BAB
37
“BOLEH aku
duduk?”
Faizam
yang sejak tadi ralit menulis sesuatu di buku tersentak. Terkejut dengan
kemunculan Julia yang entah bila berdiri tidak jauh darinya.
“Eh,
du... duklah,” jawab Faizam tergagap-gagap.
Dihala
tangan ke arah bangku batu di depannya.
Perlahan-lahan
Julia melabuhkan punggung di situ.
“Maaflah
kalau aku ganggu kau,” ujar Julia memulakan kata.
Terasa
kekok untuk memulakan bicara setelah apa yang berlaku.
“Eh,
mana ada kau ganggu. Aku pun bukannya buat apa, just salin semula
nota yang diberi pensyarah kita dalam kelas tadi,” balas Faizam, kembali
tenang.
“Julia,
aku minta maaf. Aku betul-betul menyesal dengan apa yang aku dah buat malam tu.
Aku sebenarnya tak berniat pun nak buat macam tu tapi tak tahu kenapa tiba-tiba
aje aku naik angin. Aku betul-betul minta maaf Julia. Aku nak jumpa kau tapi
aku rasa malu. Yalah, mana tahu kau masih marahkan aku. Maafkan aku ya Julia,”
ucap Faizam sungguh-sungguh dan kesal.
Matanya
tertancap sejenak di pipi gebu gadis itu. Masih berbekas tamparannya di situ
walaupun lebamnya telah kurang. Menjadikan Faizam terus-terusan diburu rasa
bersalah dan kesal.
“Bukan
silap kau semua tu berlaku. Sepatutnya aku yang minta maaf. Aku kata
macam-macam pada kau malam tu. Memang betul apa yang kau cakap. Aku memang
kurang ajar, biadap sangat. Aku terlalu bangga dengan apa yang aku ada sampai
aku jadi bongkak dan sombong pada orang lain. Tapi aku dah sedar sekarang. Aku
memang layak dapat semua tu. Kalau aku kat tempat kau pun mungkin aku jugak
akan buat tindakan sama. Hanya itu aje caranya untuk sedarkan orang bongkak macam
aku ni. Aku harap kau sudi maafkan aku,” balas Julia terketar-ketar.
Kepalanya
ditundukkan sedikit. Seumur hidupnya, inilah kali pertama dia merendahkan diri
meminta maaf. Selama ini hanya orang lain saja yang sering memohon maaf
walaupun dia yang bersalah. Kerana itu dia segan menatap wajah Faizam. Segan
dengan tingkah laku buruk yang pernah ditunjukkannya sebelum ini.
Faizam
menghela nafas. Rasa bimbang masih menyelubungi hatinya ketika ini. Bimbang
andai Julia masih tidak dapat memaafkannya. Namun melihatkan riak suram Julia
membuatkan dia tidak mahu lagi mengungkit tentang itu.
“Okey,
kita sama-sama dah minta maaf. Jadi boleh aku anggap kita seri sekarang?” balas
Faizam.
Dia
memandang Julia yang kembali mengangkat kepala.
“Tak
ada lagi pertengkaran antara kita mulai hari ni?” soal Faizam meminta
kepastian.
Mahu
memulakan hubungan baru dengan Julia.
“Kalau
kau sudi maafkan aku,” balas Julia.
Dia
mulai tenang tatkala melihat senyuman di bibir Faizam.
“Jadi,
kawan?” Faizam bersuara lagi.
Senyumannya
mekar tatkala Julia mengangguk pantas.
“JADI macam
mana Farah? Jadi tak kau ikut aku balik ke California cuti semester nanti?”
soal Balkis sambil memandang Farah yang berbaring di sisinya.
“Jadi
tu jadilah tapi tak menyusahkan kau ke nanti?” soal Farah ragu-ragu.
“Kenapa
pulak kau tanya macam tu?”
“Yalah,
semua perbelanjaan aku ke sana kau yang tanggung. Tak ke tu menyusahkan kau
aje,” ujar Farah, risau.
Tersenyum
Balkis mendengar kata-kata itu.
“Kau
ni Farah. Apa salahnya kalau aku tanggung semuanya pun. Lagipun aku bukannya
guna duit sendiri tapi duit ayah aku. Dia yang beria-ia suruh aku balik ke
California. Daripada aku balik seorang lebih baik kau ikut sekali. Ada jugak
teman sepanjang aku kat sana nanti,” balas Balkis sambil turut merebahkan tubuh
di sisi Farah.
“Balkis,
kalau aku tanya kau sesuatu, kau marah tak?” soal Farah.
Dia
memandang Balkis yang membalas tenang pandangannya.
“Kau
nak tanya apa?”
Farah
terdiam sekejap.
