“Reia..Thanks sudi jumpa I.” Ucap Bia sambil tersenyum lembut setibanya aku di depannya. Aku hanya mengangguk sebelum melabuhkan punggung di sebelahnya. Aku memandang sekeliling, melihat suasana taman yang agak sibuk ketika itu. Beberapa orang kanak-kanak yang sedang asyik bermain beberapa meter di hadapan kami mencuri perhatianku.
“Rasanya you tahu kenapa I ajak you jumpa kan?” Soalnya selepas beberapa ketika. Mungkin telah menemukan kekuatan untuk memulakan sesi perbualan kami yang aku pasti bukanlah topik yang akan mengembirakanku.
“Not really.” Akuiku sambil memandangnya sekilas. Benar aku langsung tidak tahu. Haris tidak pernah menceritakan apa-apa berkaitan Bia padaku. Aku juga tidak tahu kenapa aku setuju untuk bertemunya. Jika bukan kerana rasa ingin tahuku yang membuak-buak, pasti aku dengan mudah menolak untuk bertemunya. Namun, aku tidak punya banyak pilihan. Kesibukkan Haris telah membuatkan aku tidak berpeluang berbincang dengannya. Jadi buat masa ini, aku harus berpuas hati mendengar penjelasan daripada Bia. Sekurang-kurangnya aku akan tahu serba sedikit apa yang sedang berlaku.
“I cuma nak jelaskan apa yang berlaku. I tahu you mesti tak suka jumpa I sekarang ni. Jujurnya, I sendiri pun tak pasti sama ada apa yang I buat ni betul atau tak. But I hope with my explanation, mungkin you akan faham kenapa I pilih untuk kembali.” Jelasnya.
Bia, dia masih seperti dulu. Sama seperti ketika pertama kali aku melihatnya bersama Haris. Saat pertama kali hatiku luluh melihat kemesraan mereka berdua. Kali pertama aku cemburu pada insan bernama Bia Natasha. Dia kelihatan anggun dengan rambut panjang yang diikat tinggi. Penampilannya juga cukup bergaya. Pastinya lebih menawan berbanding dulu. Kelihatan sempurna, juga masih lembut bicaranya. Antara ciri-ciri yang membuatkan aku yakin bahawa aku tidak mempunyai harapan untuk bersaing merebut hati Haris suatu ketika dahulu. Aku memandangnya tanpa reaksi. Cuba menutupi segala gejolak rasa yang sedang menyelubungiku ketika itu.
“I tahu you isteri Haris.” Ujarnya memulakan kata. “I always know you ada hati pada Haris.” Aku tersentak tapi tetap membiarkan dia meneruskan ceritanya. “I remember that one time. Masa kita pergi hiking sama. I nampak macam mana you pandang Haris. Sentiasa cuba tarik perhatian dia. I admit, I don’t really like you that day.” Akuinya membuatkan aku terdiam. “Tapi I tahu, Haris hanya anggap you tak lebih daripada adik kepada kawan baiknya. So I tak pernah suarakan pada Haris. Lagipun kami saling mencintai. Jadi I tak rasa you akan jadi saingan I.” Tambahnya lagi. Suatu kenyataan yang terpaksa aku terima. Memang itulah anggapan Haris padaku dulu. “Tapi at last, I still lost to you. Ironinya, you yang jadi isteri Haris.” Ujarnya beremosi. Aku hanya berdiam. Tidak faham kenapa dia membangkitkan kisah lama.
“I tak rampas Haris daripada you Bia. Remember that. You sendiri yang tamatkan hubungan korang.” Ucapku mempertahankan diri. Kata-kata Bia seolah membayangkan bahawa akulah orang yang bertanggungjawab menyebabkan perpisahan mereka. “If you love him that much, why did you leave him?” soalku akhirnya. Persoalan yang telah lama terbuku di hatiku akhirnya terlontar jua. Aku tahu kesan pemergiannya kepada Haris. Dia menjadi seorang lelaki yang sukar didekati. Sentiasa serius. Aku hanya berjaya memasuki pintu hatinya setelah sekian lama mencuba.
“Itu sebenarnya yang I nak jelaskan pada you. Mungkin you akan faham why I did what I did lepas dengar penjelasan I.” Jelasnya lagi dan aku terpaksa mengangguk, membenarkan dia menjelaskannya. “I bukan daripada keluarga berada. My parents hanya petani yang duduk di kampung.” Aku tahu tentang itu. Aku ingat lagi bagaimana aku mengorek cerita mengenai Bia daripada Rich dulu. “Mak Haris tak pernah merestui hubungan kami. Menurutnya, I tak setaraf dengan anaknya. Dia tak pernah baik dengan I.” Tambahnya membuatkan aku mengerutkan dahi tidak percaya. Manakan tidak, Ibu sangat baik denganku. Sentiasa melayanku seperti anak sendiri sepanjang aku mengenalinya. Lebih-lebih lagi kini, setelah aku menjadi menantunya. Ingin kusuarakan namun apabila melihat Bia kelihatan hilang dalam kenangan aku memilih untuk berdiam. Bimbang ia akan menambahkan lagi garam kepada lukanya yang masih bernanah.
“Seminggu lepas konvo, Mak Haris jemput I makan malam bersama. Hanya kami berdua. I ingatkan dia dah boleh terima hubungan kami. So I say yes tanpa berfikir panjang.” Dia ketawa kecil sambil mengeleng kepalanya seolah mentertawakan tindakkannya itu. “I tak inform Haris pun, sebab itu yang mak dia nak. I ingat lagi macam mana I berhias gara-gara nak ambil hatinya. Tapi semuanya tak seperti yang I harapkan. Sebaliknya penghinaan yang I terima. Dia malukan I. Labelkan I pisau cukur. She even prepared duit untuk I. Minta I tinggalkan Haris. Can you imagine how I felt that time?” Soalnya sambil merenungku. Aku hanya mampu memandangnya tidak percaya. Bia seolah bercerita tentang dua orang insan yang berbeza. Ibu yang aku kenal seorang yang baik dan penuh etika. Langsung tidak seperti yang Bia gambarkan.
“So I tak ada pilihan selain daripada terpaksa tinggalkan Haris. What’s the point in staying when I know his mom will never approved of us. Because of my family status.” Tambahnya lagi.
“So kenapa you pilih untuk kembali sekarang Bia? Do you think his mom will accept you now? Remember, Haris is my husband. I tak ada niat untuk ubah kenyataan itu sampai bila-bila. Jika itu yang you harapkan, kita patut tamatkan perjumpaan ni sekarang juga.” Lancar ayat itu meniti di bibirku. Kedengaran sinis namun rasa ingin tahuku membuatkan ayat itu keluar tanpa sempat kutapis. Wajah Bia berubah mendengarnya. Jika dia dengan mudah memilih untuk pergi dulu, kenapa kembali kini ketika Haris sudah punya pengganti. Ketika aku sudah berjaya memiliki Haris. Aku!
“Mama!” Tiba-tiba perbualan kami terhenti dan aku dikejutkan dengan suara anak kecil yang berlari anak menerpa ke arah Bia. Wajah Bia yang tadinya suram mula kembali berseri menatap wajah anak kecil itu. Penuh naluri keibuan. Dia menarik anak kecil itu ke dalam dakapannya seraya memandangku.
“Reia..kenalkan Dea Natalia, anak I. Dea salam aunty, sayang.” Ucap Bia sambil membelai rambut anak comel yang kelihatan malu-malu itu. Aku tersenyum memandangnya sambil menghulurkan tangan padanya. “She is the reason why I decided to come back.” Tambah Bia membuatkanku terkedu. Senyumanku terasa mati serta merta. Wajah anak kecil mirip Bia itu kutenung lagi. Cuba mencari sebab kenapa Bia mengatakan anak itu adalah sebab dia memilih untuk kembali. “Selasa depan umurnya 4 tahun.” Dadaku terasa sesak tiba-tiba. Ligat mindaku membuat kira-kira.
“Why are you telling me this Bia? Is she… is she..?” Aku cuba mengatur ayat namun mulutku terasa berat menyatakannya. Aku tidak ingin percaya.
“Yes. She’s Haris daughter.” pendek jawapan Bia, namun sudah cukup menjawab soalanku yang tidak kesampaian tadi. Duniaku terasa gelap. Tidak menyangka sama sekali itu berita yang ingin dia sampaikan.
“Aunty ni siapa?” Soal Dea dengan suara kecilnya.
“Kawan Mama.” Jawab Bia. “Kawan Papa juga.” Tambahnya lagi sambil merenungku bagai meminta aku mengiyakan. Namun aku hanya mampu memandangnya tanpa perasaan. Belum mampu menerima kenyataan itu. Hatiku terasa perit bagai dihiris sembilu.
“Dea windu Papa. Dea nak jumpa Papa lagi.” Rengek anak kecil itu menarik perhatianku. Membuatkan terdetik di hatiku bahawa Dea telah berjumpa dengan Haris sebelum ini. Aku memandang Bia meminta kepastian.
“Nanti mama call Papa okay? Dea main dengan Jaja dulu. Mama nak cakap dengan aunty sekejap.” Ucap Bia lembut. ‘Serapat manakah hubungan mereka ketika ini?’ Detik hatiku. Kata-kata Bia seolah mengambarkan hubungan mereka sudah cukup baik. Sehingga dia boleh menghubungi Haris bila-bila masa. Aku hanya memandang Bia memujuk Dea dengan pandangan kosong. Mindaku juga terasa kosong. Segala persoalan yang ingin kutanya tadi tidak terluahkan. Segalanya mati gara-gara topik bicara sudah beralih kepada anak kecil itu. Dea Natalia.
“I dah kenalkan Dea dengan Haris. Melihat reaksi you, I agak Haris tak inform you lagi kan?” Soalnya, namun aku hanya membatu tanpa kata. “Haris request to spend time dengan Dea beberapa kali dah. How can I say no? They both need each other.” Tambah Bia membuatkan dadaku terasa sesak. Mungkinkah Bia Natasha penyebab Haris sering balik lambat? Mungkinkah Bia dan Dea adalah urusan luarnya? Mungkinkah kehadiran mereka telah membuatkan Haris perlahan-lahan melupakanku?
“Reia.. Please understand. I bagitahu semua ni bukan sebab nak runtuhkan rumahtangga you. Tidak sama sekali. I cuma nak you faham situasi kami. I nak beri peluang kepada Haris untuk kenal anaknya dan Dea juga berhak kenal ayahnya. I akui I masih cintakan Haris. How could I not, he is my first love. Haris bagitahu I yang dia pun masih merasakan yang sama. Tapi kami terpaksa redha yang situasi kami kini sudah berbeza. Dia sudah ada you sebagai isterinya. Dia cakap dia nak rahsiakan semua ni daripada you dan keluarganya buat sementara waktu. Sehingga dia tahu apa keputusan yang perlu dia buat untuk kebaikan semua pihak. Tapi I rasa itu tak adil untuk you. Tak adil untuk anak I juga. Sebagai seorang ibu, I nak yang terbaik untuk anak I.” Bersungguh Bia cuba menerangkan segalanya kepadaku yang hanya mampu menadah telinga. Gagal mengeluarkan sebarang reaksi balas.
“I tahu you mesti tertanya-tanya kenapa dia selalu balik lambat. Kenapa dia jarang respond bila you call. Sebab dia tak nak cari alasan untuk tipu you. Haris memang macam tu, seorang lelaki yang baik. Sentiasa ingin menjaga hati semua orang. Tapi bila dia buat macam tu, dia tak tahu yang you akan tambah curiga. I tahu, sebab I pun pernah rasa seperti itu ketika masih bersama dia dulu. Sebab tu I hubungi you. I rasa I patut bagitahu you semua ini. I tahu Haris akan marah kalau dia tahu I jumpa you tanpa pengetahuannya. Tapi merahsiakan perkara ini daripada you, bermaksud Haris terpaksa curi-curi untuk bertemu anaknya. I kena fikirkan tentang anak I, Reia. I cuma nak Dea kenal siapa Papanya serta bebas berjumpanya bila-bila masa. Itu sahaja.” Tambahnya lagi.
“Kenapa you bagitahu I semua ni Bia? What do you expect me to do?” Soalku akhirnya.
“I harap you boleh terima keadaan ini seperti mana I kena terima hakikat yang lelaki yang I cintai bukan milik I lagi. I buat semua ni hanya untuk anak I, Reia.” Jelasnya sayu. Segalanya kedengaran ikhlas di telingaku membuatkan rasa marah yang ingin kulontarkan padanya tidak terluahkan.
“I.. I need to go.” Ucapku dan tanpa menunggu lama aku terus mengatur langkah menuju ke kereta yang kuparking tidak jauh dari situ. Tanganku pantas mencapai telefon yang tersimpan di dalam beg tanganku. Mendail nombor Haris. Aku inginkan penjelasan. Namun satu pun panggilanku tidak berjawab. Hatiku pilu. Tidak menyangka Haris langsung tidak memberitahu apa-apa kepadaku. Sudah berapa lamakah dia bermain ‘keluarga bahagia’ bersama Bia dan Dea? Jika bukan kerana Bia, pasti aku masih tidak tahu apa-apa sehingga kini. Pasti aku masih percaya bulat-bulat bahawa Haris sememangnya sibuk dengan projek barunya sehingga tiada masa untukku. Rupanya semuanya hanya bohong belaka.
Aku mendail nombor Hana pula. Hanya dengan dua kali deringan sahaja, aku mendengar suara ceria Hana mengucapkan Hello dan kemudian suaranya kedengaran panik setelah mendengar suaraku yang serak kesan tangisan yang tidakku sedar bila mula menguasai. “Reia, Where are you? Talk to me!” Soalnya lagi bertalu-talu.