Atau, kau memang dah
balik ke sini terus?"
" Taklah. Aku rindu Malaya. So ... baliklah kejap.
Kenalkan ... ni abang aku, yang berdua ni anak buah aku dan yang itu satu-satunya
bunga kat meja makan ni ... itulah anak aku," Sadikin Amir memperkenalkan
semua yang berada di meja makan itu sambil mereka semua saling bersalaman
kecuali Zara yang hanya menganggukkan kepalanya sedikit tanda hormat. Tan Sri
Tengku Azmi mengecilkan matanya sedikit bila memandang ke arah Zara. Terkejut
sebenarnya!
" Zara? Zara ni anak kau?" tanya Tan Sri Tengku
Azmi sambil tersenyum memandang Zara.
Belum sempat Sadikin Amir menjawab pertanyaan sahabat
lamanya itu, terdengar suara seseorang berkata sesuatu kepada Tan Sri Tengku
Azmi.
" Awal papa sampai. Maafkan Raz terlambat sebab
meeting tadi lambat habis," terang lelaki yang baru sampai itu.
" Takpe Raz. Ada rahmatnya Raz lambat sampai. Kenalkan
kawan papa masa belajar dulu. Sadikin Amir ... satu-satunya businessman Melayu
yang paling berpengaruh di UK dan Eropah," Tan Sri Tengku memperkenalkan
anaknya dengan sahabat lamanya itu
" Saya Tengku Razlan. Nice meeting you uncle,"
kata Tengku Razlan sambil menghulurkan tangannya bersalaman dengan Sadikin Amir.
" Amboi! Azmi. Tak payahlah cakap macam tu. Malu
aku. Ini semua milik Allah swt. Aku
tolong urus dan jaga jea," balas Sadikin Amir.
" Ah! kau ni masih sama macam dulu. Sentiasa
merendah diri."
" Macam-macamlah kau Azmi. Ni ... Razlan, kenalkan
... ni abang uncle dan anak buah uncle Emir Amir dan Hail Amir."
Tengku Razlan terus bersalam dengan mereka bertiga. Cuma
tatkala bersalam dengan Emir Amir barulah dia teringat yang dia pernah terjumpa
lelaki ini dengan Zara suatu ketika dulu. Hatinya mula bergetar umpama dipalu
sesuatu.
" Dan yang kat asyik pandang pinggan jea tu, my only
daughter, Zara namanya. Dia lapar sangatlah tu sampai pandang pinggan macam nak
telan jea pinggan tu. Anak dara uncle tu bukan boleh lapar. Kalau anak uncle ni
lapar, silap-silap haribulan kita-kita ni semua dia 'ngap' jea. Macam mak
rimau!," sakat Sadikin Amir. Semua di situ ketawa mendengarkan usikan
Sadikin Amir.
Tengku Razlan tersenyum sedikit. Namun perubahan air mukanya
memang tidak dapat disorok sebaik
mendengarkan nama yang disebut oleh sahabat lama papanya itu. Matanya segera
memandang tepat ke wajah Zara. mata mereka bertembung lama sebelum Zara
menggalihkan pandangannya ke arah tunangnya yang nampaknya tidak senang dengan
adegan sebabak itu.
Tan Sri Tengku Azmi berdehem sambil menepuk bahu anak
tunggalnya lembut.
" Lawa anak dara kau, Sadiq. Tak lama lagi mesti ada
yang datang meminang," puji Tan Sri Tengku Azmi
" Hahaha ... mana ada lawanya. Manis tu ... adalah
kot. Aku ni bukan menunggu orang datang meminang dah, tapi esok my only
daughter ni nak nikah dah pun. Jemputlah datang ke Masjid Wilayah esok selepas
asar. Majlis simple jea. Buat yang wajib dulu. Resepsinya nanti buat sana.
Nanti aku bagi kau kadnya."
" Dapat orang mana? Orang sana ke, orang sini?"
tanya Tan Sri Tengku Azmi ingin tahu.
" Ini hah! Bakal menantu aku ada kat depan ni jea.
Budak dah suka. Kita ikutkan jealah," jawab Sadikin Amir sambil jari
telunjuknya menunjukkan ke arah Hail Amir.
" Tahniah!" kata Tengku Razlan kepada Hail
Amir. Namun begitu hujung matanya masih lagi sempat mencuri pandang ke arah
Zara. Tak sangka rupa-rupanya selama ini kau anak Sadikin Amir, getus Tengku
Razlan sendirian.
" Terima kasih. Jemputlah datang esok," pelawa
Zara sopan kepada Tan Sri Tengku Azmi dan Tengku Razlan.
" Insyaallah. Okaylah Sadiq. Aku jalan dulu. Esok
selepas majlis anak kau, bolehlah kita sembang lagi," kata Tan Sri Tengku Azmi
sambil bersalam dengan sahabatnya itu sebelum diikuti oleh Tengku Razlan pula.
Sebelum beredar dari situ, sempat lagi Tengku Razlan
mengerling sekilas ke arah Zara. Sekali ini hatinya bukan sekadar terasa sakit
sahaja, tetapi dirinya terasa seperti kehilangan sesuatu. Terasa kosong sekali!
Selesai makan, Sadikin berjalan beriringan dengan anak
tunggal kesayangannya itu. Wajah anaknya dipandang sekilas.
" Jadi ... itu ke Tengku yang buat anak daddy jadi
tarzan masa daddy call semalam yea?"
Zara tidak menjawab. Sebalik hanya sebuah senyuman hambar
dihadiahkan buat daddy kesayangannya itu.