“Betul
kau langsung tak ada hati pada Faizam?” soal Farah lambat-lambat.
Bimbang
kiranya pertanyaan itu menyinggung perasaan sahabatnya itu.
“Kenapa
kau tanya macam tu?” soal Balkis.
Farah
menghela nafas.
“Aku
sayangkan kau dan aku jugak sayangkan Faizam. Aku tak mahu apa-apa yang buruk
berlaku antara kau orang berdua. Aku kasihankan Faizam. Dia betul-betul
cintakan kau. Kalau betul pun kau tak ada hati kat dia, aku minta kau
berilah dia peluang untuk berkawan dengan kau walaupun sekali,” ujar Farah
sedikit merayu.
Balkis
mengeluh berat.
“Aku
bukan tak mahu berkawan dengan dia tapi entahlah. Dari kecil aku tak pernah
berkawan dengan lelaki selain dari saudara-mara dan pekerja-pekerja atuk aku.
Jadi bila tiba-tiba aje Faizam muncul, aku rasa lain sangat. Kena pulak dia
jenis yang terlalu direct. Main terjah aje kalau nak buat apa-apa pun. Lagilah
aku tak selesa,” luah Balkis buat pertama kali akan isi hati dan berterus
terang.
“Jadi
sebab tu kau tak boleh terima Faizam selama ni?”
Lambat-lambat
Balkis mengangguk.
“Bukan
sebab tu aje. Aku sebenarnya tak suka cara dia pandang aku. Tajam macam nak
makan orang. Aku tahulah aku susah senyum. Bukan macam dia, tersengih aje dua
puluh empat jam. Tapi janganlah pandang aku macam tu. Aku tak sukalah,” rungut
Balkis.
“Kalau
kau perasan Balkis, dengan kau aje dia bersikap macam tu tau. Dengan orang lain
mana ada dia buat macam tu,” balas Farah sambil tersenyum.
“Kenapa
pulak?” soal Balkis, hairan.
“Sebab
Faizam kata dia suka tengok muka kau yang susah senyum tu. Lain dari orang
lain. Dia kata muka kau akan bertambah cantik bila kau senyum tapi tulah. Susah
benar dia dapat tengok kau senyum,” ujar Farah lagi.
Balkis
hanya merengus halus. Sedikit sebanyak kata-kata itu berjaya menggembirakan
hatinya. Gembira Faizam masih sudi menatap wajahnya walaupun dia sedar yang
sejak mereka tiba di London beberapa bulan lalu lelaki itu seakan-akan mahu
menjauhkan diri. Seolah-olah kewujudannya tidak lagi disenangi Faizam. Dia
tertanya-tanya sendiri dengan keadaan itu.
Baru
kini Balkis sedar. Ada sesuatu di hatinya buat Faizam.
Walaupun
dia masih tidak pasti dengan maksud kewujudan sesuatu itu namun dia dapat
merasainya sejak Faizam mula tidak mempedulikannya.
“Balkis,
malam esok kau free tak?”
Soalan
Farah menghilangkan lamunan Balkis.
“Kenapa?”
“Aku
nak ajak kau tengok wayang.”
“Tengok
wayang?”
Farah
mengangguk kecil.
“Sebenarnya,
Faizam ajak aku tengok wayang malam esok. Dia dah beli tiga keping tiket
semalam. Jadi aku terfikir nak ajak kau sekali. Boleh ya Balkis?”
“Kenapa
pulak tiba-tiba aje Faizam nak ajak kau tengok wayang?”
Ada
nada cemburu yang terpalit dalam suara Balkis walaupun tidak terkesan melalui
riak wajah.
“Alah,
kau sendiri pun tahu kan? Sejak bulan lepas Faizam dah start buat
kerjapart time kat restoran orang Pakistan kat tengah bandar raya tu.
Semalam dia dapat gaji pertama. Jadi dia nak belanjalah aku tengok wayang.
Yalah. Nak ajak orang dia sayang, orang tu jual mahal pulak. Nak tak nak
terpaksalah dia bawa bestfriend dia ni aje.”
Farah
terjerit kecil apabila Balkis terus mengetip lengannya. Dia tertawa suka.
“Jadi,
kau ikut kita orang nanti ya? Boleh ya Balkis? Please,” rayu Farah.
“Faizam
suruh kau ajak aku ke?” soal Balkis.
Farah
menggeleng.
“Tapi
aku beritahu dia yang aku nak bawa teman baik aku sekali. Apa pulak kata orang
tersayang dia kalau tahu aku keluar berdua aje dengan dia nanti. Nanti tak pasal-pasal
dia cemburu pulak.”
Farah
tertawa semula tatkala satu lagi cubitan Balkis hinggap di lengannya.Malu
Balkis apabila diusik begitu.
“Boleh
ya Balkis? Aku betul-betul harap kau ikut kami sekali. Please, kalau bukan
untuk Faizam, untuk aku. Itu pun kalau kau anggap aku sahabat baik kau dunia
dan akhirat,” ujar Farah lagi sambil mengerdip mata beberapa kali pada
sahabatnya itu.
“Wah,
tu dah dikira mengugut.”
Farah
tertawa semula.
“Boleh
ya Balkis,” pinta Farah lagi apabila Balkis hanya mengunci mulut.
Dicuit
beberapa kali lengan Balkis sambil tersengih-sengih. Dia bersorak girang
apabila perlahan-lahan Balkis mengangguk. Gembira dengan penerimaan gadis itu.
“HAI Zam.”
Langkah
Faizam terhenti. Dia berpusing tubuh lalu tersenyum.
“Assalamualaikum
Julia,” ucap Faizam lembut.
“Waalaikumussalam,”
balas Julia sambil tersenyum kelat.
Malu
ditegur begitu. Diatur langkah beriringan Faizam.
“Lambat
kau ke kelas hari ni,” ujar Faizam sambil mengerling wajah Julia.
“Biasalah
aku. Bangun awal pun habiskan masa dengan bermekap dulu. Kalau tak, tak
cantiklah nanti,” balas Julia.
Dibetulkan
sedikit kedudukan kemeja yang dipadankan dengan skirt pendek di tubuhnya.
Sempat dia menjeling Faizam.
Faizam
hanya menyarung t-shirt berkolar dan berseluar slek hitam. Sebuah beg
kulit disangkut silang di tubuhnya. Ringkas namun kelihatan kemas.
“Kalau
tak mekap pun kau dah cukup cantik Julia,” balas Faizam lembut.
“Mana
kau tahu aku dah cukup cantik kalau tak mekap? Memandai ajelah kau ni.”
Kening
Julia terangkat sedikit mendengar kata-kata ikhlas itu.
“Dah
memang kau cantik, nak kata apa lagi. Kalau kau tak mekap pun ramai lelaki yang
gilakan kau. Mekap tu hanya menutup segala kecantikan asli yang kau ada. Dahlah
buang masa, buang duit lagi,” balas Faizam selamba.
“Iya
ke?” soal Julia.
Faizam
mengangguk kecil.
“Zam!”
Panggilan
seseorang mengalihkan wajah mereka ke belakang.
“Kau
buat apa kat sini Farah?” soal Faizam sebaik Farah berdiri di depannya.
“Kenapa?
Tak boleh ke aku masuk kawasan fakulti ni?” cebik Farah.
“Tak
adalah macma tu. Kau tak ada kelas ke sekarang ni?”
“Aku
ada kelas sejam lagi. Aku ke sini sebab nak jumpa kau dan abang Irwan,” ujar
Farah sambil menarik keluar sesuatu dari celah buku di tangannya.
“Aku
nak bagi ni,” ujar Farah sambil menghulurkan sekeping penanda buku.
“Untuk
apa ni Farah?” soal Faizam.
Namun
tetap disambut huluran itu.
“Happy
Friendship Day my bestfriend!” ucap Farah sambil tersenyum lebar.
Faizam
menepuk dahi.
“Ya
ALLAH Farah. Aku terlupalah nak buat satu untuk kau. Sorry sangat-sangat.”
Faizam
mengeluh halus. Kesal.
“Alah,
tak apa. Kau bagi aje kat aku tahun depan tapi aku nak double tahu.
Ganti untuk tahun ni punya,” gurau Farah.
“Dan
ni yang untuk awak Julie. Happy Friendship Day ya,” ucap Farah sambil
menghulurkan sekeping penanda buku pada Julia.
Terkejut
Julia dengan pemberian itu.
“Untuk
saya pun ada jugak? Thanks Farah,” ucap Julia.
Dia
tidak sangka akan mendapat juga hadiah kecil itu.
“Mestilah
Julie. Awakkan kawan saya jugak. Semua kawan-kawan saya akan dapat penanda buku
ni setiap tahun sempena Friendship Day,” balas Farah sambil tersenyum
lagi.
Dipaling
tubuhnya pada Faizam yang sedikit ralit membelek pemberiannya.
“Oh
ya Zam, jadi tak kau keluar dengan aku malam ni?” soal Farah.
Faizam
mengangguk kecil.
“Apa
pulak tak jadi. Kita berdua aje ke nanti?” soal Faizam semula.
Penanda
buku pemberian Farah diselit ke dalam beg sandangnya.
“Tak,
kita keluar bertiga nanti,” jawab Farah sambil tersenyum lebar.
“Siapa
lagi seorang yang nak ikut tu?” soal Faizam sambil berkerut dahi.
“Adalah,
kau akan tahu jugak nanti,” balas Farah, tidak mahu berterus terang.
“Hey guys,
kau orang cakap pasal apa ni? Kau orang nak keluar ya malam ni? Aku ikut
boleh?” sampuk Julia sambil memandang kedua-duanya silih berganti.
“Minta
maaf Julie. Saya tak boleh ajak awak malam ni. Next time aje kita
keluar ya. Malam ni just for me, Faizam and somebody,” balas
Farah segera.
Terus
Julia menarik muncung.
“Ala,
kenapa tak boleh pulak?” tanya Julia sedikit merajuk.
“Adalah
sebabnya Julie. Saya tak boleh beritahu sekarang tapi Insya-ALLAH kalau ada
masa nanti saya beritahu awak ya,” pujuk Farah.
“Kalau
macam tu, awak temankan saya pergi shopping petang ni ya Farah?”
Muncung
Julia kembali memanjang apabila Farah mengeleng perlahan.
“Ya
ALLAH Julie, saya minta maaf sangat-sangat. Petang esok bolehlah. Tak pun apa
kata awak ajak aje Faizam temankan awak nanti? Dia pun bukannya ada apa nak
dibuat. Kau tak kerja kan hari ni Zam?”
Farah
mengalihkan pandangan pada Faizam semula.
“Kalau
kau tak kisah, aku boleh temankan tapi jangan lama-lama ya. Aku tak suka buang
masa begitu aje,” balas Faizam.
Sempat
dia memberi peringatan.
“Okey.
Kalau macam tu petang nanti kau temankan aku shopping ya,” ujar
Julia.
Dia
tersenyum girang apabila Faizam pantas mengangguk.
“Jadi
kau orang, aku minta diri dulu. Aku nak pergi jumpa dia orang yang lain pulak.
Zam, jangan lupa tau malam nanti,” pamit Farah.
Sempat
dia mengingatkan Faizam tentang temu janji mereka pada malam nanti.
Faizam
mengangguk. Dia kembali menapak bersama Julia.
“Kau
orang nak pergi mana malam nanti Zam?” soal Julia.
“Tak
ke mana pun. Just tengok wayang. Lepas tu pergi makan. Itu ajelah.”
“Siapa
lagi seorang yang nak ikut tu?”
Faizam
mengangkat bahu.
“Entah
Farah tu, tak nak beritahu pulak. Tak tahulah siapa yang dia nak bawa nanti,”
ujar Faizam, benar-benar tidak tahu.
Dalam
diam Faizam berharap Balkis walaupun dia pasti gadis itu tidak sesekali akan
mengikut mereka. Walaupun hatinya masih terluka dengan peristiwa di KOMTAR
beberapa bulan lalu namun jauh di sudut hati rasa cintanyamasih menebal buat
Balkis. Tidak pernah terluak walaupun seinci. Faizam mengeluh perlahan tanpa
sedar.
“Kau
dan Farah memang rapat sangat kan Zam?”
Pertanyaan
Julia menghambat pergi lamunan Faizam. Dia mengangguk kecil.
“Memang
kami rapat Julia. Sangat rapat hingga tak ada rahsia antara kami.”
“Habis
tu kenapa kau orang tak bercinta aje? Bukan ke tu lebih baik? Kau orang kan dah
saling memahami antara satu sama lain,” luah Julia akan kemusykilan yang telah
lama bersarang di benaknya.
Faizam
pula terus meletuskan tawa.
“Nak
bercinta apanya Julia. Aku dengan Farah tu dah macam adik-beradik. Cuma tak
sama mak dan ayah aje. Memanglah kami rapat sangat tapi aku tak pernah terfikir
pun nak bercinta dengan dia. Jauh sekalilah nak kahwin dengan dia,” jelas
Faizam.
“Kau
tahu Julia. Kadang-kadang bersahabat tu lebih indah dari bercinta. Sebab dengan
bersahabat kita boleh terima orang tu seadanya dia. Tak ada batasan antara kita
dengan dia kecuali batasan adab dan agama. Lainlah pulak kalau bercinta. Semua
aspek kita kena jaga sebab kita mudah terasa hati kalau orang yang kita cinta
tu lukakan hati kita walaupun hanya untuk perkara remeh,” ujar Faizam lagi.
“Dahlah
Julia. Malas aku nak cakap lagi pasal ni. Jomlah masuk kelas sekarang. Nanti
tak ada tempat duduk pulak,” sambung Faizam.
Dia
terus menapak sedikit pantas.
Julia
hanya mengikut.
http://karya-azraaryriesa.blogspot.com/2014/05/bab-37-tak-sangka-aku.html