BAB
11RALIT mata
Faizam merayau ke dada langit tidak berbintang malam itu. Bunyi cengkerik dan
unggas hutan kedengaran saling bersahutan dari semak berhampiran. Namun itu
tidak menghalang dia hilang dalam lamunan di pangkin kayu itu.
“Amboi,
layan perasaan nampak.”
Tersentak
Faizam dengan teguran itu.
“Kau
ingatkan siapa tadi?” soal Farah sebaik punggung mencecah permukaan pangkin.
Secawan
kopi panas dihulur pada Faizam.
“Tak
ada siapa,” jawab Faizam.
Dicapainya
sekeping biskut kering lalu dicecah ke cawan. Kemudian digigitnya sedikit.
Menikmati keenakan makanan kegemarannya.
“Eleh,
konon tak ingat siapa. Macamlah aku tak tahu perangai kau,” ejek Farah.
“Punyalah
lama kau tenung langit tu kau boleh kata kau tak ingat siapa. Kerat jari pun
aku tak percayalah cakap kau tu,” sambung Farah.
“Kalau aku beritahu, kau tuduh aku angau pulak,” balas Faizam selamba.
“Hah,
kan betul cakap aku. Mesti ada siapa-siapa yang kau ingat tu kan. Tak nak
mengaku konon,” ujar Farah sambil menjeling Faizam yang hanya tersengih.
“Farah,
aku rindu dia,” luah Faizam.
“Siapa?”
soal Farah sambil mengunyah biskut tanpa memandang Faizam.
“Budak
perempuan tulah.”
Hampir
tersembur keluar biskut yang baru saja berada di rongga mulut Farah. Dia
terbatuk-batuk kecil. Segera tangannya mencapai cawan kopi sebelum laju dia
menghirup.
“Kau
ni Zam, betullah otak kau dah senget sebelah. Punya ramai perempuan yang kau
kenal, dia jugak yang kau rindu,” ujar Farah sambil terbatuk-batuk lagi.
“Apa
tak ada orang lain lagi ke yang boleh kau rindu selain dia hah?” soal Farah
lagi.
Faizam
hanya memberi reaksi selamba.
“Apa
nak kata Farah. Hati aku ada pada dia, nak buat macam mana lagi,” jawab Faizam
acuh tak acuh.
“Zam,
Zam. Entah hantu apalah yang merasuk hati kau tu sampai angau tak tentu hala,
tak kira masa, tak peduli tempat,” rungut Farah sambil menggeleng.
“Dari
kau buang masa angaukan perempuan yang entah apa-apa tu, baik kau tumpukan
perhatian pada pelajaran Zam. SPM dah makin dekat. Lagi pulak kau masih terlalu
muda nak layan perasaan tu. Cubalah kau munasabah sikit diri kau tu Zam,”
nasihat Farah.
“Cakap
kau memang betul tapi apa aku boleh buat. Aku tak boleh lupakan dia,” keluh
Faizam lemah. Seakan-akan dia menyerah bulat-bulat pada takdir.
“Bukan
kau tak boleh lupakan dia tapi kau ikutkan sangat hati tu. Jodoh tu di tangan
ALLAH dan tak ada siapa pun yang boleh pertikaikan perkara tu. Untuk apa kau
sayang dia setengah mati kalau esok-esok jodoh kau dengan orang lain? Lagipun
Zam, tak payahlah kau nak risau tak tentu hala. Sejauh mana pun kau orang
berpisah, kau orang tetap akan bertemu jugak kalau betul ada jodoh antara kau
orang. Cuma bila semua tu nak jadi, tak ada siapa pun yang tahu,” nasihat Farah
lagi.
Air
kopinya dihirup lagi. Perit tekak jadinya apabila banyak sangat bercakap.
“Tapi
kita digalakkan mencari jodoh kita sendiri. Bukannya mengharap jodoh jatuh dari
langit macam tu aje,” sanggah Faizam lembut.
“Tu
betullah tapi takkanlah sekarang jugak kau dah nak cari jodoh kau tu? Kalau ya
pun biarlah kita habis belajar dulu. Ini tak menyempat-nyempat. Makan minum pun
orang tua masih tanggung, inikan pulak nak tanggung hidup anak orang,” bidas
Farah.
Faizam
tertawa kecil.
“Kau
ni kan Farah, kalau bab nak mengata aku laju aje mulut kau ya. Patutlah kau
jadi pemidato terbaik. Tapi esok-esok lepas kau kahwin dengan Johan, kau jangan
cakap ikut sedap mulut aje tau. Tak pasal-pasal jadi janda mudalah kau nanti,”
usik Faizam.
Dia
terjerit kecil apabila Farah segera mengetip lengannya. Dia tertawa besar.
“Sekali
lagi kau kata aku nak kahwin dengan Johan, aku tumbuk muka kau. Biar sama kemek
dengan tin umpan cacing atuk kat tepi rumah tu,” ugut Farah.
“Kau
ni Farah, marah benar kalau aku cakap pasal sepupu kau tu. Kau marah sebab aku
sebut nama dia ke atau kau marah sebab kau nak backing dia?”
Faizam
kembali terjerit apabila Farah terus mengetip lengannya berkali-kali.
Membuatkan anak muda itu terus-terusan menghambur tawa.
“Hei
kau ni. Ikut hati, nak aje aku hempuk teko air kopi ni atas kepala bangang kau
tu tahu tak!” jerit Farah, marah.
Benci
benar dia apabila dirinya dikaitkan dengan Johan. Wajah suka Faizam
direnung dalam-dalam. Mahu saja rasanya dia mencencang tubuh anak muda itu
hidup-hidup sekarang ini. Biar jadi begedel!
“Okey,
okey, aku minta maaf. Aku main-main aje tadi,” ucap Faizam sambil
terbatuk-batuk kecil.
Diusap
perutnya perlahan. Senak apabila banyak ketawa.
“Aku
sebenarnya rasa peliklah Farah. Johan tu kan sepupu kau. Kenapa kau tak pernah
nak bertegur sapa dengan dia? Apa yang Johan dah buat pada kau sampai kau benci
sangat kat dia?” soal Faizam setelah tawanya reda.
Wajah
mencuka Farah dipandang sejenak.
“Aku
tak kata aku benci dia,” jawab Farah acuh tak acuh.
Ditatap
laman rumah yang nampak samar-samar dalam suluhan lampu kalimantang dari
serambi rumah.
“Memanglah
kau tak cakap kau benci dia tapi perangai kau tu dah tunjuk semuanya. Tak baik
kau buat Johan macam tu,” nasihat Faizam pula.
“Eleh,
kau nak kata kat aku. Kau sendiri, kenapa tak pernah nak tegur Johan? Kau
orangkan belajar dalam satu sekolah?” bidas Farah sambil menjeling Faizam.
“Tu
lain. Aku dengan dia tak bertegur sapa sebab tak ada perkara yang babitkan aku
dengan dia kat sekolah. Lagipun kami bukan aje lain kelas tapi lain bangunan
asrama jugak. Masa cuti sekolah aku tak jumpa dia sebab dia jarang balik sini.
Kalau dia balik pun, aku pulak yang tak ada sebab aku balik ke rumah mak ayah
aku.”
“Zam,
kenapa kau tak balik ke rumah mak ayah kau cuti sekolah ni?” soal Farah semula
tiba-tiba.
Sengaja
dia mengalihkan topik perbualan. Tidak mahu perihal Johan dibangkitkan lagi.
“Dia
orang balik Perancis. Nak tengok rumah dia orang kat sana.”
“Habis
tu kenapa kau tak ikut? Bukan ke Perancis tu tempat kelahiran kau? Mesti best kan
dapat tinggal kat luar negara tu?”
“Huh,
buat apa aku ikut. Walaupun tu tempat kelahiran aku tapi bukannya ada apa-apa
yang boleh aku buat kat sana. Buang masa aku aje.”
“Untung
kau Zam. Kecil-kecil lagi dah dapat tengok negara orang. Aku ni nak keluar dari
Pahang ni pun jarang-jarang boleh dapat. Aku bersekolah kat Pulau Pinang tu pun
sebab atuk dan nenek yang suruh. Kalau tak, jangan haraplah dapat jejak negeri
orang,” balas Farah.
