Home Novel Cinta Seseorang Seperti Dia
Bab 21

               Aku berdiri di hadapan cermin. Memastikan evening dress yang aku kenakan itu sesuai dan memberikan keselesaan padaku. Aku tersenyum saat melihat kegembiraan yang terpancar di wajahku ketika itu. Dress labuh off shoulder berlabuci dan berenda campuran warna putih dan warna tembaga pilihan Haris itu berjaya membuatkan aku nampak anggun. Sesuai sekali dengan tema majlis makan malam yang akan kami hadiri nanti.

“You look like an Angel, baby.” Puji Haris sambil memelukku dari belakang. Aku tersenyum bahagia saat mata kami bertentangan. Jantungku terasa berdetak kencang melihat pandangannya yang seolah menyampai seribu perasaannya itu.

“My darling husband look so handsome too.” Ujarku mengagumi keindahan di depan mata. Dia tersenyum sebelum menghadiahkan sebuah ciuman lembut di kepalaku. “You like it?”  Soalku sambil berpusing-pusing lagi di depannya.

“I love it, baby. I rasa macam jatuh cinta sekali lagi.” Jawabnya membuatkan aku ketawa kecil. Gembira mendengar pengakuannya itu.

“I’m glad. I love you.” Ucapku sepenuh hati.

“I love you too.” Balasnya membuatkan senyumanku melebar. “You are lucky that tonight event is so important, kalau tak I rather stay and ravish you all night.” Usiknya membuatkan aku tersipu-sipu sendiri.

“Don’t tempt me, sayang. I really want to go and watch you win that tender.” Balasku yakin.

“Thanks baby. Now let’s go and win that tender together.” Ucapnya juga yakin. Aku tahu dia sedikit gementar untuk mengetahui siapa yang akan memenangi tender syarikat besar dari Kuala Lumpur itu. Sudah menjadi tugasku sebagai isterinya untuk sentiasa mengingatkan bahawa dia juga punya peluang yang sama dengan pesaing lain untuk menang. Atau mungkin lebih berpeluang kerana aku sendiri sudah tahu bagaimana pasukannya bekerja dan sehingga tahap mana yang mampu mereka capai.


***********************************


            Aku dan Haris beriringan memasuki ruang ballroom Hotel yang dihias cukup indah itu. Dekorasi yang cukup menarik sesuai dengan acara yang diadakan malam itu. Haris sabar memimpin aku menuju ke meja yang akan menjadi tempat kami sepanjang majlis malam ini. Terletak di bahagian hadapan ruangan itu memandangkan Haris kini merupakan antara nama usahawan muda yang sedang meniti era kegemilangannya. Hasil kerjanya semakin mendapat tempat di kalangan pemain industri. Nama syarikatnya yang dulunya hanya bernaung di bawah nama syarikat ayahnya juga mula dikenali. Dan sebagai isterinya, aku amat berbangga dengan pencapaian insan yang sudah hampir setahun menjadi suamiku itu. Aku telah menjadi saksi bagaimana dia berhempas pulas untuk mencapai kejayaan yang dia kecapi hari ini.

“Haris Raslan Raffi. Long-time no see.” Tegur suatu suara mematikan langkah kami.

“Nor Farid Hazim.” Balas Haris sambil menyambut huluran tangan lelaki yang menurut perkiraanku sebaya dengannya itu.

“Farid je. Berapa kali I nak bagitahu you yang ‘Nor’ tu terlalu feminin untuk I yang macho ni.” Ujarnya berseloroh disambut tawa kecil dari Haris. “Now tell me. Who is this beautiful lady?” Soalnya kemudian sambil melirik padaku yang sedari tadi hanya tersenyum dan menjadi pemerhati.

“Oh ya, I lupa nak kenalkan. This is my lovely wife, Reia Ellana. Reia, kawan I Nor Farid. Dia ni salah seorang pengurus projek syarikat Warisan. Syarikat yang anjurkan majlis ni.” Ujar Haris.

“I terlupa yang you dah kahwin. Nice to meet you Reia. Call me Farid. Just Farid.” Ujarnya memperkenalkan diri.

“Nice to meet you too, Just Farid.” Balasku dengan senyuman.

“Wow, she is just like you. What a combination.” Ujar Farid sambil meletakkan sebelah tangan di dadanya. Mungkin tidak menyangka aku akan ikut mengusiknya.

“You have no idea.” Balas Haris pula membuatkan aku menghadiahkan cubitan di lengannya. “She is worse than me.” Tambahnya membuatkan aku membesarkan mata padanya. Dia hanya membalas dengan sebuah ciuman sekilas di pipiku. Mematikan rasa geramku padanya. Farid hanya tersengih melihat gelagat kami.

“Come, let me introduce you to my boss. The decision maker of the said tender.” Ujar Farid. Haris mengangguk dan kami berdua mengekori Farid ke arah meja yang menempatkan penaung-penaung syarikat besar itu. Aku telah menghadiri beberapa majlis sebegini bersama Haris sebelum ini, jadi aku sudah tahu cara untuk mendepani mereka. Aku tahu walau pun sedikit, aku juga berperanan untuk menjaga imej baik Haris.

             Memandangkan aku tidak berapa arif tentang topik perbincangan mereka, jadi aku memilih untuk menjadi pendengar sahaja. Aku hanya menjawab apabila pendapatku diperlukan. Selebihnya aku terus di sana untuk memberikan sokongan kepada suamiku. Apa yang aku tahu, mereka kelihatan berpuas hati dan kagum dengan penerangan-penerangan yang Haris berikan. Walau apa pun keputusan mereka malam ini, aku tahu syarikat Everlast Design&Deco sudah melakukan yang terbaik. Apa yang tinggal kini hanyalah berdoa dan berharap agar keputusan kali ini berpihak kepada syarikat kami.

              Aku menghantar pandangan ke dalam ruangan hotel itu. Mencari kelibat Hana yang katanya juga akan datang sebagai dinner date Rich malam ini. Haris baru sahaja meninggalkan aku sendirian di meja makan untuk menyapa rakan perniagaannya yang lain. Begitulah kewajibannya apabila menghadiri majlis makan malam seperti ini. Ia adalah kesempatan untuk para ahli perniagaan saling kenal mengenali dan jika bernasib baik akan bertemu dengan peluang perniagaan baru. Aku juga menemaninya sebentar tadi, namun meminta izin untuk berehat selepas merasakan high heel yang awalnya bertindak mencantikkan kakiku itu mula terasa melenguhkan. Aku mencapai orange juice yang sempat Haris dapatkan untukku tadi dan mula meneguknya. Melegakan rasa dahagaku ketika itu.

“Psstt..psstt.” Aku membiarkan bunyi usikkan itu berlarutan. Mungkin kerana aku duduk sendirian, ada yang beranggapan aku masih belum berpunya dan mencuba nasib. Sudah beberapa kali berlaku malam ini, jadi aku sudah lali dengannya.

“Amboi sombongnya. Orang tegur tak nak jawab.” Usik Hana sambil menepuk bahuku. Aku menghadiahkan jelingan yang dibalas dengan sengihannya.

“Sejak bila you pandai main psstt..psst ni? I ingatkan lelaki gatal mana nak try I tadi. Tu yang I buat derk.” Jelasku membuatkan dia ketawa kecil.

“Ni mesti dah banyak kali kena kalau dah buat muka macam ni, kan?” Duga Hana dan aku cepat mengangguk. “Maybe you kena minta Haris belikan cincin yang lebih besar.” Cadang Hana.

“Kan.” Ujarku setuju sambil ketawa kecil.

“Tapi you tak perlu risau. Walaupun dia di sana, tapi mata dia tetap pada you. Tak ada peluang lelaki lain nak dekat dengan you dah.” Ujar Hana membuatkan aku mengalihkan pandanganku ke arah Haris dan memahami apa yang Hana maksudkan. Pantas aku melambai padanya dan melihat senyuman kecil hadir di bibirnya. “Pandangan dia pada you betul-betul buat I cemburulah.” Ujar Hana membuatkan aku tersenyum.

“Where’s Rich?” Soalku apabila tidak melihat kelibat abangku di situ.

“Dia jumpa kawan lamanya tadi, so I tinggalkan dia untuk cari you.” Terang Hana. “By the way, you look so gorgeous tonight.” Pujinya membuatkan aku tersenyum panjang.

“You pun apa kurangnya. I tak hairan kalau ramai yang nak try you nanti.” Usikku dan melihat wajahnya bertukar merah.

“Talking about that. I think I’m falling in love.” Bisik Hana membuatkan aku menjingkitkan kening.

“Who is the poor guy?” Usikku. “Do I know him?”

“Well...” Ucapnya teragak-agak.

“Cakaplah. I janji akan jadi your wing-woman.” Janjiku. Inilah masanya aku pula membantunya menemui cinta sejatinya sepertimana dia membantuku selama ini.

“It’s Rich. Your brother.” Ucapnya teragak-agak, sekaligus mengejutkanku. “See, that’s why I tak pernah bagitahu you. I tahu you mesti tak suka.” Tambahnya dengan wajah sedih.

“Hey, I never say that. Cuma I tak pernah tahu you ada perasaan pada Rich selama ni.” Jawabku jujur. “Sejak bila?” Soalku ingin tahu.

“Baru je. I start having this stupid crush toward him beberapa bulan yang lepas. Dan sekarang it develop to me having this special feeling lepas banyak habiskan masa dengan dia. Tapi maybe it just me. We just hang out and never really talk about it. Please don’t be mad.” Ceritanya sambil memandangku penuh harapan. Melihatnya begitu, aku segera menariknya ke dalam pelukanku.

“Kalau hubungan korang menjadi. I would be the happiest. I tak ada hak untuk halang. Tapi, you dah fikir masak-masak? You bukannya tak tahu Rich tu macam mana.” Ujarku cuba mengingatkannya tentang perangai abangku yang tidak membanggakan itu.

“I know what I got myself into. Tapi perasaan I pada dia semakin kuat setiap hari.” Tambahnya lagi. Aku cukup arif dengan apa yang dia maksudkan kerana aku sudah lama melaluinya.

“I totally understand. Let’s just hope Rich akan berubah dan ada perasaan yang sama pada you. I would love to officially call you my sister.” Ucapku gembira, mengembalikan senyumannya.

“Korang bincang apa ni. Lain macam je?” Soal Rich yang datang bersama Haris itu tiba-tiba. Mematikan perbualan kami. Aku dan Hana saling berpandangan. Aku melihat dia meminta, menggunakan ekor matanya agar aku merahsiakan perbincangan kami itu.

“Hana, baru je kongsi berita gembira.” Ujarku memulakan ayat. Otakku ligat mencari alasan untuk mengukuhkan ceritaku itu.

“Client I baru inform yang syarikat mereka akan hantar 10 orang untuk attend Project Management workshop yang I tengah promote tu.” Tambah Hana lancar. Aku menarik nafas lega apabila melihat Haris dan Rich mengangguk faham seterusnya mengucapkan tahniah kepada Hana sebelum mengambil tempat masing-masing kerana acara akan bermula tidak lama lagi.

            Seperti yang kami harapkan, Everlast Design&Deco dipilih sebagai syarikat yang diberi kepercayaan untuk mereka dan mendekorasi bangunan cawangan baru syarikat Warisan. Aku cukup berbangga menyaksikan pencapaian Haris dan tumpang gembira melihat kegembiraannya saat dia menerima mock cheque daripada CEO syarikat Warisan itu. Inil adalah projek terbesar yang syarikat Everlast Design&Deco perolehi setakat hari ini. Ia pastinya akan menjadi permulaan kepada kejayaan-kejayaan yang lebih besar di masa akan datang.


*****************************


“Kan I dah cakap syarikat kita akan menang.” Ujarku ketika kami dalam perjalanan pulang. Gembira melihat senyumannya masih kekal menghiasi wajahnya.

“Semuanya jadi sebab ada you. You are my Angel.” Ujarnya membuatkan aku ketawa.

“I did nothing.” Ucapku cuba mengingatkannya bahawa aku langsung tiada sumbangan dalam menghasilkan pelannya yang berjaya menawan hati syarikat itu.

“You make me happy. That’s what Angel like you do.” Ujarnya membeli hatiku. “Bila I happy, I mampu hasilkan kerja yang terbaik. You keep me on track, baby. And I’m thankful for that.” Tambahnya sambil tersenyum padaku.

“You compliment me too much, sayang.” Komenku, namun gembira di hatiku hanya Tuhan yang tahu.

“I cuma ucapkan apa yang I rasa.” Balasnya. “You make me happy and make me want to do better for us.” Tambahnya sambil memandu memasuki ruang tempat letak kereta di hadapan kediaman kami itu.

“I’m glad I make you feel that way.” Balasku terharu.

“Now, let celebrate tonight. Let me make you happy in return. Maybe this time I’ll be able to score properly.” Usiknya sambil laju memimpinku masuk ke dalam rumah. Seperti janjinya, malam itu hanya kegembiraan yang aku rasakan. Dia sekali lagi mengingatkan aku kenapa aku jatuh cinta padanya dulu, kini dan selamanya.


Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cherish Aleyya