BAB
36“SAYA betul-betul
minta maaf Julie, maaf sangat-sangat. Awak tahu ajelah Faizam tu. Cepat tangan
daripada mulut. Suka hati dia aje nak lepas baran dia tu kat siapa-siapa pun
tapi sebenarnya hati dia baik,” ucap Farah, tidak jemu meminta maaf.
“Saya
harap awak tak ambil hati dengan kata-katanya. Faizam tu memang macam tu
orangnya. Mulut dia tu memang laser betul. Tak pernah fikir dulu sebelum nak
cakap apa-apa,” ujar Farah lagi.
Rasa
bersalahnya makin berbukit tatkala terpandang kesan tamparan Faizam di pipi
Julia. Biru walaupun tidak selebam mana.
“Tak
payahlah minta maaf Farah. Bukannya salah awak. Faizam pun tak salah. Dalam hal
ni, saya yang bersalah sebenarnya sebab hina dia. Kalau saya kat tempat dia pun
mungkin saya jugak akan buat perkara sama,” balas Julia sambil tersenyum
sedikit.
“Saya
harap awak tak kecil hati dengan Faizam. Walaupun saya tak tahu apa yang dia
dah kata tapi anggap ajelah semua tu hanya teguran dari seorang kawan yang tak
tahu apa-apa pasal awak. Dia cakap macam tu sebab dia tak kenal
awak sepenuhnya. Suka hati dia aje nak kata apa-apa pun,” ujar Farah,
menyalahkan Faizam.
Sikap
panas baran Faizam cukup difahaminya namun dia juga sedar. Faizam tidak akan
bertindak keterlaluan andai tidak diusik terlebih dulu. Namun Faizam mudah
sejuk dan tidak malu meminta maaf andai dia bersalah.
“Saya
faham Farah. Tak payahlah awak risau. Tak adanya saya kecil hati. Apa pun
terima kasih kerana sudi beri saya nota-nota ni. At least saya
boleh catch up apa-apa subjek yang tertinggal,” balas Julia ceria
seperti ketika Farah tiba tadi.
“Faizam
yang ambilkan nota-nota tu untuk awak. Saya cuma tolong hantar aje. Yalah,
orang dah buat salah. Malulah nak datang sendiri,” ujar Farah lalu mula bangun.
“Tak
apalah Julie, saya minta diri dulu ya. Saya ada kelas kejap lagi ni. Kalau ada
apa-apa beritahulah saya ya,” pamit Farah.
Julia
hanya mengangguk. Dihantar gadis itu hingga ke pintu. Sehingga Farah hilang
dari pandangan barulah dia kembali membenam tubuh ke sofa.
Sudah
dua hari Julia tidak ke kampus universiti. Selama itu jugalah Farah menjadi
pengunjung setia rumah sewanya. Gadis itu tidak jemu-jemu menghantar nota-nota
pelajaran kiriman Faizam walaupun Julia tidak memintanya berbuat demikian.
Dua
hari itu juga wajah Faizam tidak dilihat. Bukan kerana marah atau berkecil hati
tetapi Julia malu. Dia malu dengan apa yang telah dihamburkannya pada Faizam
malam itu. Dia terlalu mengikut kata hati hingga terlupa. Anak muda itu juga
manusia biasa sepertinya. Punya hati dan perasaan.
Benar
kata Faizam. Julia terlalu berbangga dengan segala miliknya hingga terlupa. Dia
masih banyak kekurangan. Kekurangan yang begitu ketara di mata mereka yang
memandang. Kekurangan yang selama ini tidak disedarinya dek sikap bongkak dan
angkuhnya sendiri.
Sekilas
wajah Faizam kembali ke ingatan. Lalu menjemput semula rasa malu ke hati Julia.
Disangka lelaki yang digelar budak kampung itu sama saja sikapnya seperti
lelaki-lelaki lain yang dikenalinya selama ini. Menyanjung tinggi dirinya atas
segala kelebihannya. Ternyata Faizam sebaliknya. Malah lelaki itu tidak pernah
peduli dengan apa yang dia ada. Membuatkan rasa malu terus-terusan bergayut di
hatinya.
“JADI macam
mana dengan keadaan Julia sekarang?” soal Faizam tidak sabar sebaik Farah
melabuhkan punggung di depannya.
“Dia
macam mana Farah?” soal Faizam lagi apabila gadis itu tidak menyahut.
“Kalau
iya pun Zam, kau bagilah aku bernafas dulu. Walaupun rumah Julie tak jauh dari
kawasan kampus ni tapi penat jugak aku menapak tau,” balas Farah sambil
menjeling lelaki itu yang hanya merengus kecil.
“Dia
masih marahkan aku?”
Tidak
peduli dengan kata-kata Farah, Faizam melontar soalan buat kali seterusnya.
“Jawapannya
masih sama macam semalam Zam. Dia tak marahkan kau jauh sekali kecil hati
dengan apa yang kau cakap kat dia,” ujar Farah tenang.
“Habis
tu, kenapa dia tak datang kelas hari ni?”
Ada
rasa bersalah dalam nada suara Faizam ketika ini. Bersalah kerana bertindak
diluar batasan malam itu.
“Dia
cakap dia nak rehat dulu sehari dua. Esok-esok bila dah okey dia datanglah ke
kelas macam biasa,” jawab Farah.
“Bunyi
macam dia marah kat akulah tu.”
Faizam
melepaskan keluhan panjang.
“Hmm...
kenapalah mulut aku ni celopar sangat? Sesedap rasa aje aku cakap pada dia
malam tu. Siap bagi penampar sulung lagi kat dia,” ujar Faizam, kesal.
“Tulah
kau Zam. Langsung tak pakai otak bila nak buat apa pun. Main buat aje sampai
tak fikir kesannya. Aku sendiri pun terkena tempiasnya. Tak pasal-pasal jadi
orang tengah kau orang pulak,” marah Farah sambil menjeling lagi wajah lelaki
itu.
Faizam
menggaru-garu kepala. Terkulat-kulat dengan kata-kata Farah.
“Aku
bukannya sengaja buat macam tu kat dia Farah. Kau tahulah aku. Cepat sangat
naik angin. Apa-apa pun boleh terkeluar dari mulut celopar aku ni,” ujar Faizam
lebih kepada memarahi diri sendiri.
“Kalau
dah tahu perangai tu buruk, buang ajelah. Buat apa simpan dalam diri kau tu,”
tegur Farah.
“Kau
ni Farah, apa kau ingat buang perangai macam buang baju ke hah? Kalau sesenang
tu, jangan kata hari ni, dari dulu lagi aku dah buang,” marah Faizam.
“Lagipun
bukan silap aku jugak semua ni berlaku pun. Kalau Julia tak mulakan dulu, aku
pun tak ada nak buat macma tu kat dia,” sambung Faizam.
Farah
terkunci lidah sesaat. Dia mengakui kebenaran kata-kata Faizam dalam diam.
Sedar Faizam bukanlah seburuk dikata. Walaupun Faizam seoranglelaki yang panas
baran namun dia pandai mengawal sikapnya itu. Hanya sesekali sifat buruknya itu
muncul. Itu pun jika keadaan memaksa. Lalu Farah menghela nafas panjang.
“Tak
apalah Zam, aku faham. Memang bukan salah kau jugak semua ni berlaku pun. Tapi
tulah, nak buat macam mana lagi. Benda dah jadi. Aku marah sangat-sangat kat
kau pun tak guna jugak. Bukannya boleh ditarik balik semua yang dah berlaku,”
ujar Farah, kembali mengendur suara.
“Kau
rasa apa yang patut aku buat sekarang?” soal Faizam sambil menatap wajah Farah
semula.
“Buat
bodoh ajelah Zam. Esok-esok bila dia dah okey, kau minta maaf ajelah dengan
dia. Apa susah,” jawab Farah selamba.
Faizam
pula terus merengus halus. Hatinya kembali diamuk resah.
“JADI macam
mana sekarang? Kau orang setuju ke tak?” soal Iskandar.
Dia
memandang teman-temannya. Hampir serentak mereka mengangguk. Bersetuju.
“Okey.
Kalau macam tu, bila kita nak bertolak?” soal Adib, teruja.
Tidak
sabar menjalankan rancangan mereka berenam untuk melancong ke California pada
cuti semester tidak lama lagi.
“Lebih
baik kalau kita bertolak sehari selepas cuti semester bermula. Lagi cepat kita
sampai sana lagi cepatlah kita balik sini nanti,” luah Danial akan pendapatnya.
“Okey
jugak tu. Cuti ni pun bukannya lama sangat. Tak sampai dua minggu pun,” balas
Nazrin.
“Kita
nak naik apa pergi ke sana nanti?”
Soalan
Afiq membuatkan semua mata menghala ke arahnya seketika.
“Apa
lagi, naik flight ajelah. Tu jalan paling senang. Kalau sewa kereta
kena isi minyak lagi. Jalan pun kita tak tahu sangat. Lambat pulak tu nak
sampai. Buang masa aje lebih,” cadang Iskandar.
Cadangan
itu disambut dengan anggukan semua.
“Hai,
tak sabar rasanya aku nak tengok California,” ujar Adib sambil berbaring di
permaidani.
Dipejam
matanya. Cuba membayangkan keadaan bandar raya itu.
“Eleh,
tak sabar nak tengok California ke atau tak sabar nak jumpa Anne? Maklumlah
pengarang jantung kau tu kan study kat sana,” usik Iskandar sambil
tersengih nakal.
“Huh,
tak ada maknanya aku excited nak jumpa Anne! Hari-hari dah bermesej,
telefon lagi. Buat apa nak jumpa dia,” balas Adib selamba.
“Aku
sendiri tak terfikir pun nak jumpa dia bila sampai kat sana nanti. Kalau boleh
aku nak kita berenam aje yang bercuti. Boringlah kalau nak babitkan orang lain.
Kena pulak perempuan. Leceh,” sambung Adib.
“Sebenarnya
kau sayang ke tak kat Anne tu Dib?” soal Nazrin.
“Kenapa
kau tanya macam tu?” soal Adib dengan dahi berkerut.
“Dah
alang-alang kita ke sana, apa salahnya kalau kau jumpa Anne walaupun sekejap.
Dahlah kau orang terpisah jauh sekarang. Lainlah masa zaman sekolah dulu,
hari-hari boleh jumpa,” balas Nazrin.
“Haah.
Betul kata Naz tu Dib oii... Bukan selalu kita boleh ke sana. Apa salahnya
kalau kau jumpa dengan dia sekejap. At least lepas jugaklah rindu
dendam kau kat dia nanti,” ujar Iskandar sambil tersengih semula.
“Huh,
tak ada maknanya aku nak jumpa dia. Dah nama pun pergi bercuti, bukannya pergi
bercinta. Esok-esok lepas kahwin jangan kata nak jumpa, dah memang serumah pun.
Tak saja serumah, sebilik, sekatil dan sebantal lagi,” balas Adib.
Dia
memejamkan matanya semula. Namun bayang Puteri Anne tidak muncul sebaliknya
bayang orang lain. Seseorang yang telah lama tidak ditemuinya. Lalu menjemput
rasa rindunya. Rindu untuk melihat reaksi tidak keruan gadis itu setiap kali
mereka bersua muka. Laila!
Tanpa
sedar Adib menyebut nama itu dalam hati. Dia tersenyum sendiri.
“Kau
ni kenapa Adib? Tiba-tiba aje senyum sendiri.”
Tepukan
Danial di lengan membuatkan Adib membuka mata semula. Bayang Laila hilang
serta-merta.
“Alah,
berangan Annelah tu. Boring konon kalau jumpa selalu. Sudahlah kau Adib,”
tempelak Iskandar tanpa sempat Adib menyahut.
Adib
hanya merengus. Matanya kembali dipejam rapat. mahu tidur seketika setelah
seharian membersihkan rumah bersama mereka yang lain.
“Johan,
kau tak nak jumpa Nisda ke sebelum kita pergi California nanti?” soal Afiq.
Matanya
beralih pada Johan. Sejak tadi lelaki itu ralit membaca majalah tanpa menyampuk
perbualan mereka.
“Nak
buat apa aku jumpa dia?” soal Johan semula sambil menjeling sekilas wajah Afiq.
“Ewah,
buat-buat tanya pulak. Dia kan girlfriend kau. Kau beritahulah dia
pasal percutian kita ni. Tak adalah dia tercari-cari kau nanti,” balas Afiq.
“Huh,
sejak bila aku iktiraf dia jadi girlfriend aku hah? Aku dengan dia tu
tak ada apa-apalah. Kau orang tu aje yang fikir lebih-lebih,” tegas Johan.
Bosan
sudah dengan usikan yang telah bertahun-tahun didengarinya.
“Kau
ni Johan, betullah buta kayu. Dah terang-terang Nisda tu suka kat kau. Kau tu
aje yang tak perasan, ke buat-buat tak perasan,” sakat Danial juga.
“Huh!
Setakat suka, apa aku kisah,” balas Johan sambil membaringkan tubuh di sisi
Adib.
“Tulah
kau, tak sedar. Nisda tu dah lama jatuh cinta kat kau. Dia tunggu signal dari
kau aje sekarang,” sampuk Iskandar.
Dia
turut berbaring di sebelah Nazrin yang telah menyertai Johan dan Adib.Sama-sama
berbaring di permaidani ruang tamu.
Afiq
dan Danial turut serta.
“Kau
orang tu, mulalah nak merepek. Daripada aku layan kau orang baik aku tidur. Dah
habis rasanya tenaga aku mengemas rumah sewa kita yang tunggang-langgang ni,”
ujar Johan sambil menguap panjang.
“Woi
Danny, kau set jam. Nanti tak bangun pulak kita semua. Kata nak joging nanti,”
sambung Johan.
Sempat
dia mengarah Danial yang segera mengangguk sebelum turut sama belayar ke alam
mimpi buat seketika awal petang itu.
http://karya-azraaryriesa.blogspot.com/2014/05/bab-36-tak-sangka-aku.html