Bab 16

             Bersiap untuk keluar berjanji temu memang cukup mencabar. Apatah lagi bila ia adalah janji temu pertama seperti yang sedang aku lalui ketika ini. Terlalu banyak yang aku fikirkan, hingga aku gagal memilih apa yang sesuai aku gayakan untuk memikat bukan sahaja hati Haris bahkan Ibu dan bapanya juga. Mujur ada Hana. Jika dibandingkan antara kami berdua, Hana lebih berpengalaman dalam soal perhubungan. Hana sekurang-kurangnya pernah melalui fasa percintaan sebanyak dua kali, sedangkan aku masih lagi kosong. Meletakkan hatiku pada Haris seawal usia remaja telah membuatkan aku menutup hati untuk lelaki lain. Hasilnya, aku tiada pengalaman dalam soal itu.

“You’re overthinking again.” Komen Hana selepas melihat aku masih belum membuat pilihan. Beberapa pasang gaun sedang berbaring di atas tilamku. Semuanya kelihatan cantik dulu, tapi semacam kurang hari ini. “Okay come here.” Panggilnya sambil menepuk kerusi meja solek di tepi katilku itu. Aku memandangnya penuh tanda tanya, namun akur duduk menghadap cermin di depanku. “Bagitahu I apa you nampak dalam cermin tu?” Soalnya kemudian.

“I see myself.” Jawabku sambil mengerutkan dahi memandangnya. Hairan dia bertanya soalan seperti itu.

“Sekarang cuba you senyum.” Arahnya dan aku menurut. Tersenyum pada diriku di dalam cermin. “Kalau I cakap Haris sebenarnya minta I bagitahu you yang korang tak jadi keluar malam ni, you okay tak?” Soalnya lagi. Spontan wajahku berubah, tiada lagi senyuman sebaliknya muncungku memunculkan diri. “Eh jangan nangis. I nak you bayangkan je, bukan betul-betul.” Ucap Hana sambil ketawa kecil. Spontan aku menjelingnya.

“Sampai hati youkan.” Ucapku geram.

“Okay I minta maaf. Tapi you tak nampak ke apa yang I cuba sampaikan?” Soalnya membuatkan aku mengeleng panjang. “Apa yang I nak you nampak adalah kenyataan bahawa you bukan sahaja cantik, ada senyuman yang menarik tapi dalam masa yang sama you manja, cepat merajuk, cengeng dan banyak lagi. Tapi apa yang penting adalah, walaupun you ada banyak sikap yang kurang mengagumkan itu, you tetap berjaya membuka hati Haris. You berjaya sebab diri you.” Jelas Hana membuatkan senyuman kembali di bibirku. “So just be yourself. Pilih apa you nak pakai. Sesuatu yang buat you rasa selesa dan yakin pada diri you.” Tambahnya membuatkan aku merenungnya kagum.

“Rasanya you salah pilih course dulu. Patutnya you belajar psikologi dan kaunseling.” Komenku membuatkan dia tersengih sendiri.

“Ya kan. Tapi apa je yang I tak buat untuk you.” Usiknya membuatkan aku ketawa. Aku ingat lagi selepas tamat SPM dulu aku mengajak Hana memohon untuk melanjutkan pelajaran bersama-sama. Memandangkan kami belum pasti apa cita-cita masing-masing ketika itu, jadi kami memilih untuk mendaftar course Pengajian Perniagaan di Universiti yang sama dengan harapan untuk sentiasa bersama.

“Sorry not sorry.” Usikku.

“It’s okay. Dah lambat pun kalau nak menyesal.” Ujarnya disambut tawaku. “Cepatlah siap. Lambat nanti.” Ucapnya mengingatkan. Kali ini aku tidak menghadapi masalah untuk memilih apa yang ingin aku gayakan. Aku tersenyum yakin melihat penampilanku di dalam cermin. Gaun midi berwarna dusty rose itu kelihatan amat sesuai dengan tona kulitku. Gaun cantik berlengan tiga suku itu mengabungkan kain lace di bahagian pinggang ke atas dengan rekaan mengikut potongan badan manakala dari bahagian pinggang ke bawah diberikan gaya kembang melepasi lutut.

“Reia, Haris dah sampai.” Tegur Mama sambil memasuki bilikku. Matanya kelihatan sedikit berair saat memandangku. “Cantiknya anak Mama.” Pujinya membuahkan senyumku. “Jom cepat, Mama tak nak tinggalkan Haris dengan Papa sorang-sorang. Ini kali pertama Mama nampak Papa tak happy jumpa Haris.” Tambah Mama membuatkan aku cepat mengapai clutch bagku dan mengekori Mama ke ruang tamu. Mata Haris yang seolah terpaku memandangku membuatkan aku tahu dia setuju dengan penampilanku malam itu. Hanya Papa yang kelihatan serius dan tidak gembira.

“Be nice Pa.” Bisikku padanya. Dia kelihatan ingin menyatakan sesuatu namun pandangan Mama berjaya menghentikannya. “Boleh kita jalan sekarang?” Soalku pada Haris. Ingin segera membawanya lari dari suasana tegang itu.

“Kami jalan dulu Aunty, Uncle, Hana.” Ucap Haris sambil mengiringku keluar. Dia membuka pintu untukku sebelum berjalan laju ke bahagian pemandu. Dia melepaskan keluhan yang panjang membuatkan aku ketawa kecil melihat gelagatnya. Yakin bahawa ia berpunca daripada apa yang dilaluinya sebentar tadi.

“I’m glad you find this funny.” Komen Haris membuatkan tawaku makin kuat.

“Sorry.” Ucapku sambil tersengih. Tidak memaksudkannya. Dia memandangku lagi, kali ini dengan renungan yang sentiasa membuat jantungku berdetak kencang.

“You’re looking so gorgeous tonight, baby.” Ucapnya membuatkan pipiku terasa panas. Malu dipuji walau sebenarnya hatiku sedang bergembira mendengarnya.

“You’re looking extra handsome tonight too, sayang.” Balasku malu-malu. Ini pertama kali aku mencuba panggilan itu untuknya.

“Sayang?” Soal Haris sambil mencuri pandang padaku. “I like that.” Komennya kemudian sambil tersenyum kecil.

“Sorry about my dad.” Pintaku. Berharap dia tidak ambil hati dengan layanan Papa terhadapnya tadi.

“It's okay. I tahu mesti susah untuk dia lepaskan anak kesayangannya.” Jawab Haris melegakan hatiku.

“Where are we going?” Soalku ingin tahu.

“My parents.” Balasnya sambil tenang meneruskan pemanduan. Aku mengambil kesempatan itu untuk bertanya tentang ibu bapanya. Cuba mengumpul sebanyak mungkin maklumat tentang mereka. Berharap ia akan membantuku nanti.

“Jom.” Ucapnya sambil menghulurkan tangannya padaku setiba kami di rumah mewah dua tingkat itu. “Kalaupun Ibu dan Baba I tak suka dengan you, I will still marry you.” Tambahnya, mungkin setelah melihat aku masih kelihatan teragak-agak.

“Well, you sure know how to boost a girl confident.” Komenku sinis padanya.

“I try.” Balasnya sambil ketawa kecil. “Don’t worry, they will like you.” Tambahnya kemudian membuatkan aku menyambut tangannya dan mengekorinya masuk ke ruang rumah itu.

“Reia?” Soal Aunty Mel saat mata kami bertentang.

“Hai Aunty, Uncle. Apa Khabar?” Soalku kepada kedua wajah yang kelihatan terkejut itu. Menimbulkan sedikit kerisauan di hatiku. Mujur beberapa detik kemudian, keduanya kembali mengukir senyum.

“Reia ni adik Rich yang buat praktikal di syarikat kita kan?” Soal ayah Haris sambil mengerutkan dahinya. Mungkin cuba mengingati di mana dia pernah bertemuku sebelum ini.

“Betul Uncle.” Jawabku.

“Reia ni acting PA Haris sekarang, Ba.” Terang Haris. “Dia juga girlfriend Haris dan bakal menantu Ibu dan Baba.” Tambahnya, tidak hanya mengejutkan ibu dan bapanya bahkan aku sendiri juga. Tidak menyangka Haris akan berterus terang seperti itu.

“Wow, this is a lot to take in, but... I’m happy for you.” Ucap bapanya selepas beberapa ketika. “Welcome to the family.” Ucapnya sambil tersenyum padaku.

“Welcome to the family, Reia.” Ucap Aunty Mel sambil membawaku ke dalam pelukkannya.

“Thanks Uncle, Aunty.” Balasku tersenyum. Mataku melirik kepada Haris yang kelihatan turut gembira itu.

“Panggil Ibu je, tak lama lagi Reia akan jadi menantu Ibu.” Pesan Aunty Mel.

“And call me, Baba.” Celah bapa Haris pula.

“Okay Ibu, Baba.” Balasku sambil tersenyum sebelum kembali berdiri di sebelah Haris yang sedia merenungku penuh makna itu. Ternyata bapa Haris juga peramah seperti ibunya. Walaupun dari golongan berada mereka tidak sombong dan mesra melayanku. Membuatkan aku merasa diterima.

“Duduk dulu ya. Ibu nak ke dapur, tolong Mak Ton hidangkan makanan.” Ujar Ibu selepas hampir setengah jam kami berbual.

“Reia tolong ya.” Ucapku dan bangun mengekorinya ke dapur sebaik melihat Ibu mengangguk.  

“So, apa jadi pada Yasmin?” Soal Ibu mematikan tugasku.

“Rupanya Reia salah sangka.” Jawabku sambil tersengih kecil. “Reia Harap Ibu tak kisah, Reia dengan anak Ibu.” Ucapku.

“Ibu happy dengan pilihan Haris. Lagipun Ibu dah kenal Reia ni siapa.” Ujarnya membuahkan bunga di hatiku.

“Walaupun Reia tak pandai masak?” Soalku.

“Yang penting Reia ada niat untuk perbaiki diri. Lagipun Reia muda lagi, banyak masa lagi untuk belajar.” Jawabnya.

“Bincang apa ni?” Soal Haris yang tiba-tiba muncul itu. Mengejutkanku.

“Tentang kamu berdualah. Tentang Yasmin juga.” Terang Ibu membuatkan aku membesarkan mata dan melihat Ibu ketawa kecil. Mungkin dia sengaja ingin melihat reaksi aku dan Haris berkenaan topik itu.

“Yasmin? Kenapa dengan Yasmin?” Soal Haris hairan sambil memandang aku dan Ibu silih berganti.

“Masa Reia datang sini minggu lepas, Ibu tanya kalau-kalau dia tahu siapa girlfriend kamu. Dia agak Yasmin.” Terang Ibu membuatkan wajahku serta merta terasa panas. Aku hanya mampu mengigit bibir melihat reaksi Haris yang seolah menang loteri selepas mendengar kenyataan Ibu itu.

“Jadi betullah you tak nak cakap dengan I hari tu sebab Yasmin?” Soal Haris sambil tersengih panjang memandangku. Wajahku yang tadinya panas sudah terasa berbahang. Malu mengingatkan kejadian hari itu. Haris pula kelihatan seronok. Mungkin gembira, akhirnya berjaya merungkai misteri ‘silent treatment’ yang kuberikan padanya hari itu.

“Ibu tengok tu.” Ucapku sambil memandang Ibu, meminta bantuannya.

“Ibu tahu tak, dia tak bercakap dengan Haris sepanjang hari selepas balik dari sini. Haris tak tahu pun dia merajuk sebab apa. Bila Haris tanya dia sesuatu, dia jawab guna nota je. Itu pun kalau nasib baik. Kalau tak, dapat jelingan je. Rupanya betullah sebab dia cemburukan Yasmin.” Ucap Haris sambil ketawa. Gembira sungguh dia mengusikku. Ibu juga kelihatan seronok mendengar cerita itu. Dia berhenti tersenyum mungkin selepas melihat muncungku.

“Cemburu tu tandanya sayang, kan Reia?” Jawab Ibu sambil tersenyum. Sekaligus mengembalikan senyumku. Aku memandang Haris dan mencebik padanya. Gembira Ibu berpihak padaku. “Dah pergi panggil Baba, kita makan malam sekarang.” Arahnya kepada Haris yang kelihatan teragak-agak itu. Seolah-olah masih ada yang ingin disuarakannya.

“Ibu gembira Reia muncul dalam hidup Haris. Ibu boleh nampak Reia baik untuk anak Ibu.” Ucap Ibu sebaik sahaja Haris meninggalkan dapur. Membuatkan aku terharu. Gembira tanggapannya baik terhadapku.

           

************************

            Makan malam bersama keluarga Haris malam itu, aku kira berjaya. Layanan baik mereka padaku membuatkan aku tidak berasa kekok untuk menjadi diriku. Sekitar pukul 10 malam Haris meminta izin untuk menghantarku pulang. Setelah berjanji untuk berkunjung lagi, barulah Ibu membenarkan kami beredar. Nampaknya dia cukup gembira akan menerima menantu tidak lama lagi. Seperti kata Baba, Ibu memang menginginkan anak perempuan sejak dulu. Kehadiranku seolah memberi peluang kepadanya untuk merasai nikmat mempunyai anak perempuan sendiri. Ironinya Ibu tidak tahu berapa kali Mama dan Papa mengeluh ketika melayan karenahku.

“Kan I dah cakap, you have nothing to worry about.” Ucap Haris ketika kami dalam perjalanan pulang.

“Ibu dan Baba baik sangat.” Komenku sambil tersenyum. “Thank you for tonight. I have a great time.” Tambahku. Benar-benar gembira.

“My pleasure, baby.” Balasnya sambil menghadiahkan senyuman yang sering membuatkan jantungku berdegup kencang. “Sekarang boleh kita bincang topik yang masih berlegar dalam fikiran I tak?” Soalnya.

“What topic?” Soalku.

“Yasmin.” Jawabnya sepatah.

“What about Yasmin?” Soalku sengaja buat-buat tidak tahu.

“You tell me.” Ucapnya kembali. “Kalau you tak cerita, mungkin I takkan dapat tidur malam ni. I akan sentiasa tertanya-tanya. You don’t want that happen to me right?” Soalnya sengaja membuat aku merasa bersalah.

“Cukup tak kalau I cakap, lihat atau dengar you keluar atau rapat dengan perempuan lain sahaja dah boleh buat I cemburu? Merajuk dengan you adalah cara I untuk harungi rasa cemburu I tu.” Jelasku sambil melemparkan pandanganku ke depan enggan melihat reaksinya.

“Macam mana kalau cakap, lihat atau dengar you keluar atau rapat dengan lelaki lain pun buat cemburu juga." Ujarnya membuatkan aku tersentak. Aku memandangnya meminta kepastian dan aku tidak kecewa mendengar jawapannya. "Hari you tak nak cakap dengan I tu, I minta Rich ajak you keluar dinner sama. I want to make sure that you are okay. Tapi Rich bagitahu I, you ada movie date dengan Isaac.” Ceritanya membuatkan aku memandangnya lama. Aku teringat apa yang diceritakan Rich tempoh hari. Katanya dia tidak tahu apa yang membuatkan mood Haris berubah tapi dia bermalam di rumah Haris untuk menemaninya malam itu.

“Untuk pengetahuan you, kami keluar berempat malam tu. Bukan dan Isaac sahaja.” Jelasku dan melihat dia mengeluh lega. “Rich ada bagitahu I, you bad mood malam tu. I andaikan sebab Yasmin. Baru sekarang I tahu kenapa.” Ujarku sambil merenungnya. “I gembira kita cakap tentang ni. Ia bantu I nampak dengan lebih jelas. I tahu hubungan kita masih baru, tapi bukan perasaan pada you. I nak you tahu yang I dah lama sukakan you. I love you, Haris.” Luahku buat pertama kalinya.


Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh