“Kenapa Haris pandang I macam tu?” Bisik Hana. Awal dia menghubungiku pagi tadi. Memberitahu yang dia akan pulang ke Kuching hari ini memandangkan hubunganku dengan Haris sudah pulih seperti biasa. Dia datang menghantar sebahagian lagi barang-barangku yang tertinggal di suite yang aku kongsikan dengannya sebelum ini. Aku menoleh lagi kepada Haris yang buat-buat sibuk menilik handphonenya.
“He is trying to not kill you.” Jawabku pendek sambil menjegilkan biji mata kepada Haris yang kebetulan mengangkat kepala, seolah mendengar bisikkan kami. Dia berpura-pura tidak faham dan berani pula bertanya ‘what?’ melalui isyarat bibirnya. Aku hanya mengeleng kepala melihatnya tingkahnya itu.
“What? Why.. What did I do?” Soal Hana perlahan. Memastikan soalan itu hanya diterima oleh telingaku sahaja.
“Soalan yang tepat adalah ‘apa yang you tak buat Hana?’” Ujarku sambil merenungnya. Dia berfikir sebentar sebelum tersengih panjang.
“You found out I blocked him?” Aku mengangguk “Itu je ke?” Soalnya lagi. “You’re being mean to me. I cuma nak lindungi you. Can’t you see?” Ucap Hana cuba mempertahankan tindakannya. “For your information, I don’t regret what I did. I do more than that if he ever hurt you again.” Ucapnya serius.
“I tahu. And for that I love you.” Ucapku jujur. “But I tak rasa Haris have the same feeling.” Tambahku membuatkan Hana membesarkan biji matanya.
“Why?” Bisiknya lagi sambil menoleh pada Haris sekilas.
“I terlepas cakap. Haris tahu you yang aturkan janji temu I dengan Isaac and... I told him about the ‘revenge dress’ too. Which is, your idea.” Hana memandangku seolah tidak mengenal bahawa akulah yang berada di depannya ketika ini. Itu menandakan dia betul-betul tidak percaya aku sanggup memasukkannya ke dalam mulut harimau.
“God Reia. Why would you tell him that?” Soalnya lagi. “Sekarang I menyesal biarkan dia tahu mana nak cari you.” Tambahnya geram.
“What do you mean?” Soalku hairan.
“Rich bagitahu I yang Haris macam orang gila cari you. So I decide to end his misery. Before you ask, Isaac also part of the plan.” Ujarnya mengejutkanku. “I cuma nak pastikan Haris tahu apa yang dia nak.” Tambahnya, sekaligus menjawab segala persoalanku.
“Betul cakap Haris, you kadang-kadang memang menakutkan Hana.” Ulasku membuatkan dia tersengih panjang.
“Tapi plan I menjadi kan?” Soalnya dan aku mengangguk. “So just be happy with the result.” Tambahnya lagi. “Apapun, I kena gerak sekarang before your husband kill me with his eyes. Meet me outside. Okay.” Putusnya sebelum cepat mengangkat punggung. Sempat dia mengucapkan bye kepada Haris walaupun tidak berbalas sebelum keluar dari villa itu menuju ke arah pantai.
Aku mengalihkan pandanganku kepada Haris yang masih lagi duduk di tempat yang sama. Seolah tiada apa yang berlaku.“You.” tegurku sedikit keras membuatkan dia mengangkat kepala. “You’re making my best friend uncomfortable. That is so not cool Haris.” Ucapku sambil merenungnya tajam. Geram pula melihat dia memandangku dengan wajah penuh tanda tanya seolah-olah tidak tahu apa yang aku maksudkan.
“What? I tak buat apa-apa pun.” Dalihnya.
“Exactly. You did nothing. Not even saying hi or bye. You just look at her with your venomous stare. That is so not cool bro.” Balasku. Sengaja menggunakan perkataan yang tidak digemarinya untuk menyampaikan mesejku padanya.
“God baby, I can’t help it okay.” Ucapnya mempertahankan diri. “And will you stop calling me bro, please. Do I need to proof to you that I’m far from a brother to you? Kalau itu yang you nak, I’m always ready, baby. You just need to say the word.” Jawabnya sambil tersenyum nakal membuatkan aku tersenyum sinis memandangnya.
“None of that, honey. Don’t even dream of it selagi you tak minta maaf pada Hana.” Ugutku membuatkan senyum di bibirnya pelahan-lahan menghilang.
“You tak rasa ke hukuman you tu terlalu berat?” Soalnya pantas.
“Not at all. Kalau tak ada Hana, I tak tahu apa jadi dengan I sekarang ni. She been here with me, taking care of me, cheer me up every day, pastikan I makan …” Jawabku hanyut dalam memori duka semalam. Dari ekor mataku aku melihat Haris bangun dari duduknya. Aku tahu dia sedar aku maksudkan kata-kata itu.
“I’m so sorry baby.” Potongnya tiba-tiba. Sepantas itu dia menarikku ke dalam dakapannya. "I’m sorry for putting you in that state. My jealousy make me forget that I’m so indebted to her. I will go and apologize now. You wait here okay.” Ucapnya sambil melepaskan kucupan di dahiku. Dia membiarkan aku melabuhkan punggung di sofa sebelum melangkah keluar ke arah pantai.
******************************
“Baby, Hana is waiting for you outside.” Tegur Haris, mengusik lamunanku.
“Should I worry? Are things okay between the two of you?” Soalku bertalu. Manakan tidak, hampir sejam juga Haris di luar. Kalau ikutkan hati, ingin saja aku mengekori mereka. Menyaksikan sendiri apa yang terjadi. Memastikan tiada perbalahan terjadi di antara mereka.
“Jangan risau. Semuanya okay. Go now, she have a flight to catch later on.” Gesanya lagi. Aku bangun dan melangkah ke arah laluan menuju ke pantai. Tidak sabar menemui Hana. Aku tertanya-tanya apakah yang mereka bualkan sebegitu lama. Aku cuma berharap semuanya baik-baik sahaja. Pasti situasi akan menjadi janggal jika dua orang yang aku sayangi ini bermasam muka.
“Should I worry? Haris tak bagitahu I apa-apa tadi.” Soalku setibanya di depan Hana. Melabuhkan punggungku di sebuah lagi daybed yang diletakkan di bawah pohon kelapa itu.
“He apologizes. The rest you should ask your husband. I cuma nak bagitahu yang I nak check out dah.”Jelas Hana.
“Will you be okay on your own?” Soalku bimbang.
“Jangan risau. Nanti Isaac hantar I.”Jawabnya melegakanku.
“That’s good. Please tell him I say hi and I’m sorry about yesterday.” Pesanku pada Hana.
“Don’t worry, I dah cakap dengan dia semalam. He understand. Dia doakan kebahagiaan you.” Jawapan Hana membuatkan aku tersenyum. Isaac adalah sahabat yang baik. Kalau boleh aku mahu kekalkan hubungan persahabatan dengannya.
“Glad to hear that.” Ucapku.
“Stop worrying, Reia. Everything is fine. Just enjoy your holiday, okay. We will talk again later.” Nasihatnya lagi. “Call me once you are back in Kuching. Kita keluar dating berdua. Nanti you boleh bagitahu I macam mana you jinakkan Haris sampai dia ikut je cakap you. I need all the juicy details for my future references.” Tambahnya lagi sambil tersenyum membuatkan aku ketawa.
“I will.” Janjiku. “Thanks Hana. You are the best.” Tambahku sambil menariknya ke dalam pelukan. Dia seorang sahabat yang semua orang pasti impikan. Betapa bertuahnya aku memiliki dia sebagai teman baikku.
“I know I am.” Ucapnya membuatkan aku ketawa. “Bye for now. Call me anytime you need me okay. But I doubt you would as you already got your Haris back.” Usiknya lagi sebelum mengatur langkah meninggalkan aku yang hanya menghantar langkahnya menggunakan ekor mata. Aku hanya mengalihkan perhatian setelah Hana menghilang dari pandanganku. Melihat air laut menghempas pasir di tepian pantai. Melihat pohon-pohon kelapa yang menghiasi tebingan pantai itu menari-nari ditiup angin. Cukup menenangkan. Dapatku rasakan senyuman di bibirku. Kini setelah hubunganku kembali baik dengan Haris, semuanya terasa mudah. Benar kata orang tanpa tekanan, lebih mudah rasanya menikmati hidup. Betapa aku bersyukur detik hitam itu telah pun berlalu dari hidupku. Betapa aku berharap ianya tidak akan berulang kembali.
Tidak ramai orang di pantai ketika itu. Mungkin kerana hari ini masih hari bekerja. Jadi hanya orang yang betul-betul bercuti sahaja berada di sini. Sesekali angin nakal meniup rambutku yang panjang. Tanganku leka menyisipkan rambut di telingaku. Menyesal pula tidak mengikat rambut sebelum ke pantai tadi. Tidak sempat berfikir kerana terlalu risau memikirkan apa yang Haris dan Hana bincangkan. Risau jika keduanya enggan berbaik semula.
“Sorang je. Boleh saya temankan?” Soal suatu suara menghentikan monologku. Aku mengangkat wajah, melihat seorang jejaka tampan sedang berdiri betul-betul di hadapanku. Hanya berbaju t-shirt dan berseluar pendek. Mungkin bersedia untuk mandi atau menikmati aktiviti pantai. Dia tersenyum sambil menjingkitkan sebelah keningnya meminta jawapan.
“Tengah tunggu suami saya.” Jawabku pantas sambil sengaja menyisipkan rambutku menggunakan tangan kiri agar cincin kahwin yang tersarung di jari manisku jelas terlihat. Senyumannya perlahan-lahan pudar.
“Ingatkan single lagi. Saya perhatikan awak sorang-sorang dari tadi lagi. Maaf kalau saya buat awak tak selesa.” Ucapnya tidak lagi kedengaran cuba mengurat. Aku tersenyum memandangnya sambil mengangguk. Tahu dia ikhlas memohon maaf. “Saya Rashdan.” Dia memperkenalkan diri.
“Everything okay here?” Soal Haris yang tidakku sedari kemunculannya itu secara tiba-tiba. Mematikan perbualan kami. Dia meletakkan sebelah tangannya di bahuku. Seolah menyampaikan mesej kepada Rashdan. Aku mengangkat wajah, menghadiahkan senyuman padanya.
“Everything is fine, sayang. This is Rashdan. Rashdan ni suami saya.” Aku memperkenalkan mereka apabila melihat wajah Haris yang serius. Enggan dia memikirkan yang bukan-bukan. “Dia cuma bertanya.” Terangku. Namun, wajah kacak Haris masih lagi kelat tidak tersenyum memandang Rashdan yang kelihatan serba salah itu.
“Maaf, saya minta diri dulu ya. Kawan-kawan saya dah tunggu tu.” Ucap Rashdan sebelum cepat-cepat berlalu pergi ke arah sekumpulan anak muda yang sakan ketawa memerhatikannya.
“What did he want?” Soal Haris apabila Rashdan dan kumpulannya tidak lagi kelihatan.
“Nothing important, sayang. Dia nampak I duduk sorang-sorang kat sini, so dia nak tahu kalau dia boleh temankan I.” Jawabku dan melihat dia mendengus. “I told him directly that I’m waiting for my husband. I indirectly show him this too.” Jelasku sambil mengangkat tangan kiriku di depannya. “Lepas tu you sampai and you know the rest.” Tambahku lagi.
“You know his name.” Komennya tidak puas hati.
“But he doesn’t know my name.” Balasku sambil merenung matanya. Ingin dia tahu aku tidak merahsiakan apa-apa daripadanya. Perlahan-lahan dia tersenyum menandakan dia yakin dengan jawapanku.
“I’m sorry, baby. I cuma tak suka tengok mana-mana lelaki cuba dekat dengan you. I just don’t trust them around you.” Akuinya membuatkan aku tersenyum.
“It’s okay. You nampak cute bila cemburu.” Usikku membuatkan dia mengerutkan dahinya. “I just want you to control your jealousy. Tak semua lelaki yang dekat dengan I ada maksud tersembunyi. Plus you are the only one I want.” Ucapku cuba mengurangkan rajuknya.
“I think me and the word cute are not supposed to be in the same line. I bukan budak kecik.” Komennya membuatkan aku ketawa.
“Tapi you selalu cakap I cute. I bukannya budak kecik.” Bidasku pula.
“You are my baby. You always look beautiful and cute in my eyes.” Ucapnya bersungguh. Manis kata-katanya membeli hatiku. Makin kuat tawaku jadinya.
“I rasa you angau ni.” Ulasku dalam tawa. Aku ingat lagi bagaimana aku sentiasa gila bayang melihatnya dulu. Asyik terbayang-bayang wajahnya tidak kira masa. Sentiasa mengagumi ketampanan, pencapaian dan apa sahaja yang berkait dengannya. Akhirnya penyakit itu berjangkit juga kepada Haris. Memang itu yang aku harapkan.
“Is that a bad thing?” Soalnya sambil mengerutkan dahi. Mungkin hairan kerana aku masih lagi seronok ketawa ketika dia sedang meluahkan isi hatinya.
“Not at all. I’m just glad, sayang.” Ucapku sekaligus membuatkan dia tersenyum senang.
“Let me.” Ucapnya tiba-tiba sambil membetulkan rambutku yang kembang menari ditiup angin sebelum menarik seutas gelang getah dari tangan kanannya dan mengikat rambutku.
“Oh honey, you’re so sweet.” Ucapku terharu dengan perbuatannya. Pantas aku menghadiahkan ciuman lembut di pipinya. Dia membalas dengan kucupan di dahiku.
“Jom. I think it’s time to feed you. Let’s go and have our early lunch.” Ajaknya sambil menghulurkan tangannya yang kusambut dengan gembira.