Sedar tak sedar sudah 5 bulan berlalu sejak dari hari pertama aku mengetahui tentang kehamilanku. Usia kandunganku juga telah memasuki bulan ke 6. Semuanya terasa indah, dikelilingi insan-insan yang sama-sama gembira dan tidak sabar menyambut kehadiran ahli baru dalam keluarga kami. Haris membuatkan hari-hari yang berlalu penuh dengan memori indah. Dia sentiasa ada menemaniku melewati detik yang mengujakan ini.
Aku ingat lagi bagaimana gembiranya keluarga kami menerima berita tentang kehamilanku. Aku dan Haris berkongsi kegembiraan ini di majlis perasmian ‘me&u Florist’, kedai bunga milik bersama aku dan Hana 3 bulan yang lepas. Dan selepas itu Mama dan Ibu sepakat menjadi pengunjung setia me&u Florist. Hampir setiap minggu aku dapat melihat kelibat mereka di sini. Masing-masing tidak mahu terlepas menyumbangkan tips yang boleh aku praktikkan sepanjang kehamilanku ini.
Pagi itu, sedang aku dan Hana leka menyiapkan gubahan bunga, kami dikejutkan dengan bunyi loceng pintu kedai. Aku mengangkat wajah, sedia tersenyum menyambut kedatangan pelanggan seperti kebiasaannya. Namun senyumanku terasa mati setelah menyedari gerangan insan yang sedang melangkah mendekati kami ketika itu. Lama kami saling berpandangan namun tiada kata yang terluah dari bibirku.
“Nak cari bunga ke?” Soal Hana berbasa basi. Menyelamatkan kami daripada suasana yang tiba-tiba terasa tegang. Tetamu tidak diundang itu merenungku lagi. Dari atas ke bawah. Matanya berhenti lama di bahagian perutku. Spontan tanganku menutupinya. Ingin menyelamatkannya dari pandangan insan yang kelihatan terkejut itu. Dia menutup mata seketika sebelum perlahan-lahan membukanya dan tersenyum padaku. Aku dan Hana saling berpandangan, curiga dengan tingkahnya.
“Reia, boleh I cakap dengan you sebentar?” Soalnya membuatkan aku mengerutkan dahi. Masih jelas rasanya sakit yang kurasakan selepas berbicara dengannya dulu. Melihatnya sahaja sudah membuatkan aku merasa tidak selesa. Tahu pasti kedatangannya akan mengugat keharmonian emosiku.
“What do you want, Bia?” Soalku akhirnya, ingin dia cepat berlalu dari situ.
“Can we talk in private, please? Just the two of us.” Soalnya lagi. “Sekejap je. I janji I takkan ganggu you lagi lepas ni.” Tambahnya. Aku menoleh pada Hana yang sudah sedia mengeleng. Namun, aku tahu aku perlu mengakhiri semuanya dengan Bia untuk ketenangan jiwaku. Dengan rasa terpaksa aku mengangguk kecil dan membawanya ke ruangan lobby.
Aku merenung wanita yang duduk bertentangan denganku itu. Dia kelihatan cengkung berbanding Bia yang kutemui beberapa bulan yang lepas. Wajah cantiknya yang sering membuatkan aku rasa rendah suatu ketika dulu juga kelihatan kurang serinya. Aku tertanya-tanya, apa yang terjadi padanya sehingga penampilannya berubah begini.
“You’re pregnant.” Komennya selepas beberapa ketika.
“Seperti yang you nampak.” Ulasku pendek.
“Haris mesti suka.” Komennya lagi. “Kami selalu bercerita tentang anak dulu.” Tambahnya sambil tersenyum. Tenggelam lagi dalam memori silamnya. Jika dia mengucapkan itu beberapa bulan yang lepas, pasti aku sudah melenting. Mungkin akan membuahkan perbalahan di antara aku dan Haris. Tapi tidak kini. Sekarang aku cukup yakin dengan cinta Haris padaku. Aku tidak akan termakan dengan kata-kata Bia lagi. Tak mungkin aku tertipu untuk kedua kalinya. Penipuannya yang hampir memusnahkan mahligai yang aku dan Haris bina bersama. Tak mungkin!
“He was ecstatic.” Balasku pendek. Memandangnya lagi penuh curiga. “Kenapa you ke sini Bia? I tak rasa you datang untuk bertanya khabar.” Soalku sedikit keras, ingin dia cepat berterus terang dan mengakhiri pertemuan kami. Dia membetulkan duduknya seolah baru tersedar maksud sebenar kedatangannya.
“I nak minta maaf tentang apa yang berlaku dulu. I rasa tak tenang selagi I tak minta maaf pada you.” Jelasnya membuatkan aku memfokuskan pandangan padanya. Cuba mencari keikhlasan di sebalik kata-katanya.“I faham kalau you tak nak maafkan I. Tapi I nak you tahu yang I betul-betul menyesal.” Terangnya sambil merenungku.
“Kenapa baru sekarang Bia?” Soalku hairan.
“I balik KL hujung minggu ni. I takut I tak sempat minta maaf pada you dan Haris. Percayalah, I betul-betul menyesal.” Balasnya sambil mengerutkan dahi sambil terbatuk kecil, seolah menahan sakit.
“Are you okay, Bia?” Soalku. Suaraku juga sudah berubah lembut. Rasa tidak senang melihatnya tadi tiba-tiba menghilang melihat dia dalam keadaan begitu.
“I’m fine.” Jawabnya ringkas. “I just need a glass of water kalau you tak kisah.” Terangnya selepas merenung jam tangannya. Bimbang melihat dia begitu, aku bangun dari duduk ingin ke pantry dan mendapatkan sebotol air untuknya.
“What is going on here?” Tiba-tiba suara Haris bergema dari pintu depan kedai. Membuatkan langkahku terhenti. Pantas dia melangkah ke arah kami. Aku lihat Rich bersama dua orang pengawal keselamatan dari Everlast Holdings juga membuntutinya. “Why are you here, Bia?” Soalnya lagi selepas berada betul-betul di sebelahku. Tangannya pantas menarikku ke sisinya.
“Hai Haris. As expected I can meet you here. Lebih awal dari yang I jangkakan.” Ucap Bia sambil tersenyum sinis. Aku mengerutkan dahi, hairan melihat perubahan sikapnya.
“Why are you here Bia? Rasanya I dah bagi you amaran untuk jauhkan diri dari family I. Especially my wife.” Tambah Haris lagi sambil tangannya tidak lepas dari melingkar di pinggangku.
“You yang buat I datang ke sini Haris. You tak nak jumpa I selepas you musnahkan hidup I. You ingat I akan duduk diam saja lihat you bahagia. Sedangkan I hilang semuanya gara-gara you!” Jerit Bia membuatkan aku tersentak. Aku memandang Haris, meminta kepastian. Namun Tiada.
“Apa yang I buat Bia? Setahu I, kita dah tak ada apa-apa kaitan. You hampir musnahkan rumah tangga I dengan apa you buat beberapa bulan yang lepas. I almost lost my Reia because of you. You ingat I nak layan you dengan baik lagi selepas semua tu? Jika itu yang you fikir, you hanya berkhayal Bia.” Balas Haris. Aku hanya memandang kedua mereka dengan pelbagai persoalan bermain di minda.
“You tak tahu apa you buat?” Soal Bia sambil ketawa kecil. Seperti orang yang hilang akal. “You buat I hilang hak penjagaan ke atas Dea. Ayahnya tahu you buat DNA test dengan Dea dan disebabkan itu dia lawan I untuk hak penjagaan anak. I kalah. You buat I hampir hilang kerja bila you beritahu my management yang I ganggu rumah tangga you. You masih tanya apa you buat?” Balas Bia sinis.
“I simpati dengan apa you lalui, Bia. I truly am. Tapi I tak tahu pun tentang semua tu. Tolong faham, I tak ada kaitan dengan apa yang berlaku dalam hidup you. Untuk pengetahuan you, I dah berhenti ambil tahu tentang you, lama dahulu. You sendiri yang pilih untuk kembali dan musnahkan hidup you.” Jelas Haris panjang lebar.
“Kenapa you kejam sangat dengan I Haris? You once love me so much. Sanggup you buat I macam ni.” Balas Bia sayu.
“That is a long time ago Bia. You’ve changed. You choose to be unfaithful and leave. And I choose to move on too. Kenapa you tak boleh nampak, cerita kita dah lama tamat.” Ucap Haris perlahan mungkin cuba memastikan setiap yang diucapkannya difahami oleh Bia.
“You make me like this Haris. Can’t you see, I change for you? I berubah untuk jadi Bia yang terbaik untuk you. Bia yang Ibu you akan terima.” Ucap Bia beremosi.
“Will you stop putting all the blame on me?I tak ada kaitan dengan pilihan you.” Ucap Haris geram.
“Then who should I blame? Reia? Ya Reia pun bersalah dalam hal ni. Dia yang buatkan you lupakan I.” Ucap Bia dengan wajah sayu.
“Don’t you dare drag my wife in your mess, Bia. Move on, okay. Suatu hari nanti you akan jumpa seseorang yang akan cinta dan terima you sepenuhnya. You akan sedar, apa yang kita ada dulu tak lebih dari kisah silam.” Ucapnya. “Please leave now. Please let this be the last time I see you. Jangan buat I terpaksa minta restraining order against you.” Ugut Haris. “Teman dia keluar.” Arahnya kepada dua orang pengawal keselamatan yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati dari tepi. Aku menarik tangan Haris meminta perhatiannya.
“Let me talk to her first. I need this closure, sayang.” Bisikku sambil merenungnya dengan pandangan yang sering menyelamatkanku dari masalah. “Please, kejap je.” Tambahku lagi apabila melihat dia menggeleng kepalanya tidak setuju.
“Okay, but only for two minute.” Putusnya dan aku mengangguk sebelum melangkah ke arah Bia.
“Bia.” Tegurku. Dia menoleh. Menghantar pandangan kosongnya padaku. “I tak tahu apa yang terjadi pada you. Tapi I nak you tahu yang I pilih untuk maafkan you. I yakin, jauh di sudut hati you, you tahu apa you buat ni salah. I harap you akan lupakan rasa marah you pada kami dan terima hakikat bahawa jodoh Haris adalah dengan I. I doakan you bahagia walau di mana you berada.” Ucapku ikhlas. Aku melangkah selepas tidak melihat sebarang reaksi darinya.
“Reia.” Langkahku terhenti bila mendengar panggilannya. “Thank you and I’m sorry.” Tambahnya ringkas. Aku mengangguk. Melihat dia melangkah keluar dan perlahan-lahan menghilang dari pandanganku.
“Wow, I can’t believe my baby sister is all mature now.” Ulas Rich yang berdiri di sebelah Hana. Mereka sedari tadi hanya menjadi pemerhati. Aku mencebik mendengar komennya membuatkan dia ketawa besar.
“I’m so proud of you, baby.” Ucap Haris sambil menarikku ke sisinya. Aku menjingkitkan kaki dan menghadiahkan sebuah ciuman di pipinya.
“Walaupun I happy tengok korang bahagia, I’m still not in the mood of watching you go all lovey-dovey with my sister, bro. I gerak dulu.” Ucapnya sebelum berbisik kepada Hana dan berlalu pergi.
“Thanks sebab ada kat sini masa I perlukan you, sayang.” Ucapku.
“Always baby. This is one of the reason why I want to keep you close.” Balasnya.
“Do you think she will come back?” Soalku.
“I hope not. But, I’m serious about the restraining order I talk about earlier. Just know that I’ll do anything to protect you.” Ujarnya membuatkan aku terharu. “You nak keluar makan sekarang?” Soalnya kemudian selepas melirik jamnya, sekaligus melarikan kami daripada topik yang tidak menyeronokkan itu.
“You tak perlu masuk office?”
“You’re my priority, baby. Kalau you nak, kita boleh pergi sekarang.” Jelasnya membuatkan aku tersenyum lebar.
“Kami nak keluar lunch, nak ikut tak?” Soalku pada Hana yang sedang leka berbincang dengan Nani, pembantu kedai kami.
“No, you go. I still need to finish this.” Jawabnya sambil menunjuk ke arah gubahan bunga yang kami tinggalkan tadi.
“Kita nak makan apa hari ni?” Soalku pada Haris setelah mendapatkan handbagku.
“Let me check your diet schedule first.” Ucapnya sambil mencapai smart phonenya membuahkan muncungku. Begitulah rutinku setiap hari. Haris benar-benar menjaga dietku kini. Hanya sekali sekala dia bermurah hati dan menghadiahkan ‘cheat day’ kepadaku namun dengan pemantauan ketat olehnya. Semuanya bermula selepas dia menemaniku ke temujanji pemeriksaan kehamilan dulu. Mendengar nasihat Dr. Jamilah tentang risiko yang bakal ditanggung oleh ibu dan bayi dalam kandungan jika tidak menjaga pemakanan telah merubah Haris kepada ‘Mr Diet freak’. Mujur dia sendiri turut hanya menikmati apa yang dihidangkan pada aku sebagai usahanya meningkatkan motivasiku untuk menjaga pemakanan. Agak menjengkelkan pada mulanya namun aku tahu dia berbuat demikian demi kebaikkan aku dan baby juga. “So, because of all the drama you have to endure today. I think it’s only fair to grant you a ‘cheat day’ today. So you can have whatever you want.” Tambahnya
“Oh sayang, I love you so much.” Ucapku gembira.
“I love you more, baby. But, don’t forget I still have to approve your choices.” Tegasnya namun tersenyum melihat reaksiku.
“Of course, sayang. Let’s go. I rasa I nak tepanyaki.. or maybe pizza. But I want tom yam too….Tapi baby cakap dia nak cake.” Ucapku belum mampu membuat keputusan.
“Dear God, this is going to take forever.” Keluh Haris namun dengan sabar memimpinku keluar.