Bab 26

            Sambil menutup mata, aku menyuap sesudu laksa ke dalam mulut. Gabungan kuah dan sambalnya yang unik itu menjadikan ia cukup sempurna saat berpadu di dalam mulutku. Aku gembira tidak menolak ajakan Hana untuk keluar makan tengah hari tadi. Sekurang-kurangnya ia berjaya membawa aku lari dari terus-terusan membiarkan mindaku menyingkap kisah lama. Aku juga akhirnya tahu, selera makanku masih lagi ada. Mungkin sudah kembali sepenuhnya kini setelah menikmati hidangan yang sudah beberapa kali menerpa di mindaku itu. Membayangkannya sahaja sudah mampu membuatkan aku terliur. Apatah lagi kini setelah akhirnya berjaya menikmatinya. Aku tersengih kecil apabila melihat Hana memandang aku dengan pandangan tidak percaya. Manakan tidak, Nasi Ayam Penyet di depannya masih berbaki separuh, sedangkan laksa Sarawak di depanku sudah licin sepenuhnya.

“Thank you, teman I ke sini. Dah lama I tak makan banyak macam ni tau.” Ujarku. Hana yang mendengar menghantar pandangan tidak gembiranya.

“Walau apa pun yang berlaku, makan tetap kena jaga, Reia.” Nasihatanya dan aku hanya mengangguk.

“I rasa nak cari kerjalah?” Putusku setelah lama berfikir. Hubunganku dengan Haris yang tidak menentu ini membuatkan aku terfikir bahawa memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa dulu bukanlah tindakan yang tepat. Bosan rasanya duduk di rumah seorang diri. Dulu dan kini adalah sesuatu yang berbeza. Dulu aku tidak kisah, memandangkan Haris sentiasa ada. Namun kini, semuanya terasa lain.

“You rasa Haris setuju?” Soal Hana.

“I tak rasa dia peduli pun. I call pun dia tak jawab.” Balasku.“I takut I akan jadi gila kalau berterusan macam ni. Duduk rumah tak buat apa-apa. Sekurang-kurangnya kalau kerja, I taklah fikirkan tentang masalah I dengan Haris je sepanjang hari.” Tambahku sambil menghirup orange juice yang tinggal separuh itu. Mataku meliar melihat sekeliling. Pada waktu begini, restoran yang luas ini kelihatan agak kosong. Hanya beberapa orang pelanggan sedang menikmati makan tengah hari mereka.

“I faham. I pun dah boring duduk rumah tak buat apa-apa walaupun baru seminggu je tanam anggur. Inikan pula you yang dah berbulan-bulan."Akui Hana. "I sebenarnya ada business plan in mind. Jadi partner I, nak tak?” Soalnya sambil mengangkat kening. “I trust you will love it. Kita buka kedai bunga. We both loves flowers.” Ujarnya menarik perhatianku. Aku membiarkan Hana menceritakan cadangan perniagaannya. Sesekali aku ketawa apabila merasakan cadangannya kedengaran kurang realistik. Aku dan Hana sebagai rakan kongsi? Memikirkannya sahaja sudah boleh membuatkan aku ketawa sendiri. “Sekurang-kurangnya kita buat sesuatu yang kita suka dan paling penting sekali kita boleh jadi bos sendiri. Tak ada siapa boleh marah kalau kita masuk kerja lambat.” Ujar Hana ceria, hanyut dalam khayalannya.

“I like that.” Setujuku. “Nanti kita sama-sama buat proper proposal for this okay. We will need it to gain capital from our dad.” Tambahku membuatkan Hana ketawa.

“I suka arah pemikiran you.” Komen Hana sambil ketawa. “I tahu Daddy I won’t say no to this.” Ucapnya penuh yakin sebelum matanya terpaku kepada sesuatu di belakangku. “Reia. Is that Haris?” Soalnya sambil matanya tidak lepas dari memandang ke arah pintu masuk kedai itu.

“Mana?” Soalku sebelum menoleh mencari Haris yang dimaksudkan Hana. Aku tersenyum gembira apabila melihat Haris memasuki pintu depan restoran itu. Namun senyumanku mati apabila mendapati dia tidak datang sendiri. Bagai hendak gugur jantungku apabila pandanganku jatuh pada dua lagi wajah insan yang bersamanya. Haris berjalan seiringan dengan Bia sambil memimpin tangan Dea yang kelihatan begitu gembira menuju ke sudut yang agar terselindung daripada tempat yang aku dan Hana duduki. Bagi orang luar yang melihat, pasti menganggap mereka sebuah keluarga. Namun bagiku, ia ibarat menerima sebuah pukulan yang sangat kuat.

“I can’t believe him.” Komen Hana geram. “Sampai hati dia buat you macam ni.” Tambahnya sambil memandangku penuh simpati. “Do you want to ambush him?” Soalnya lagi. Aku mengeleng dan menarik tangannya apabila melihat dia sudah bangun, bersedia menuju ke arah Haris.

“Please Hana.” Rayuku, cuba menghalang langkah Hana.

“Are you kidding me?” Soal Hana tidak percaya.

“Please, let’s go. I tak sanggup tengok semua ni.” Rayuku lagi. Aku tidak sanggup melihat sendiri bukti kecurangan Haris padaku. Ia membuktikan betapa aku tidak bernilai padanya sama sekali. Kata-kata Bia terngiang-ngiang lagi di telingaku. Seolah mengejekku. Haris ada masa untuk diluangkan bersama Bia dan Dea namun tidak untukku. Apa yang diceritakan Bia tempoh hari mula kelihatan jelas. Cerita yang sempat aku fikir sekadar rekaan semata-mata, terbukti nyata.

“Let’s go.” Ucap Hana akhirnya sebelum mengangkat tangan memanggil pelayan dan meninggalkan sejumlah wang di atas meja. Pantas kami berdua mengatur langkah menjauh dari restoran itu. Aku tidak ingin Haris atau Bia tahu bahawa aku telah menyaksikan drama keluarga bahagia mereka. Aku tidak ingin mereka tahu betapa terhinanya perasaanku melihatnya.

 

************************************

            Jam sudah menunjukkan pukul 10.00 malam. Masa terasa begitu lambat berjalan. Mungkin kerana hariku tidak cukup indah. Ia sekaligus membuatkan aku menyedari setiap detik yang berlalu. Aku memandang ke luar tingkap kereta yang sedang dipandu Hana itu. Memerhatikan lampu-lampu yang sedang menerangi jalan yang kami selusuri. Jauh perjalanan kami berdua hari ini. Selepas sahaja keluar dari restoran itu tengah hari tadi, Hana terus memandu ke Borneo Highlands Resort. Perjalanan yang sungguh panjang dari pusat Bandar Kuching ke Kota Padawan. Hampir sejam setengah dengan gaya pemanduan Hana. Dia ingin aku menenangkan fikiran. Dia tahu aku sukakan pemandangan yang menghijau seperti yang disajikan di sana. Dan ya, selepas menghabiskan masa selama hampir 2 jam mencuci mata menikmati pemandangan yang indah dan kemudiannya menjamu selera di sana aku sudah boleh kembali berfikir dengan lebih baik.

“I rasa I dah tahu apa nak buat.” Perlahan aku meluahkan ayat itu. Hana hanya mendengar tanpa mencelah. Tenang meneruskan pemanduan. “Apa yang terjadi hari ni dah buka mata I. Mungkin kami memang tak sepatutnya bersama. Mungkin Tuhan pinjamkan dia sementara sahaja pada sebab I terlalu obsess nakkan dia dulu. Ingat tak, dulu you pernah cakap? Lebih baik bersama orang yang benar-benar mencintai kita berbanding bersama orang yang sangat kita cintai? I rasa I dah faham apa yang you maksudkan. So I rasa I dah ready untuk lepaskan Haris. I rasa dah sampai masanya I berhenti menjerat dia dengan perkahwinan kami ini.” Jelasku lagi. Aku mendengar Hana menarik nafas dalam. Mungkin tidak menyangka ayat itu akan terkeluar dari mulutku.

“Tapi perkahwinan korang baru sangat. Tak sampai pun setahun lagi. I don’t think your parents will be happy to hear this.” Komen Hana. “You tahukan, undang-undang takkan benarkan permohonan cerai kalau usia perkahwinan tak lebih dari 2 tahun?” Soalnya membuatkan aku terdiam sebentar.

“I tahu, sebab tu I fikir I nak duduk balik dengan you. Boleh?”

“Have you talk to him?”

“I don’t think there is anything to talk about anymore. Semuanya dah nampak jelas. I tak rasa I sanggup hidup macam ni lagi Hana. Mungkin dia nak I fikir sendiri apa yang I nak buat sebab tu dia tak nak bincangkan semua ni dengan I.” Putusku. “You won’t understand how I feel. It’s hurt so badly in here.” Jelasku sambil memegang dada. “I tak rasa I boleh hidup dengan lelaki yang menduakan I. I tak tahu sama ada I boleh pandang wajah dia atau tak selepas ni.” Tambahku lagi. Sakit hatiku mengenangkan apa yang terjadi. Tidak menyangka sesingkat ini usia perkahwinan yang kami bina. Perkahwinan yang aku ingatkan atas dasar suka sama suka. Ternyata aku silap menilai selama ini. Memilih untuk tetap setia bermaksud aku akan melalui lagi hari-hari yang meletihkan dan menyiksakan ini. Dan Haris, dia mungkin berharap aku melepaskannya. Pelbagai andaian terbit dalam mindaku. Hanya andaian yang bisa aku lontarkan kerana Haris tak pernah ada untuk memberikanku jawapan yang sebenar atau sekurang-kurangnya menutup segala andaian yang kulemparkan.

“As for our parents. I kena fikirkan cara untuk bagi tahu semua ni nanti. I guess my dad will say ‘told you so’. Ingat tak dulu dia cakap terlalu muda untuk berkahwin?” Aku hanyut seketika dalam kenangan. Teringat kembali bagaimana susahnya mendapatkan restu Papa untuk berkahwin dulu. Pada Papa aku masih puteri kecilnya walaupun umurku sudah 22 tahun ketika itu. Jika tidak kerana kemahiran memujukku yang cukup tinggi, mungkin perkahwinan aku dan Haris tidak akan berlaku ketika itu. “Tapi rasa mereka akan terima dengan baik jika mereka tahu kami tidak lagi bahagia bersama.” Putusku.

“Kalau you rasa itu yang terbaik.” Komennya ringkas. “Jangan lupa, I sentiasa ada dengan you.” Hana cuba memberikan kata-kata semangat. Dan aku mengangguk, tahu pasti bahawa itulah keputusan terbaik ketika ini.

“Can I stay with you tonight?” Soalku. Semakin mendekat ke lokasi rumah yang aku kongsikan bersama Haris sejak hari pertama perkahwinan kami membuatkan aku panik. Aku rasa aku belum bersedia memandang wajahnya dalam masa terdekat ini.

“Of course babe.” Jawabnya pantas sebelum meneruskan pemanduan lurus menuju ke kawasan rumahnya.

 

**************************************

            Malam itu aku sukar melelapkan mata. Berkali-kali menukar posisi namun keadaanya masih sama. Kejadian tengah hari tadi sentiasa kembali menerawang di minda. Terlalu banyak yang kufikirkan membuatkan segala usahaku untuk tidur juga gagal. Sekitar pukul 11.30 malam, aku dikejutkan dengan panggilan daripada Haris. Mungkin dia baru sampai ke rumah agaknya. Fikirku dalam hati. Dua kali panggilannya kubiarkan. Biar dia tahu rasanya apabila panggilan tidak diendahkan. Aku juga hairan kenapa dia memilih untuk menghubungiku hari ini ketika aku sedang merasa sakit hati padanya. Beberapa minit kemudian pesanan WhatsApp pula aku terima

MyHaris: Where are you, baby? 11.32pm

            Mungkin kerana ini pertama kali dia tidak melihatku setia menunggunya seperti hari-hari yang lalu. Aku telah memutuskan hari-hari begitu telah berakhir. Lumrah manusia, hanya akan tahu menghargai apabila sesuatu itu tidak lagi di depan matanya. ‘Why do you care’ jawabku dalam hati, namun membiarkan mesej itu tidak berbalas. Kemudian sekali lagi aku dikejutkan dengan deringan telefon bimbitku dan kali ini selepas membiarkan ia berdering agak lama barulah aku menekan butang jawab dan melekapkan telefon itu di telingaku.

“Where are you, baby?” Soalnya lembut meruntun hatiku. ‘Baby?’ entah kenapa dia masih menggunakan panggilan itu untukku. Tanpa berfikir panjang aku memutuskan talian. Enggan membiarkan suaranya mengganggu emosiku. Aku mengambil keputusan untuk meninggalkan mesej untuknya.

Reia: Sorry I tertidur. I stay dengan Hana malam ni. 11.36pm

MyHaris: Okay, sweet dream. 11.38pm

            Walaupun ringkas pesanannya itu, ia tetap berjaya membantu aku melelapkan mata. Keesokkan harinya aku bangun agak lewat. Itu pun setelah dikejutkan oleh Hana. Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Selepas mandi dan membersihkan diri, kami sama-sama menyiapkan menu makan tengah hari dan berbincang apa yang perlu dilakukan hari itu. Aku bersyukur kerana dalam kesibukkan menguruskan semuanya, aku tidak terlalu memikirkan tentang kecurangan Haris. Dan malam itu sekali lagi aku bermalam di rumah Hana. Aku sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Awal aku meninggalkan mesej padanya, memberitahu keberadaanku agar dia tidak perlu menghubungiku untuk bertanya seperti malam sebelumnya. Agar dia tidak perlu merasa risau jika tidak melihatku di rumah. Itu pun jika dia masih menyimpan sedikit rasa buatku. Dengan sedikit kelegaan di hati, tidur juga lebih mudah datang mendampingiku malam itu.


Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh