Merahsiakan kehamilanku daripada Haris bukanlah mudah. Buat pertama kalinya, aku berterima kasih kerana kesibukkannya di pejabat bermaksud dia kurang masa berada di rumah dan tidak perasan dengan perubahan rutinku setiap pagi. Mujur, tempoh untuk menyimpan rahsia ini hanyalah seminggu. Aku sudah tidak sabar untuk berkongsi berita gembira ini dengannya. Tidak sabar melihat reaksi dan penerimaannya.
Segalanya telah aku siapkan dengan baik sebagai kejutan buatnya malam ini. Aku tahu dia masih sibuk. Awal dia mengejutkanku pagi tadi, menyatakan dia perlu ke site untuk membuat pemeriksaan terakhir sebelum boleh menutup buku untuk projek hiasan dalaman Syarikat Warisan itu. Aku melepaskannya hanya selepas dia berjanji akan pulang awal hari ini. Aku tahu aku agak terlebih manja ketika ini. Mungkin kerana perubahan hormon membuatkan aku sentiasa inginkan perhatiannya. Haris juga nampaknya masih belum pulih daripada symptom couvadenya. Mujurlah ia tidak teruk, jadi tiada yang perlu dibimbangkan. Aku hanya memastikan untuk menyiapkan dia dengan segelas air kosong dan beberapa jenis makanan yang sesuai untuk melegakan mualnya.
Sekitar pukul 3 petang, aku dikejutkan dengan bunyi dentingan loceng rumah. Terfikir di dalam hati, siapakah yang mungkin datang pada waktu begini. Perlahan-lahan aku melangkah ke muka pintu. Melihat seorang penghantar barang berada di luar gate bersama jambangan bunga dan sebuah kotak hadiah. Cepat aku membuka kad kecil yang diselitkan pada kuntuman bunga indah itu sebaik menerimanya. Tidak sabar mengetahui siapa pengirimnya.
To my beautiful wife, Reia Ellana,
I’m blessed to have you in my life. Loving you more each day, baby. Happy first anniversary and more to come.
Forever yours, Haris Raslan
P/s check your gift box.
Dapat aku rasakan bunga-bunga cinta mekar di hatiku selepas membaca coretan ringkasnya itu. Paling penting dia tidak lupa tentang tarikh hari ini seperti yang aku bayangkan. Aku menekapkan hidungku pada jambangan bunga ros yang masih segar itu, menghidu baunya sambil tersenyum. Memasukkannya ke dalam pasu kaca yang kuisikan dengan air sebelum kubawa kembali ke ruang tamu. Mencari ruangan yang sesuai untuk mengabadikannya.
Setelah berpuas hati dengan hasil tanganku, barulah aku mengapai kotak hadiah itu. Membukanya perlahan-lahan. Spontan senyumanku melebar saat melihat isinya. Maxi dress itu aku keluarkan dari kotaknya. Haris nampaknya masih dengan kegilaannya pada warna putih. Dress itu mengabungkan dua warna. Berwarna putih dengan kain lace di bahagian atas dan mempunyai potongan V yang sangat luas di bahagian belakangnya. Ia digabungkan dengan kain satin berwarna mustard dari pinggang ke bawah dengan sedikit belahan di tepi. Cukup cantik. Aku menarik keluar kad yang diletakkan di bahagian bawah kotak itu dan membacanya.
My Love,
I can already imagine how beautiful you will look in this. Get ready. Someone will come and bring you to me at 6 p.m. Can’t wait to be with you.
Xoxo
************************
“Hello sexy mama. You look gorgeous.” Ucap Hana sambil bersiul kecil. Aku mengeleng melihat tingkahnya. Dia sampai ketika aku sedang bersiap tadi, menyatakan Haris menghantarnya untuk membawaku ke destinasi pertemuan kami. “I bet Haris going to have a hard time to focus on anything else but you tonight.” Usik Hana membuahkan senyumku
“Should I change? I need him to focus tonight.” Soalku menduganya. Berkali-kali aku melihat penampilanku di cermin. Berpuas hati dengan gaun yang aku kenakan. Rambutku kugayakan dengan gaya ringkas half braid dan bahagian bawahnya kubiarkan lepas.
“Haris yang pilih dress ni kan?” Soal Hana dan aku mengangguk. “Then, you got your answer.” Tambahnya lagi. “Jom, menangis dia tunggu you nanti.” Usiknya lagi membuatkan aku tawaku.
Setelah memastikan semua yang aku perlukan berada di tempat yang sepatutnya. Aku mengapai kotak hadiah yang sudah kubalut kemas untuk dibawa bersama sebelum mengekori Hana menuju ke arah kereta yang telah sedia menunggu bersama pemandu yang tidak kukenali itu.
“Sebelum kita gerak. I kena pakaikan you benda ni.” Ucap Hana sambil mengeluarkan kain lembut berwarna hitam dari handbagnya. Aku mengerutkan dahi memandangnya. “Jangan tanya apa-apa. I takkan jawab. I have strict instruction from your husband.” Tambahnya sebelum mengikat kain itu. Menutup mataku. Tanpa pilihan aku hanya mendiamkan diri dan membayangkan hanya yang indah akan berlaku sebentar nanti. Selepas melalui perjalanan hampir setengah jam menurut perkiraanku itu, kereta akhirnya berhenti dan beberapa ketika kemudian pintu di sebelah tempat dudukku terbuka. Aku menarik nafas lega apabila merasakan sentuhan tangan Haris memimpinku keluar dari kereta. Spontan senyumanku melebar.
“Have fun kids.” Usik Hana sebelum aku mendengar kereta itu bergerak pergi.
“Hello my love. You look breath-taking as always.” Bisik Haris sambil mencium pipiku.
“I will give you more than hello if you open this now.” Balasku sambil memuncungkan bibir tanda protes belum dibenarkan melihat lokasi pertemuan kami.
“Be patient, baby.” Balasnya sambil terus memimpinku berjalan dan berhenti selepas beberapa ketika.“Let me open this for you.” Ucapnya sebelum mula membuka kain itu. Aku membiarkan mataku meliar melihat sekeliling. Mengagumi dekorasi setiap ruangan yang nampak cukup indah itu. Paling menarik perhatianku, kebanyakkan ruangnya dipenuhi dengan bungaan segar pelbagai jenis dan warna. Nampaknya Haris sudah masak dengan kegilaanku pada bunga. Sebuah meja yang sudah dihiasi dengan candlelight diletakkan di tengah-tengah ruangan itu. Namun mataku terpaku pada dinding yang dihias indah dengan kuntuman bunga membentuk perkataan ‘Happy 1st Anniversary, Haris Raslan Love Reia Ellana’ sebagai latar belakangnya.
“Wow. Did you do this?” Soalku. Haris hanya tersenyum sambil mengangguk melihat reaksiku.
“Do you like it?” Soalnya teragak-agak.
“I love it. Thank you for this surprise, honey. Where are we by the way?” Soalku ingin tahu.
“This is my gift for you.” Ucapnya. “This place is yours. You boleh buka kedai bunga kat sini. Hana told me that the two of you are in the midst of writing up a business proposal to open a flower shop. So, why not.” Aku melopong mendengar jawapannya.
“Are you serious?” Soalku.
“Of course. This is where I have been busy this whole week. Setting up everything for you.” Tambahnya lagi. “I’m glad you love it.”
“Maksudnya, ini ‘new project’ yang you cakap hari tu?” Soalku masih tidak percaya.
“Yes baby.” Jawabnya laju. “Jom I show you around.” Ajaknya sambil menghulurkan tangan padaku. Tanpa berlengah, aku menyambutnya. Kami berjalan dari satu sudut ke sudut yang lain. Haris hanya mendengar dengan tekun apa yang aku inginkan untuk setiap sudut. Sesekali pecah tawanya apabila mendengar cadanganku yang mungkin tidak masuk akal baginya. Namun tawanya terhenti apabila aku menjelingnya geram. Bangunan satu tingkat ini tidaklah terlalu besar, tapi menariknya ia mempunyai bahagian laman yang luas. Mungkin boleh dijadikan sebagai tempat menanam bunga hidup nanti, fikirku dalam hati. Mataku melilau memandang sekeliling, dan aku terkejut apabila melihat bangunan yang jaraknya hanya beberapa meter dari lokasi kami itu.
“Tell me that is not your office.” Ucapku sambil memandang Haris yang sudah menutup matanya. Mungkin sedang mengumpul kekuatan untuk menghadapi aku.
“I want to keep you close, baby. Please don’t be mad.” Jawabnya teragak-agak membuatkan aku ketawa kecil.
“I tak marah sayang. Not when I hide something from you too.” Jawabku dan melihat wajahnya berubah. “Jom masuk. I have something for you. I promise its nothing bad.” Tambahku sambil memimpinnya masuk dan masing-masing melabuhkan punggung di kerusi di ruang tengah bilik itu. Aku mencapai kotak hadiah yang kubawa bersama tadi dan menyerahkan padanya. “My gift for you. Open it.” Gesaku.
