BAB
35“FARAH!”
Farah
tersenyum mendapatkan Julia. Mereka berdakapan seketika.
“Ya
ALLAH Julie, surprise apa yang awak buat ni hah? Terkejut saya bila
baca emel yang awak hantar minggu lepas. Betul ke awak pun study kat
sini?” ujar Farah.
“Betullah
Farah, takkan saya nak main-main pulak,” balas Julia ceria.
“Jadi,
macam mana? Seronok tak dapat tinggal kat London?” tanya Julia.
“Dah
hampir sebulan saya kat sini. Rasanya okeylah. Cuma tulah. Saya belum biasa
dengan suasana dan cuaca kat sini,” jawab Farah.
“Oh
ya Julie. Awak ambil course apa kat universiti?” soal Farah semula.
“Engineering,”
jawab Julia lalu menarik bagasinya.
“Oo...
kiranya awak ambil kursus sama dengan abang Irwan dan Faizamlah.”
“Oh,
iya ke? Hmm... nampaknya terpaksalah saya jumpa budak kampung bodoh tu lagi
ya,” keluh Julia, merujuk kepada Faizam.
Tiba-tiba
dia teringatkan sesuatu.
“Lupa
saya nak tanya. Awak datang dengan siapa ke airport ni? Seorang aje
ke?” soal Julia semula.
“Eh,
taklah. Saya mana berani nak keluar sorang-sorang ke sini. Dahlah tak biasa,
risau sesat pulak. Saya datang dengan Faizam. Dia tunggu kita kat luar
rasanya.”
Farah
sudah memanjang leher. Mencari kelibat Faizam yang ditinggalkan di tempat letak
kereta sebentar tadi.
“What? You
come with him? Oh my God! Hilang terus mood saya bila awak sebut
nama budak kampung tu,” rungut Julia.
Balik-balik
muka budak bodoh tu jugak yang aku kena tengok. Tak ada lelaki lain lagi ke
yang boleh jadi kawan Farah ni? Hati Julia merungut sendiri.
“Kenapa
awak bawa dia Farah? Kenapa tak ajak abang awak atau siapa-siapa yang lain
selain dari dia?” soal Julia, tidak senang dengan keadaan itu.
“Kenapa
apanya pulak? Apa kau fikir aku nak biarkan Farah datang sorang-sorang ke airport ni
semata-mata nak jemput puntianak macam kau ni? Huh, kirim salam!” sergah Faizam
yang tiba-tiba muncul di situ tanpa sempat Farah membalas.
Seperti
Julia wajahnya turut terukir riak masam.
“Excuse
me, kau panggil aku apa? Cuba ulang sekali lagi?” soal Julia sambil mencekak
pinggang.
“Kau
orang berdua tolonglah. Jangan nak buat perangai kat sini pulak. Malulah semua
orang tengok kita,” sampuk Farah cepat-cepat.
Cuba
menghalau ketegangan antara kedua-duanya yang mula membara.
“Bukan
saya yang cari pasal Farah but your boyfriend ni, menyakitkan hati
orang aje kerjanya. Tak tahu nak beradab langsung,” marah Julia sambil
mengunjuk jari telunjuknya ke wajah lelaki itu.
Faizam
segera menepis.
“Hei
puntianak, bukan aku tak beradab tahu tapi kau tu yang kurang ajar! Bongkak tak
tentu hala!” bentak Faizam.
“Dahlah
tu kau orang. Jangan nak bertekak lagi. Jom kita balik sekarang,” pujuk Farah.
Dia
menarik tangan Julia agar melangkah bersamanya.
“Zam,
kau tolong angkat bagasi Julie. Bawa ke kereta ya,” arah Farah.
“Huh,
sendiri punya barang, sendiri angkatlah!” jawab Faizam selamba lalu
meninggalkan kedua-dua gadis itu di belakang.
Julia
baru ingin membalas kata namun Farah segera memintas.
“Kau
ni Zam, tu pun nak berkira ke? Gentlemanlah sikit. Dah,dah. Kau pergi
ambil kereta sekarang. Parking aje kat depan pintu tu. Takkan kau nak biar aku
dengan Julie heret semua beg ni ke tempat parking kereta pulak,” bebel Farah.
