Bab 2

            Haris Raslan Raffi. Umurnya 5 tahun lebih tua dariku. Kali pertama bertemunya, hatiku sudah terpaut. Ketika itu aku baru Tingkatan 3. Dia sahabat baik dan sekelas dengan abangku, Rich. Aku ingin menjadi sahabatnya juga. Masihku ingat bagaimana aku sentiasa cuba membuntuti mereka ke sana ke mari. Sentiasa mencari alasan agar mereka membawaku bersama bila keluar berjalan. Walaupun abangku juga sering mencari alasan untuk tidak membenarkan, namun dengan kuasa airmata dan bantuan Mama, dia sentiasa kalah dan terpaksa beralah. Mama sentiasa menjadi senjata paling ampuh buatku. Seronok bila mengenangkan semuanya mudah suatu ketika dahulu.

            Berwajah kacak dan berkarisma. Dia anak kepada pemilik syarikat perabot terkenal di Kuching. Ia sekaligus menjadikannya sentiasa popular di sekolah. Semua orang ingin mengenali dan menjadi sahabatnya. Termasuklah aku. Tapi, perbezaan umur menyebabkan aku tidak dapat mengikut setiap rentaknya. Maklumlah masing-masing punya aktiviti dan waktu yang berbeza. Selain itu, perasaan malu pula mula menebal bila usia makin meningkat dan tanpa disangka aku perlahan-lahan hilang dari radarnya. Aku hanya melihatnya sekali sekala apabila abangku membawanya bertandang ke rumah dan kadang kala bertemu di majlis di sekitar Kuching. Namun itu tidak menghalang aku daripada terus menyimpan perasaan padanya. Pernah sekali aku cuba melupakannya namun setelah mengetahui bahawa dia sudah kembali single, perasaanku yang tidak pernah hilang itu kembali menggunung. Hanya Hana yang tahu perasaanku pada Haris. Hana sahabat baikku itu sanggup menyambung Diploma di Universiti yang sama demi menyokong aku mengejar cinta. Walaupun hanya seuniversiti dengannya untuk satu semester dan gagal medekatinya, sekurang-kurangnya aku sudah mencuba. 

“You are late.” Itu ayat pertama yang keluar dari mulut Rich sebaik sahaja berdiri betul-betul di hadapanku. Tiada senyuman darinya untukku hari ini.

I know and I’m sorry. I promise it won’t happen again.” Ujarku cuba mempertahankan diri.

Oh I believe you.” Ucapnya sambil menjungkit bibir. Itu menandakan dia langsung tidak percaya dengan janjiku itu.

I cakap I janji, okay.” Jawabku sambil memuncungkan bibir. Geram bila abangku sendiri tidak mempercayai kata-kataku. “Oh ya, Mama minta you call dia nanti.” Tambahku apabila teringat pesanan Mama pagi tadi.

“This is workplace Reia. Mama tak boleh tolong you kat sini.” Komen Rich sambil mengeleng-gelengkan kepala. “I don’t know whether you doing your internship here is a good idea or not. Don’t make me regret this, please.” Tambahnya lagi membuatkan aku terkebil-kebil tidak percaya dia sanggup mengeluarkan kata-kata seperti itu padaku.

“I can’t believe you say that.” Ucapku perlahan, suaraku kedengaran sedih walau pada pendengaranku sendiri. Spontan wajahnya berubah. Wajah kelatnya tadi berubah memandangkanku dengan lembut. Dia menarikku beberapa langkah menjauh dari kumpulan yang sedari tadi hanya memerhati dan mendengar perbincangan kami.

“Okay, I’m sorry for what I say. Please don’t cry. Just promise me, you’ll be on time after this. You adik I, tapi ni tempat kerja. You have to behave accordingly.” Lembut Rich memujukku sambil meletakkan tangannya di kepalaku. Seolah memujuk anak kecil.

“I promise.” Janjiku dengan suara sayu namun tersenyum di dalam hati apabila mendengar Rich mengeluh.

“Okay. I believe you now.” Ucapnya sambil menepuk belakangku dengan lembut membuatkan aku tersenyum lebar. Air mata yang bersedia untuk bekerja tadi juga sudah kembali kering. Tidak menyangka strategi yang sering aku gunakan sejak dari kecil itu masih berkesan sehingga kini.

“Did you do that on purpose?” Soalnya apabila melihat senyumanku belum padam. “You did, didn’t you?” Soalnya lagi, cuba membaca reaksiku.

“Do what?” Soalku sambil mengerdip-ngerdipkan mata. Cuba membuat wajah comel namun menerima pandangan skeptikal daripadanya.

“Did you see that?” Soalnya sambil memandang Haris. “I told you. She is still the same.” Komennya lagi membuatkan bibirku terasa memuncung dengan sendirinya. Bunyi ketawa kecil yang kedengaran membuatkan aku sedar bahawa perbincangan kami tadi mempunyai beberapa orang saksi. Aku menoleh melihat Hana dan Isaac yang masing-masing cuba menahan tawa.

“I’m glad I don’t have a sister.” Balas Haris. Memandangku beberapa ketika sebelum mengelengkan kepalanya.

“What is that supposed to mean?” Soalku pula. Aku memandang keduanya silih berganti, meminta jawapan. Perbualan kami nampaknya menghiburkan hatinya. Buktinya senyuman kecil yang hadir di bibirnya masih belum menghilang. Walaupun kelihatan sinis namun ia masih mampu mencairkan jiwaku. Oh Haris, andai saja kau tahu betapa senyumanmu mampu membunuhku.

“Reia, you tak berubah langsung kan.” Komennya sambil merenungku dari atas ke bawah dan automatik pipiku terasa panas. Stupid, Stupid blush ujarku dalam hati. “Got to go. I see enough. Lunch is on me.” Ucapnya kepada Rich sebelum memandangku sekilas sambil tersengih dan mengeleng-gelengkan kepala. Hmm, nampak mencurigakan.

“What’s so funny?” Soalku penuh tanda tanya.

“Ask your brother.” Jawabnya sebelum mengalihkan pandangan ke arah Hana dan Isaac yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati. “Enjoy your first day at work everyone. See you around.” Tambahnya sebelum melangkah pergi meninggalkan kami.

“Tell me.” Pintaku pada Rich sebaik sahaja Haris menghilang dari pandanganku.

“Trust me, you don’t want to know.” Ujarnya.

“Just tell me, please.” Rayuku lagi.

“Haris nak tahu sama ada you dah berubah atau still acting like a child. So I let him see for himself.” Terang Rich membuatkan mulutku melopong. “I hope that answer your question.” Tambahnya sambil ketawa melihat reaksiku. Hana dan Isaac juga tidak ketinggalan tumpang seronok di sebelahku. Padanlah Haris asyik tersengih sepanjang aku dan Rich berbual tadi. Rupanya dia ada agenda tersendiri. Ya Tuhan, jatuh sudah sahamku.

“Enough with this talk, let’s go to my office now.” Ucapnya sebelum membawa kami ke pejabatnya.

 

******************************

            Begitulah hari pertamaku di Everlast Holdings berlalu. Abangku, Rich yang merupakan Head of Human Resources Department di syarikat itu telah mengagihkan tugasan kami bertiga. Cukup mengecewakan apabila mengetahui bahawa aku dan Hana akan ditempatkan di jabatan yang berbeza dengan penyelia yang berbeza sepanjang tempoh kami membuat praktikum di sini. Kami hanya akan berpeluang menghabiskan waktu rehat bersama. Itu perkara baru bagiku. Keakrabanku dengan Hana boleh dikira seperti belangkas, di mana ada Hana di situlah ada aku. Sempat kami berdua membuat muka, kecewa tidak ditugaskan di jabatan yang sama. Rich pantas menyatakan sebab mengapa dia berbuat demikian dengan alasan yang tidak mampu kami sangkal.

“Inilah realiti alam pekerjaan. Korang harus bersedia menurut arahan pihak atasan.  Kena bersedia belajar sesuatu yang baru, berdikari serta berkawan dengan orang baru. Macam mana nak dapat pengalaman baru kalau asyik berkepit dengan orang yang sama je.” Ujarnya. “Lainlah kalau korang bekerja di syarikat sendiri, bolehlah buat peraturan sendiri.” Tambahnya sinis. Dia mengeleng melihat reaksi aku dan Hana. “Bila masanya nak matang kalau tak nak belajar dari sekarang.” Ucapnya lagi sambil menghantar pandangan tidak gembiranya padaku.

“Kenapa sebut tentang ‘matang’, jeling pula?” Soalku tidak puas hati.

“Sebab you yang paling nampak tak matang antara korang berdua.” Balas Rich membuatkan aku mendengus. Hana menepuk-nepuk bahuku menyampaikan simpatinya. Dia nampaknya sudah menerima hakikat bahawa kami terpaksa mengikut arahan itu. Isaac pula nampaknya sudah bersedia menempuh cabaran alam pekerjaan ini. Dia tersengih melihat aku dan Hana disekolahkan oleh Rich.

“Satu hal lagi. Tiada orang dalam syarikat ni yang perlu tahu you adik I. I boleh percayakan korang kan?” Soalnya. Hana dan Isaac mengangguk.

“Why?” Soalku hairan.

“I tak nak mereka bagi you layanan istimewa kalau tahu you adik I. Tak adillah untuk Hana dan Isaac. You kena belajar dapatkan sesuatu atas usaha you sendiri.” Jelasnya membuatkan aku mengangguk. Sejujurnya, aku juga tidak mahu itu berlaku. “Lagipun tak nak you rosakkan reputasi baik I.” Tambahnya kemudian sekaligus membuatkan aku membulatkan mata tidak percaya.

“Richhh.” Ucapku geram.

“Sorry. I main-main je.” Ucapnya dalam sengihan. “But please Reia no more lateness. Try to be punctual like Hana and Isaac. Dalam kerja, disiplin tu penting.” Tegasnya lagi. Aku mengangguk, sedar ia memang kesalahanku.

              Seterusnya kami diminta ke jabatan yang telah ditetapkan untuk menerima tugasan daripada penyelia masing-masing. Memandangkan aku dan Hana mengambil jurusan Pentadbiran Perniagaan, jadi kami berdua akan ditempatkan di pelbagai jabatan secara bergilir-gilir sepanjang enam bulan ini. Menurutnya, skop jurusan kami agak luas, maka kami berdua akan diberikan peluang merasai pengalaman bekerja di pelbagai jabatan yang berkaitan.  Berbeza pula dengan Isaac yang hanya akan ditempatkan di jabatan IT sepanjang tempoh latihan ini memandangkan bidangnya mengkhusus pada Teknologi Maklumat. Kami hanya berpisah setelah berjanji untuk keluar makan tengah hari bersama nanti.

 

***********************************

               Aku mencuri pandang ke dalam ruang pejabat jabatan pemasaran itu sebelum perlahan-lahan menolak pintu kaca dan memasukinya. Inilah antara sebab aku ingin ditempatkan di jabatan yang sama dengan Hana. Masuk ke tempat baru yang penuh dengan wajah baru sering membuatkan aku tidak selesa. Namun aku cuba memberanikan diri dan tersenyum pada wajah pertama yang aku lihat berada di meja paling depan dalam pejabat itu. Aku bersyukur wanita berambut pendek paras bahu itu turut membalas senyumanku.

“Yea, cari siapa?” Soalnya.

“Hai, saya Reia. Encik Richard arahkan saya jalani latihan praktikal di jabatan ni mulai hari ini.” Jelasku dan melihat dia mengangguk faham. “Saya perlu lapor diri pada siapa ya?” Soalku.

“Oh hai Reia, saya Sara. Salah seorang pegawai pemasaran kat sini.” Ujarnya mesra. Aku tersenyum padanya. Perlahan-lahan rasa kekok tadi menghilang melihat keramahannya. “Pengurus jabatan ni, Encik Firdaus. Jom saya tunjukkan pejabatnya.” Ajaknya.

“Terima kasih Cik Sara.” Ucapku sambil mengekorinya. Sara mengetuk pintu pejabat yang sedia terbuka itu dan aku melihat seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40an di dalamnya.

“Encik Firdaus. Student praktikal kita dah sampai.” Jelas Sara memperkenalkan kami. Ternyata Encik Firdaus, pengurus jabatan itu juga seorang yang peramah. Sedikit sebanyak ia membuatkan aku merasa kehadiranku diterima di situ. Selepas berbincang sebentar bersama Encik Firdaus, aku dibawa melawat ruangan pejabat itu. Aku diperkenalkan kepada beberapa orang kakitangan yang kebetulan berada di pejabat ketika itu. Sebuah meja kosong bersebelahan meja kerja Sara telah dipilih untuk dijadikan sebagai ruang kerjaku.

                  Memandangkan hari ini adalah hari pertamaku, maka aku hanya diminta untuk membaca fail dan dokumen berkenaan jabatan itu sahaja. Kata Encik Firdaus, ia penting untuk memberikan aku sedikit gambaran tentang tugasan yang bakal aku laksanakan nanti. Memang tiada tugasan berat, namun memandangkan badanku belum terbiasa dengan jam kerja, aku tetap pulang ke rumah dengan badan yang lesu. Mama dan Papa sempat ketawa melihat keadaanku.

                  Selesai makan malam aku terus ke bilik, ingin tidur awal untuk mengelakkan kejadian lewat pagi tadi berulang kembali. Sebelum melelapkan mata sempat mindaku menerawang kembali kepada Haris. Hanya sekali itu aku berpeluang bertemunya sepanjang hari pertamaku di sana. Dan pertemuan pertama itu langsung tidak seperti yang aku harapkan. Nampaknya tanggapan dia padaku masih sama. Aku harus menukar taktik jika ingin dia tertarik padaku. ‘Demimu Haris, aku rela berubah.’ Bisik hatiku nakal, sebelum aku hanyut dibawa lena.

 

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh