BAB
32FARAH menjerit
girang. Laju kakinya berlari menuju ke rumah. Kertas di tangan dilambai ke
udara beberapa kali. Tidak peduli pada pandangan orang-orang kampung yang
hairan melihat gelagatnya ketika ini.
Farah
menjerit lagi. Memanggil kedua-dua atuk dan neneknya dari jauh. Dia
tercungap-cungap tatkala tiba di depan anak tangga rumah. Namun bibirnya tetap
menguntum senyuman lebar. Penuh gembira.
“Kenapa
dengan kamu ni Farah? Terpekik terlolong macam orang gila. Apa kamu dah
tersampuk syaitan ke hah?” marah Hajah Aminah.
Dia
tergesa-gesa keluar dari rumah tatkala terdengar sayup-sayup jeritan cucunya.
Tercengang-cengang dengan sikap gadis itu yang tidak pernah bertingkah laku
demikian sebelum ini. Dia mendapatkan Farah yang terlebih dulu menerpa.
“Nek,
Farah dapat surat tawaran sambung belajar ke United Kingdom,” jerit Farah kecil
dan termengah-mengah.
“Apa?
Betul ke Farah?” soal Hajah Aminah, terkejut.
Ada
sebak mengiringi suaranya.
“Betul
nek. Abang Hamdi posmen yang bagi kat simpang kedai tadi.”
Terkocoh-kocoh
Hajah Aminah menyambut kertas dari tangan Farah. Sementara mulutnya riuh
memanggil Haji Rahman yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu. Kelam
kabut lelaki tua itu mendapatkan mereka di serambi rumah.
“Ada
apanya Nah?” soal Haji Rahman cepat-cepat.
Dia
memandang Hajah Aminah yang telah mengalirkan air mata gembira.
“Ni
bang. Farah dapat sambung belajar ke United Kingdom,” ucap Hajah Aminah, sebak.
Dipeluk
tubuh Farah sambil mengucup wajah itu beberapa kali.
“Iya
ke Nah? Alhamdulillah. Syukurlah kepada ALLAH cucu atuk dapat sambung belajar
lagi,” ucap Haji Rahman.
Dia
turut memeluk cucu kesayangannya. Rasa bahagia menghimpit dadanya ketika ini.
“Nah,
pergi telefon Fahmi sekarang. Beritahu dia Farah dapat surat tawaran sambung
belajar ni,” arah Haji Rahman.
“Yalah
bang,” balas Hajah Aminah lalu tergesa-gesa melangkah ke dalam rumah.
“Alhamdulillah.
Tercapai jugak impian atuk nak tengok kamu sambung belajar. Kita buat kenduri
kesyukuran nanti,” ucap Haji Rahman buat kali kedua.
Tubuh
Farah dipeluk lagi. Bangga dengan kejayaan cucunya.
Farah
membalas erat. Rasa sebak turut menyelubunginya.
“KAU rasa
yang ni cantik tak?” soal Laila sambil menayang sehelai tali leher yang
terlipat kemas di dalam kotak kecil pada Haiza.
“Okey
jugak. Pandai kau pilih,” komen Haiza.
Bersetuju
dengan pilihan kawannya itu.
“Kau
nak beli tali leher tu untuk siapa Ila? Mahal jugak harganya tu,” tegur Asyikin
yang turut sama membeli-belah di Petaling Jaya hari itu.
“Aku
nak beli untuk adik akulah, Afiq,” balas Laila girang.
“Kau
beli untuk Afiq aje ke? Untuk Adib tak ada?” soal Haiza sambil tersenyum nakal.
Mereka
yang lain tertawa kecil.
Laila
merengus lembut.
“Aku
beli untuk kedua-dua sekalilah tapi aku cari untuk Afiq dulu sebab dia tak banyak
songeh macam abang dia tu. Cerewet serba-serbi,” balas Laila.
Dia
membelek-belek pula koleksi tali leher jenama lain di kedai pakaian itu.
“Ila,
kau perasan tak yang Adib tu sukakan kau sebenarnya? Dia selalu renung kau
kalau kita terserempak dengan dia. Tapi aku tak fahamlah kenapa dia boleh jatuh
cinta dengan Anne,” ujar Haiza sambil menatap wajah selamba Laila.
“Ala,
apa yang kau nak hairan Za. Kau tengoklah pakaian anak dara tu macam mana.
Seksi bukan main. Tambah-tambah kalau dia pakai skirt. Huih... sekali buka
langkah aje, hampir boleh nampak seluar dalam dia. Jangan kata Adib, mana-mana
lelaki pun boleh tersangkut hati kat dia kalau macam tu gayanya,” sampuk
Asyikin.
“Kau
ni Ikin, boleh tahan jugak mulut kau tu ya kalau mengata orang. Tapi bagi akulah,
Adib suka kat dia bukan sebab tu tapi sebab sikap Anne sendiri. Dia kan lemah
lembut, manja pulak tu walaupun kurang sikit sopan santunnya,” ujar Laila.
“Huh!
Setakat manja gedik macam tu, aku pun boleh buat,” cebik Asyikin.
“Tapikan
Ila, betullah cakap Haiza tadi. Adib suka kau. Jangan kata kita orang, Nazrin
dan Danial pun selalu cakap perkara sama kat aku. Dia orang kata Adib tu macam
simpan perasaan kat kau tapi dia tak perasan sebab terlalu asyik bercinta
dengan Anne. Apa kau tak nak mengorat dia ke Ila? Handsome jugak dia
tau. Macho lagi dari dua orang sepupu aku tu,” sampuk Marya yang turut serta
ada di situ.
“Haahkan.
Kau mengorat aje Adib. Mana tahu esok-esok sampai jugak hajat kau nak jadi
orang kaya walaupun setakat menumpang harta keluarga dia aje. Kau jugak untung
sebab tak pening-pening cari lelaki tua jadi suami kau nanti,” giat Haiza juga.
“Hei
kau orang ni, suka hati aje nak suruh aku mengorat Adib!” marah Laila.
“Nak
bertegur sapa dengan dia pun payah benar aku nak buat, nikan pulak nak mengorat
dia. Eii... minta simpang empat puluh ribu malaikatlah. Daripada aku mengorat
dia baik aku mengorat datuk Faizam. Dia lagi kaya dari keluarga Adib tau.
Jangan kata tujuh keturunan, tujuh belas keturunan pun belum tentu hartanya tu
nak habis dimakan,” ujar Laila sambil tersengih.
“Hei
kau ni Laila. Sejak bila kau jadi mata duitan ni hah? Punya ramai lelaki dalam
dunia ni yang ada, dia jugak yang kau berkenan. Apa otak kau dah senget ke
Laila sampai kau masih ada hati nak kahwin dengan dia yang dah tua bangka tu?”
tanya Haiza yang geli-geleman dengan sikap kawannya itu.
“Entah
kau ni Ila. Aku rasalah, jangan kata datuk Faizam, satu keturunan dia pun dah
tentu boikot kau dari jadi ahli keluarga dia orang,” sampuk Asyikin, turut
tidak bersetuju.
“Aku
bukannya apa. Aku tak sukalah kau orang kaitkan aku dengan Adib. Daripada aku
kahwin dengan dia, baik aku kahwin dengan mamak jual mee kat depan sekolah kita
dulu tu aje. Biar susah tak berduit dari susah hati selalu,” balas Laila sambil
tersengih lagi.
“Kau
nak susah hati apanya kalau kahwin dengan Adib? Lagi suka hati adalah. Tak
penat-penat perah tenaga bekerja siang malam,” ujar Marya semula.
Dipandang
Laila sekilas sebelum berpindah mata pada Farah.
Sejak
tadi Farah hanya membatu diri. Seakan-akan berkhayal sendiri.
“Hah,
yang ni lagi satu. Hei Farah, kau ni kenapa? Dari tadi diam macam batu aje? Apa
kau dah jadi patung cendana ke?” tegur Marya sambil menyiku lengan Farah yang
terus tersentak.
“Mana
adalah. Kepala aku tengah berserabut ni. Tak tahu nak beli apa untuk Johan,”
rengus Farah.
Dia
kembali membuang mata ke sekitar kedai. Sudah tiga hari dia berada di Petaling
Jaya. Menemani atuk dan neneknya yang mahu menemui Johan sebelum anak muda itu
berangkat ke Amerika Syarikat.
“Apa
susah, kau bagi aje hati kau kat dia. Pasti dia terima,” cadang Laila selamba.
“Aku
setuju,” sokong Haiza sambil tersengih nakal.
“Hisy
kau orang ni. Dahlah aku tengah pening, lagi nak buat lawak bodoh. Apa kau
orang fikir hati aku ni ketul batu ke hah? Balut-balut aje terus bagi kat dia,”
marah Farah, geram dengan tingkah laku teman-temannya.
“Okeylah.
Kalau kau tak mahu bagi hati kau kat dia, apa kata kalau kau beli aje benda
yang dia suka? Tak payah nak sakitkan kepala kau yang sememangnya tak pernah
sihat kalau bercakap pasal Johan tu,” ujar Asyikin pula.
Tahu
sudah dengan sikap Farah. Sakit memanjang apabila cakap pasal Johan!
“Masalahnya,
aku tak tahu apa yang dia suka,” keluh Farah sambil tersengih kelat
Terbeliak
mata kesemua yang mendengar.
“Hei
kau ni Farah, takkanlah apa yang Johan suka pun kau tak tahu? Apa punya jenis
sepupu Johan dapat pun tak tahulah. Habis tu kau fikir nak hadiah apa kat dia?”
balas Marya.
Farah
menjongket bahu perlahan.
“Aku
tak ada idealah Marya,” balas Farah dengan riak muka tidak berperasaan.
“Tulah,
aku suruh kau bagi hati kau kat dia, kau tak nak. Kan dah pening sekarang,”
ujar Laila lagi.
Dia
tersengih apabila Farah terus mencekak pinggang.
“Mata
aku ni nampak kau kecik aje sekarang ni Ila,” ujar Farah, geram.
“Yalah,
yalah. Aku mengalah. Aku main-main aje tadi tu.”
Pantas
Laila mengangkat tangan tanda mengalah. Dia tersengih lagi.
“Hei,
dahlah kau orang berdua, dah besar panjang pun masih berperangai macam
budak-budak,” tahan Marya.
“Kalau
tak ada apa-apa yang kau orang nak beli lagi kat sini, jom kita pergi kedai
lain pulak. Buat apa terperap kat sini berjam-jam kalau satu barang pun kau
orang tak beli,” tokok Marya lalu melangkah ke arah Laila yang telah ke kaunter
pembayaran.
Mereka
yang lain mengikut dari belakang.
http://karya-azraaryriesa.blogspot.com/2013/10/bab-32-ketika-hati-bercinta.html