Bab 36

“Baby, wake up.” Sayup-sayup telingaku menangkap suara Haris memanggilku lembut. Kemudian aku merasakan sebuah kucupan singgah di dahiku. Perlahan-lahan aku membuka mata dan mataku terpaku pada wajah kacak Haris yang sudah kelihatan segak berpakaian kerja. Aku mengerutkan dahi.

“Why are you up so early? Where are you going?” Soalku bertalu dalam mamai.

“Azlan called last night, ada benda penting kena uruskan kat office. I cuma nak bagitahu yang I nak gerak dah ni.” Terangnya membuatkan aku terbangun.

“Kenapa you tak kejutkan I awal-awal. You tak breakfast lagi kan?” Spontan sisa mengantuk yang masih menebal tadi menghilang.

“I tahu you penat. Nanti I breakfast kat office.” Ucapnya lembut. “I tak nak you fikir bukan-bukan. I learned my lesson, tinggalkan nota je takkan berfungsi dengan you. Sebab tu I kejutkan you.” Tambahnya membuatkan aku tersengih. Faham apa yang dimaksudkannya.

“Wah, my sayang dah pandai menyindir dah sekarang kan.” Komenku sambil tersengih padanya. “But I’m glad you woke me up, honey.” Ulasku gembira.

“I’m not being sarcastic, baby. That’s a fact. I’ve told you thing are going differently from now on.” Jelasnya lagi sambil merenungku dengan pandanganya yang sering membuatkan jantungku berdegup kencang. Aku hanya mengangguk, tahu dia maksudkan kata-katanya. “You have any plan for today?” Soalnya kemudian.

“Tengok nanti macam mana. Mungkin I pergi jumpa Mama atau keluar dengan Hana.” Balasku.

“Okay baby. Just be careful and call if you need me, okay.” Pesannya dan aku mengangguk.

“Will you be home late?” Soalku.

“I’ll let you know.” Balasnya sebelum menghadiahkan sebuah kucupan di pipiku dan sempat mengucapkan ‘love you’  sebelum melangkah pergi.

           Aku tersenyum sendiri, gembira keadaan sudah kembali seperti asalnya. Mungkin juga lebih baik daripada sebelum ini. Aku cuba melelapkan mata kembali, namun tiada lagi sisa mengantuk yang tinggal. Aku mencapai telefon bimbit. Menghubungi Mama yang kedengaran cukup gembira menyambut panggilanku. Setelah bertanya khabar dan berjanji akan mengunjungi mereka hujung minggu ini, aku mematikan panggilan. Aku mengambil keputusan untuk mengemas bilik hari ini. Mengangkat sedikit barang-barang yang kutinggalkan di stor minggu lepas dan menyusun kembali di tempat asalnya. Aku tersenyum gembira melihat almari pakaian itu kembali penuh dengan pakaian aku dan Haris seperti yang sepatutnya. Mungkin kerana tidak bersarapan pagi tadi, awal perutku berkeroncong minta diisi. Aku mencapai telefon bimbit dan meninggalkan pesanan untuk Hana.

Reia : Get ready. We are going to Izakaya.  10.29a.m

Reia: I teringin sangat nak makan Japanese food hari ini. 10.30 a.m

Reia: Will come and get you before 12 noon.  10.30 a.m

Tanpa menunggu jawapan balas daripada Hana, aku mengatur langkah ke kamar mandi.

 

**************************

“Melihat wajah you yang berseri-seri ni, I guess everything is going fine now.” Ulas Hana tiba-tiba mematikan suapanku.

“Yeah, it’s great actually.” Ucapku dalam senyum sebelum kembali menikmati ice cream matcha di depanku. Sebentar tadi aku telah menghabiskan sepinggan teppanyaki yang cukup menyelerakan dan berjaya mencuri sekeping sushi dari pinggan Hana walaupun dikawal ketat olehnya.  

“You ada apa-apa nak bagitahu I?” Soalnya lagi sambil menjingkitkan keningnya. Merenungku tanpa berkelip. Membuatkan aku mengerutkan dahi tidak mengerti.

“Apa maksud you?” Soalku. “Oh you want that tips.” Ucapku setelah teringat kembali janjiku untuk berkongsi rahsia memikat hati suami padanya tempoh hari.

“Not that one. Yang tu, kita tunggu temujanji lain kali.” Balasnya belum lepas memandangku.

“So?” Soalku benar-benar tidak tahu topik yang dimaksudkannya.

“Are you pregnant?” Soalnya membuatkan aku terpaku. Langsung tidak menyangka soalan itu akan terkeluar dari mulutnya.

“What? I nampak gemuk sangat ke?” Aku memuncungkan bibir. Geram pula apabila mengingatkan Haris juga menyatakan yang aku kelihatan berisi beberapa hari yang lepas. Perempuan memang akan sensitif bila dikatakan gemuk. Apatah lagi jika anda seorang yang menjaga badan seperti aku.

Well.. You do look a little chubbier. You cakap you teringin sangat nak makan Japanese food tadi…you mengidam ke?” Komennya, membuatkan aku terdiam seketika.

“Am I pregnant?” Soalku lagi. Aku mengerutkan dahi, benar-benar tidak terfikirkan kemungkinan itu. Namun secara automatik sebelah tanganku sudah berada di atas perut. Mengelusnya lembut.

“God Reia. How could you not know your own body?” Ucap Hana sambil memandangku dengan pandangan tidak percaya. “Okay, answer me this. When is your last period? Are you late?” Soalannya membuatkan aku terdiam sejenak. Cuba mengingat kembali apa yang berlaku beberapa mingggu yang lepas. Aku menepuk dahi setelah menemui jawapanku.

“I think I missed my period last month. Tapi I ingatkan sebab I stress. Jadi I tak ambil kisah sangat.” Terangku.

“What about symptom. Ada tanda-tanda tak? Mual-mual ke?” Soal Hana lagi belum berputus asa.

“None of that. I tak ada morning sickness. Tapi Haris…” Aku terdiam sebentar. “Is that even possible?” Soalku lagi.

“What is?” Soalnya juga tidak sabar.

“Is it possible that Haris got my morning sickness?” Soalku keliru. Hana hanya menghadiahkan pandangan ‘are you kidding me?’ padaku.

“I think you need pregnancy test. Now.” Komennya sambil cepat menarik tanganku yang masih memegang sudu. “Forget that ice cream. I’ll buy you another one later.” Ucapnya dan membawaku ke kaunter pembayaran sebelum keluar menuju tempat letak kereta. “Give me the key. I’ll drive.” Tambahnya dan aku hanya menurut, menarik keluar kunci kereta dari handbagku, belum mampu berbicara. ‘Benarkah?’ Soalku dalam hati. Perlahan-lahan bibirku mengukir senyum dan tanganku tidak lepas dari perut. Membiarkan Hana memandu ke farmasi sambil mulutnya tak henti membebel. Tipikal Hana.

 

*****************************

“Hana, can you reread again. What does it mean when two line appear?” Soalku setelah keluar dari kamar mandi sambil memegang alat ujian kehamilan itu. Masih tidak percaya yang aku langsung tidak menyedari bahawa aku sedang hamil. Risau jika aku tersalah baca arahan yang diselitkan bersama alat ujian itu sebentar tadi.

“That’s mean you’re pregnant.” Pantas Hana menjawab, sekaligus melegakanku.

“Tell me this is not a dream.” Ucapku masih tidak percaya. Aku menjerit kecil apabila Hana mencubit lengan kiriku agak keras. Aku menjelingnya geram, namun ia cukup untuk membuktikan bahawa aku tidak bermimpi.

“I dah agak kemungkinan you mengandung masa dekat resort last week. Walaupun you tengah sedih, you tetap nampak  cukup berselera menghabiskan setiap makanan yang bawa. Tapi I tak tanya sebab tak nak you bertambah stress.” Tambah Hana. “This is great news Reia. Why are you crying?” Tambahnya sambil laju melangkah ke arahku.

“I’m so happy. This is my happy tears.” Balasku dalam getar. “I’m such a bad mother. I don’t even realize that I'm pregnant. I hampir biarkan anak I tak ber’ayah.” Ucapku dalam sebak. Teringat kembali bagaimana aku berniat untuk mengakhiri perkahwinan kami beberapa minggu yang lepas.

 “You are going to be a terrific mother, Reia. Keadaan sekarang dah berubah. There is no doubt that Haris love you so much. Jangan fikirkan perkara yang dah lepas. Ia hanya akan buat you sedih.” Pesan Hana dan aku mengangguk. Tahu itulah yang sebaiknya kulakukan.

“What do I do now?” Soalku panik. Benar-benar tidak pasti apa yang harus dilakukan seterusnya. Hana mengapai telefon bimbitnya di atas meja dan mengangguk-angguk sendiri.

“Baru pukul 2 petang. Rasanya sempat lagi kalau you nak jumpa doktor hari ini. Let me google nearest Clinic and set an appointment for you.” Balas Hana.

“Will you accompany me?”

“Of course, Reia.” Jawabnya pantas.

“Thanks Hana. You are the best.” Ucapku terharu.

 

*********************

            Sesampainya kami di Klinik Women Care itu Hana membawa aku ke kaunter pertanyaan. Jururawat yang bertugas di bahagian kaunter mengesahkan temujanjiku. Dia meminta aku meninggalkan dokumen pengenalan diri di kaunter untuk tujuan pendaftaran. Setelah hampir sepuluh minit menunggu, seorang Jururawat membawa aku ke bilik pemeriksaan. Menjawab beberapa soalan lazim seperti bila tarikh terakhir aku datang bulan, sama ada aku mengalami simptom-simptom awal kehamilan seperti mual-mual ataupun sakit pinggang sebelum kemudian aku diminta membuat ujian air kencing. Seterusnya pemeriksaan berat badan serta tekanan darah turut dilakukan. Selepas menunggu untuk beberapa ketika, aku dipanggil semula untuk berjumpa dengan doktor.

“Tahniah puan. Hasil dari pemeriksaan awal, kandungan puan sudah masuk minggu ke-6. I hope you’re excited.” Ucap doktor bertanda nama Dr. Jamilah itu. Tersenyum menyampaikan berita gembira itu kepadaku.

“Thank you Doctor. Sejujurnya, I’m more than excited.” Jawabku. Bibirku tidak berhenti mengukir senyum gembira.

“Glad to hear that. Sekarang kita akan buat imbasan ultrasound. Puan baring di sini ya.” Tunjuknya ke arah katil pemeriksaan. “Just relax. Kita cuma nak check perkembangan baby puan.” Tambahnya sambil tersenyum, cuba menghilangkan gelisahku. Perlahan-lahan dia menghalakan scanner di sekitar perutku untuk mencari kedudukan baby. Beberapa minit kemudian dia berhenti, memerhatikan imbasan pada digital machinenya sebelum memandangku.

“Kandungan puan sihat dan janin dalam posisi yang normal.” Terangnya membuatkan aku menarik nafas lega. “Ini janin puan, nampak tak?” Tunjuknya dan aku memakukan pandanganku kepada bentuk kecil seperti kacang yang Dr. Jamilah fokuskan itu. “Kalau puan dengar betul-betul, puan boleh dengar bunyi degupan jantungnya.” Tambah Dr. Jamilah dan tanpa sedar air mata keluar dari tubir mataku apabila dapat menangkap bunyi yang dimaksudkan. Betapa aku berharap Haris sedang bersamaku kini. Bersama-sama menikmati saat indah ini bersamaku. “Okay, we are done. Everything look good.” Ucap Dr. Jamilah mematikan monologku. “This is for you.” Ujarnya sambil menyerahkan gambar imbasan ultrasound kepadaku.

“Kandungan puan masih di peringkat awal. Jadi saya sarankan puan amalkan pemakanan seimbang, perbanyakkan makanan yang mengandungi folic acid dan vitamin B12 seperti sayuran hijau atau bijirin serta kawal pengambilan gula, garam dan minyak untuk mengelakkan peningkatan berat badan melampau atau risiko obesiti, diabetes dan darah tinggi.” Tambahnya lagi.

“Terima kasih doktor.” Ucapku penuh rasa syukur.

“You have any question?” Soalnya kemudian. Aku diam sejenak sebelum mengutarakan persoalan yang bermain di fikiranku.

“Saya nak tahu, normal ke kalau suami saya alami mual-mual ketika saya sedang hamil?” Soalku ingin tahu.

“It’s totally normal. Suami puan mungkin sedang mengalami symptom couvade atau juga dikenali sebagai simptom pembawakan budak. Jangan risau, itu normal.” Terangnya dan aku mengangguk. Lega ia tidak memudaratkan.

“Kalau tak ada persoalan lain, kita jumpa lagi next appointment.” Ucapnya sambil tersenyum lembut. Aku mengangguk dan mengatur langkah keluar dari bilik pemeriksaan. Menuju ke arah Hana yang setia menunggu di ruangan lobby klinik itu dengan wajah terujanya. Aku membiarkan dia terus berteka-teki sendiri dan terus ke kaunter untuk membuat pembayaran, mendapatkan ubat dan risalah yang berkaitan untuk tujuan bacaanku kelak. Setelah selesai barulah aku melambai kepada Hana, memberi isyarat agar dia mengikutku keluar dari klinik itu.

“I’m six week pregnant.” Jeritku gembira padanya ketika kami sudah berada di dalam kereta dan menyerahkan imbasan ultrasound kepadanya sebagai bukti.

“No way.” Komen Hana sambil ketawa kecil.

“Yes way.” Balasku.

“This is a wonderful news. How are you going to tell Haris and your family?” Soalnya membuatkan aku terdiam sebentar. Memikirkan cara yang paling sesuai untuk aku sampaikan pada Haris dan keluargaku.

“I tak sabar nak bagitahu Haris. Tapi I think I better save it for next week. I rasa ini hadiah terbaik I boleh bagi Haris untuk ulangtahun perkahwinan kami yang pertama.” Terangku gembira. Sudah boleh membayangkan wajah Haris apabila aku menyampaikan berita ini padanya nanti.

That would be great Reia.” Ucap Hana. “Haris mesti teruja.” Tambahnya lagi.

“I hope so too, Hana.” Ucapku sambil tersenyum sendiri. “Tapi I tak tahu Haris ingat ke tak tarikh anniversary kami. Dia tengah busy dengan project baru sekarang ni.” Aku menyuarakan kebimbanganku.

“Have some faith, Reia.” Ujar Hana mematikan rasa bimbangku. Ya, aku tahu aku boleh harapkan Haris. Tanganku tidak lepas dari bermain-main di atas perutku. Gembira pengikat kasih kami sedang membesar di rahimku. Aku mencapai telefon bimbit dan meninggalkan pesanan untuknya.

Reia: I miss you. Love you sayang. 4.05pm

MyHaris: I love you more, baby. 4.06pm

MyHaris: On my way home. 4.06pm

MyHaris: You want anything? 4.07pm

Reia: I just want you. 4.08pm

Previous: Bab 35
Next: Bab 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh