BAB
10CERMAT Farah
menurunkan langsir lalu tingkap berbidai kayu itu dibuka luas. Membiarkan angin
pagi menyapa lembut tubuhnya. Selain memberi ruang pada sang mentari
memancarkan cahaya ke seluruh ruang rumah itu.
Sepagian
Farah menghabiskan masa mengemas setiap sudut rumah. Walaupun datuk dan
neneknya tidak pernah menyuruh namun, menjadi tanggungjawab dia membantu
meringankan kerja-kerja mereka. Hingga Farah terbiasa melakukan semua itu sejak
kecil tanpa mengharapkan bantuan sesiapa.
Cuti
sekolah dua minggu itu membolehkan Farah berada di rumah datuk dan neneknya
dengan lebih lama. Namun dia tidak lupa membawa pulang buku-buku pelajaran bagi
memudahkannya mengulangkaji di waktu lapang. Selesai di tingkat bawah,
Farah bergegas ke atas. Dibuka luas pintu setiap bilik. Membiarkan udara segar
kampung membolos masuk ke ruang yang jarang-jarang berpenghuni itu. Dibuka
tingkap sebelum menarik keluar langsir yang lama tergantung di kepala tingkap.
Digantikannya dengan baru. Farah kembali melangkah ke luar lalu melepaskan
nafas panjang tatkala tiba di bilik terakhir.
Gerak
Farah terhenti saat terpandang sekeping gambar di dinding. Gambar itu sering
mencuri perhatiannya setiap kali dia ke situ. Wajah anak muda yang tersenyum
girang itu direnung lama. Dia selalu dapat melihat senyuman dan gelak tawanya
walaupun hanya dari jauh lantaran mereka tidak pernah bertegur sapa. Apatah
lagi berbual-bual mesra. Biarpun hakikatnya mereka terikat dalam sebuah
hubungan yang tidak mungkin dapat dilerai sesiapa hingga ke akhir hayat. Hubungan
kekeluargaan.
Farah
sebenarnya tidak pasti dengan hatinya. Dia benci melihat wajah itu setiap kali
bersua tetapi dalam masa sama rasa malu dan segan turut menyerbu keluar. Diadun
bersama gembira dan sayang. Hingga Farah keliru.
Ralit
Farah melayan lamunan sebelum lenyap tatkala kedengaran batuk-batuk kecil di
luar. Waktu Farah berpaling, Hajah Aminah telah tersembul di muka pintu.
“Kamu
buat apa dalam bilik Johan ni Farah?” soal Hajah Aminah lembut.
“Laa...
buat apa lagi, mengemaslah. Bukan ke nek kata ada tetamu jauh nak datang ke
rumah kita dua tiga hari lagi? Takkan nak biar dia orang tengok rumah kita
berhabuk sana sini.”
Farah
terus menyambung kerjanya yang terhenti tadi.
“Tu
nenek tahulah tapi yang kamu renung gambar Johan macam nak telan kenapa?
Bukannya ada kena-mengena dengan kerja kamu tu pun,” usik Hajah Aminah.
“Hisy
nek ni, mana ada saya renung gambar Johan tu. Tak ada maknanya saya nak buat
macam tu. Merepek ajelah nek ni,” sanggah Farah cepat-cepat.
Gerak
tangannya juga semakin laju. Selaju debaran hatinya ketika ini.
Hajah
Aminah tersenyum lagi. Dia tahu ada sesuatu di hati Farah berkenaan Johan.
Sejak dulu Farah tidak suka dikaitkan dengan Johan. Walaupun Farah tidak
pernah meluahkan rasa itu namun segalanya dapat dibaca daripada gerak tubuh dan
tingkah lakunya setiap kali nama Johan dibangkitkan. Satu keadaan yang sehingga
kini tidak difahami Hajah Aminah dan suami.
“Yalah,
tak nak mengaku sudah, nek pun tak kisah. Cepat sikit buat kerja tu. Ada banyak
lagi kerja lain yang nek nak minta kamu tolong buatkan nanti.”
Hajah
Aminah berpaling tubuh. Mahu berlalu.
“Nek,
siapa yang nak datang ke rumah kita ni nanti?” tanya Farah.
“Adalah,
kamu tunggu aje. Dah, cepat selesaikan kerja tu.”
Hajah
Aminah kembali menapak. Meninggalkan Farah termangu-mangu sendiri.
“YA ALLAH,
bosannya aku!” jerit Danial.
Kawan-kawannya
yang lain turut terbaring di pinggir tasik petang itu. Masing-masing melepaskan
lelah setelah dua jam berjoging mengelilingi kawasan tasik.
“Wei
kau orang, apa rancangan kita sepanjang cuti sekolah ni hah?” soal Nazrin
memecah sepi.
Lalu
membuka mata teman-teman yang hampir terkatup dek keletihan. Cuaca redup
beriringan tiupan bayu sepoi-sepoi bahasa membuaikan mereka dalam rasa
mengantuk yang menyengat diri.
“Nak
buat apa lagi Naz, macam biasalah. Pergi library, study and then
joging. Itu ajelah,” sahut Adib sambil melunjurkan kaki.
“Aku
setuju. SPM dah makin dekat. Kita tak boleh main-main lagi macam cuti-cuti
lepas. Tapikan Adib, aku rasa kau kena buat benda lain jugak selain dari study,”
usik Iskandar sambil tersengih nakal.
“Apa?”
soal Adib dengan dahi berkerut.
“Keluar dating dengan
Anne.”
Serentak
itu Iskandar mengaduh sakit tatkala jari-jemari kasar Adib pantas mengetip
lengannya.
“Tak
guna kau, selalu nak kenakan aku,” sambut Adib sambil tersenyum lebar.
“Tak
adanya aku nak dating dengan Anne cuti-cuti sekolah macam ni. Dahlah
jarak rumah kita orang jauh. Dia pun sibuk dengan kelas modeling dia tu.
Daripada aku pandu kereta jauh-jauh semata-mata nak jumpa dia, baik aku baca
buku. Ada jugak faedahnya,” sambung Adib.
Jari-jemarinya
masih leka menekan butang telefon di tangan.
“Eleh,
depan kita orang kau cakaplah macam tu. Entah-entah, diam-diam malam ni jugak
kau pergi jumpa dia. Rindulah katakan. Maklumlah dua minggu tak jumpa,” usik
Iskandar.
Dia
segera bangun apabila Adib ingin mengetip lengannya lagi. Kemudian bersembunyi
di belakang Johan yang sudah tertawa. Geli hati dengan sikap Iskandar yang
sejak dulu gemar mengusik teman-temannya.
“Kau
ni Is, dah puas hidup kat dunia agaknya. Mulut tak bertapis langsung.”
“Tak
tumbuh tak melata Adib,” balas Iskandar selamba sambil tersengih lagi.
“Adib,
terlanjur kita bercakap pasal Anne, aku nak tanya kau sesuatu,” ujar Nazrin.
Pandangan
Adib beralih arah pada Nazrin.
“Apa
yang kau nak tanya?”
Wajah
serius Adib nampak bertambah serius apabila dia mengerutkan kedua-dua kening
lebatnya.
“Kau
betul-betul nakkan budak Anne tu?”
“Maksud
kau?” soal Adib, meminta kepastian.
“Yalah.
Aku tengok Anne betul-betul sayangkan kau tapi kau macam nak tak nak aje
dengan dia,” terang Nazrin lembut.
“Nak
tak nak macam mana maksud kau?” soal Adib, tidak faham.
“Maksud
Naz, kau tu macam main-main aje padahal minah tu bukan main sayang lagi kat
kau. Sanggup buat apa aje sedangkan kau tak macam tu pun,” sampuk Danial.
Nazrin
pula mengangguk laju. Mengiyakan kata-kata itu.
“Mana
adalah Naz. Aku seriuslah dengan dia. Kau orang pun tahu bukan sehari dua aku
kenal dia. Dari kita di tingkatan tiga lagi. Takkan aku nak main-mainkan dia
pulak,” sahut Adib sungguh-sungguh walaupun segumpal keraguan wujud di sudut
hati.
Ragu
dengan kata-kata sendiri.
“Senang
cakap, kau memang pastilah nak jadikan Anne tu kakak ipar aku?” tanya Afiq
sambil menatap wajah abang kembarnya.
Adib
mengangguk pantas.
Mereka
yang lain perlahan-lahan turut mengangguk kecil. Yakin kini dengan pengakuan
anak muda itu walaupun tidak sepenuhnya.
“Eh
kau orang, jomlah kita balik sekarang. Dah lewat ni. Nanti lambat pulak kita
sampai rumah,” ajak Adib.
“Naz,
kau drive kereta pulak ya. Aku malaslah nak drive,” arah Adib.
“Okey,”
ujar Nazrin sambil mengangguk.
Dia
mencapai huluran kunci kereta dari Adib sebelum sama-sama menapak ke tempat
letak kereta bersama rakan-rakannya lain.
“NAK lagi
dik?” soal Balkis sambil memandang adiknya.
Amir
menggeleng.
“Dah
kenyang,” balas Amir lalu mengucap Alhamdulillah.
“Kakak
tahu, abang Faizam tu baik orangnya. Dahlah dia tolong selamatkan nyawa adik,
dia datang pulak melawat adik tiap-tiap hari. Baik kan dia?”
Untuk
kali seterusnya Amir bercerita lagi tentang perkara itu. Sungguh-sungguh.
Tangannya menarik selimut lalu menutup kaki yang masih belum dapat bergerak
sepenuhnya.
“Kalaulah
adik dapat balas jasa dia suatu hari nanti, alangkah bagus kan kak,” sambung
Amir.
“Adik
tahu tak? Sejak adik balik ke rumah, adik tak henti-henti bercakap pasal dia.
Siang malam, tu aje yang adik cakap. Apa adik tak rasa jemu ke? Lagipun dik,
orang yang ikhlas membantu orang lain takkan mengharap balasan tahu.”
“Adik
tahu tapi adik terkilan sangat sebab adik tak sempat kenalkan dia pada keluarga
kita. Yalah, orang dah berbudi takkan kita tak berbahasa pulak.”
“Kakak
faham tapi adik kena ingat. Abang Faizam adik tu pun ada kehidupannya sendiri.
Kita tak boleh paksa dia datang ke sini kalau dia tak nak. Esok-esok datang
jugaklah dia ke rumah kita ni pun,” pujuk Balkis dengan kasih sayang.
Walaupun
Amir dan Anaz hanya sepupunya namun kasih sayang Balkis terhadap kedua-dua
beradik itu begitu melimpah lantaran dia sendiri menumpang kasih sayang
keluarga mereka.
Amir
mengangguk perlahan. Kepalanya kembali diangkat.
“Kak,
mahu tak kalau adik kenalkan kakak pada abang Faizam?” soal Amir tiba-tiba.
Melebar
senyumannya pada Balkis yang kaget dengan pertanyaan itu.
“Nak
buat apa?” soal Balkis, hairan.
Terjongket
sedikit kedua-dua keningnya.
“Ala
kak ni, buat kawanlah. Kak kan tak ada kawan lelaki. Apa salahnya kalau kak
kawan dengan abang Faizam. Mana tahu esok-esok kakak ada jodoh dengan dia. Adik
jugak beruntung dapat abang ipar handsome dan baik macam
dia,” ujar Amir, membayang hasrat hati yang tiba-tiba muncul di minda.
“Hisy
adik ni, itu pulak difikirnya. Dah, dah, jangan nak merepek. Nah, makan ubat
ni. Nanti lambat pulak sembuh kaki adik tu.”
“Ala
kak ni, tak sporting langsung. Adik suruh kawan dengan abang angkat adik pun
tak nak,” protes Amir.
Namun
mulutnya tetap dibuka luas. Ditolak ubat pahit itu terus ke tekak dengan
segelas air putih.
“Iyalah
tu. Kaki tu pun masih tak betul jalannya, ada hati nak padankan orang pulak.
Dah, dah. Cepat tidur. Doktor dah pesan, adik kena banyak rehat. Nanti tak
pasal-pasal adik kena masuk balik ke wad tu kalau tak dengar cakap,” ujar
Balkis lagi sambil membetulkan kedudukan selimut Amir.
“Selamat
malam kak,” ucap Amir setelah doa tidur dibaca.
“Selamat
malam.”
http://karya-azraaryriesa.blogspot.com/2013/10/bab-10-ketika-hati-bercinta.html