BAB 3
Asyik sekali dia melayan mimpi indahnya sebelum terasa seperti
rintik-rintik air terpercik di wajahnya. Dia membuka matanya perlahan-lahan.
Dan sebaik-baik dia membuka matanya, dia terus dia terjerit-jerit sambil
menangis-nangis.
" Saya tak bersalah. Saya tak bersalah. Tolonglah
jangan tangkap saya. Kami tak buat apa-apa! Jangan paksa saya kahwin dengan
dia. Saya tak nak kahwin dengan dia. Saya cuma menjalankan tugas saya saja.
Lagipun, dia tak layak menjadi suami saya. No ... no ... I don't want to marry
him .... no .. no .. never. I don't want playboya copper to be my hubby...,"
jerit Zara seperti sedang histeria. Air mata jangan cakaplah. Dah menderu-deru
keluar dari matanya.
" Hei! Apa yang kau merepek ni? Histeria tak
pasal-pasal ni! Siap nangis-nangis lagi. Hei! Siapa yang tangkap kau ni? Mana
ada sesiapa suruh kau kahwin ... ," jerit Tengku Razlan pula sambil
matanya mencerlung memandang ke wajah si gadis. Garang sungguh wajahnya.
Sedangkan ... di dalam hati dia menahan rasa gelihati mendengarkan jeritan
histeria gadis itu. Aduhai! Drama queen betullah minah ni, kutuknya di dalam
hati lagi.
Zara mulai
berhenti menangis. Dia mula melihat keadaan di sekelilingnya. Kurang puas
dengan penglihatannya, matanya dibesar-besarkan lagi dan melihat ke
sekelilingnya sekali lagi. Sekali ini dia pasti dan yakin dengan penglihatannya
sendiri. Yang terdapat di situ hanyalah seorang gadis cantik sedang memandang ke
arahnya sambil tersenyum sambil pinggangnya dipeluk erat lelaki sengal poyo di
hadapannya ini. Baru dia sedar yang dia sebenarnya telah terlebih imaginasilah
pula tadi. Aduhai! Malunya.
" Eerrghh ... maafkan saya. Saya ingatkan ..." mohon
Zara sambil mengesat-ngesat air matanya. Hissh malunya. Makin seronoklah mamat
poyo ni mengenakan dia nanti.
" Kenapa? Kau ingat tadi pencegah maksiat datang
yea?" gelak si lelaki. Wajah polos Zara terus merona merah menahan malu.
" Sa ... sa .. saya minta maaf sekali lagi," pohon
Zara sambil memandang ke arah Tengku Razlan dan gadis cantik yang pinggangnya dipeluk
lelaki itu. Aduh! Malunya ... malunya ni. Mana nak letak muka ni, desis hati
Zara.
" Itulah. Lain kali tengok dulu. Bukannya pengsan
dulu. Dah bangun. Untuk pengetahuan kau wahai minah panik, yang datang tadi ni
perempuan. Kenalkan Lisa ... my beautiful girlfriend," terang Tengku
Razlan tersenyum. Gadis yang bernama Lisa itu masih tersenyum memandang ke
arahnya sambil memaut erat lengan sasa Tengku Razlan.
" Kalau macam tu .... eerghh ... alhamdullillah. Baguslah
Cik Lisa datang. Lega sikit hati saya.
Kalau tak ... mmm ... bahaya sebab macam-macam boleh terjadi. Ni ... hari pun
dah petang. Masa kerja saya pun dah habis. Puan Sri pun dah pesan tadi. Saya
boleh balik rumah saya terus dari sini. Dokumen yang encik cari tu .... ini pun
dia. Saya jumpa kat atas meja komputer tu. Nampaknya ... kerja saya pun dah
siap. Jadi, saya minta diri dululah," kata Zara pantas sambil ibu jarinya
menunjukkan ke arah meja kerja yang menempatkan komputer itu.
" Hi! perempuan ... tunggu sekejap. Aku nak tanya sesuatu
kat kau ni. Tadi kau kata apa? Bahaya dan macam-macam boleh jadi kalau kau
berdua jea dengan aku kat sini? Eh! Come onlah perempuan. Kau ni ingat aku
takde otak ke saja nak tempah maut berdua-duaan dengan kau kat sini! Aku pun takut
kena tangkap basah juga. Apatah lagi dengan kau yang nampak so ... so ... so
not my taste langsung untuk dijadikan
isteri walaupun percuma. Euyeww ... Buat malu aku jea tau kalau beristerikan
kau ni," kata Tengku Razlan selamba separuh mengejek.
Terkedu seketika Zara mendengarkan ejekan anak majikannya
itu. Geram sungguh dia mendengarkan kata-kata Tengku Razlan tadi. Dan,sekali
kali ini rasa malunya bertambah berkilo-kilo lagi sebab gadis yang bernama Lisa
itu juga turut mendengar kata-kata kutukan anak majikannya itu.
Namun baru saja dia hendak bersuara menjawab kata-kata
sombong anak majikannya tadi, telefon
bimbitnya yang terletak di dalam poket seluarnya berbunyi. Dia segera menjawab
panggilan tersebut. Sebaik menamatkan perbualannya dengan si pemanggil, matanya
terus memandang ke wajah kacak milik anak majikannya. Bajet bagus punya lelaki,
kutuk Zara di dalam hati sebelum bersuara.
" Tengku,
nampaknya kerja saya kat sini pun semuanya dah siap. Saya minta maaf pasal
kejadian tadi. Saya minta diri dulu yea. Sekarang ni pun dah pukul enam, jadi
saya nak balik rumahlah yea. Lagipun, Puan Sri dah pesan tadi yang saya boleh
balik terus balik ke rumah saya bila kerja saya kat sini selesai,"
terangnya sekali. Jam tangannya dilihatnya sekilas.
" Mmmm. Kau dah telefon teksi ke belum? Baik kau
telefon diorang dulu. Kat luar tu macam nak hujan lebat jea. Sini susah nak
dapat teksi ... atau kau nak aku hantar kau balik sebab aku dan Lisa pun memang
nak keluar ni," pelawa Tengku Razlan tapi ajak-ajak ayam jea sebenarnya. Lagipun,
dia pasti sangat perempuan itu pasti tidak mahu menerima pelawannya pun. Itu
yang dia berani pelawa tu sebenarnya!
Zara hanya tersenyum nipis mendengarkan pelawaan anak
majikannya itu. Macamlah dia tak tahu yang pelawaan tadi hanya ajak-ajak ayam
jea. Dia pun ada kuasa telepati juga tau.
" Takpe. Tadi ni kawan saya telefon. Kawan saya kata
nanti dia datang jemput saya. Rasanya kawan saya tu pun dah nak sampai dah
ni," terang Zara sambil berjalan keluar dari bilik itu sambil diikuti oleh
Tengku Razlan dan gadis yang bernama Lisa itu.
Sebaik saja Zara menutup pintu kondonya, Tengku Razlan
terus melangkah menuju ke balkoni. Lisa pula menghilangkan dirinya ke dapur.
Minum air agaknya.
Dari balkoni kondonya
yang terletak di tingkat tujuh itu, dia dapat melihat Zara sedang berjalan ke
arah pondok pengawal dan seterusnya ke arah sebuah BMW berwarna putih yang
telah tersedia menanti. Sebaik gadis itu memasukki kereta mewah itu, ia pun
meluncur laju beredar dari situ.
Terangkat sedikit kening Tengku Razlan. Dia
mengusap-ngusap dagunya yang berlekuk itu. Siapa yang menjemput gadis itu?
Kekasihnya ke? Eh! Yang aku sibuk-sibuk sampai nak tengok siapa kawan dia ni
kenapa? Suka hati dialah nak balik dengan siapa-siapa pun, Tengku Razlan
berkata di dalam hatinya sambil mengusap-ngusap dagunya yang berlekuk sedikit
itu.