Aku membelek-belek dokumen yang sudah dicetak itu. Memastikan tiada sebarang ralat. Setelah berpuas hati, aku mengumpulkannya bersama dengan fail yang perlu kubawa ke bilik mesyuarat sebentar nanti.
“Reia, you tahu mana rumah parents I kan?” Soal Haris mengejutkanku. Aku mengurut dada sambil menghantar pandangan tidak puas hati padanya. Geram disergah tiba-tiba.
“Well hello boss, good morning to you too.” Ucapku sinis.
“You’re calling me boss, tapi you tak hormat I pun kan.” Komen Haris membuatkan aku tersengih sendiri.
“Sorry…Tu lah siapa suruh main sergah-sergah. Nasib baik I tak ada sakit jantung tau.” Jawabku cuba mempertahankan diri. “And to answer your question. I rasa I tahu mana rumah parents you. Been there with Rich once.” Tambahku. Sebetulnya aku pernah ke rumah keluarganya suatu ketika dahulu. Aku ingat lagi, itu kali pertama Rich setuju membawaku bersamanya ketika majlis sambutan hari lahir Haris yang ke-21. Selepas tahu dimana lokasinya, aku terkadang sengaja memandu di sekitar perumahan mewah itu setelah berjaya mendapatkan lesen memandu beberapa tahun kemudian. Aku ingin memastikan lokasi rumah itu tidak akan pudar dari ingatanku. Apa salahnya ambil tahu lokasi rumah ‘bakal mentua’, bak kata Hana yang sering menjadi penemanku melawat kawasan itu suatu ketika dahulu. Bahkan Hana sendiri juga telah memilih sebuah rumah bersebelahan dengan rumah keluarga Haris sebagai rumah bakal mentuanya. Bila difikirkan kembali memang lucu, tapi berangan kan percuma. Jadi apa salahnya.
“Good then, sebab I nak you ke sana ambilkan laptop I. Tertinggal semalam.” Arahnya.
“Tapi bukan kita ada meeting dengan Lanscape team kejap lagi ke. I tak perlu ikut?” Soalku inginkan kepastian.
“Takpe nanti I minta Sheena ambil minit mesyuarat dan pass kat you bila you sampai. Okay?”
“Beres boss.” Jawabku sambil membuat tabik hormat padanya dan tersenyum lebar apabila melihat dia mengelengkan kepalanya. “Sekarang ke?” Soalku lagi.
“Sekaranglah, kalau esok I pun boleh pergi sendiri.” Jawabnya membuatkan aku mencebik.
“Yelah, I pergi sekarang. Don’t miss me too much okay.” Usikku mengundang senyum nipisnya.
***************************
Aku berjalan meniti laluan pejalan kaki di tengah-tengah taman bunga menuju ke pintu depan rumah mewah 2 tingkat itu. Menekan loceng dan menunggu beberapa minit sebelum pintu rumah itu terbuka. Aku tersenyum sebaik sahaja bertentang mata dengan seorang wanita yang anggun bergaya berusia hampir separuh abad itu.
“Yea, nak cari siapa?” Soalnya sambil tersenyum membalas senyumanku.
“Selamat pagi Puan, saya Reia, PA Encik Haris.” Ujarku memperkenalkan diri.
“Oh ya, Haris ada telefon tadi. Nak ambil laptopkan? Masuklah dulu.” Pelawanya.
“Tak apa Puan saya tunggu sini je.” Tolakku sambil tersenyum manis apabila melihat dia merenungku lama.
“You look familiar. Kita pernah jumpa ke sebelum ni?” Soalnya.
“Oh, saya adik Richard, kawan baik Encik Haris. Saya pernah ke sini juga dulu, temankan Rich masa birthday anak Puan. Mungkin Puan nampak saya masa tu.” Terangku cuba membantunya mengingati.
“Adik Rich rupanya, patutlah cantik. Macam Rich juga, Handsome.” Pujinya setelah berjaya mengembalikan ingatannya, membuatkan aku tersipu-sipu sendiri. “Jomlah masuk, kita borak-borak sekejap. Panggil Aunty Mel je, tak payah berpuan-puan.” Ujarnya sambil tersenyum mesra membuatkan aku serba salah.
“Sorry Aunty Mel, lain kali yea. Reia takut bos marah nanti.” Tolakku lembut.
“Jangan risau, nanti Aunty inform Haris. Jomlah, teman Aunty breakfast.” Tambahnya, mengerti dilemaku. “Masuklah, buat macam rumah sendiri.” Ajaknya sambil tersenyum lembut. Andai sahaja Aunty Mel tahu bahawa aku sudah lama menganggap rumah mereka ini sebagai rumah bakal mentuaku pasti dia tidak akan mengucapkan ayat itu padaku.
“Cantiknya rumah Aunty.” Komenku kagum. Aku memerhatikan sekeliling rumah yang kelihatan cukup indah dan menenangkan itu. Ruang tamunya dilengkapi dengan perabot mewah dan dihias dengan gaya yang cukup simple tapi menarik.
“Ni hasil kerja Harislah ni.” Jawab Aunty Mel sambil tersenyum. “Inilah baiknya bila suami pereka perabot dan anak pula pereka hiasan. Aunty cuma fikirkan konsep, mereka dua beranak yang jadikannya kenyataan.” Jelasnya lagi tersenyum senang.
“Untungnya Aunty.” Ulasku sambil mengekorinya ke meja makan. Dia mencapai dua cawan kecil dan membuka tudung saji di depannya. Memandangkan jug berisi air teh panas itu berada dekat denganku jadi aku mengambil inisiatif menuangkan air teh itu ke dalam kedua-dua cawan sebelum menghulurkan satu kepada Aunty Mel.
“Dah lama Reia kerja dengan Haris?” Soalnya kemudian.
“Baru empat bulan lebih Aunty. Reia sebenarnya buat praktikal saja kat sana.” Jawabku.
“Oo Reia belajar lagi?” Soalnya ingin tahu.
“Yea Aunty, habis praktikal ni Reia ada satu semester akhir sebelum graduate.” Jelasku. Ibu Haris mengangguk faham. “Sedap karipap dan kuih bingka ni. Aunty Mel buat sendiri ke?” Soalku sambil memerhatikan kuih bingka dan karipap gebu enak berintikan kari kentang yang leka kujamah itu.
“Ha’a.” Jawabnya sambil tersenyum lembut. “Ni antara kuih favourite Haris dan Babanya. Jadi Aunty belajar untuk buat sendiri.” Tambahnya membuatkan aku mengangkat kepala. Ini maklumat baru bagiku. Mungkin ia akan berguna suatu hari nanti.
“Mesti bestkan pandai masak.” Ucapku dan mendengar tawa kecil Aunty Mel.
“Aunty sebelum kahwin dulu pun masak simple-simple je. Tapi lepas kahwin, Aunty jadi surirumah sepenuh masa, jadinya bila Aunty boring, Aunty rajinkan diri ikut kelas masakan. Inilah antara hasilnya.” Cerita Aunty Mel. “Reia macam mana. Pandai masak?” Soalnya kemudian membuatkan aku tersipu-sipu sendiri.
“Reia pandai makan je Aunty. Mama dah lama ban Reia daripada memasak.” Terangku.
“Eh kenapa pula?” Soalnya penuh tanda tanya.
“Nak dijadikan cerita, Reia suka makan kek. Jadi suatu hari tu, Reia minta Mama belikan kek. Tapi Mama terlupa. Reia sedih sangat jadi Reia tekad nak buat sendiri. Reia ikut resepi dan tutorial dari Youtube untuk buat cheese cake. Tapi lepas bakar kek tu kat oven, Reia naik bilik dan tertidur. Reia tak ingat langsung tentang kek tu dah. Reia terbangun pun lepas dengar family Reia kecoh kat dapur. Rupanya, Reia terlupa nak alihkan adunan kek ke dalam loyang kek. Jadinya bekas plastik yang Reia gunakan untuk adun kek tu tadi mencair dalam oven. So kek tak jadi dan oven Mama pula rosak. Sejak dari hari itu, Mama memang tak berani biarkan Reia seorang kat dapur. Bahaya katanya.” Ceritaku sambil tersenyum malu dan mendengar Ibu Haris tergelak kecil. Kisah itu suatu ketika dahulu memang amat menyedihkan. Ia merupakan detik-detik hitam yang sering membantutkan niatku untuk belajar memasak. Namun kini, mengingatinya seringkali membuatkan aku ketawa sendiri.
“Maaf Aunty tergelak. Aunty faham kejadian macam tu memang boleh buat kita rasa fobia. Tapi tak mustahil suatu hari nanti Reia boleh atasi rasa takut tu.” Ujar Ibu Haris memberikan kata-kata perangsangnya.
“Tak apa Aunty. Dulu tiap kali ingat balik peristiwa itu memang Reia sedih, tapi sekarang Reia rasa lucu pula.” Jelasku sambil tersengih sendiri.
“Oh ya, memandangkan Reia orang yang paling dekat dengan Haris di pejabat sekarang ni, Aunty nak tanya. Reia perasan tak apa-apa perubahan pada anak Aunty tu?” Aku mengerutkan dahi mendengar soalannya itu. “Reia tahu tak kalau-kalau Haris ada girlfriend?” Soalnya menyebabkan jantungku berdebar. “Bukan apa, Aunty nampak dia lebih ceria sekarang ni. Dulu Aunty tak boleh sentuh pun topik girlfriend dengan dia. Tapi semalam bila Aunty tanya, dia jawab ‘tunggu je, nanti dia kenalkan’. Itu yang Aunty positif dia sedang bercinta ataupun sedang mengenali seseorang sekarang ni.” Terangnya bersungguh. Betapa aku berharap yang andaiannya itu tidak benar. Mungkinkah Haris sedang bercinta ketika ini? Ya, jika diikutkan Haris memang kelihatan agak lain kebelakangan ini. Dia lebih mesra berbanding Haris yang kukenali beberapa bulan yang lepas. Dia tidak setegas Haris yang dulu, dan aku juga berasa lebih selesa untuk bergurau dengannya kini. Mungkinkah itu penyebabnya? Mungkinkah dia menjadi lebih mesra kerana sedang bahagia bercinta? Siapakah saingan baruku itu?
“Sorry Aunty, Reia tak perasan pula. Kalau kat pejabat memang tak ada rasanya. Atau mungkin juga Reia terlepas pandang.” Jawabku jujur dan melihat wajahnya berubah suram.
“Yelahkan, Aunty lupa. Haris tak mungkin campur urusan kerja dengan soal peribadinya. Mungkin juga mereka hanya berjumpa di luar.” Ulasnya berfikir sendiri. Entah kenapa tiba-tiba nama Yasmin menerpa di mindaku saat mendengar andaian itu. Mungkinkah?
“Mungkin juga Aunty. Bos selalu ada lunch meeting dengan seorang wanita dari Miramar. Reia ingatkan client tapi mungkin juga itu lunch date bukannya lunch meeting. Sebab bila Reia tanya sama ada kena ikut atau tak, Bos jawab tak perlu dan dia jarang balik office lepas meeting tu.” Ujarku menyuarakan rasa curiga yang hanya bermain dimindaku selama ini. Serta merta aku melihat wajahnya kembali berseri.
“Siapa?” Soalnya teruja.
“Yasmin.” Berat rasanya menyuarakan itu, namun senyuman yang mekar di bibirnya membuatkanaku tahu bahawa itu adalah tindakan yang betul. Mungkin aku sudah boleh perlahan-lahan menerima hakikat bahawa Haris memang bukan untukku. “Tapi Reia tak pasti sama ada mereka ada hubungan atau tak. Reia agak je.” Jelasku lagi, enggan wanita itu terlalu berharap.
“Takpe, sekurang-kurangnya Aunty tahu, anak Aunty tu sudah mula buka hatinya untuk bercinta lagi.” Ujarnya sambil tersenyum nipis. “Aunty tak kisah siapa pun dia, asalkan dia mampu membahagiakan Haris, Aunty akan terima. Aunty tahu dia masih salahkan Aunty atas kegagalan cinta pertama dia dulu.” Tambahnya lagi dan terdiam sebentar seolah mengingati sesuatu. Aku hanya mendengar, enggan mengulas. “Maaf Aunty terbuka cerita lama pula.” Ujarnya lagi dan aku mengangguk faham. Aku merenung jam tanganku. Terkejut melihat jam sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi. Tidak sedar bahawa aku sudah terlalu lama berada di situ. Aku mencapai telefon bimbitku dan melihat pesanan WhatsApp daripada Haris.
Hariz_da_bozz: Where are you? 10.00am
“Sorry Aunty, Reia kena gerak dulu. Bos dah cari ni.” Jelasku dan melihat dia perlahan-lahan mengangguk.
“Terima kasih temankan Aunty borak. Lain kali datanglah lagi.” Pelawanya sambil tersenyum. Dia bangun dan mengambil Tupperware dan mula mengisi kuih di dalamnya. “Nanti Reia tolong bagi ni pada Haris ya.” Pesannya sambil menyerahkan tupperware itu padaku. “Kalau ada apa-apa perkembangan tentang Haris nanti, informlah Aunty.” Pesannya lagi. Dalam terpaksa, aku mengangguk.
****************************
Perjalanan ke pejabat yang mengambil masa hampir sejam itu memberikan aku peluang untuk berfikir. Berpeluang berbicara dengan ibu Haris tentang kisah cintanya walau tidak secara terperinci telah memberikan aku satu sudut pandangan yang baru. Menerusi Rich,aku tahu sedikit tentang kisah cinta Haris. Bahkan aku juga pernah bertemu dengan bekas kekasihnya, Bia Natasha suatu ketika dulu. Meminatinya dari jauh sejak sekian lama membuatkan aku sering mengambil tahu akan perkembangannya. Aku tahu yang selepas putus cinta sejak hampir 5 tahun yang lalu, dia telah berubah menjadi Haris yang dingin dan tidak semesra Haris yang membuatkan aku terpesona seawal usia remajaku. Namun, perasaan sukaku padanya tidak pernah pudar, bahkan kian menebal kini setelah berpeluang bekerja dekat dengannya.
Namun aku juga tidak boleh menolak kemungkinan Haris sudah mula membuka kembali hatinya seperti tanggapan ibunya sebentar tadi. Jika difikirkan memang dia sudah berubah menjadi lebih mesra berbanding hari pertama aku bertemunya 5 bulan yang lepas. Dia sudah tidak sedingin dulu. Siapapun wanita yang berjaya memasuki hatinya itu, aku amat mencemburuinya dan pada masa yang sama gembira dia mampu melakukan itu. Walaupun berat namun aku bertekad untuk mula mengundurkan diri jika benar dia sudah berjumpa dengan orang yang mampu membuka kembali hatinya sekaligus membahagiakannya. ‘Bye-bye my crush’ bisik hatiku sayu.