BAB
23JOHAN memanjang
leher di celah kelibat orang ramai. Liar matanya mencari seseorang di kawasan
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Dia
tersenyum lebar tatkala terpandang seseorang dari jauh telah melambai tangan ke
arahnya.Laju kakinya mendapatkan orang yang sejak tadi dinanti ketibaannya.
“Johan!”
jerit Julia ceria lalu tubuh tegap itu dipeluk erat.
Johan
pantas merenggangkan pelukan mereka. Kurang selesa dengan tabiat gadis itu
berbuat begitu setiap kali mereka bersua.
“Assalamualakum
Julie,” sapa Johan penuh mesra lalu mencapai bagasi gadis itu.
“Waalaikumussalam,”
sambut Julia sambil tersengih kecil.
“Dah
lama kau tunggu?” soal Julia.
“Rasanya
dah nak reput badan aku ni tunggu kau sampai,” seloroh Johan.
“Kau
ni Han, ada-ada ajelah,” balas Julia lalu tertawa kecil.
“Dia
orang yang lain mana? Tak datang jemput aku ke?” tanya Julia sambil matanya
meliar ke sekeliling lapangan terbang yang sentiasa sibuk tanpa mengira
waktu itu.
“Apa
kau fikir kau tu artis antarabangsa ke nak dijemput ramai orang?” usik Johan.
Dia
terjerit kecil tatkala cubitan gadis itu hinggap di lengannya. Dia tertawa.
“Kau
ni, saja nak kenakan aku kan? Maksud aku mak, ayah dan adik-beradik kau yang
lain tu tak datang jemput aku ke?” ujar Julia, pura-pura marah.
“Dia
orang sibuklah Jue, mana ada masa nak jemput kau. Patutnya kau bersyukur aku
datang jemput kau tau. Kalau tak, kau datanglah sendiri ke rumah aku tu,” balas
Johan lalu mula menapak dari situ.
“Yalah,
aku faham. Orang businesslah katakan, sibuk memanjang,” balas Julia.
Tangannya
terus dilingkar ke lengan Johan lalu turut melangkah meninggalkan tempat itu.
Johan
hanya membiarkan perlakuan Julia walaupun tidak senang dengan keadaan itu.
Mengerti dengan sikap Julia yang begitu terbuka pergaulannya.
“Jomlah
cepat kita balik. Tak sabar rasanya nak jumpa family kau,” ujar Julia
lagi.
Dia
segera mengheret Johan agar menapak lebih laju.
Johan
hanya menggeleng lalu mengikut saja tingkah laku gadis itu.
“ZAM, minggu
depan kau temankan aku ke Kuala Lumpur ya? Ada pesta buku kat PWTC nanti. Boleh
ya Zam?” pinta Farah sambil memandang Faizam di sisi.
Kedua-duanya
berada di bawah sepohon pokok di kawasan universiti pagi itu.
“Kenapa
tak ajak aje Irwan pergi? Malaslah aku nak balik sana.”
“Ala,
kan aku dah beritahu kau yang dia dan kakak aku nak balik kampung nanti.
Ada hal yang dia orang perlu selesaikan. Kau temankan aku ya?”
“Kita
berdua aje ke?” soal Faizam dari balik surat khabar.
“Habis
tu, kau nak aku ajak siapa lagi? Dia orang yang lain mestilah tak nak pergi
sebab nak study untuk peperiksaan pertengahan semester nanti,” balas
Farah cepat-cepat.
“Ada
jugak aku ajak Balkis pergi tapi awal-awal lagi dia dah tolak,” sambung Farah
sambil mengerling sekilas sahabatnya.
Faizam
pula hanya memberi reaksi selamba. Seakan-akan tidak terkutik dengan kata-kata
itu.
“Nanti
kita tidur kat rumah Kak Ngah. Dia selalu tanya aku bila nak ke rumah dia. Kau
pun dah lama tak jumpa dia kan,” ujar Faizam setelah seketika diam sambil
melipat semula surat khabar.
Farah
mengangguk setuju. Teringat Fatin Fatanah, kakak kandung Faizam. Sejak dari
kecil hubungan Farah dengan wanita itu rapat dan mesra. Begitu juga hubungannya
dengan abang sulung Faizam, Firdaus Faiziman. Walaupun jarang bersua namun
kedua-duanya sering menghubungi Farah ketika ada kelapangan waktu.
Hanya
kedua-dua orang tua Faizam tidak pernah ditemuinya. Kesibukan mereka menjalani
kehidupan membuatkan Farah dan kedua-duanya tidak pernah berpeluang bersua
muka. Jika ada hanyalah ketika dia bergelar kanak-kanak iaitu di waktu Haji Fakhrulrazi
dan Hajah Naemah masih menetap di Pahang beberapa puluh tahun lalu.
Hanya
kisah mereka berada dalam pengetahuannya. Itu pun tidak sebanyak mana lantaran
Faizam jarang membuka mulut tentang orang tuanya.
“Farah,
boleh aku tanya sesuatu?”
Soalan
Faizam membunuh khayalan Farah.
“Kau
nak tanya apa?” soal Farah dengan matanya tertancap di wajah anak muda
itu.
“Kenapa
Balkis dingin sangat dengan aku? Dah lebih setahun aku cuba rapat dengan dia.
Jangan kata nak berbual, bagi respon pun tak,” keluh Faizam sayu.
Farah
pula sudah menghembus nafas perlahan.
“Kau
kena faham Zam. Balkis bukannya seperti budak perempuan lain yang senang-senang
aje kau dapat tackle. Dia tu lain sikit. Kau sendiri pun tahu kan macam
mana keadaan hidup dia selama ni.”
“Tu
aku tahulah tapi at least senyumlah sikit kalau terjumpa aku. Ini
tak, dua puluh empat jam, masam aje muka dia tu. Apa dia tak rasa boring ke
buat muka masam macam tu selalu?” rungut Faizam.
“Alah,
masam-masam muka dia tu pun kau gilakan dia jugak.”
Faizam
tersengih namun hanya seketika.
“Aku
bukan apa Farah, aku nak berkawan dengan dia. Kalau ada jodoh, rezeki akulah
dapat dia jadi isteri aku. Tapi tulah. Macam mana kami nak berkawan kalau dia
buat perangai macam tu,” luah Faizam lemah bercampur kesal.
“Entahlah
Zam, aku pun tak tahu nak cakap apa. Nak kata dia benci kau, tak ada rasanya.
Kalau kita orang cakap pasal kau, ada jugak dia pasang telinga dengar. Tapi
bila aku cakap aje yang kau suka kat dia, dia buat bodoh aje. Macam mana tu?”
Farah
turut pelik dengan sikap Balkis. Sikap yang sehingga kini tidak dimengertikan
sesiapa termasuklah dirinya, sahabat baik gadis itu.
“Entah-entah
Balkis dah ada teman lelaki tak? Sebab tu dia buat tak tahu aje.”
Faizam
membuat andaian. Sedikit sayu andai tekaannya mengena sasaran.
“Hisy,
aku tak fikirlah Balkis ada teman lelaki. Jangan kata teman lelaki, kawan
lelaki pun dia tak ada,” sangkal Farah cepat-cepat.
Lebih
enam tahun mengenali gadis itu menyakinkan Farah dengan telahannya.
“Mana
tahu dia tak beritahu kau pasal teman lelaki dia tu.”
Faizam
masih cuba mengorek rahsia berkenaan gadis impian.
“Tak
adalah. Aku tak fikir apa yang kau cakap tu betul. Aku dah lama kenal Balkis.
Aku tahulah dia luar dalam,” ujar Farah, tidak setuju dengan andaian itu.
“Tu
kata kau. Kita tak tahu pulak apa yang ada dalam hati dia,” sanggah Faizam.
“Kalau
betullah Balkis dah ada teman lelaki, apa kau nak buat?” tanya Farah setelah
diam beberapa ketika.
“Kalau
betullah Balkis dah ada teman lelaki, rasanya aku takkan jatuh cinta lagi pada
sesiapa pun Farah,” jawab Faizam lemah.
Seakan-akan
telah menerima ketentuan itu bulat-bulat walaupun hanya andaian mereka
semata-mata.
“Kenapa
pulak kau cakap macam tu?” soal Farah sambil menatap wajah yang telah berubah
air mukanya menjadi sugul.
“Macam
mana aku nak jatuh cinta lagi Farah sedangkan ruang hati aku dah penuh dengan
cinta untuk dia? Dulu pun aku pernah jatuh cinta dengan Surina tapi aku boleh
terima bila dia tinggalkan aku tanpa aku sendiri tahu sebabnya. Tapi bukan
Balkis, Farah. Aku tak boleh lupakan dia kalau betul dia bukan untuk aku.”
Faizam
memejamkan matanya rapat-rapat. Cuba menghindar rasa sebak yang entah mengapa
menyelubungi hati ketika ini.
“Mahu
tak mahu, kau kena terima Zam. Kalau benarlah dia bukan untuk kau, kau tak
boleh seksa hidup kau hanya semata-mata kerana dia. Kau perlu terima orang lain
jugak dalam hidup kau nanti,” balas Farah lembut.
Mengerti
dengan rasa hati Faizam ketika ini. Hakikatnya dia turut merasa kesakitannya.
Sejak dia tahu Faizam mencintai Balkis, dia tidak pernah putus berdoa agar
kedua-dua sahabat kesayangannya itu bertemu jodoh. Dia ingin melihat mereka
bahagia bersama hingga ke akhir hayat. Namun andai takdir sebaliknya, dia perlu
pasrah menerima kerana dia sedar setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.
“Kalaulah
aku boleh buat macam tu, dari dulu lagi aku dah buat. Malah sampai sekarang aku
masih buka pintu hati aku untuk mana-mana perempuan. Tapi sayang hanya dia yang
dapat menembusi hati aku ni. Jadi macam mana aku nak lupakan dia kalau sekarang
ni pun aku dah tak berdaya terima orang lain?” balas Faizam sayu.
“Kau
kena cuba Zam. Kau tak boleh terlalu ikut kata hati kau. Kalau betul Balkis
untuk kau, Insya-ALLAH dia pasti akan jadi milik kau jugak nanti. Tapi kalau
sebaliknya, aku yakin kau pasti akan dapat yang lebih baik dari dia.
Percayalah,” pujuk Farah lembut.
Memberi
perangsang buat sahabat yang begitu disayangi.
Faizam
kembali membuka mata lalu tersenyum kecil.
“Kau
yakin Balkis dan aku akan bertemu jodoh nanti?” soal Faizam.
Dia
merenung sejenak wajah gadis itu. Memohon kepastian.
“Insya-ALLAH,
kalau betul cinta kau cinta sejati,” jawab Farah sambil mengangguk penuh yakin.
Jawapan
Farah membuahkan senyuman lebar di bibir Faizam. Lalu hatinya kembali tenang.
Diam-diam dia turut berdoa agar kata-kata itu menjadi kenyataan suatu ketika
nanti.
http://karya-azraaryriesa.blogspot.com/2013/10/bab-23-ketika-hati-bercinta.html