Dia memandangku sekilas sebelum membuka kotak itu. Aku tanpa sedar menahan nafas. Tidak sabar melihat reaksinya. Dia tersenyum saat membuka photobook kecil itu. Setiap helaian aku lekatkan dengan sekeping gambar yang aku rasakan membawa makna paling mendalam buat kami berdua. Sebaris ayat romantis aku coretkan di bawah setiap gambar untuk mengambarkan perasaanku. Haris menyelak setiap helaian dan mempunyai reaksi wajah yang berbeza untuk setiap gambar dan coretan kata. Sesampainya di helaian terakhir, dia terdiam. Spontan dia mengangkat wajah, matanya tidak lepas dari memandangku.
“Are you.. Are you pregnant?” Soalnya sambil menunjukkan gambar imbasan ultrasound itu padaku. Aku tersenyum lebar dan mengangguk pantas. “How long?” Soalnya lagi dan kali ini aku melihat matanya sudah berkaca.
“I just found out last week. I’m 7 week pregnant, sayang.” Jawabku. Dia spontan bangun dari duduknya dan melutut di depanku. Sebelahnya tangannya pantas mengusap lembut perutku.
“This is the best gift ever, baby.” Ucapnya. Senyuman tidak lekang dari bibirnya membuatkan hatiku tersenyum bahagia. “So, is this the reason why your body look extra lovely?” Soalnya lagi membuatkan aku tertawa kecil mendengar pilihan ayatnya itu.
“Yes. Dan I ada tanya doktor, you mual-mual mungkin sebab you alami simptom pembawakan budak. I’m sorry you have to go through that, sayang.” Terangku dan melihat dia mengangguk-angguk sendiri.
“Bila I dah tahu sebabnya, I rasa I tak kisah alami semua tu untuk kita.” Jawab Haris membuahkan bunga di hatiku.
“I love you, my dear Haris.” Luahku. Terharu dengan ucapannya.
“I love you more, my Reia.” Balasnya sambil menghadiahkan sebuah ciuman di pipiku. “Tapi sekarang I rasa menyesal hadiahkan shop ni pada you.” Komennya tiba-tiba mematikan senyumku. “Can I change your gift?” Soalnya lagi.
“What? Why?” Soalku dalam keliru.
“You’re pregnant, baby. You kena banyak berehat. You tak perlu stresskan diri dengan kerja.” Jelasnya cuba menyampaikan logiknya padaku. Spontan aku memuncungkan bibir, tidak setuju.
“I janji I akan jaga kesihatan. Tak stresskan diri. You tak perlu risau.” Janjiku. “You pun tahu I tak buat ni seorang diri, kan? I ada Hana. Plus you’re only a few block away. You can come and check on me anytime you want. Trust me please. I really want this.” Pujukku lagi sambil merenungnya lembut dan melihat dia melepaskan keluhannya.
“I can’t say no to you, baby. Not when you look at me like that.” Ucapnya kemudian, mengembirakanku. “I cuma nak you happy. Tapi you kena janji yang you akan ingat janji you dan dengar cakap I.” Tambahnya lagi.
“Oh Haris, I love you so much.” Ucapku sambil pantas memeluknya. “I promise I will listen to you. I trust you know what’s best for us.” Akuiku.
“I love you too, baby.” Ucapnya sambil melepaskan ciuman di dahiku. “Now let me feed you and our little angel.” Ajaknya kemudian seraya memetik jarinya. Seorang pelayan datang ke arah kami membawa hidangan satu persatu. Bermula dari mushroom soup sebagai pembuka selera, pan seared salmon with lemon butter sauce sebagai hidangan utama sehinggalah marble cheese cake dan fruit salad sebagai dessert kami.
“Hana ingatkan I untuk sediakan jus untuk you pagi tadi. She told me, you might not appreciate wine now.” Ucap Haris sambil menghulurkan gelas berisi jus oren segar itu padaku. Tiba-tiba dia menepuk dahi membuatkan aku hairan melihat gelagatnya itu. “Oh god, she’s giving me a hint this morning. She know that you’re pregnant.” Ulasnya dan aku hanya ketawa melihatnya.
“Of course, sayang. Hana yang temankan I buat checkup hari tu.” Jelasku sambil mengapai tangannya. “I’m sorry you’re not the first to know. I sebenarnya tak sabar nak beritahu you. Tapi I rasa pasti lebih bermakna kalau I beritahu you hari ni. I’m sorry okay.” Ucapku tulus.
“It’s okay baby. But you have to make it up to me.” Ucapnya nakal. Aku mengerutkan dahi tidak faham. “Let’s go home. I’ll show you what I want.” Tambahnya lagi dan ketawa apabila melihat pipiku memerah setelah aku akhirnya mengerti apa yang dia maksudkan.