Aku memasuki ruang pejabat Everlast Design&Deco dengan semangat baru. Berjanji pada diri yang aku tidak akan mensia-siakan peluang yang ada ini untuk belajar sesuatu yang baru sekaligus cuba mendekati pemiliknya, Haris Raslan. Walaupun sudah 3 hari kejadian yang membawa aku ke sini berlalu, namun ia masih segar di ingatanku. Walaupun ia kejadian yang memalukan namun kerana peristiwa itulah aku berpeluang untuk bekerja dekat dengan jejaka idamanku. Benar kata orang setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Masih segar di ingatan bagaimana hari terakhirku di marketing department berlalu. Bagaimana aku mendapat balik maruahku yang tercalar dengan sedikit cenderahati yang aku tinggalkan buat Linda. Aku ingat lagi wajahnya setelah aku menjatuhkan bom yang membuatkan dia terkelu sehingga tidak mampu berkata apa-apa ketika itu.
“Apa awak nak?" Soalnya sinis saat aku berdiri di depannya.
“Cik Linda, kalau betul saya tak masukkan marketing plan tu dalam fail seperti yang Cik Linda cakap pagi tadi, saya minta maaf. Ni salinan pelan pemasaran yang baru. Saya dah edit dan buat pembaharuan. Saya dah tunjuk dan tinggalkan pelan asal pada Cik Sara. Cik Linda boleh gunakan kalau rasa sesuai.” Ujarku cuba mengawal intonasi agar kekal formal. Walaupun aku tiada niat untuk berbaik dengannya, aku tetap perlukan penutup yang berpihak padaku. Aku tidak mahu menjadikan peristiwa memalukan pagi tadi sebagai komunikasi terakhir antara aku dan Linda. Aku ingin komunikasi terakhir kami memberikan aku gambaran bahawa maruahku sudah kembali ke tempat asalnya. Lama Linda memandangku sebelum akhirnya membuka dokumen itu. Dia kelihatan kagum selepas membelek beberapa helaian, namun tidak memberikan sebarang komen. Aku hanya tersenyum dalam hati melihat gelagatnya.
“Okay nanti saya tengok.” Balasnya kemudian sambil menutup dan meletakkan fail itu di atas meja. “Tak ada apa-apa lagi kan?” Soalnya kemudian selepas melihat aku masih di situ.
“Oh sebenarnya ada.” Jawabku yakin. Linda menjingkitkan keningnya, namun tidak mengatakan apa-apa. Dia hanya memandangku dengan pandangan tiada perasaan. Seolah tidak sabar mengakhiri perbualan kami itu. “Hari ni, hari terakhir saya kat sini. Jadi saya nak ucapkan terima kasih atas tunjuk ajar dari Cik Linda selama saya ditugaskan di sini.” Ucapku memulakan mukadimah.
“Dah agak dah.” Gumamnya sendiri namun cepat ditangkap oleh telingaku.
“Cik Linda cakap apa tadi?” Soalku sengaja buat-buat tidak dengar.
“Memandangkan awak ada hubungan ‘istimewa’ dengan HR Manager, saya memang dah agak dia akan tolong tukarkan awak ke jabatan lain. Tegur sikit, dah mengadu.” Ujarnya sinis.
“Memang betul sangkaan Cik Linda.” Ujarku tidak berdalih. “Cuma satu saya nak pesan. Cik Linda boleh lupakan hasrat untuk dekati Encik Richard.” Tambahku dan melihat wajahnya berubah merah tiba-tiba.
“Kenapa pula saya nak dengar cakap awak?” Soalnya dengan nada marah yang cuba ditahan.
“Sebab Encik Richard yang Cik Linda tergila-gilakan tu, abang kandung saya.” Jawabku membuatkan dia ternganga tidak percaya. “Jadi Cik Linda dah faham kenapa kan?" Soalku namun tidak menerima jawapan memandangkan dia sudah terpaku di tempat duduknya. Mungkin terlalu terkejut mendengar kenyataan itu. Dengan senyuman puas aku melangkah meninggalkannya.
“Awak memang betul-betul adik kandung Encik Richard?” Soal Sara yang rupanya mencuri dengar perbualan kami sebentar tadi. Aku tersenyum sambil mengangguk, mengiyakan. “Wow. Patutlah. Padan muka Linda.” Komen Sara sambil tersengih sendiri. Mengingati saat itu masih mampu membuatkan aku tersenyum sendiri. Aku bersyukur kerana mengikut nasihat Haris. Meninggalkan jabatan itu secara bermaruah memang memberikan kepuasan tersendiri.
“Hai, awak Reia Ellana kan?” Tegur suatu suara membuatkan aku tersedar bahawa aku telah hanyut dalam khayalan sebentar tadi. Pantas aku mengangguk dan tersenyum pada wanita yang kukira berusia awal 30an itu. “Hai, saya Stephanie. PA Encik Haris. Bos bagitahu, awak akan lapor diri hari ini.” Terangnya sambil tersenyum mesra.
“Oh, hai Stephanie. Haris.. eh Encik Haris cakap awak akan jadi cikgu saya sepanjang awak masih kat sini.” Ujarku. Menepuk mulut apabila tersasul membahasakan Haris tanpa panggilan Encik sebentar tadi. Stephanie hanya tersengih melihat telatahku. Aku bersyukur dia tidak memberikan sebarang komen.
“Ha’a betul. Jom saya tunjukkan awak office ni.” Ajaknya. Aku mengangguk sebelum mula mengekorinya. Dia membawaku menuju ke sudut paling belakang pejabat itu. Betul-betul berhadapan dengan pejabat berpintu kaca itu sebuah meja besar ditempatkan.
“Inilah ruang kerja kita.” Terang Stephanie sambil menunjuk ke arah meja besar yang lengkap dengan divider itu. Memberikan sedikit privasi kepada penghuninya. Dia kemudiannya mengetuk pintu pejabat yang tertutup itu. Selepas dijawab barulah dia membuka pintu dan mengajakku ke dalam. Haris yang sedang sibuk meneliti dokumen ketika itu mengangkat wajah. Aku tersenyum di dalam hati, inilah keindahan yang akan kunikmati setiap hari sepanjang aku ditugaskan di sini nanti. Berkat usaha dan kesabaranku akhirnya Tuhan juga bermurah hati untuk menghadiahkan kesempatan ini padaku. Bisik hatiku nakal.
“Ëncik Haris, Cik Reia dah sampai.” Terangnya dan aku melambai sambil menghadiahkan senyuman paling manis apabila melihat mata Haris berpindah padaku. Lama dia merenungku tanpa sebarang reaksi.
“Steph, you can wait outside. I have something to brief her.” Ujar Haris. Stephanie mengangguk sebelum keluar dari situ.
“How do you like it here?” Soalnya selepas beberapa ketika.
“I just been here for like erm…” Ujarku memulakan kata sambil melirik jam tanganku sebelum memberikan jawapan. “tak sampai setengah jam. So far semuanya nampak okay.”
“Good to hear that.” Komennya. “I nak you belajar sebanyak mungkin daripada Stephanie sementara dia masih kat sini. I want you to be as competent as her after two week. Can you do that?” Soalnya sambil merenungku serius.
“I will try, boss.” Ucapku sambil membuat tabik hormat padanya. Satu kebiasaan yang sukar ditinggalkan. Dia hanya memandang tingkahku dengan sebelah keningnya terangkat. “Can you not be too firm, you are freaking me out with your serious expression?” Pintaku.
“This is me in the office, Reia. You kena biasakan diri kalau nak bertahan kat sini.” Ujarnya tidak menunjukkan sebarang niat untuk mengubah reaksinya itu.
“Oh God, you’re worse than Linda.” Gumamku.
“I hear that.” Ulasnya membuatkan aku tersipu-sipu sendiri. Mengigit bibir sambil mengucapkan sorry dan melihat Haris mengeleng-gelengkan kepalanya.
“So back to our topic. Memandangkan you sedang buat praktikal kat sini, jadi bila-bila you free you boleh belajar sesuatu daripada team-team yang ada dalam pejabat ni. Gunakan peluang yang you ada untuk belajar sebanyak benda daripada dorang. It will be good for your internship report.” Nasihatnya dan aku mengangguk faham. “I think that’s all for now. Unless you have something to ask or want to know.” Ucapnya.
“I actually do have something to ask.” Jawabku dan melihat dia membuat isyarat agar aku meneruskan pertanyaanku. “Can you smile a bit?” Soalku sambil tersengih padanya yang kelihatan terkejut mendengar permintaanku itu. “Please. Hari ni kan hari pertama I kat sini, tapi you macam tak alu-alukan I je.” Tambahku sedih, sengaja membuat dia merasa bersalah.
“I’m beginning to regret my decision now.” Gumamnya membuatkan wajahku berubah sedih.
“See, I know I’m not welcome here.” Komenku sayu membuatkan dia mengeluh kecil.
“Okay-okay. I’m sorry I make you feel that way. It’s really not my intention.” Ucapnya kemudian. “Can you look at me now, kalau tak you akan terlepas senyuman I yang rare ni.” Ucapnya membuatkan aku cepat mengangkat wajah dan tersenyum lebar apabila melihat senyuman terpaksanya itu.
“Happy?” Soalnya dan aku cepat mengangguk dengan senyuman yang masih mekar di bibir. “You may go now.” Arahnya dan kembali memandang fail di depannya.
“But you haven’t wish me 'a good day' yet.” Ucapku mencuba nasib. Kalau aku berjaya membuatkan dia tersenyum tadi, pasti ada kemungkinan yang sama untuk permintaanku kali ini juga.
“Don’t try your luck too much Reia.” Komennya sambil mengelengkan kepalanya.
“Wow, kedekut.” Komenku dan berlalu keluar dari pejabatnya.
“I hear that.” Aku ketawa kecil apabila mendengar ayatnya itu. Namun, aku meneruskan langkahku ke arah Stephanie yang sudah pun menunggu di meja kerjanya. Aku duduk di sebelahnya apabila melihat ada sebuah kerusi extra diletakkan di situ. Mengandaikan ianya untukku.
“You must be related to him if he’s nice enough to grace you with his smile.” Duga Stephanie.
“Sadly yes. I’m his best friend little sister.” Akuiku.
“I trust you felt something for him.” Duganya lagi.
“Huge crush. Opss..” Ujarku sambil menutup mulut. Tidak tahu kenapa aku boleh terlepas cakap dan mengakui hal itu pada Stephanie.
“Don’t worry, it’s totally understandable. Nasib baik saya dah kahwin, kalau tak mesti saya pun cair dengan bos tu.” Akuinya membuatkan aku ketawa kecil. “Apapun saya harap awak tetap professional masa kat office. Ramai yang cuba nasib tapi masih belum ada yang berjaya.” Cerita Stephanie mengiyakan apa yang aku sudah sedia maklum. “Saya cuma harap dia masih ada hati dengan wanita je. Kalau tak, tak ada harapanlah awak.” Usiknya membuatkan aku membulatkan mata. Kemungkinan yang tidak pernah aku fikirkan.
“Fuhh..minta dijauhkan.” Ujarku benar-benar berharap itu tidak berlaku. Stephanie menutup mulut menahan tawa melihat reaksiku.
“Nanti kita sambung gosip lagi. Bos dah jeling tu. Macam tau-tau je kita gosip tentang dia.” Ujar Stephanie sebelum cepat membuka fail di depannya dan mula menyampaikan amanatnya padaku. Banyak juga yang aku pelajari darinya hari ini. Dia yang tidak lokek dengan ilmu itu, sabar memberikan tunjuk ajar. Dari tugasan semudah-mudah menggunakan tablet untuk mengatur jadual kerja Haris, menggunakan mesin pencetak dan fotostat sehinggalah teknik untuk membuat laporan kerja dan minit mesyuarat yang betul. Aku bersyukur dipertemukan dengan teman sekerja yang sangat membantu seperti dia. Dia juga tidak pernah hilang topik perbualan.
Hasil perbualan dengannya, aku tahu serba sedikit tentang perwatakkan Haris di pejabat. Menurut Stephanie, dia seorang bos yang sangat serius dan tegas. Jarang tersenyum dan tidak peramah. Namun dia seorang yang pemurah. Pernah beberapa bulan yang lepas dia menghulurkan bantuan kepada stafnya yang mengalami masalah kewangan. Walaupun pegawai itu baru sahaja menyertai syarikat mereka, namun selepas mengetahui bahawa pekerja yang baru sahaja menamatkan pelajaran itu tidak mempunyai tempat tinggal selepas gagal membayar sewa rumah untuk beberapa bulan dia berasa bertanggungjawab untuk membantunya. Stephanie tahu tentang hal itu memandangkan dia yang mengaturkan urusan pemindahan wang kepada pekerja yang dirahsiakan identitinya itu. Namun menurut Stephanie, staf tersebut sangat setia kepada Haris disebabkan hal tersebut. Kerana sifatnya itulah, dia sangat dihormati dan disenangi oleh stafnya walaupun dia bukanlah seorang yang peramah mahupun mudah didekati.
Mendengar kisah itu menambahkan lagi rasa sukaku pada Haris. Makin kuat keinginanku untuk terus mendekatinya. Auranya terasa semakin kuat cuba menarikku ke dalamnya. Namun sayangnya masih terlalu jauh untuk menjadi kenyataan. Apa yang perlu kulakukan ketika ini adalah belajar teknik yang betul untuk membuatkan dia memandangku lebih daripada sekadar adik manja sahabat baiknya. Berapa lama masa yang perlu kuambil untuk menjayakan misi itu masih lagi menjadi persoalan. Namun aku tidak akan berputus asa selagi masih mampu berusaha. Wait for me Haris, jerit batinku.