Bab 35

          Jam baru merangkak ke angka 10.30 pagi ketika aku dan Haris menikmati brunch kami di The Beach Club itu. Ia restoran konsep terbuka yang menyajikan pelbagai hidangan menyelerakan juga pemandangan yang indah. Suatu kombinasi yang cukup menarik pada pandanganku.

“Bila kita balik Kuching?” Soalku sambil menyuapkan sesudu kecil cheesecake ke dalam mulut. Menutup mata seketika apabila merasakan ledakan rasa yang sangat enak bermain di dalam mulutku. “mmm..this is so good.” Komenku sebelum membuka mata. Melihat Haris yang sudah sedia tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepala melihat telatahku.

“You okay ke kalau kita balik esok?” Soalnya pula.

“I tak kisah. Yang penting ada you. I’ll follow you wherever you go, sayang.” Jawabku sambil mengenyitkan mata mengusiknya, membuatkan dia tertawa kecil.

“You always know the right thing to say, baby. I love you.” Ucapnya sambil mengapai tanganku dan mengelusnya lembut.

“I love you more.” Balasku sambil tersenyum membalas renungannya.

I minta maaf kita kena balik awal. ‘That project’ is still on going. So I still need to monitor things there.” Jelasnya dan aku mengangguk faham. “I promise, projek tu siap nanti I bawa you jalan lagi.”

“I tak kisah, sayang. I tahu projek tu penting untuk syarikat. I cuma nak you janji, you akan cari masa untuk walaupun you busy.” Tegasku. Kalau boleh aku tidak ingin lagi kejadian lama berulang kembali.

“I promise, baby. You adalah keutamaan I.” Tegasnya juga. “Nanti I call Azlan and ask him to book a flight back to Kuching for us.” Tambahnya lagi. Aku hanya mengangguk faham.

“You juga kena janji, kalau I call, you kena jawab. Kalau tak, I akan datang office you buat surprise visit.” Ugutku membuatkan Haris ketawa. Aku mengerutkan dahi, mungkin dia menganggap aku main-main. “I’m serious okay.” Tambahku sambil merenungnya tajam. Cepat dia mengangkat kedua belah tangan.

“Anything you want, baby. I tak ada apa-apa yang I nak sembunyikan daripada you.” Janjinya sekaligus memancing senyumku.

“I will keep that in mind. But... as for now, I want your tiramisu.” Ucapku spontan sambil memandang pinggan berisi tiramisu di depan Haris yang nampak cukup menyelerakan itu. Membuatkan aku terliur. “Nak tukar?” Soalku sambil menyorong pinggan berisi separuh cheesecake yang kujamah tadi padanya.

“It’s okay. You can have both.” Jawabnya sambil tersenyum lembut.

“Betul ni? Tak menyesal?” Soalku sambil terus menyuap kek itu ke dalam mulut. Dia pasti tahu aku sekadar bertanya kerana ianya sesuatu yang sopan untuk dilakukan. Haris pastinya sudah tahu yang aku akan hilang kesopanan bila berdepan dengan kek. Kek sentiasa menjadi kelemahanku. Aku menikmati setiap suapan dalam senyuman bahagia. Dan Haris tidak lepas dari memandangku seolah sedang memikirkan sesuatu.

“Nak lagi? Atau you nak I order something else?” Soalnya setelah kedua-dua pinggan itu licin. Aku mengelengkan kepala.

“I’m so full already. I don’t know if I’ll be able to walk now.” Balasku sambil menepuk-nepuk perut.

“Nak I dukung?” Usiknya.

“Haha ha.. You are so funny.” Balasku sambil menghadiahkan jelingan yang menjemput tawanya. “I tak rasa you mampu angkat dah sekarang ni. You lupa ke, you cakap I gemuk semalam?” Soalku masih sensitif dengan kenyataannya.

I rasa you salah faham ni. I tak cakap you gemuk okay. I cuma cakap you look fuller on the right places, baby.” Jawabnya pantas. Cuba mempertahankan diri. “Just in case you terlupa, I ingat I ada cakap yang I love your new curves too.” Usiknya perlahan. Memastikan hanya telingaku yang menangkap ayatnya.

“You better.” Balasku cuba menahan senyum. Pipiku terasa panas. Segan mendengar usikkannya. Haris nampaknya seronok melihat reaksiku apabila tawanya kedengaran makin kuat.

“You are so cute, baby.” Ucapnya sambil mencuit pipiku. “Ready to go now?” Soalnya kemudian selepas puas tersengih sendiri. Aku mengangguk dan cepat menyambut huluran tangannya sebelum kami meninggalkan beach club itu.

 

*****************************

           Rupanya tanpa pengetahuanku Haris telah menempah slot untuk kami menyertai kelas masakan hari ini. Kelas bermula pukul 12.00 tengah hari. Patutlah awal dia mengajakku mengisi perut tadi. Sesampainya kami di sana, satu pasangan lain bersama seorang chef berbangsa India sudah pun sedia menunggu untuk memulakan kelas. Memasak bersama Haris merupakan antara aktiviti kegemaranku. Ia sedikit sebanyak dapat meningkatkan kemahiran memasakku yang sememangnya kosong sebelum berkahwin dulu. Aku bertuah kerana Haris tidak memandang itu sebagai kelemahanku sebaliknya menjadikan memasak sebagai salah satu daripada aktiviti istimewa kami bersama.

            Kami saling berkenalan dan aku tahu sesi kelas ini pasti menyeronokkan selepas melihat cara penyampaian Chef Razi yang santai dan mudah difahami itu. Menurutnya, hari ini kami akan belajar memasak menu asam pedas ikan jenahak. Asam pedas merupakan antara menu kegemaranku. Namun inilah kali pertama aku akan berpeluang memasaknya. Aku memandang Haris dan mengenyitkan mata padanya yang sudah sedia tersenyum. Berterima kasih atas ingatannya.

           Mula-mula kami dibawa ke kebun herba di luar dapur masakan. Chef Razi memperkenalkan kami kepada beberapa jenis daun dan tumbuhan yang akan digunakan untuk memasak menu asam pedas seperti daun kesum, bunga kantan, kacang bendi dan beberapa tumbuhan lain yang diperlukan. Kami diberi peluang mengutip sendiri bahan-bahan tersebut sebelum memulakan masakan di dapur. Dari memotong bahan-bahan asas, mengisar rempah, sehinggalah memasak dengan bantuan chef yang sangat membantu. Ia suatu aktiviti yang cukup menyeronokkan bagiku. Lebih-lebih lagi apabila dapat merasai hasil tangan sendiri yang amat menyelerakan.

“This will definitely be one of our menu at home.” Ulasku dalam perjalanan keluar dari kelas.

“Whatever you want, baby.” Balas Haris sambil tersengih kecil. Mungkin belum cukup yakin dengan kemampuanku. Namun jelinganku berjaya membuatkan sengihannya bertukar menjadi anggukan.

                 Memandangkan esok kami akan pulang ke Kuching, maka petang itu kami menghabiskan masa melawati resort. Berjalan dari satu lokasi ke lokasi menarik yang lain. Mencuci mata sambil mengabadikan sebanyak mungkin gambar kenangan bersama. Sekitar pukul 5 petang barulah kami kembali ke villa untuk berehat dan bersiap sebelum dinner date kami pada pukul 8 malam.

                                      

********************************

            Pagi itu aku dikejutkan dari tidur dengan bunyi yang kuat datang dari arah en suite bathroom. Pantas aku bangun apabila melihat Haris tiada di sebelahku. Aku mengapai telefon bimbit dari meja kecil di tepi katil itu, melihat jam sudah menunjukkan angka 7.30 pagi. Aku mengatur langkah ke bilik mandi yang pintunya terbuka luas untuk melihat apa yang berlaku.

“Sayang, kenapa ni? Are you okay?” soalku setelah berada benar-benar di tepi Haris. Melihat dia membongkok di depan sinki. Aku menepuk-nepuk lembut belakangnya. Wajahnya kelihatan pucat menambahkan kerisauanku.

“I don’t know. Tiba-tiba I rasa mual. Macam nak muntah. Mungkin salah makan semalam.” Terangnya. Aku mengerutkan dahi. Memikirkan apa yang kami jamah semalam. Jika keracunan makanan pasti aku sendiri turut terkesan memandangkan kami menikmati hidangan yang sama.

“Are you feeling okay now?” Soalku lagi. Risau melihat wajahnya yang tidak bermaya.

“Rasanya. I’m glad you are okay.” Balasnya sebelum berkumur dan kami sama-sama kembali ke kamar tidur.

You rehat dulu. Let me use the toilet first.” Ucapku selepas melepaskan ciuman lembut di pipinya. Membiarkan dia melelapkan mata sebelum aku melangkah ke en suite bathroom untuk menjalankan rutin pagiku.

            Sekembalinya ke bilik aku melihat Haris sudah pun kembali terlena. Wajahnya kelihatan tenang dan tidak lagi pucat. Perlahan-lahan aku meninggalkan bilik, enggan menganggu rehatnya. Berniat untuk ke dapur melihat apa yang pelayan Villa telah siapkan sebagai menu sarapan pagi kami hari ini. Aku tersenyum senang apabila melihat hidangan yang ada. Mengambil tray yang diletakkan di pantry sebelum mengisinya dengan pilihan breakfast yang tersedia dan membawanya ke dining room. Menyusun semuanya di atas meja makan sebelum kembali ke kamar tidur untuk mengejutkan Haris.

            Walaupun ingin dia terus berehat, aku terpaksa juga mengejutkannya memandangkan kami perlu berkemas dan checkout sebelum pukul 11.00 pagi nanti. Kami akan terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi untuk penerbangan terus ke Kuching. Perlahan-lahan aku naik ke atas katil. Baring mengiring menghadapnya. Aku tersenyum sendiri, teringat satu ketika dulu aku pernah bermimpi berada dalam situasi ini bersama Haris. Kini ia bukan mimpi lagi. Aku mendekatkan wajahku dengannya dan mula menghadiahkan beberapa ciuman di kedua belah pipinya. Cuba mengejutkannya. Taktik itu nampaknya berkesan apabila aku merasakan pelukan kuat darinya dan sepantas kilat posisi kami sudah berubah. Kini aku terbaring kemas di atas tilam dan dia pula meniarap merenungku bersama sengihan nakalnya.

“You want to play, baby?” Usiknya sambil mencengkam kedua belah tanganku.

“No, I cuma nak kejutkan you. Our breakfast is ready in the dining room.” Jawabku pantas walaupun ada getar dalam nadaku. Menunjukkan bahawa aku cukup terkesan dalam situasi ini. Sengihan Haris makin melebar dibuatnya.

“You dah berjaya kejutkan I and the beast inside me as well, baby.” Terangnya membuatkan aku membulatkan mata.

“Ops.. That’s truly not my intention.” Ucapku setelah mengerti apa yang dia maksudkan. Aku membalas renungannya sambil mengerdip-ngerdipkan mata cuba membuat wajah comel. Cuba mencari cara melepaskan diri.

“Sengaja atau tak, you have to do something.” Ucapnya enggan mengalah.

“I would love to, but we are running out of time honey. Jangan lupa kita balik Kuching hari ini.” Balasku cuba memberi alasan yang munasabah.

“Let’s go save us some time then.” Ucapnya sambil menarikku dari pembaringan dan menuju ke arah en suite bathroom. Aku mengerutkan dahi.

“Are you sure you are okay?” Soalku mengingati bagaimana pucat wajahnya pagi tadi.

“I’m more than fine now.” Pantas dia menjawab.

“What about our breakfast. Sejuk nanti tak sedap.” Tambahku lagi.

“Let it be. I rather have you as my breakfast.” Ucapnya membuatkan alasan lain yang cuba hadir di minda terus menghilang dan aku dengan rela membiarkan dia mendukungku ke kamar mandi.

 

*************************

            Seperti yang dijangka, kami hampir terlewat gara-gara program tambahan daripada Haris. Namun aku terpaksa mengakui aku juga tidak kurang bersalahnya dalam hal itu. Jadi dengan hanya berbekalkan secawan teh dan sebiji donut setiap seorang, kami ke lobby resort untuk checkout dan seterusnya menaiki charter van yang disediakan oleh pihak resort untuk ke lapangan terbang. Bahagian depan van dan tempat duduk penumpang dipisahkan oleh divider yang mungkin dipasang untuk memberikan privasi kepada penumpang. Aku mengambil peluang itu untuk melontarkan pandangan ke luar tingkap. Memerhatikan keindahan yang disajikan di sepanjang perjalanan itu.

“Are you still mad at me?” Soal Haris tiba-tiba.

“No sayang.” Ucapku sambil mendekatkan dudukku dengannya. Cuba membuktikan kata-kataku. “I’m enjoying the view.” Jelasku.

“You love it here?” Soalnya lagi.

“Mestilah. I suka kat mana je, asalkan dengan you.” Jawabku spontan. Ia bukan suatu jawapan yang asing lagi bagiku.

“I love it when you say that.” Komennya. “I love you so much, baby.” Ucapnya sambil menghadiahkan ciuman lembut di kepalaku yang bersandar kemas di bahunya.

“I love you too sayang. I’m glad thing are okay now.” Ucapku sambil tersenyum gembira.

“I’m more than grateful you still want to be with me, baby.” Bisiknya. “I janji ia takkan berulang lagi.” Tegasnya dan aku yakin dia memaksudkannya. Aku tersenyum dan membiarkan diriku hanyut dalam bahagia. Rasa bahagia yang indah sehinggakan penerbangan pulang ke Kuching yang memenatkan dan mengambil masa selama hampir 5 jam itu juga tidak mampu mematahkan senyumanku.

Previous: Bab 34
Next: Bab 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh