Home Novel Cinta DIA CINTAKU
BAB 5

BAB 5

Hari ini hari Ahad. Suasana di restoran Simfoni Bayu itu mulai dipenuhi pelanggan. . Salah seorangnya, pastilah Zara, Ana dan sahabat-sahabat lamanya ketika belajar dulu. Dia bukannya ada ramai kawan di sini. Dia kenal Ana dan yang lain-lain ni pun semasa zaman-zaman belajar dulu. Walaupun berbeza kursus, tetapi hubungan antara mereka amat rapat. Terutamanya hubungannya dengan Ana.

" Zara, Ana ... kitorang keluar kejaplah. Nak merokok kejap. Lambat pulalah diorang ni sampai," kata Ayie sedikit merungut sambil diiyakan Aiman. Zara dan Ana mengerutkan dahi mereka sedikit.

" Lah! Tak berhenti merokok lagi korang berdua ni rupanya. Bukan awal tahun hari tu ... azam korang berdua ni nak berhenti merokok ke! Korang ... rokok tu tak baiklah untuk kesihatan," nasihat Zara sambil mengeleng-gelengkan kepalanya sedikit.

" Alah! Zara ... sebatang jea sehari. Bukannya sekotak pun. Lagipun, dah dua hari dah tak merokok. Rindulah kat Cik Nikotin ni," balas Aiman sambil membuat muka kasihan.

" Macam-macamlah alasan korang berdua. Malas dah nak cakap. Suka hati korang le," bising si Ana pula.

" Alah! Kalau apa-apa jadi kat kitorang pun, Zara kan ada. Betul tak Zara?" kata dua lelaki itu lagi sambil tersengih-sengih.

" Mmmm ..," jawab Zara sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Degil betul. Apalah yang sedap sangat sedut asap tu. Membazirkan duit dan membahayakan kesihatan jea, Zara berdialog sendirian di dalam hati kecilnya. Sudah penat dia menasihatkan kedua-dua sahabatnya itu. Tapi ... tak dengar juga. Iyalah. Bukannya mudah nak melentur buluhkan!

" Okaylah ... kita berdua ni keluar kejap yea kawan-kawan," kata Aiman dan Ayie serentak.

" Iyelah. Pergilah sedut asap tu banyak-banyak. Kalau tak cukup ... tu korang boleh sedut asap Kancil aku tu pulak!" kata Ana sinis. Ketawa besar dua orang lelaki itu sebelum beredar dari situ. Zara hanya tersenyum kecil saja melihatkan telatah kawan-kawannya itu.

Sebaik kelibat Aiman dan Ayie hilang dari pada pandangan mata mereka berdua, Ana terus memulakan bicaranya dengan Zara.

" Mmm ... Zara. Rasanya cuti kau pun dah nak habiskan. So ... macam mana? Dah buat keputusan ke belum?" tanya Ana sambil menyedut minumannya.

" Entahlah. Masih berfikirlah ni. Kau tahu kan aku lebih cenderung ke mana," jawab Zara sambil mengacau-ngacau minumannnya dengan penyedut minuman.

" Well ... tempat yang kau bekerja selama ini tu kan milik papa kau juga. So ... kau dengan papa kau masih boleh duduk berbincang."

" Masalahnya ... papa aku rasa dah sampai masanya aku ikut permintaan dia. Kau rasa boleh tak ... dan logik tak aku cadangkan kat papa aku yang aku akan bersetuju kalau papa aku benarkan aku berada sepenuh masa selama empat hari berada di tempat dia dan dua hari lagi di tempat aku kerja selama ini?"

" Entahlah. aku pun tak tahulah Zara. Doalah. Insyaallah papa kau akan setuju walaupun aku dapat rasakan yang dia mungkin agak keberatan. Tapi ... itulah ... kau doalah semoga Allah lembutkan hati dia. Hati manusia ni kan milikNYA. Hanya dia saja yang boleh melembutkan hati seseorang tu. Kita hanya mampu berdoa."

" Haahkan ... baik aku berdoa padaNYA agar hati papa aku dilembutkan sedikitkan. Aku ni bukan apa Ana. Aku suka dengan kerja aku selama ini. Pasal nanti aku akan jadi sibuk ... well, aku memang dah biasa sibuk. Aku tak rasa terbeban pun. Betul! Aku enjoy dengan kerja dan semua tanggungjawab yang terpikul kat bahu aku ni. Papa aku tu yang risau sangat."

Tersenyum Ana mendengarkan kata-kata sahabatnya itu. Dia memang kenal kawan dia yang satu ni. Rajin sangat bekerja. Mana ada orang yang hendak buat kerja part time masa cuti. Tetapi, itulah sahabatnya yang bernama Zara ini. Sahabatnya ini bukan sekadar comel tetapi juga genius orang. Orangnya baik, sederhana dan tidak berlagak atau sombong walaupun mempunyai banyak kelebihan. Kerana itulah, apabila dia mendapat tahu anak kepada majikan sahabatnya itu selalu membuli dan menghina sahabatnya ini, dia rasa macam nak bersemuka dan memberitahu pada lelaki yang bernama Tengku Razlan itu  siapa sahabatnya itu sebenarnya. Jangan suka-suka jea pandang rendah kat orang lain. Lamunannya terhenti tiba-tiba bila tangannya ditepuk lembut oleh seseorang.

" Eh! Kau tak nak kerja kat sana ke? Pasal kerja kau jangan risau. Aku akan uruskan," kata Zara.

" Ikut hati aku memanglah nak. Tapi, nanti kang .... ada juga ayah aku yang kau panggil Pak Mail tu mengamuk kalau dengar aku kata nak kerja kat sana. Jadi, takdelah Zara. Aku kat sini jealah. Lagipun, keluarga aku ada kat sini. Bukannya macam kau. Lainlah kalau boyfriend aku merangkap sepupu kau yang handsome tu nak pinang aku dan nikah dengan aku cepat-cepat. Adalah juga alasan aku hendak ke sana," jawab Ana sambil ketawa kecil.

" Hahaha ... kau ni macam-macamlah. Mmm ... nampaknya sunyilah aku nanti. Cuti pun dah nak habis. Life back to normal ... sunyi-sepi," kata Zara sedikit mengeluh. Tangannya terus mencapai gelas yang berisi jus epal asam boi dan disedutnya perlahan.

" Engkau sunyi? Aku tak percayalah! Jadual kerja kau tu .... berkali ganda lagi sibuk daripada aku tahu tak! Kalau call engkau, memanjang jea mesin yang angkat. Bukannya senang nak ajak kau lepak-lepak macam ni kalau kau dah balik sana nanti." Tergelak Zara mendengarkan rungutan sahabatnya itu.

" Apa nak buat Ana. Memang kerja aku tu macam tu. Kau janganlah kecil hati kalau aku lama menghilang sampai terlupa telefon kau. Kau kena ingat tau ... yang kau dan semua kawan-kawan kita ni selalu ada dalam ingatan dan hati aku. Cuma itulah. Aku selalu kesuntukan masa untuk benda-benda macam ni. Waktu aku cuti panjang macam ni barulah aku ada peluang nak bercampur orang."

" Aku tahu. Bukannya aku tak tahu! Tapi peliklah. Dah tahu kau ... minta cuti panjang untuk berehat sambil berfikir tentang permintaan papa kau, apa pasallah kau pergi minta kerja sementara pulak? Lepas tu, kau minta kerja yang entah apa-apa ntah. Kalau akulah ... baik aku pergi snorkeling ke .. bersantai di tepian pantai yang indah ke. Ini tidak. Kau pergi minta kerja sementara pula. Kerja tu pula langsung tak sesuai tau untuk kau. Kalau Pak Mail aku tu bapak kau, mesti dia dah kahwinkan jea kau tu!"

Tergelak Zara sebaik mendengarkan kata-kata sahabatnya itu. Dia tidak dapat membayangkan jikalau Pak Mail ayah Ana itu adalah ayahnya. Bukannya dia tak kenal dengan Pak Mail yang garang tu.

" Saja jea. Nak cuba benda baru. Lagipun, kalau cuti je dan tak buat kerja langsung ... mmm .... macam aku cakap tadilah ... boringlah. badan pun terasa 'lemau'. Aku kan dah biasa sibuk. Alah! No big deallah. Kerja biasa jea. Tak stress pun."

" Mmm ... aku tahu. Memang itulah kau. Tanya sepuluh kali pun memang itulah juga alasan yang kau akan berikan. Kau tu sebenarnya memang tak boleh duduk diam.Ni ... aku nak tanya sesuatu. Kau ada apa-apa ke dengan bakal adik ipar aku?" usik Ana sambil mengenyitkan matanya sedikit kepada Zara yang masih lagi bersisa gelaknya.

" Pandailah kau. Aku takde apa-apa pun dengan bakal adik ipar kau tu. Kau lupa ke aku dengan dia sepupu. Selain sebab kami ni bersaudara, aku rapat dengan dia sebab umur kami tak jauh beza sangat. Tapi... iyalah. Siapalah aku untuk memilih dan merancang dengan siapa aku nak kahwin. Kalau dah takdir .... memang dia jodoh yang dititipkan untuk aku daripadaNYA ... well siapalah aku untuk menolak!" jawab Zara sambil memandang sahabat baiknya itu.

" Kau ni memang pandai menjawabkan. Iyalah ... betullah apa yang kau cakap tu. Sebagai kawan baik kau, aku cuma mampu doakan semoga kau ditemukan dengan orang yang baik sebagai jodoh kau."

" Amin ... semoga masinlah mulut kau tu," balas Zara sambil menepuk lembut bahu sahabat baiknya.

Pada masa yang sama, kelihatan Ayie dan Aiman sedang berjalan menuju ke arah meja mereka sambil ditemani teman wanita masing-masing yang juga baru sampai. Sementara di belakang kedua-dua pasangan kekasih itu pula kelihatan dua orang lelaki kacak yang dari jauh lagi telah melambai-lambaikan tangannya ke arah Zara dan Ana. Di bahu salah seorang daripada dua orang lelaki kacak itu, tersandang kemas beg gitarnya sementara yang seorang lagi pula membawa sebuak kotak empat segi bersaiz sederhana dan berikat dengan riben merah. Zara mengerutkan dahinya sedikit tanda pelik sebelum memandang tepat ke wajah sahabat baiknya Ana.

" Macam mana abang-abang sepupu aku pun boleh ada kat sini?"

" Hehehe ... aku yang jemput. Kebetulan diorang ada kat sini. So ... aku ajaklah diorang join sekali. Sorrylah terlupa nak bagitahu kau. Diorang tak cakap ke diaorang ada di sini kat engkau?"

" Tak pulak ... mmm ... tapi takpelah. Bagus juga dapat berkumpul ramai-ramai ni. The more, the merrier and ...," belum sempat Zara menghabiskan kata-katanya Ana telah memotong terlebih dahulu.

" ... the more orang we can ketuk to belanja us ... hahaha... tak gitu Zara," sambung sambil tergelak-gelak. Begitu juga dengan Zara.

" Yup ... you are one hundred percent right," balas Zara. Cuma kali ini gelak mereka lebih kuat sedikit. Kawan-kawan mereka yang mulai menghampiri meja yang diduduki Zara dan Ana hanya menggeleng-gelengkan kepala sahaja mendengarkan gelak tawa dua orang sahabat baik itu.

" Hai! Abang. Siap bawa gitar lagi ni kenapa?" tanya Zara smbil tersenyum manis.

" Dah agak dah. Mesti dia lupalah. It's your birthdaylah today. Itulah ... sibuk sangat dengan kerja!" jawab kawan-kawannya dab sepupunya serentak. Zara terpegun. Atau, lebih tepat lagi terharu.

" Happy Birthday Zara," ucap salah salah seorang sepupunya sambil mencium umbun-umbun kepala Zara. Mungkin kerana terlalu terharu, air mata gembira mengalir perlahan di pipinya.

Sementara itu, pada masa yang sama juga tetapi di sudut yang lain pula Tengku Razlan dan pasangannya baru saja melabuhkan punggung mereka di kerusi masing-masing. Bunyi bising dari arah meja Zara dan rakan-rakannya telah menarik perhatian para pelanggan restoran itu dan tidak ketinggalan juga Tengku Razlan dan pasangannya. Namun, dia hanya memandang sekilas saja.

" Eh! Ramailah pulak orang hari ni," rungut Lisa sambil matanya melihat-lihat keadaan di dalam restoran itu. Sebuah kerusi ditariknya. Tengku Razlan hanya tersenyum saja mendengarkan rungutan Lisa.

" Biasalah. Hujung minggu," jawab Tengku Razlan sambil tangan kanannya diangkat tinggi sebelum dilambai pada seorang pelayan lelaki restoran itu. Pelayan itu terus datang menghampiri mereka untu mengambil pesanan.

" Bagi saya satu nasi goreng cendawan dan jus oren satu. Lisa, you nak order apa?" tanya Tengku Razlan.

" Bagi saya nasi goreng Cina dan satu jus tembikai." Pelayan lelaki itu menulis pesanan mereka berdua sebelum berlalu dari situ.

" Raz , lama dah you tak bawa I pergi cuti-cuti. Apa kata kita ke Sipadan Island. Lama tak snorkellingkan!" ajak Lisa sambil mengusap-ngusap lembut tangan lelaki di sebelahnya. Sengaja di berbuat sedemikian kerana matanya dapat melihat perempuan-perempuan yang terdapat di situ asyik mencuri-curi pandang ke arah lelaki disebelahnya.

Memang itulah yang berlaku setiap kali dia keluar dengan lelaki yang bernama Tengku Razlan Tan Sri Tengku Azmi. Ada saja mata-mata yang mencuri-curi pandang cuba menarik perhatian si teruna. Iyalah. Siapa tak kenal dengan Tengku Razlan yang popular dan menjadi igauan ramai dara seMalaya ni. Bukan saja kacak,bergaya dan kaya, tetapi juga bijak dan mahir menguruskan perniagaan dan kewangannya. Jikalau tidak, takkanlah muda lagi sudah bergelar jutawan.

" Sorrylah sayang. I sibuk sekarang ni. Nanti kita pergi yea bila kerja-kerja I tu siap," lembut suara Tengku Razlan memujuk gadis di hadapannya. Lisa menganggukkan kepalanya perlahan dengan senyuman manis terhias di bibirnya yang beroles lipstik berwarna merah jambu cair.

Tahun ini genap dua tahun mereka bersama. Namun begitu, gadis itu bukanlah seorang yang istimewa di hatinya kerana pada masa yang sama dia juga menjalinkan hubungan dengan beberapa gadis lain juga. Dan, dia juga yakin yang gadis di hadapannya ini juga menyedari perkara tersebut.

Mungkin kerana dari awal-awal lagi dia telah mengingatkan Lisa dan gadis-gadis yang didampinginya yang dia tidak mahu sebarang komitmen dengan mereka. Dia bukannya hati kering. Tetapi, dia sedar kenapa dirinya menjadi buruan gadis-gadis itu. Pastinya kerana not-not ringgit yang ada di dalam poketnya. Dia bukannya bodoh!

Selepas beberapa ketika menunggu, akhirnya makanan dan minuman yang dipesan mereka tadi pun tiba. Terus tangan kanannya mencapai gelas berisi jus oren di hadapannya sambil matanya melilau melihat keadaan di sekeliling restoran itu.

Satu hal yang menyebabkan dia suka sangat makan di sini ialah kerana di sini sesiapa yang ingin berkaraoke atau bermain muzik, mereka dibenarkan berbuat demikian. Ini kerana pihak restoran ini memang ada menyediakan set karaoke di sudut kanan restoran itu dan ianya percuma. Sesiapa saja boleh menggunakannya. Ada yang muda, veteran dan kanak-kanak yang menyanyi. Seronok juga bila sesekali mendengar amatur menyanyi walaupun ada juga yang begitu sumbang suaranya. Tapi ... tak kisahlah. Pelanggan yang datang ke situ semuanya sporting. Mereka semua hanya hendak bergembira sambil bersantai dengan sahabat mahupun keluarga dan menikmati hidangan yang memang pesan.

Nasi goreng cendawan di hadapannya disudukan sedikit sebelum disuakan ke dalam mulutnya. Asyik sungguh dia menikmati nasi goreng itu sebelum tiba-tiba pahanya ditepuk perlahan oleh Lisa. Dia memalingkan wajahnya ke arah gadis di sebelahnya.

" Kenapa Lis?" tanyanya lembut sambil tersenyum manis pada gadis itu.

" Eh! Yang kat meja depan tu ... bukan ke budak perempuan yang kerja dengan mama you tu? Mmmm ... yang tolong carikan dokumen dan packingkan baju you tempoh hari kat kondo you tu kan?" Jari telunjuk Lisa terus menunjukkan ke arah sebuah meja yang terletak tidak berapa jauh dari meja mereka.

Tengku Razlan terus mengarahkan pandangan matanya ke arah sekumpulan gadis dan lelaki. Matanya yang redup itu terus menangkap kelibat gadis yang dimaksudkan Lisa. Nampaknya gadis itu sedang berbual dengan seorang lelaki kacak yang di sebelahnya. Bukan main mesra lagi. Siap berbisik-bisik lagi sebelum lelaki kacak itu menuju ke depan sambil sebelah tangannya lagi memegang gitar.

" Eh! Boyfriend dia ke hah? Handsome yeak! Tak sangka betulkan. Budak kampung macam tu, tinggi juga taste dia. Nak yang ada muka iras-iras mat saleh jea," komen Lisa sambil menyedut minumannya sedangkan matanya masih lagi tersrah ke arah Zara dan rakan-rakannya.

" Mmmm."

Ringkas saja jawapan yang keluar dari mulut Tengku Razlan. Malas sebenarnya hendak menjawab. Namun, matanya juga seperti Lisa masih lagi terarah pada pasangan yang nampak begitu mesra itu. Dan, yang pasti bukan sebarangan orang yang menjadi pilihan hatinya. Patutlah terjerit-jerit kata tak nak kawin dengan akulah ... aku tak setaraf dengan dialah semasa pengsan di kondonya beberapa bulan lepas ... rupa-rupanya selera minah perasan ni tinggi ... nak yang ada iras-iras mat saleh jea jadi calon suami dia. Kiranya dia ni memang bercitarasa tinggilah yea. Terus Tengku Razlan teringat perbualan antara bekas setiausahananya Kak Hani dengan gadis itu beberapa bulan lepas di kafetaria di TR Holdings beberapa bulan lepas.

" Alamak! That guy nak nyanyilah. Bawa gitar sekali tu. Siap bagi flying kiss lagi. Aduhai ... romantiknya," puji Lisa sambil menjeling manja pada lelaki di sebelahnya.

Sengaja hendak melihat reaksi lelaki di sebelahnya. Bukannya dia tidak tahu di mana kedudukannya di dalam hati lelaki itu. Cuma dia masih tidak mahu berputus asa merebut cinta lelaki ini. Ramai yang mencuba, tapi ... setakat ini tiada siapa yang berjaya. Tak tahulah siapakah gerangannya gadis yang bertuah yang dapat mengoyang hati lelaki itu yang kebal pada panahan cinta ni.

" Alah! Budak lelaki tu mengada-ngada jea. Mesti buaya tu! Dah biasa buat kerja mengayat-ngayat perempuan ni. Tengok muka pun tahu," komen Tengku Razlan tiba-tiba sambil mendengus kecil. Namun begitu matanya masih lagi tertancap pada pembantu peribadi mamanya.

" Haah yea. Macam you juga kan. Elok sangatlah tu! Satu species. Satu kelab. Macam orang tua-tua cakap ... 'hanya jauhari mengenal manikam'."

" Hah! Apa you kata?" dengus Tengku Razlan sambil memandang tepat ke wajah gadis di sebelahnya. Amboi! Sempat lagi tu mengenakan aku yea!, kutuk Tengku Razlan di dalam hatinya.

" Eh! Takde apa-apa. Sudahlah. I nak dengar dia nyanyi tu. Orang handsome macam tu selalunya suara dia pun mesti mampu mencairkan hati semua perempuan." Mencebik Tengku Razlan mendengarkan kata-kata Lisa. Bengang kerana terasa dirinya seperti diperlekehkan.

Beberapa orang pelanggan yang lain juga telah mula melihat ke arah lelaki kacak itu. Lelaki kacak yang memegang gitar itu mula mencapai mikrofon yang memang tersedia di ruang karaoke itu.

" Hai semua! Sorry ... but mmm ... I'm gonna sing a song as requested by someone who's so dear to me as her birthday present ... and this song is for you babe!" kata lelaki itu, mengenyitkan matanya sedikit ke arah Zara sebelum mula memetik gitarnya. Terdengar bunyi tepukan dan siulan daripada beberapa orang pelanggan.

Terus kedengaran petikan gitar lagu "Jangan Berhenti Mencintaiku" berkumandang di restoran itu. Sesekali si lelaki akan memandang ke arah Zara yang sedang duduk tersenyum di sebuah meja. Tanpa dirancang ... Zara bangun sambil menepuk tangannya dan melayangkan 'flying kiss' buat si lelaki. Bulat mata Tengku Razlan melihatkan perbuatan Zara itu. Amboi! Notti jin juga perempuan ni, kutuk Tengku Razlan di dalam hatinya.

Bunyi siulan nakal para pelanggan restoran itu telah menyedarkan Tengku Razlan dari terus hanyut di dalam lamunannya. Dia merengus perlahan. Matanya mengerling sedikit ke arah Lisa. Nampaknya gadis itu begitu leka memerhatikan lelaki kacak itu. Terus dia berdehem sedikit. Lisa berpaling ke arahnya sambil mengangkatkan kening yang terukir cantik itu.

" What?" tanya Lisa pendek.

" Cepatlah makan. I nak balik dah ni. Ada hal," gesa Tengku Razlan sambil menyedut jus orennya sementara badannya disandarkan ke belakang kerusi.

Namun matanya masih lagi melirik ke arah Zara dan lelaki yang sedang menyanyi itu sehingga lelaki itu habis menyanyi dan restoran itu bingit seketika dengan bunyi tepukan tangan dan siulan nakal para pelanggan. Tak tahu kenapa tetapi, dadanya terasa sakit tiba-tiba apabila dia melihat lelaki ala-ala muka mat saleh itu mengambil tangan pekerja kesayangan mamanya itu sebelum mengucupnya. Tak tahu kenapa, tapi hatinya terasa kurang senang dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi.

Pantas dia meletakkan minumannya. Tangannya terus dilambaikan ke arah seorang pelayan meminta bil. Sebaik baki bayaran dipulangkan, dia terus berbisik di telinga Lisa yang nampaknya masih lagi leka melihatkan gelagat pasangan kekasih tadi.

" You nak tinggal sini ke atau nak ikut I balik? I nak balik dah ni. Mata I sakitlah."

" Eh! Nak balik dah ke? Tapi ... I belum habis makan lagilah. Lagipun, I tengok mata you okay jea. Takkan masuk habuk kot? Mana ada habuk kat sini."

" Banyak tanyalah you ni! Kalau macam tu ... you balik naik teksi jealah yea. I ada hal ni."

" Hah! Apa pulak! Iyalah. Kalau macam tu .. tak pelah. I ikut you baliklah," kata Lisa sedikit kecewa. Kenapalah lelaki kat sebelah dia ni tak seromantik kekasih minah kampung tu, rungut Lisa di dalam hatinya.

" Seronok sangat ke dengar lelaki tu nyanyi sampai lupa nak makan?" sindir Tengku Razlan sambil melangkah laju ke keretanya.

" Tak! Bukan macam tu. Cuma ... mmm.... he's so romantik. You nampak tak tadi. Dia nyanyi dengan penuh rasa cinta. Bestnya. kalau lelaki handsome tu boyfriend I .... mmmm .... I akan jaga dia elok-elok dan belai-belai dia macam anak kucing Parsi I!," kata Lisa sambil tersenyum penuh makna. Mencebik Tengku Razlan mendengarkan kata-kata Lisa.

Tanpa mengeluarkan sepatah kata pun, terus dia membuka pintu keretanya dan masuk duduk di tempat pemandu sementara Lisa pula duduk disebelahnya. Laju saja pedal kereta itu ditekannya meninggalkan perkarangan restoran Simfoni Bayu. Malas dia hendak berlama-lama di situ!


Previous: BAB 4
Next: BAB 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma