BAB
16“ASSALAMUALAIKUM.”
Farah
menghulur salam sebaik membuka pintu bilik asrama. Diletak beg kecil berisi
pakaian yang dibawa bersama di tepi kaki katil.
“Waalaikumussalam.
Hei Farah, dah balik pun kau!” jerit Balkis gembira.
Mereka
berpelukan seketika.
“Awal
kau balik asrama,” ujar Farah, ceria dan terkejut.
“Selalu
hari Ahad baru aku nampak muka kau. Tup-tup hari Sabtu kau dah tercongok kat
bilik kita ni,” sambung Farah lalu terus melabuhkan punggung di birai katil.
“Kenapa?
Kau tak suka ke kalau aku balik awal?” ujar Balkis, pura-pura merajuk.
“Eh,
mana ada. Lagi suka adalah. Yalah, selalunya kau tak ada di hujung minggu.
Tiba-tiba kau ada hari ni, tentulah aku terkejut,” jelas Farah.
“Macam mana kau boleh
balik awal ke sini Balkis? Atuk kau tak marah ke kau balik awal ke asrama?”
tanya Farah, tidak sabar ingin tahu.
“Nak marah apanya. Atuk tak ada kat rumah sehari dua ni. Dia ikut abang Anaz
aku balik ke Selangor. Teringin nak tengok UKM tempat belajar abang aku
katanya. Mungkin dua tiga hari jugaklah dia duduk kat sana tu,” terang Balkis.
“Oo...
sebab tulah awal-awal lagi kau dah lari balik ke sini ya?” usik Farah.
Balkis
mengangguk laju.
“Lagipun
aku boringlah duduk lama-lama kat rumah tu. Bukannya ada apa pun yang boleh aku
buat,” ujar Balkis.
“Jadi,
macam mana dengan cuti persekolahan kau kali ni? Mesti seronok kan?” soal
Balkis dengan soalan wajibnya.
Dia
senang mendengar kisah hidup gadis itu yang tidak pernah dilaluinya selama ini.
Tidak seperti kisah hidupnya yang dirasakan begitu membosankan.
“Tak
ada apa yang seronoknya pun. Macam biasa aku mengemas rumah, pergi menjenguk
sanak saudara mak ayah angkat aku, bertekak dengan Faizam dan apa lagi ya?
Entahlah, aku dah lupa. Rasanya tu ajelah kot kerja aku sepanjang cuti raya
Cina tu,” ujar Farah sambil tersengih sebelum kembali bersuara tatkala
teringatkan sesuatu.
“Oh
ya Balkis. Atuk dan nenek Faizam datang ke rumah aku cuti hari tu. Adalah jugak
semalam dua dia orang tidur kat rumah atuk nenek aku. Kau tahu, dia orang
datang meminang aku untuk Faizam. Huih... tak masuk akal sungguh permintaan dia
orang tu,” cerita Farah sungguh-sungguh.
“Iya?
Habis tu, kau terima tak pinangan dia orang?” soal Balkis dengan mata membulat.
Teruja
dengan cerita itu. Walaupun dia tidak pernah melihat jauh sekali mengenali
Faizam. Namun sedikit sebanyak latar belakangnya diketahui Balkis lantaran
Farah selalu menceritakan perihal anak muda itu kepadanya.
“Huh,
tak ada maknanya aku nak terima pinangan tu. Gila kau, muda-muda lagi nak jadi
isteri orang. Dahlah tu, jadi isteri kawan baik aku pulak tu. Tak nak aku.
Mula-mula susah jugaklah aku nak beritahu keputusan aku tu tapi alhamdulillah.
Akhirnya dapat jugak aku beritahu dia orang tentang duduk perkara sebenar
hubungan antara aku dan Faizam selama ni,” cerita Farah jujur.
“Jadi
apa kata dia orang pasal keputusan kau tu?”
“Mulanya
dia orang macam tak boleh nak terima. Aku sendiri pun tak sampai hati nak
beritahu dia orang. Tapi lepas Faizam nasihatkan aku supaya berterus terang,
aku pun cakap ajelah perkara sebenarnya. Mujurlah dia orang terima walaupun
nampak macam tak ikhlas aje. Apa pun aku bersyukur sangat sebab dia orang tak
berkecil hati dengan keputusan aku tu.”
“Tapikan
Farah, bukan ke kau dengan Faizam dah lama kenal? Apa salahnya kalau kau orang
kahwin? Lagipun aku tak fikir atuk dan nenek dia nak suruh kau orang kahwin
sekarang. Mungkin dia orang nak kau orang bertunang dulu sebelum kahwinkan kau
orang nanti,” ujar Balkis, tidak mengerti.
“Hah.
Kalau kau nak tahu, nilah dia masalah yang aku dan Faizam hadapi dari dulu
sampailah sekarang. Semua orang salah faham tentang hubungan kami. Semua orang
kata, daripada kami berdua bersahabat baik, lebih baiklah kalau jadi suami
isteri. Tu yang selalu sangat aku dengan Faizam dengar sejak kami kecil lagi,”
luah Farah.
“Tapi
memang betulkan? Bukan ke lebih baik kau dan Faizam berkahwin daripada bersahabat
baik aje? Lagipun kata orang, persahabatan adalah jambatan perkahwinan.
Bersahabat bermakna hubungan perkahwinan kau orang akan kekal hingga ke akhir
hayat nanti.”
Balkis
mengulang kata-kata yang pernah didengarinya.
“Tu
betul tapi tak semua orang bertuah dapat semua tu. Macam aku dengan Faizam,
dari kecil lagi kami dah berkawan rapat. Apa kerja yang kami tak buat berdua.
Apa rahsia yang kami tak pernah kongsi. Tapi tu tak bermaksud kami boleh hidup
bersama sampai ke akhir hayat,” jawab Farah.
Dia
menghela nafas panjang sebelum perlahan-lahan mengangkat bahu. Dia
mengeluh sedikit.
“Entahlah
Balkis. Aku sebenarnya pun tak tahu macam mana nak terangkan makna sebenar
hubungan aku dengan Faizam. Aku cuma boleh kata yang aku dan Faizam tak mungkin
akan jadi suami isteri. Biar macam mana sekalipun kami berusaha, perkara tu
mustahil berlaku. Sebabnya hanya ALLAH saja yang tahu erti sebenar kasih sayang
yang wujud antara kami.”
Balkis
tersenyum mengangguk.
“Apa
yang kau cakap tu memang betul Farah. Mungkin di mata orang malah di mata aku
sendiri, kau dan Faizam sesuai jadi suami isteri. Tapi hakikatnya hanya kau
orang berdua aje yang tahu apa yang terbaik untuk kau orang. Apa pun Farah, aku
tetap sokong kau walau apa pun keputusan kau,” ujar Balkis ikhlas.
“Terima
kasih Balkis. Aku benar-benar hargainya,” ucap Farah, terharu.
“Oh
ya Balkis. Lupa aku nak beritahu. Tadi kakak aku ajak aku ke bandar esok. Dia
minta aku temankan dia beli barang sikit. Memandangkan kau dah ada kat sini,
apa kata kalau kita keluar sekali? Boleh ya Balkis? Bolehlah,” rayu Farah.
Dia
bersorak riang apabila Balkis terus mengangguk setuju.
“Boleh
jugak tapi takkan kita nak pergi bertiga aje? Tak nak ajak dia orang yang lain
jugak ke?” soal Balkis, teruja.
Dia
mula membayangkan keseronokan yang bakal ditempuh. Kali pertama dalam hidup dia
dapat merasai keseronokan begitu. Tidak sabar rasanya untuk dia menanti hari
esok tiba.
“Ya
tak ya jugak kan? Tak bestlah kalau kita bertiga aje. Apa kata kalau kita
ajak Asyikin, Laila, Marina, Haiza, Marya, Jeslynn dan Regina sekali? Hah,
barulah meriah. Satu kumpulan gadis keluar meronda bandar esok!” jerit Farah
girang.
“Nak
ke dia orang tu?”
Balkis
ragu-ragu dengan cadangan itu.
“Apa
pulak tak nak. Mesti dia orang nak punya. Tambah-tambah lagi bila dia orang
tahu kau ikut sekali. Mesti dia orang tak sabar nak pergi. Bolehlah kita tengok
wayang sekali nanti. Kau tahu, ada cerita terbaru ditayangkan di pawagam
sekarang ni. Laila kata cerita tu best. Kita pergi tengok ya?”
“Ikut
kaulah Farah, aku tak kisah. Dapat keluar dengan kau orang pun dah satu rahmat
bagi aku,” ucap Balkis.
Dia
tidak menyangka impiannya untuk keluar bersama teman-teman menjadi kenyataan
secepat ini.
“Okey.
Kalau macam tu aku mesej dia orang sekarang. Bolehlah kita rancang apa kita nak
buat esok.”
Farah
bergegas mendapatkan telefon bimbitnya. Menghantar pesanan ringkas pada
teman-teman di bangunan asrama yang sama.
Balkis
hanya menggeleng sambil tersenyum lebar melihatkan tingkah laku kawannya. Ada
rasa syukur dipanjatkan pada DIA Yang Satu. Syukur atas rasa gembira
kurniaan-NYA.
“KAU kenapa
Zam? Macam ayam berak kapur aje aku tengok muka kau tu. Kau sakit ya?”
James
anak muda berketurunan Portugis Melaka itu menyoal risau. Lama matanya menatap
Faizam yang terbaring lemah di katil sejak sampai di asrama siang tadi. Wajah
anak muda itu tampak sedikit pucat.
“Tak
adalah, aku pening sikit aje. Mungkin sebab aku kena hujan masa balik sini
petang tadi,” jawab Faizam lemah.
Dipicit
kepala yang masih memusing.
“Habis
tu kau dah makan ubat ke belum? Kalau kau nak, aku ada panadol. Baru aje mak
aku bagi masa aku nak balik sini semalam,” sampuk Raymond sambil memandang
Faizam.
Sejak
awal malam anak muda berbangsa Punjabi itu berada di meja belajarnya. Menelaah
pelajaran.
“Thanks Ray
tapi rasanya aku okey lagi. Nanti kalau aku tak tahan sangat aku minta dari
kau,” balas Faizam perlahan.
“Betul
ni kau tak nak?” soal Raymond, mahu kepastian.
Faizam
mengangguk kecil. Matanya merayau ke ruang bilik mereka sebelum jatuh pada
Irwan Putra yang baru melangkah masuk. Nampak keletihan saja.
“Kau
dari mana Wan? Kemas semacam aje aku tengok.”
Tidak
sempat Faizam bertanya, James terlebih dulu melempar soalan. Memandang Irwan
Putra yang merebahkan tubuh di kerusi meja belajarnya.
“Aku
dari pusat sumber asrama kita, pinjam buku,” sahut Irwan Putra sambil
meletakkan dua buah buku di atas meja.
“Betul
ke kau dari perpustakaan? Ke kau baru balik dari jumpa Marina?” usik James
sambil tersenyum nakal.
Tersengih
dia pada Raymond yang menjongket kening beberapa kali. Turut menggiat anak muda
pendiam juga pemalu itu.
“Mana
ada. Buang masa aku aje nak keluar malam-malam macam ni. Betullah aku dari
perpustakaan,” nafi Irwan Putra.
Namun
wajahnya sudah bertukar rona. Sedikit memerah. Segan dengan usikan yang telah
sering didengarnya.
“Ala
Wan, kalau betul pun apa salahnya. Marina tu baik budaknya. Pemalu macam kau
jugak. Padanlah kau orang berdua tu, sama-sama pemalu,” giat Raymond juga.
“Kau
orang ni, dari dulu tak sudah-sudah nak usik aku dengan Marina. Dia tu anak
orang kaya, cantik lagi. Aku ni anak peladang aje, duduk kampung pulak tu. Mana
padan dengan dia,” balas Irwan Putra.
Dibuka t-shirtnya.
Menampakkan tubuh pejal dan kejap. Bentuk yang terhasil dek kerajinannya
membantu keluarga bekerja di ladang setiap kali bercuti.
“Kau
tu terlalu merendah diri Wan. Zaman sekarang ni mana ada lagi orang
pandang taraf hidup dalam mencari pasangan. Yang penting suka sama suka. Tu
aje.”
“Haah.
Betul kata Ray tu Wan. Kau tu, selalu sangat bandingkan kedudukan kau dengan
Marina padahal aku rasa dia tak fikir pun pasal tu. Kalau tak dah lama dia
marah bila kita orang usik-usik dia dengan kau. Ni aku tengok dia macam tak
kisah aje. Suka lagi adalah,” tukas James cepat-cepat.
“Yalah
tu kau orang berdua. Nak jugak kau orang yang betul,” sahut Irwan Putra sambil
memandang Faizam yang memicit-micit dahi.
“Kau
kenapa Zam? Pucat aje muka kau tu. Kau tak sihat ya?” soal Irwan Putra sambil
memandang lama Faizam yang menelan liur beberapa kali.
“Budak
tu nak demam Wan oii...” sampuk James sebelum Faizam menjawab.
“Nak
demam? Habis tu kau dah makan ubat ke belum? Tak pun kita beritahu aje warden
asrama. Nanti makin teruk pulak demam kau tu.”
“Tak
payahlah kau bimbang Wan. Aku pening sikit aje. Kejap lagi baiklah.”
“Kau
biar betul Zam. Nanti melarat demam tu, kau jugak yang tak boleh ke sekolah
esok lusa,” balas Irwan Putra.
Faham
sangat dengan sikap Faizam yang payah menelan ubat. Jauh sekali bertemu doktor.
Membesar bersama anak muda itu sejak di usia mentah membuatkan dia arif dengan
sikap Faizam yang satu itu.
“Tak
payahlah kau risau pasal Zam tu. Macamlah kau tak kenal perangai kawan baik
kita ni. Liat benar nak makan ubat. Lagi satu, dia bukan setakat pening biasa
aje Wan. Dia pening tu pun pasal hal lain jugak,” ujar James sambil tersenyum
lebar.
“Pening
pasal lain? Pasal apanya?” soal Irwan Putra, terpinga-pinga.
“Pasal
apa lagi kalau bukan pasal exam SPM yang bakal kita tempuh tak
lama lagi tulah,” jawab Faizam sambil menjeling sekilas James dan Raymond.
Mengerti
dengan maksud senyuman yang terbentuk di bibir kedua-duanya.
“Pening
pasal buah hati pun ada jugak,” sampuk Raymond lalu tertawa kecil.
“Maklumlah
buah hati jauh nun di Alor Setar. Kena pulak dah dua minggu tak jumpa. Lagilah
bertambah pening dibuatnya. Dahlah nama pun kita tak tahu. Jauh sekalilah nak
bersua muka. Mahu tak pening dibuatnya Encik Faizam kita ni,” balas James,
masih mahu mengusik.
“Hisy,
kau orang ni. Mujur aku tengah sakit. Kalau tak dah lama gigi kau orang
berterabur aku kerjakan. Dahlah, malas aku nak layan kau orang bercakap. Makin
dilayan makin sakit kepala aku dibuatnya. Lebih baik aku tidur aje.
Sekurang-kurangnya hilanglah sikit sakit kepala aku ni,” rengus Faizam.
Dia
lalu terus berpaling tubuh. Mahu melelapkan mata.
“Haah
Zam. Lebih baik kau tidur cepat. Manalah tahu masa kau tidur, buah hati
pengarang jantung cinta kau tu muncul dalam mimpi. Bolehlah dia tolong
urut-urutkan kepala pening kau tu. Moga-moga hilanglah sakit kau tu ya,” usik
Raymond.
Dia
tertawa lagi sambil berbalas pandang dengan James yang turut sama ketawa.
Irwan
Putra hanya mengukir senyuman. Geli hati dengan usikan kedua-duanya. Dia turut
membuang pandang pada Faizam.
Faizam
telah lama menekup kedua-dua telinganya dengan bantal. Tidak peduli dengan
usikan itu.
http://karya-azraaryriesa.blogspot.com/2013/10/bab-16-ketika-hati-bercinta.html