Tidak
memberi peluang kedua-duanya untuk terus berlawan kata.
Faizam
hanya mengangguk sebelum segera menghilang dari situ.
“RASA tak
percaya aje saya dan awak kat Massachusetts sekarang. Macam bermimpi pun ada,”
kata Nisda.
Dia
melontar pandangan pada sekumpulan remaja yang ada tidak jauh dari tempatnya
dan Johan berada. Ralit anak-anak muda berkulit putih merah itu bermain bola
tampar di padang itu.
Johan
tidak menyahut. Dia sebenarnya sibuk mencerna ingatannya ketika ini. Melihat
sekelompok anak-anak muda di depannya mengingatkan dia pada Farah. Dia selalu
menjadi penonton setia setiap kali Farah menjalani latihan bola tampar ketika
di zaman sekolah mereka dulu. Tetapi tidak lagi kini.
Farah
telah pergi dari hidupnya. Berada jauh di United Kingdom. Johan terkilan dengan
keadaan itu. Terkilan kerana tidak berpeluang bertemu empat mata dengan Farah
sebelum ke Amerika. Namun dia begitu bersyukur atas kesudian Farah
menghantarnya di lapangan terbang walaupun hanya dari jauh.
Malah
al-Quran berkulit kayu pemberian Farah menjadi hadiah yang paling disayangi.
Saban hari dia membaca kitab suci itu setelah menunaikan Solat Isyak.
Menjadikan ingatannya terhadap gadis itu terus utuh hingga kini.
Tepukan
lembut di bahu menyedarkan Johan daripada lamunan.
“Jauhnya
pergi. Ingat siapa?’ soal Nisda sambil menatap Johan.
“Tak
ada siapa,” jawab Johan, menggeleng sambil tersenyum hambar.
Matanya
kembali diarah ke padang. Bayangan Farah lenyap di situ.
“Iya
ke tak ada siapa? Bukan main jauh awak pergi, takkanlah tak ada siapa pun yang
awak fikirkan.”
Nisda
cemburu namun dia masih mampu mengawalnya.
“Kalau
ada sekalipun Nis, belum tentu orang tu ingat saya. Entah-entah dah lupa
terus.”
Suara
Johan kedengaran kecewa walaupun tidak diluahkan secara terus.
“Boleh
saya tahu siapa yang awak fikirkan?” soal Nisda walaupun telah dapat mengagak
siapa orang yang menganggu minda lelaki itu.
Daripada
tingkah laku Faizam saja, Nisda telah dapat membaca. Namun sengaja dia
bertanya. Mahukan kepastian.
“Biarlah
siapa pun dia Nis, yang penting sekarang kita dah ada kat Massachusetts dan
menjadi tugas kita untuk belajar rajin-rajin mulai hari ni,” ujar Johan, tidak
mahu memanjangkan cerita.
“Jadi,
macam mana dengan universiti awak? Seronok belajar kat situ?” soal Johan
semula.
“Well,
setakat ni semuanya okey. Seronok belajar kat situ walaupun taklah segah
universiti awak,” seloroh Nisda, cuba menutup rasa kecewanya.
“Apalah
yang gahnya dapat belajar kat universiti Harvard tu Nis. Lagi tertekan adalah.
Nak kena belajar rajin-rajin bagi dapat ijazah kelas pertama. Kalau tak malulah
nanti. Nama aje masuk universiti hebat tapi dapat ijazah tak segah
universitinya.”
“Bertuah
awak. Dahlah dapat belajar kat universiti antara terbaik di dunia, ada pulak
kawan-kawan baik awak kat situ. Betullah beruntung.”
“Awak
pun apa kurang Nis. Walaupun kita berlainan universiti tapi masih kat negara
yang sama. Jadi, tak ada masalah kalau nak berjumpa selalu. Tapi tengok keadaan
jugaklah. Kalau saya free bolehlah saya jumpa awak. Kalau tak, good
byeajelah ya,” seloroh Johan dengan menguntum senyuman manis.
“Hmm...
nampaknya kawan-kawan awak dah habis berjoging. Awak aje yang masih duduk kat
sini dari tadi,” ujar Nisda sebaik terpandang teman-teman Johan yang baru
selesai berjoging di padang itu.
“Apa
nak buat Nis. Awak susah payah datang ke sini semata-mata nak jumpa saya.
Takkanlah saya nak biarkan awak duduk sini sorang-sorang pulak,” balas Johan.
Dia
baru selesai membuat dua pusingan larian di padang itu tatkala ternampak
kelibat Nisda di situ.
“Hmm...
tak apalah Nis. Saya minta diri dulu ya. Dah petang ni. Kejap lagi dah nak
Maghrib. Awak pun tentu lewat sampai ke rumah sewa nanti,” sambung Johan.
Dia
terus bangun lalu meregangkan tubuh beberapa kali.
“Jadi,
bila kita boleh jumpa lagi?” soal Nisda sambil menatap lama wajah Johan.
Ada
rasa sayu mengiringi suaranya walaupun tidak dapat ditangkap Johan. Sayu kerana
perlu berpisah dengan lelaki kesayangannya.
“Insya-ALLAH,
kalau ada masa bolehlah kita jumpa lagi nanti. Saya pun teringin jugak nak
tengok universiti awak tu. Tapi bukan sekaranglah. Nanti-nanti bila free,
sampai jugak saya ke situ.”
Johan
memberi salam sebelum bergegas mendapatkan teman-temannya yang berada tidak
jauh dari situ.
Nisda
tersenyum bahagia. Puas rasanya dapat bertentang mata dengan lelaki itu.
Menjadikan rindunya terhadap Johan terlerai sedikit. Dalam hati dia berazam
untuk mendapatkan Johan walau dengan apa cara sekalipun. Itu ikrarnya.
“ZAM, kita
singgah pasar raya kejap sebelum balik rumah,” pinta Irwan Putra sebaik memijak
anak tangga terakhir masjid.
Dia
dan Faizam baru selesai mengerjakan Solat Isyak di masjid berdekatan rumah sewa
mereka. Setiap malam mereka akan ke sana jika punya kelapangan.
Malas
menyahut, Faizam hanya mengangguk lalu menapak.
Rasa
dingin menyelubungi suasana kota London yang mulai sepi seawal malam. Hanya
kedengaran bunyi kenderaan sekali-sekala melewati tempat itu selain beberapa
kedai di tepi jalan yang masih menjalankan operasinya.
Mereka
baru tiba di depan pasar raya tatkala Faizam terpandang seseorang di seberang
jalan. Dalam kesamaran cahaya lampu jalan, matanya masih dapat menangkap
gerak-geri tubuh itu yang bersendirian ketika ini.
Julia?
Apa dia buat kat luar malam-malam macam ni? bisik Faizam dalam hati.
Tidak
senang hati melihat keadaan itu Faizam segera menoleh.
“Wan,
kau balik dulu nanti. Aku ada hal sikit nak buat sekarang,” suruh Faizam.
Dia
bergegas meninggalkan Irwan Putra yang terpinga-pinga melihat tingkah lakunya.
Cermat
Faizam menapak tanpa sebarang bunyi. Mengekori Julia yang hanya beberapa meter
di depan. Tidak perasan dengan kehadirannya di belakang.
Laju
kaki Julia mengatur langkah menuju ke satu arah. Tiba di satu lorong dia
membelok. Ditolak sebuah pintu gelap yang tertutup rapat.
Faizam
turut serta. Sempat matanya mengerling papan tanda pintu itu. Heaven Club?
Faizam kaget. Dia terus melangkah masuk.
Suasana
hingar-bingar kelab memaksa Faizam menekup telinga seketika. Liar matanya
mencari kelibat Julia. Gadis itu hilang di celah-celah manusia yang
terkinja-kinja memenuhi ruang kelab. Menari mengikut rentak muzik yang
terpasang kuat.
Faizam
kembali menapak tatkala terlihat Julia di satu sudut. Ada sesuatu terselit di
celah bibir gadis itu. Menghasilkan kepulan asap putih di sekitarnya.
Julia
merokok? Faizam terkedu sesaat. Dia bergegas mendapatkan Julia. Nyata Julia
terkejut dengan kehadirannya.
“Jom
balik Julia,” ajak Faizam dengan nada tinggi.
Cuba
melawan kebisingan suasana.
Rokok
di celah bibir Julia ditarik Faizam lalu ditenyeh ke bekas. Kemudian ditarik
kasar tangan gadis itu.
Julia
terus menghentak keras.
“Kau
ni kenapa? Tiba-tiba aje tarik aku. Hei, lepaslah budak kampung!” jerit Julia.
Dia
tidak peduli dengan pandangan sekeliling yang majoritinya berbangsa asing itu.
“Ikut
aku balik Julia. Tempat ni tak elok untuk kau,” balas Faizam tegas.
Diheret
Julia tanpa peduli gadis itu terus-terusan meronta. Memaksa gadis itu
mengikutnya sebelum tubuh itu ditolak ke bahu jalan. Agak jauh dari tempat
tadi.
Marah
dengan keadaan itu, Julia menghentak kuat tangan Faizam. Pegangan Faizam di
lengannya terlepas serta-merta.
“Hei
budak kampung! Suka hati akulah nak buat apa pun. Yang kau menyibuk sangat hal
aku ni kenapa?” tengking Julia sekuat hati.
Dia
mencekak pinggang. Turun naik dadanya. Marah pada Faizam yang hanya memberi
reaksi tenang.
“Kau
tu perempuan Julia. Seorang perempuan yang baik takkan menjejakkan kaki ke
tempat yang tak elok macam tu,” ujar Faizam lembut walaupun hatinya mula
diserbu marah ketika ini.
Marah
melihatkan sikap kurang ajar dan biadap Julia.
“Kau
tu siapa yang nak tentukan tempat tu elok ke tak hah? Suka hati akulah nak ke
mana pun. Kalau mak dan ayah aku sendiri tak pernah peduli dengan apa yang aku
buat, kau nak sibuk pulak kenapa? Aku masuk sana pun guna harta akulah,
bukannya aku minta duit kau yang papa kedana tu!” bentak Julia.
Faizam
pula mula merengus. Benci dengan kata-kata angkuh gadis itu.
“Kau
tu orang Melayu Julia, Islam pulak tu. Kalau aku yang lelaki pun tak pernah
terfikir nak masuk ke tempat macam tu, apatah lagi kau yang sememangnya
perempuan. Tak elok kau libatkan diri dalam perkara-perkara macam tu,” nasihat
Faizam lagi.
Nada
suaranya masih kedengaran lembut walaupun ada ketegasan dalam kata-katanya. Dia
cuba mengekang kemarahan yang menunggu masa untuk meletus.
“Hei,
kau tu siapa nak tentukan apa yang patut aku buat apa yang tak? Sedarlah
diri tu sikit. Dasar budak kampung, bodoh serba-serbi. Nilah bangsa Melayu.
Terlalu kolot sampai tak tahu nak nikmati kemajuan dunia langsung.Hei bodoh,
budak kampung macam kau ni memang jenis manusia yang tak ikut peredaran zaman
tahu. Sama taraf aje dengan manusia zaman purba. Terperap kat kampung kotor tu
macam katak di bawah tempurung. Langsung tak tahu nak...”
Pang!
Satu tamparan singgah di pipi sekaligus menghentikan makian Julia. Cukup
memijarkan kulit wajah Julia yang terkejut dengan tindakan refleks Faizam.
Dipandang
Faizam yang telah merah padam wajahnya.
“Apa
kau cakap Julia? Aku ni kolot? Hidup macam di zaman purba? Kalau kau rasa aku
macam tu, yes I am!” tengking Faizam sekuat hati.
Mengecutkan
hati Julia yang tergamam dengan tengkingan tiba-tiba itu.
“Aku
kolot sebab aku tak tahu nak bersikap liar macam kau. Aku kolot sebab aku tak
pernah masuk tempat-tempat jijik macam tu. Aku kolot sebab aku sendiri tak mahu
buat semua tu. Kau tahu sebab apa? Sebabnya aku rela berfikiran kolot dari
berfikiran moden macam kau tu. Sampai tak tahu nak bezakan baik buruk. Sampai
lupa hukum-hakam agama. Sampai kurang ajar dan biadap macam ni sekali!” jerkah
Faizam, melepaskan marah yang telah naik ke urat kepala.
“Apa
kau fikir dengan pakai pakaian mengalahkan pelacur ni dah kira moden? Hei
Julia! Dengan pakaian yang kau yang macam orang telanjang tu dan sikap kau yang
terlebih biadap ni, kau tu dah tak ubah macam perempuan jalang kat jalanan tahu
tak?” bentak Faizam lagi.
Kasar
jari telunjuk Faizam menunjal dahi Julia yang telah tertunduk kaku. Terkedu
dengan sergahan lelaki itu.
“Kau
bangga sangat dengan harta kekayaan yang kau ada kan? Hah, beritahu aku. Dari
mana kau dapat semua harta benda tu? Dari mana kalau bukan dari keluarga kau
yang siang malam bertungkus lumus memerah keringat demi melihat anak tak
guna macam kau ni hidup senang-lenang. Sedangkan setiap saat anak derhaka dia
orang ni menghabiskan segala harta yang ada demi memuaskan nafsu sendiri.
Huh,
konon! Kau bangga dengan kekayaan kau? Hei Julia, kekayaan apa yang kau ada
sebenarnya hah? Cuba kau beritahu aku. Harta apa yang kau ada sampai kau
bongkak macam ni hah? Harta benda yang melimpah ruah? Semua tu milik keluarga
kau. Harta ilmu? Ilmu kebendanya yang kau ada? Kalau betul kau ni jenis manusia
berilmu, kau takkan pergi ke tempat-tempat jijik macam tu.
Harga
diri? Maruah? Kau masih ada ke semua tu kalau aku tak heret kau keluar dari
situ tadi? Ke memang kau dah tak ada semua tu sebelum ke situ lagi? Kalau
mahkota yang paling berharga bagi perempuan tu pun kau tak boleh jaga, apa lagi
yang kau ada untuk dibanggakan hah? Beritahulah!” tengking Faizam lagi.
Dia
benar-benar menyinga. Diusap rambutnya beberapa kali sambil merengus keras.
“Selama
ini, Farah selalu cerita perkara-perkara baik tentang kau. Walau pun aku payah
nak percaya tapi aku tetap dengar demi menjaga hati Farah. Dan malam ni, kau
dah buktikan yang segala tanggapan buruk aku terhadap kau selama ni betul
belaka. Kau memang perempuan yang tak berguna Julia.
Aku
tak marah bila kau kata aku kolot tapi kesal sebenarnya. Terlalu kesal kerana
perempuan sebaik Farah mendapat kawan sehina kau. Aku kesal kerana membantu manusia
yang tak pernah tahu bersyukur dengan apa yang dia miliki. Aku kesal kerana
bantu kau Julia. Aku kesal!” tengking Faizam keras sambil memandang sekilas
Julia yang telah jatuh terjelepuk di bahu jalan.
Julia
hanya menunduk tanpa sepatah kata. Terkedu sungguh dia dengan luahan berbisa
lelaki itu.
“Kau
dengar sini baik-baik Julia. Selama ni aku tak kisah malah aku tak pernah
halang Farah berkawan dengan sesiapa pun yang dia suka. Tapi tidak kali ni. Aku
tak mahu kau rosakkan Farah macam kau rosakkan diri kau. Mungkin kau kaya
dengan harta benda tapi kau sebenarnya tak sedar yang kau tu miskin.
Miskin
adab sopan, miskin adat resam, miskin agama. Ingatlah Julia, tak ada manusia
yang lebih hina dalam dunia ni melainkan mereka yang tak ada pegangan agama. Tak
guna kau berharta setinggi gunung pun kalau agama sebesar biji sawi pun kau tak
ada,” ujar Faizam lagi sebelum terus meninggalkan tempat itu.
Tidak
menoleh walaupun sekali pada Julia yang masih tertunduk. Ada air mata kesal
melimpah di pipi Julia sejak tadi. Gadis itu menangis!
http://karya-azraaryriesa.blogspot.com/2013/10/bab-35-ketika-hati-bercinta.html