Dia
cemburu dengan perjalanan hidup anak muda itu.
“Ala,
aku selalu ke luar negara tu pun sebab mak dan ayah aku tinggal kat Perancis.
Sekali sekala aje dia orang balik ke PJ tu. Mujur atuk dan nenek aku ambil aku
masa kecil dulu. Kalau tak entah apalah yang jadi kat aku. Asyik ikut mak dan
ayah aku berpindah-randah ajelah agaknya. Mengalahkan orang nomad pulak,”
rungut Faizam.
“Tapi
dia orang tetap sayangkan kau Zam. Hampir setiap hari dia orang call tanya
khabar kau.”
“Tu
betullah tapi kadang-kadang aku terkilan sangat. Mak dan ayah aku terlalu
pentingkan kerjaya sampai dia orang terlupa pada kami adik-beradik. Tapi aku
bersyukur sangat sebab abang dan kakak aku tak pernah lupakan aku walaupun
jarak usia kami jauh. Nak harapkan mak dan ayah aku, jangan kata nak datang
sekolah, nak balik rumah sendiri pun tak ada masa,” luah Faizam, kecewa.
“Tak
apalah Zam, sekurang-kurangnya kau masih ada kakak dan abang. Dia orang pasti
takkan biarkan kau macam tu aje,” pujuk Farah lembut.
Teringat
Firdaus Faiziman dan Fatin Fatanah yang begitu menyayangi bukan saja Faizam
malah Farah juga. Kedua-dua adik-beradik Faizam itu sering memberikan Farah
pelbagai hadiah setiap kali berkunjung ke Pulau Pinang. Malah kakak dan abang
susuan Farah iaitu Izrin Putri dan Irwan Putra turut mendapat habuan sama.
“Kau
sendiri Farah, kenapa tak balik ke rumah mak dan ayah kau? Cuti sekolah ni
panjang jugak. Baliklah sana sehari dua.”
Serta-merta
air muka Farah bertukar keruh. Ditunduk kepalanya. Nafas turut dilepas panjang.
“Buat
apa aku nak balik ke sana Zam kalau kelahiran aku pun dia orang tak boleh
terima.”
Sayu
hati Farah setiap kali perkara itu dibangkitkan.
“Kau
tak boleh cakap macam tu. Tak ada ibu bapa yang tak sayangkan anak-anak. Apatah
lagi kau satu-satunya anak perempuan mereka. Kau tak boleh tuduh mereka tak
sayang kau kalau kau tak tahu perkara sebenar,” pujuk Faizam.
Dia
turut mengerti dengan apa yang dirasai gadis itu selama ini.
“Kalau
betul dia orang sayangkan aku, dia orang takkan beri aku pada atuk dan nenek
untuk dibela. Dari aku kecil, dia orang tak pernah ambil tahu pasal aku. Jauh
sekalilah nak jalankan tanggungjawab dia orang. Hanya atuk dan nenek aje
beria-ia nak aku berhubung dengan dia orang padahal mana dia orang pedulikan
aku,” ujar Farah.
Nada
suaranya kedengaran berasa geram dan marah. Geram pada keluarga kandung yang
jarang-jarang ditemui. Marah pada tindakan kedua-dua orang tuanya kerana
membenci kehadirannya di dunia ini.
“Tu
kata kau tapi bukan dia orang. Sama ada kau suka atau tak, kau kena ingat. Dia
orang tetap keluarga kandung kau dunia akhirat. Kau kena jugak jenguk dia orang
walaupun kau sangat bencikan dia orang.”
“Tengoklah
macam mana nanti.”
Farah
malas mahu memanjangkan perkara itu lagi.
“Jangan
esok-esok kau dah nak kahwin baru kau pergi jumpa dia orang,” ujar Faizam
sambil tersenyum lebar.
Farah
pula terbeliak mata.
“Eleh,
kau nak kata kat aku. Kau tu yang sepatutnya kena ingat selalu Zam. Umur
baru setahun jagung ada hati nak fikir pasal kahwin,” tempelak Farah.
“Alah,
apa salahnya kalau aku fikir macam tu? Esok-esok kita tetap akan kahwin kan?
Cuma kita tak tahu dengan siapa kita akan kahwin dan bila semua tu akan
berlaku,” balas Faizam, tidak mahu mengalah.
“Tapikan
Zam, aku rasa antara kita berdua mesti kau yang akan kahwin dulu,” ujar Farah
sambil tersengih nakal.
“Kenapa
pulak?” soal Faizam dengan dahi berkerut.
“Yalah,
kau kan gatal sangat nak ada makwe sekarang. Hah, tu antara tanda-tanda kau
akan kahwin dulu tahu,” balas Farah yakin.
“Kau
ni Farah, mana teori mengarut kau ambil pun aku tak tahulah. Tak masuk akal
betul cakap kau tu,” sanggah Faizam lembut sambil menggeleng.
“Aku
ni bukan gatal nak ada makwe tapi dah perempuan tu sendiri yang curi hati aku.
Jadi bukan salah aku kalau aku jatuh cinta dengan dia. Lagipun, kalau betullah
aku akan kahwin dulu nanti, dengan siapa aku nak kahwin? Macam kau kata
tadilah. Perempuan tu pun belum tentu jadi jodoh aku,” sambung Faizam.
“Alah,
setakat nak cari isteri tak payah pergi jauh-jauh Zam. Kat area sekolah tu pun
dah berderet-deret anak dara yang nakkan kau. Kat kampung ni tak payah cakaplah,
bersepah-sepah. Terdekat, Fiza anak dara Mak Cik Senah. Suka benar dia kalau
cakap pasal kau. Kalau boleh siang malam dia nak cakap pasal kau aje. Kalau
tak, tak adanya dia sanggup mengajar budak-budak perempuan mengaji kat masjid
kampung kita ni semata-mata nak tengok kau selalu. Maklumlah, kau kan mengajar
budak-budak lelaki mengaji kat masjid tu.”
“Hei
kau ni, Farah. Tak ada nama lain ke yang boleh kau sebut hah selain daripada
nama dia? Kembang tekak aku bila ingat pasal perempuan tu.”
“Eleh,
kembang tekak konon. Dahlah Zam, tak payahlah kau nak berdolak-dalik. Satu
kampung ni dah tahu Fiza gilakan kau. Dia dengan kau pun lebih kurang aje
perangainya. Terima ajelah,” giat Farah.
Belum
pun Faizam membalas, kedengaran satu suara menghulur salam.
“Hah,
panjang betul umur minah ni. Baru aje kita sebut-sebut dah muncul kat pagar
rumah. Petanda baik tu Zam,” ujar Farah.
Sempat
dia mengenyitkan mata pada Faizam sebelum bangkit mendapatkan seorang gadis
bertudung labuh di balik pagar.
Faizam
pula terus menarik muka masam. Tidak senang dengan kedatangan tetamu tidak
diundang itu.
“Assalamualaikum
Farah,” sapa Fiza sebaik Farah berdiri depannya.
“Waalaikumussalam.
Oh Fiza rupanya, ingatkan siapalah tadi. Jemputlah masuk,” pelawa Farah sambil
mengerling Faizam.
Faizam
telah mengalih tubuh ke arah lain. Pura-pura tidak perasan dengan kehadiran
gadis itu.
“Lain
kali ajelah ya Farah. Fiza datang ni pun sebab nak hantar kuih tepung talam ni
aje. Mak buat lepas Solat Maghrib tadi,” ujar Fiza sambil menghulur sepinggan
kuih.
Ditunduk
sedikit kepalanya tatkala terperasan kelibat Faizam di laman rumah. Segan
bercampur suka dengan kehadiran anak muda itu di situ.
“Oo...
ya ke? Kuih kegemaran Faizam ni. Mesti dia suka. Terima kasih ya Fiza.”
Hampir
terluah tawa Farah apabila terdengar batuk-batuk kecil Faizam.
Faizam
segera meletakkan semula cawan kopinya. Tersedak mendengar kata-kata itu. Ada
panahan marah dalam jelingannya. Farah pura-pura tidak melihat.
“Tak
apalah Farah, Fiza minta diri dulu. Ada banyak lagi kerja yang Fiza perlu buat
kat rumah tu,” pamit Fiza.
Kembang
hatinya apabila nama Faizam disebut.
“Laa...
awalnya nak balik? Kalau ya pun masuklah dulu,” pelawa Farah lagi.
Sekadar
menggiat Faizam yang semakin kelat wajahnya.
“Tak
apalah, lain kali aje. Fiza balik dulu ya Farah,” ujar Fiza sambil menyua
salam.
Sempat
dia mengerling Faizam yang masih seperti tadi. Bersikap selamba tanpa
mempedulikan kehadirannya.
Farah
menjawab perlahan lalu mendapatkan Faizam.
“Nah,
bakal isteri kau hantar kuih khas untuk santapan ustaz Faizam kesayangannya,”
usik Farah sambil menghulur pinggan pada Faizam yang pantas mengelak.
“Hei,
tolonglah Farah. Bernanah telinga aku dengar kau cakap macam tu tahu!” marah
Faizam sambil bercekak pinggang.
“Farah,
apasal kau kata kat minah tu yang aku suka sangat makan kuih ni hah? Apa kau
fikir aku hadap benar kuih air tangan mak dia ni?” marah Faizam lagi.
Terbeliak
matanya sedang Farah hanya menguntum senyuman.
“Laa...
salah ke aku cakap macam tu? Manalah tahu esok-esok kau berjodoh dengan dia.
Kau jugak yang beruntung. Dapat isteri beragama, cantik lagi. Walaupun dia
hitam manis tapi padanlah dengan kau yang dah tak berapa cerah kulitnya tu,”
jawab Farah selamba.
“Tak
baik tau kau marah-marah kat Fiza. Susah payah dia pergi belajar agama kat
sekolah pondok tu semata-mata nak penuhi ciri-ciri isteri impian kau yang entah
apa-apa tu. Walaupun dia tu dulu seksi orangnya tapi dia sanggup berubah demi
kau. Apa tak cukup baik lagi ke tu Zam?” sambung Farah.
“Aku
tak suruh pun dia berubah untuk aku. Lagipun buat apa dia berubah kalau
bukan sebab ALLAH tapi sebab nak menggatal. Mentang-mentanglah orang kampung
gelar dia ratu cantik kampung kita, dia fikir dia boleh aje mengorat mana-mana
lelaki yang dia suka? Aku tak hairanlah perempuan macam tu. Berlambak lagi
perempuan dalam dunia ni yang boleh aku buat isteri. Lelaki dalam kampung ni
pun ramai yang tergilakan dia. Pilih aje mana-mana yang dia suka,” balas
Faizam, marah.
“Memanglah
ramai lelaki yang nakkan dia tapi masalahnya dia nakkan kau aje.”
“Tu
bukan masalah aku tapi masalah dia. Pandai-pandailah dia selesaikan sendiri.
Eii... minta simpang empat puluh ribu malaikatlah. Daripada aku kahwin dengan
dia, baik aku kahwin dengan anak dara mamak Maidin roti canai kat simpang jalan
besar tu. Hati tak sakit, perut pun kenyang, hidup pun senang,” ujar Faizam
sambil menjeling Farah.
“Kuih
ni, kau tak nak rasa ke Zam? Sedap tau,” ujar Farah sambil mengunjuk kuih
tepung talam.
Sejak
tadi berpotong-potong kuih itu telah selamat berada di dalam perutnya.
“Huh,
daripada aku makan kuih tu lagi baik kalau aku makan biskut kering ni aje. Tak
bernafsu tekak aku dibuatnya bila tengok kuih tu,” cemuh Faizam sambil
menggigit geram biskut kering di tangannya.
“Hisy
kau ni Zam. Kalau pun kau tak suka anak tukang buat kuih ni, janganlah kau hina
kuih kegemaran aku ni. Satu kampung tahu kuih bakal mak mentua kau ni memang
sedap. Kalau tak, dia tak berniagalah kat simpang kampung setiap pagi sebab
semata-mata orang kampung minta dia jual kuih buatannya. Rugi tau kalau kau tak
makan kuih ni Zam,” ujar Farah sambil menggigit baki kuih di tangan.
“Farah,
Faizam, tak habis-habis lagi ke bersembang tu? Dah pukul berapa ni kamu berdua
masih tak masuk ke dalam rumah!”
Laungan
Hajah Aminah dari pintu menyentak kedua-duanya. Baru tersedar yang malam
semakin larut.
“Sudah-sudahlah
bersembang. Dah lewat malam ni.”
Tergesa-gesa
mereka bangun mendapatkannya apabila wanita tua itu kembali bersuara.
“Dari
mana pulak kamu dapat kuih tepung talam ni Farah?” soal Hajah Aminah apabila
terpandang piring kuih di tangan gadis itu.
“Bakal
isteri Faizam yang hantar tadi nek,” jawab Farah sambil tersenyum lebar.
Terus
Faizam merengus sebelum menghilang ke tingkat atas.
“Siapa
pulak bakal isteri Faizam tu Farah?” soal Haji Rahman, hairan.
“Siapa
lagi atuk kalau bukan anak perempuan Mak Cik Senah tulah,” jawab Farah sambil
tersengih nakal.
Dia
kembali mencapai kuih di atas meja setelah melabuhkan punggung di sofa rumah.
Menyambung makan.
“Maksud
kamu, Fiza tu ke?” soal Hajah Aminah sambil menguntum senyuman.
“Haah
nek. Siapa lagi kalau bukan Fiza tulah,” jawab Farah sambil tersengih lagi.
Haji
Rahman dan Hajah Aminah hanya menggeleng melihat tingkah laku Farah.
“Dahlah
tu Farah. Pergi basuh tangan kamu tu. Jangan lupa Solat Isyak sebelum tidur
nanti. Simpan kuih tu. Takkan kamu nak habiskan semuanya malam ni jugak,” suruh
Haji Rahman apabila melihat Farah masih mahu mengunyah walaupun mereka telah
makan bersama di awal malam tadi.
Mengerti
dengan sikap Farah yang digelar telaga buruk oleh Hajah Aminah kerana tidak
memilih makanan mahupun waktu. Namun tabiat itu tidak mampu menaikkan berat
badan Farah yang sejak kecil sedia langsing dan tinggi lampai itu.
“Alah
tuk, sikit aje lagi. Boleh ya?”
Farah
memancing simpati. Kuih di tangan dimakan lagi. Dia tersengih kecil.
“Dah,
dah. Tak payah kamu nak buat muka seposen kamu tu. Kalau nak diikut perut kamu
yang tak pernah tahu erti kenyang tu, alamatnya sampai ke esok pagi pun kamu
tak berhenti-henti mengunyah. Tapi badan tetap macam tu jugak. Sepapan aje,”
sampuk Hajah Aminah sebelum sempat Haji Rahman membalas.
“Alah
nek ni, tak sporting langsung. Bukannya Farah minta pun badan Farah kering
macam ni. Tulah, nenek jugak salah sebab tak bagi Farah makan benda-benda
berzat masa kecil dulu. Sekarang bila badan Farah dah jadi macam ni, nek
salahkan Farah pulak,” rungut Farah lalu bangun mencapai pinggan kuih dan
dulang sebelum menapak ke dapur.
“Ewah
budak ni. Kamu tu yang tak nak makan benda berzat dari kecil, salahkan kita
pulak tak bagi dia makan,” marah Hajah Aminah.
Farah
tersengih kelat. Dia baru mahu melangkah tatkala teringat sesuatu.
“Oh
ya nek, siapa yang nak datang ke rumah kita esok?” soal Farah apabila teringat
pada tetamu yang ditunggu kehadirannya sejak beberapa hari lalu.
“Tunggu
ajelah. Beberapa jam lagi jumpalah kamu dengan tetamu kita tu. Dah, cepat masuk
tidur. Esok nek Umairah kamu kat Kampung Gunung nak buat kenduri. Jangan pulak
kamu lupa nak ke rumahnya tu.”
Farah
mengeluh kecewa dengan jawapan itu sebelum lambat-lambat dia mengangguk.
http://karya-azraaryriesa.blogspot.com/2013/10/bab-11-ketika-hati-bercinta.html