BAB
33SUASANA hingar-bingar
menguasai persekitaran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pagi itu.
Namun tidak mampu menggugat pilu ahli keluarga Johan yang ada di situ sejak
beberapa jam lalu. Masing-masing ingin menghantar lelaki itu yang bakal
berangkat ke Amerika Syarikat sebentar lagi.
“Jangan
lupa telefon kami bila sampai nanti,” pesan Haji Rahman tenang.
“Insya-ALLAH
tuk,” balas Johan hormat.
Sejak
beberapa hari lalu dia tidak berenggang dari Haji Rahman dan Hajah Aminah. Rasa
sedih membuatkan dia tidak mampu berjauhan dari kedua-duanya.
“Jangan
lupa solat, selalu mengaji al-Quran. Kalau ada apa-apa, beritahu kami. Jangan
lupa hantar berita selalu,” pesan Hajah Aminah pula, sebak.
“Nek
janganlah risau. Insya-ALLAH, pandailah Johan jaga diri sendiri.”
“Kalau
dah sampai sana nanti, jangan tak telefon mama pulak. Kalau tak selalu pun tak
apa, janji ada sekali-sekala. Jangan jadi macam abang-abang kamu. Dapat pergi
luar negara terus lenyap. Tahu-tahu aje lepas beberapa tahun dah terpacak
semula kat depan rumah,” pesan Puan Sri Fariha lagi.
“Mama
tu mulalah nak mengungkit perkara lepas,” sampuk Jailani sambil tersenyum
lebar.
Puan
Sri Fariha menjeling anak sulungnya sekilas.
“Mama
bukan nak mengungkit tapi ingatkan Johan aje. Tak mahu dia jadi macam kamu dan
Junaid. Belajar ke luar negara sampai langsung tak ada masa nak telefon mama
walaupun seminit dua,” balas Puan Sri Fariha cepat-cepat.
“Kalau
bab tu mama tak payah risaulah. Tak adanya Johan nak buat macam tu kat mama.
Dia kan anak kesayangan mama. Confirm dia akan call mama
selalu walaupun tak setiap hari. Iya tak Johan?”
Junaid
sengaja mengusik mama mereka. Dikenyit mata pada Jailani yang telah meletuskan
tawa.
Johan
pula hanya tersenyum. Telah lali dengan sikap along dan angahnya yang gemar
mengusik Puan Sri Fariha, mama kesayangan mereka.
“Alah,
tak kiralah anak kesayangan ke tak, baik mama pesan awal-awal.
Sekurang-kurangnya esok-esok dia tak buat perangai macam kau orang berdua tu,”
ujar Puan Sri Fariha lagi.
“Lagi
satu, kamu jangan kirim apa-apa barang pelik ke rumah kita macam Along dan
Angah kamu buat dulu. Beli benda hiasan rumah entah apa-apa sampai mama pun tak
tahu nak letak kat mana semua tu. Buang duit aje padahal dia orang bukannya
guna pun. Menyemakkan lagi bilik stor rumah kita adalah,” pesan Puan Sri Fariha
lagi.
“Ala
mama ni, kita orang beli semua tu sebab kita orang tahu mama suka hias rumah.
Tapi nak buat macam mana. Dah mama tak suka benda-benda macam tu. Terpaksalah
dijadikan hiasan bilik stor aje,” ujar Junaid sambil menepuk lembut bahu Johan.
“Johan,
kamu ingat pesan Angah ni baik-baik. Esok-esok kalau kamu teringin nak bawa
balik apa-apa dari Amerika, bawa balik aje tapi ingat tau. Hanya ada satu
benda aje kamu diharamkan bawa balik dari sana,” sambung Junaid dengan senyuman
nakal sudah terukir di wajahnya.
“Apa
dia Angah?” soal Johan sambil berkerut dahi.
“Menantu
orang putih. Mengamuk mama nanti,” gurau Junaid.
Pesanan
itu meledakkan ketawa semua termasuklah ahli keluarga Farah yang turut
menghadirkan diri di situ.
Puan
Sri Fariha merengus kecil. Geram dengan usikan anak lelaki keduanya.
“HEI Farah,
bila lagi kau nak bagi hadiah tu pada Johan? Kejap lagi dia dah nak berlepas,”
ujar Laila.
Lamunan
Farah tersentak. Sejak tadi dia hanya berdiri tegak di balik tiang. Sementara
matanya masih memandang jauh kelibat Johan yang berada di dalam kelompok keluarga
mereka.
“Aku
tak tahu macam mana nak bagilah Ila. Lagipun entah dia suka ke tak dengan
hadiah aku ni.”
Farah
membelek bungkusan berwarna biru langit di tangannya.
“Kau
ni teruk betullah. Apa susah, kau bagi aje terus kat dia. Takkan dia nak tolak
pulak. Kalau kau tak bagi sekarang, bila lagi? Ke kau nak bagi masa kau orang
dah beranak pinak nanti?” gesa Haiza juga.
Perlahan-lahan
Farah menarik nafas. Mencari kekuatan diri. Lalu lambat-lambat dia menapak.
Mendapatkan Johan yang kini sedang berbual-bual di telefon bimbit. Lelaki itu
berdiri berseorangan. Tidak jauh dari mereka yang lain.
Sambil
menapak, mata Farah liar melihat sekeliling. Bimbang kehadirannya diketahui
ahli keluarganya sedangkan malam tadi dia beria-ia menolak pelawaan mamanya
untuk turut serta bersama mereka ke lapangan terbang pagi itu.
Farah
baru mahu menegur Johan yang berada hanya beberapa langkah darinya tatkala
terpandang kelibat seseorang menghampiri Johan. Lalu orang itu menegur Johan
yang kebetulan baru menamatkan perbualan di telefon.
Mati
langkah Farah jadinya. Kedua-duanya kelihatan berbual mesra. Timbul rasa
cemburu di hati tetapi untuk apa rasa itu timbul, Farah sendiri tidak mengerti.
Agak
lama Farah terpaku dengan keadaan itu sebelum dia tersedar semula. Teringat
pada hadiah di tangan. Dia kembali menapak. Mendapatkan bagasi Johan tidak jauh
dari situ. Penuh cermat dia meletakkan hadiah itu di atas bagasi. Sempat
matanya memandang sekilas ke arah Johan yang masih tidak menyedari kehadirannya
sebelum kembali berpaling. Mendapatkan Laila dan Haiza yang setia menanti di
balik tiang.
Laila
dan Haiza hanya menepuk dahi melihat tingkah laku Farah.
“JADI, bila
awak akan berangkat ke Amerika?” soal Johan.
Dia
terkejut dengan kehadiran Nisda di lapangan terbang itu namun tetap menyambut
mesra.
“Kalau
tak ada apa-apa minggu depan. Lagipun masih ada dua minggu lagi untuk saya
mendaftar kat universiti tu. Lainlah awak, minggu depan dah bergelar
mahasiswa,” balas Nisda sambil tersenyum manis.
“Kawan-kawan
awak mana? Dia orang tak ikut sekali ke?” soal Nisda apabila teringatkan lima
sahabat baik Johan.
Tidak
nampak kelibat mereka di situ ketika ini.
“Dia
orang dah berlepas semalam. Saya aje belum. Sengaja saya lewatkan sehari
penerbangan sebab nak habiskan masa lama sikit dengan keluarga. Sekurang-kurangnya
taklah rasa rindu sangat pada dia orang bila dah sampai kat sana nanti.”
“Farah
tak datang hantar awak ke? Tak nampak dia pun?”
Pertanyaan
Nisda mencuit rasa terkilan Johan namun dia tetap membalas tenang.
“Manalah
Farah ada masa nak hantar saya Nis. Dia tengah sibuk sekarang. Maklumlah, tak
lama lagi dia nak berangkat ke UK. Jadi banyaklah perkara yang perlu dia
selesaikan,” balas Johan, sengaja mencipta jawapan sendiri.
Hakikatnya
dia sedar. Mustahil Farah akan turut serta menghantarnya ke lapangan terbang
biarpun itu harapan hatinya sejak mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian
di Amerika Syarikat. Harapan yang kini hanya tinggal harapan.
Johan
mengerti dengan sikap Farah yang sejak dulu tidak pernah menyenangi dirinya.
Menjadikan harapannya untuk melihat wajah gadis kesayangan buat kali terakhir
tidak tercapai juga akhirnya. Rasa kecewa menggigit hati walaupun rasa itu
tidak tercalit di wajah Johan ketika ini.
“Hai,
kalau iya pun sibuk buat persiapan, takkanlah tak ada masa langsung nak hantar
sepupu sendiri? Ke saja dia tak nak hantar awak.”
Kata-kata
selamba Nisda menyebabkan Johan terkedu sekejap.
Nisda
pula sudah tersenyum sinis. Namun senyumannya kendur tatkala terpandang wajah
serius Tan Sri Jamaluddin. Sejak dia tiba tadi lelaki itu memandang tajam
padanya. Sekaligus mengundang rasa tidak senang di hati gadisnya.
“Oh
ya Nis. Kebetulan awak dah ada kat sini, apa kata kalau saya kenalkan awak pada
ahli keluarga saya? Rasanya awak belum kenal dengan dia orang lagi.”
Pelawaan
Johan mematikan pandangan Nisda. Ternyata lelaki itu tidak menyedari keadaan
gelisah gadis itu.
“Tak
apalah Johan, lain kali aje ya. Saya sebenarnya nak ke tempat lain lagi ni.
Saja saya singgah nak jumpa awak sebelum awak berlepas. Apa-apa pun kita jumpa
kat Amerika nanti ya,” tolak Nisda lalu segera meminta diri.
Dia
bergegas pergi tatkala Tan Sri Jamaluddin mula menghampiri mereka.
Johan
hanya mengangguk walaupun sedikit pelik dengan tingkah laku yang ditunjukkan
gadis itu ketika ini.
“APASAL kau
letak aje hadiah kau tu kat atas beg dia? Kan bagus kalau kau bagi aje terus
kat dia,” ujar Laila sebaik Farah menghampirinya dan Haiza.
“Aku
bukan tak nak bagi sendiri tapi dah Nisda ada kat situ. Apa pulak kata dia
kalau tiba-tiba aje aku bagi hadiah tu. Mesti dia fikir yang bukan-bukan
nanti.”
“Alah,
biarlah dia fikir apa pun. Dia dengan Johan pun bukannya ada apa-apa. Kalau ada
pun bukannya salah kau bagi hadiah kat Johan. Kau orang kan sepupu. Takkanlah
salah seorang sepupu bagi sepupunya hadiah,” sela Haiza cepat-cepat.
“Bukanlah
macam tu. Aku sebenarnya segan nak bagi Johan hadiah aku tu. Entah dia suka
entah tak, aku pun tak tahu,” balas Farah sambil mengerling Johan yang kini
dihampiri Tan Sri Jamaluddin.
Kelibat
Nisda tidak lagi nampak di situ.
“Macam
mana kau tahu dia suka ke tak kalau kau tak cakap hadiah tu kau yang bagi,”
marah Laila.
“Entah
kau ni Farah. Kalau iya pun beritahulah kat Johan. Ini tak, main letak aje kat
atas beg dia tu. Nanti mesti dia tertanya-tanya siapa yang bagi hadiah tu kat
dia,” ujar Haiza pula.
Dia
turut geram dengan sikap Farah.
“Kau
ada tulis nama kau tak kat hadiah tu?” soal Laila.
Bulat
matanya memandang Farah yang lambat-lambat menggeleng. Gadis itu tersengih
lagi.
“Hah,
eloklah sangatlah perangai kau tu. Dahlah sembunyi-sembunyi aje bagi hadiah,
lepas tu tak tulis nama pulak. Hei kau ni Farah, tak tahulah aku nak cakap apa
lagi,” balas Haiza sambil menepuk dahi dan menggeleng.
“Kau
orang ni, asyik marahkan aku aje dari tadi. Okeylah, aku mengaku aku silap tapi
nak buat macam mana lagi, benda dah lepas pun. Daripada kau orang membebel aje,
apa kata kita balik sekarang? Sekurang-kurangnya taklah rabak telinga aku ni
dengar kau orang membebel tak tentu pasal,” rungut Farah.
Dia
terus menapak keluar dari situ.
Haiza
dan Laila bergegas mengikut sambil merungut-rungut.
“SIAPA budak
perempuan tu Johan?”
Johan
yang masih memandang kelibat Nisda tersentak kecil. Pantas dia berpaling.
Mengadap Tan Sri Jamaluddin yang entah bila berdiri di sisi.
“Oh.
Tu Nisda, kawan Johan sejak Johan bersekolah kat Pulau Pinang lagi. Dia datang
nak jumpa Johan sekejap,” beritahu Johan jujur.
“Kawan?
Habis tu kenapa tak kenalkan pada ayah dan keluarga kita?”
“Johan
nak kenalkan dia pada keluarga kita tadi tapi entah Nisda tu. Dia kata dia nak
cepat pulak. Ada hal yang nak dibuatnya sekarang,” jelas Johan.
Dia
sedikit pelik dengan sikap yang ditunjukkan Nisda sebentar tadi. Tergesa-gesa
meminta diri padahal gadis itu tidak pernah bersikap begitu sebelum ini.
Tan
Sri Jamaluddin mengangguk. Entah mengapa hatinya terasa sesuatu saat
terpandangkan Nisda. Sesuatu yang tidak menyenangkan. Hingga timbul rasa
curiganya. Curiga dengan tingkah laku dan perwatakan gadis itu. Kerana itu dia
segera mendapatkan Johan.Namun belum apa-apa Nisda telah lenyap dari pandangan.
“Tak
apalah Johan. Kamu pergi angkat beg kamu tu sekarang. Sekejap lagi kamu
dah nak bertolak,” ujar Tan Sri Jamaluddin sambil menepuk lembut bahu Johan.
Lalu
Johan mendapatkan bagasinya. Dia sedikit kaget saat terpandang bungkusan hadiah
berbalut cantik rona biru langit di atasnya. Warna kegemarannya.
Siapa
yang bagi ni? soal hati Johan. Matanya sudah mula melingas ke sekitar.
Pencariannya terhenti tatkala terpandang tiga kelibat manusia yang begitu
dikenali tergesa-gesa meninggalkan tempat itu. Dipicing anak matanya sebaik
mungkin. Ingin memastikan pandangannya tidak salah.
Farah?
Nama itu muncul di minda. Lalu membuatkan Johan tersenyum. Hadiah di tangan
dibawa rapat ke dada. Bahagia hatinya dengan keadaan itu tanpa menyedari Tan
Sri Jamaluddin sedang memerhati gelagatnya ketika ini.
Tan
Sri Jamaluddin yang turut melihat kelibat ketiga-tiga tubuh itu menguntum
senyuman lebar. Cukup mengerti dengan rasa yang sedang bergelumang di hati anak
bujangnya ketika ini.
http://karya-azraaryriesa.blogspot.com/2013/10/bab-33-ketika-hati-bercinta.html