Bab 31

            Bangun pagi itu, semuanya terasa lain. Aku mengeliat kemalasan dan perlahan-lahan membuka mata. Meraba-raba di bawah bantal mencari telefon bimbit yang kebiasaannya kuletakkan di situ, namun tiada. Pantas aku duduk, memerhati ruang bilik tidur itu yang langsung tidak sama dengan ruang yang aku kongsikan dengan Hana. Perlahan-lahan ingatanku datang kembali. Mengingati apa yang terjadi semalam. Mataku meliar memerhatikan sekeliling, mencari kelibat Haris. Namun tidak kelihatan. Rasa hampa datang semula. Sempat aku terfikir, mungkinkah semua yang berlaku semalam hanyalah ilusiku semata? Ilusi yang menjelma kerana aku terlalu rindukan kehadirannya. Tapi jika itu hanyalah khayalanku, kenapa pula aku berada di sini? Bilik yang sama sekali berbeza dengan Suite yang aku kongsikan dengan Hana? Pelbagai persoalan datang bertamu. Namun bunyi kocakkan air yang kuat mematikan monologku.

             Pantas aku bangun dan berdiri di penjuru pintu bilik yang terbuka luas itu. Dari situ aku melihat Haris sedang asyik berenang di dalam swimming pool yang berada betul-betul di hadapan bilik tidur itu. Kewujudan kolam renang itu langsung tidak aku sedari malam tadi. Mungkin kerana mindaku diselubungi terlalu banyak persoalan membuatkan ia gagal berfungsi dengan baik. Sisa mengantuk yang masih ada tadi tiba-tiba menghilang apabila mataku terpaku pada Haris yang hanya berseluar mandi itu sedang leka dengan aktivitinya. Serentak itu, jantungku berdegup kencang. Terasa kembali bernyawa. Aku membiarkan mataku menjamu pandangan dengan keindahan yang ada di depan mata. Melihat insan yang amat kurindui itu.

“Like what you see, baby?” Soal Haris tiba-tiba, membuatkan aku tersentak. Tidak menyedari yang aku terleka merenungnya sedari tadi.

“You wish.” Jawabku sambil menjelirkan lidah padanya membuatkan Haris tertawa kecil.

“Oh I wish for so many thing, baby.” Ujarnya. “Kalau you terus pandang I macam tu, I think one of my wish will definitely come true.” Usiknya lagi membuatkan aku menghadiahkan jelingan padanya. “Come, join me.” Ajaknya kemudian. Aku menggeleng apabila mengingati bahawa aku tiada pakaian mandi di sini.“Your luggage is there. Go change and join me.” Arahnya sambil menunjuk ke arah bilik tidur, seolah mengerti dilemaku. Aku mengerutkan dahi, rasanya malam tadi aku datang ke sini sehelai sepinggang. “I minta tolong Hana bawa luggage you pagi tadi.” Tambahnya lagi seolah tahu apa yang sedang bermain di benakku.

“You’re one freaky mind reader.” Putusku. Tidak percaya dia menjawab setiap persoalan yang hanya bermain-main di mindaku.

 “I’m no mind reader. But you should know by now that I know you like the back of my hand, baby.” Ucapnya sambil tersenyum nakal merenungku.

“And a sweet talker as well.” Tambahku cuba menyembunyikan senyuman yang hadir saat mendengar kata-kata manisnya itu.

“Only with you.” Balasnya sambil mengenyitkan mata.       

            Enggan terus terbuai mendengar ayat-ayat nakal lain darinya aku segera melangkah ke arah luggage yang tidakku sedari bersandar malas di tepi dinding bilik itu. Pantas aku mengeluarkan satu set halter top style two piece swimsuit berwarna merah dengan corak polka dot dari dalamnya sebagai pakaian mandiku nanti. Aku membawanya sekali ke en suite bathroom untuk melakukan rutin pagiku sekaligus menukar pakaian mandi. Setelah semuanya selesai aku mengatur langkah ke arah kolam renang. Bersedia menghadapi Haris yang seakan terleka memerhatikan setiap gerak langkahku ketika itu.

“Please tell me this is the only time you wear this.” Ujarnya sambil matanya membulat memandangku sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di salah sebuah daybed yang ada di sebelah tepi kolam renang itu. “You’re killing me, baby.” Tambahnya lagi. Sebelah tangannya diletakkan di dadanya seolah-olah dia benar-benar merasa sakit membuatkan aku menghadiahkan senyuman sinis padanya.

“Why would you care?” Soalku selamba, sengaja menyakitkan hatinya. Dia tak perlu tahu yang hari-hariku di sini kebanyakkannya kuhabiskan di dalam bilik sahaja. Merinduinya. Mengingati setiap detik indah sewaktu bersamanya. Juga menyesali kegagalan membahagiakannya ketika masih berpeluang, sehingga dia begitu mudah kembali pada kekasih lamanya. Walaupun set pakaian mandi ini juga baru pertama kali kurasmikan hari ini, dia tidak perlu tahu tentang itu. Biar dia beranggapan aku menikmati percutian ini sepenuhnya. Sebagaimana dia menikmati hari-harinya tanpaku.

“Of course I care. Its show too much skin.” Ulasnya membuatkan aku melihat kembali pilihan pakaian mandiku itu. Menurutku ianya tidaklah terlalu seksi cuma potongan di bahagian dadanya sahaja yang nampak lebih dalam. “But if it for my eyes only, then I will definitely approved.” Tambahnya sambil tersenyum nakal dan aku menjegilkan biji mata. Mengerti apa yang dia maksudkan.

“This is nothing compare to what I have in my bag.” Ulasku sengaja mengujinya.

“You can’t be serious.” Ujarnya tidak percaya. “I’ll burn it before you even think of wearing it.” Putusnya membuatkan aku ketawa. “You’re joking right?” Soalnya lagi apabila melihat aku masih asyik ketawa.

“Whatever make you sleep at night, my dear.” Usikku sengaja membiarkan dia terus tertanya-tanya. Dia memandangkanku lagi cuba mencari jawapan kemudian perlahan-lahan mengeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum.

“You, my darling is what make me sleep well at night.” Ucapnya membuahkan bunga-bunga di hatiku. Membuatkan aku hampir terlupa situasi yang kami hadapi ketika ini. “Come, join me.” Ajaknya lagi dan aku bangun sambil menanggalkan sarung nipis yang menutupi bahagian pinggangku ke bawah itu. Kali ini aku melangkah dengan penuh yakin ke arah kolam renang. Terutama sekali selepas mengetahui efek pakaian mandi yang aku kenakan ini padanya. Sekurang-kurangnya aku tahu, dia masih merasai sesuatu bila melihatku. Biar dia tahu apa yang dia akan hilang, bila aku bukan miliknya lagi. Aku menjulurkan kedua-dua belah kakiku ke dalam kolam untuk menguji tahap kesejukkan airnya. Secepat itu Haris sudah berada di hadapanku dan menarikku ke dalam kolam.

“Haris..what the…” Ayatku tergantung di situ apabila merasakan jemari Haris menyelak helaian rambut yang menutupi wajahku akibat jatuhan ke dalam kolam secara tiba-tiba itu. Mengelus lembut pipiku sebelum perlahan-lahan menarikku ke arahnya.

“I miss you. So damn much… I miss having this silly banter with you…. I miss everything about you.” Ucapnya apabila aku sudah berada dalam dakapannya. Bagaikan mendapat sinar baru, aku mengangkat wajah, memandang ke dalam matanya. Cuba menilai keihklasan dari ucapanya itu. Dan aku tidak kecewa. Pandangannya seolah menyampaikan betapa rindunya dia padaku. Matanya tidak lepas dari menatap wajahku, tidak berkedip. Seolah takut aku akan menghilang jika dia berbuat demikian. Segalanya nampak jelas. Aku hanya berharap, aku tidak salah menilai apa yang aku lihat.

“I miss you too.” Jawabku akhirnya. Tanpa ragu sambil tanganku pantas melingkari pinggangnya. Kepalaku cepat melekap pada dadanya. Mendengar bunyi degupan jantungnya. Meyakinkan aku yang ini bukanlah sekadar khayalanku. “Can we talk now?” Soalku sambil mengangkat wajah, memandang Haris yang sudah sedia merenungku. Aku tidak sabar menghilangkan segala persoalan yang bersarang di mindaku. “I ada banyak sangat benda nak tanya you.” Tambahku.

“After lunch, baby. Kita cakap lepas makan, Okay?” Jawabnya lembut. Aku membuka mulut, ingin membantah namun bunyi perutku yang memilih untuk berkeroncong ketika itu membuatkan aku tidak jadi bersuara. Haris hanya tersengih memandangku. “I know you are hungry. You miss your breakfast earlier.” Tambahnya lagi membuatkan aku tiada pilihan lain selain mengangguk setuju. Lagi pula, berbincang topik serius sebegini memang seeloknya dilakukan ketika perut kenyang. Perut yang lapar akan menyebabkan otak gagal berfikir dengan matang dan ayat yang keluar dari mulut mungkin akan mengakibatkan perbalahan. Aku tidak mahu itu terjadi. Aku ingin semuanya selesai dengan baik hariini.

I tau you takut dengan I.” Usikku.

Of course. Hungry Reia is one scary Reia.” Balasnya membuatkan aku ketawa sebelum aku menolaknya dan memulakan renangan. Walaupun belum mengetahui apa yang bakal terjadi nanti, aku tetap membiarkan bibirku memekar senyum. Membiarkan diriku hanyut dalam rasa bahagia yang sedang menjelma. Walaupun mungkin hanya untuk seketika.

 

**************************

 

“Sebelum kita start. I nak you janji dulu that whatever it is, you will listen and let me explain everything first.” Itu ayat pertama yang keluar dari mulut Haris sejurus kami selesai menjamu hidangan tengah hari yang disediakan oleh pelayan Villa sebentar tadi.

I will. But, only if you promise to tell me the truth.” Aku berunding. Mana mungkin aku akan membiarkan diriku diperkotak katikkan lagi. Cukup sudah rasa sakit yang kualami beberapa minggu ini. Jika dengan perbincangan ini, hubungan aku dengan Haris tidak dapat diselamatkan lagi, biarlah semuanya berakhir secara baik. Selepas semuanya dibincangkan elok-elok. Aku tidak mahu perpisahan kami nanti akan menjadi penyebab berakhirnya hubungan baik antara dua buah keluarga. Apa yang aku harapkan sekurang-kurangnya dengan perbincangan ini, kami akan mendapat pengakhiran yang baik. Supaya masing-masing boleh kembali menikmati hidup tanpa sebarang penyesalan.

I promise you, Reia.” Ucapnya serius. “Semua yang keluar dari mulut I hanyalah kebenaran. You know me. I would never lie to you. You believe me, right?” Tambahnya bersungguh, mungkin setelah melihat aku tidak menunjukkan sebarang reaksi.

“Whatever you say. You’re the boss.” Usikku. Tidak selesa dengan nadanya yang serius.

“Of course I am. I don’t trust your judgement. I masih tak percaya you nak berpisah tanpa bincang dengan I dulu.” Tambahnya sambil mencapai segumpalan kertas yang telah menjadi cebisan dari saku begnya dan meletakkannya di atas meja.

“eh...” Terkelu aku melihatnya. Aku mengambil beberapa cebisan dan menelitinya. Itu nota yang aku tinggalkan untuknya seminggu yang lepas. Aku menoleh ke arahnya meminta penjelasan. “I thought this is what you want. I just make it easier for you.” Tambahku lancar. Rasa sayu yang datang tiba-tiba mengenangkan semula detik aku meninggalkan rumah itu cubaku sembunyikan jauh di dasar hati.

“Is this what you want, Reia?” Soalnya dan aku cuba memberikan senyuman seikhlas yang boleh padanya walaupun hatiku diruntun sayu.

“I want you to be happy, Haris. I assume you want to be with Bia.” Jawabku pantas.

“You assume?” Soalnya tidak percaya. “I can’t believe you.” Ucapnya sambil ketawa. Kedengaran sinis di telingaku.

Itu sahaja yang you bagi I fikir. You tak beritahu I apa-apa. The worst part is, you ignore me. You buat I rasa macam I tak bermakna langsung pada you. So I assume you want to be happy somewhere else. With someone else.” Jelasku tenang. Gembira aku masih mampu mengucapkan kata-kata itu tanpa mengeluarkan air mata. Mungkin air mataku sudah kering setelah puas bekerja selama beberapa minggu ini. 

“Do I look happy to you?” Soalnya kemudian.

“I don’t know that.” Jawabku jujur. “Are you happy?” Soalku benar-benar ingin tahu.

“This is my answer, Reia.” Jawabnya sambil menunjuk ke arah gumpalan kertas di atas meja itu. “This is to show you that I really don’t trust your judgement. At all.” Tegasnya. “So do you promised to listen to me now?” Soalnya lagi.

“Do I have a choice?” Soalku sambil tersengih.

“Reia…” Ucapnya penuh amaran.

“Chill bro. I promise.” Ucapku cuba bergurau sambil mengangkat kedua belah tangan. Aku tahu itu bukan ayat yang ingin didengarinya apabila Haris dengan pantas menangkap kedua belah tanganku sambil mengeluh.

“This is serious, baby. I want you to promise me.” Ucapnya lagi sambil dengan lembut mengangkat daguku. Memastikan aku merenung tepat ke dalam anak matanya. “And don’t call me bro. I am not your brother.” Tambahnya, membuatkan tawaku pecah, tidak menyangka dia menganggap kata-kataku sebentar tadi serius.

 “Alright my dear Haris. I promise.” Ucapku sambil mengangguk setelah tawaku reda. Haris merenungku lama sebelum akhirnya senyum.

“That is the proper way to say it, baby.” Ulasnya sambil tersenyum puas. “Let’s shake on it.” Tambahnya lagi. Aku segera menghulurkan tanganku padanya, sedia berdiplomasi. Haris mencapainya dan menggunakan tangan itu untuk menarikku ke dalam dakapannya. “Let’s talk now.” Putusnya selepas menghadiahkan sebuah kucupan penuh makna di dahiku.

Previous: Bab 30
Next: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh