Aku menarik nafas lega setelah selesai menduduki kertas peperiksaan terakhir pagi itu. Rasanya tidak sia-sia aku bersungguh-sungguh menghabiskan beberapa minggu kebelakangan ini untuk membuat persediaan. Terkadang aku bermalam di rumah Hana untuk sama-sama membuat ulangkaji dengannya. Mujur Haris juga sangat memahami, dia tidak membantah jika aku meminta izin untuk ke rumah Hana. Aku terkadang turut menjadikan ruang kerjanya di rumah sebagai tempatku menelaah pelajaran. Dia dengan terpaksa membenarkan aku menggunakannya apabila aku tidak memberikannya peluang untuk menyatakan tidak. Aku mengapai telefon bimbitku apabila merasakan getaran di dalam beg sandangku.
MyHaris: How’s your last paper? 10.30 am
Reia: Piece of cake. 10.31 am
MyHar is: Glad to hear that. 10.32 am
MyHaris: I know you can do it, baby. 10.33 am
Reia: Thanks sayang. 10.33 am
MyHaris: What’s your plan for the day? 10.34 am
Reia: Don’t know yet. 1035 am
Reia: I might go straight home. 10.35 am
Reia: Sleeping. 10.36am
MyHaris: Okay baby. You go do that. 10.37 am
MyHaris: See you later. 10.37 am
“We are finally free.” Jerit Hana. “Let’s go and celebrate.” Cadangnya kemudian.
“Kita celebrate lain kali boleh? I tak rasa I ada cukup tenaga untuk raikan hari ini. I tak sabar nak balik rumah dan tidur.” Akuiku dan melihat dia mengangguk. Aku pasti dia juga merasakan yang sama.
“Apa pun jom lunch dulu.” Cadangnya dan aku tidak menolak. Elok juga mengisi perut sebelum terbang ke alam mimpi. Kami bersama-sama menuju ke kafeteria yang mungkin akan menjadi kali terakhir kami menjamu selera di situ sebagai seorang pelajar.
**********************
Selesai mandi, aku terus bermalasan di atas tilam. Cuba melelapkan mata. Namun gagal. Jam di dinding baru merangkak ke angka 1 petang. Jadi aku memilih untuk bangun dan mengemas rumah. Sekurang-kurangnya aku punya aktiviti sementara menunggu kepulangan Haris.
Bermula dari mengemas bilik tidur kami, aku kemudiannya beralih ke ruang kerja Haris. Memandangkan aku banyak menghabiskan masa dalam bilik itu beberapa minggu ini, jadi banyak juga onar yang telah aku tinggalkan. Aku enggan Haris serik untuk membenarkan aku menggunakan ruang peribadinya itu lagi nanti. Aku memastikan segala failnya kembali ke tempat asal, menambahkan sebuah frame gambar kami bersama sebagai hiasan di atas mejanya. Seterusnya aku beralih ke rak bukunya yang menyimpan segala khazanah yang dia ada. Dari buku-buku ilmiah hinggalah ke komik dan novel kegemarannya.
Aku cuba menyusun setiap buku dalam rak itu mengikut ketinggian. Agar kelihatan kemas dan mudah dicari. Ketika itulah, tanganku bertemu dengan novel cinta yang tersorok di dalam rakitu. ‘Biar betul Haris baca novel cinta’ detik hatiku. Pantas aku menariknya keluar. Membaca tajuknya sambil tersenyum, tidak menyangka Haris rupanya juga peminat novel romantis. Namun senyumanku mati saat melihat sehelai gambar yang terselit di dalamnya. Ianya gambar mesra Haris bersama kekasih lamanya, Bia Natasha. Jantungku bagaikan berhenti berdenyut saat melihat kegembiraan yang terpancar di wajah mereka dalam gambar itu. Coretan ‘FOREVER’ yang tertulis di belakangnya membuatkan mindaku terasa berpinar seketika. Aku yakin pemilik sebenar novel itu pastinya Bia Natasha, bukannya Haris seperti telahan awalku tadi. Lama aku menutup mata cuba menenangkan diri. Cuba menyedarkan diriku bahawa Haris kini adalah suamiku dan Bia Natasha adalah kisah silamnya. Wanita itu sudah lama pergi dari hidupnya.
Setelah berjaya meyakinkan diriku, barulah aku menyimpan kembali novel itu di tempat asalnya. Memastikan ia kekal tersembunyi di bahagian dalam rak. Enggan ia mengugat kebahagianku. Setelah memastikan ruang itu kemas, barulah aku menutup pintu bilik itu dengan perasaan yang bercampur baur. Aku segera ke ruang tamu dan saat itulah mataku terpaku pada gambar perkahwinan aku dan Haris yang menghiasi dinding ruang tamu. Perlahan-lahan aku kembali tersenyum saat melihat kebahagian yang jelas terlihat di wajahku ketika itu. Bahkan wajah Haris juga menunjukkan riak yang sama. Aku nekad tidak akan membiarkan gambar lama mereka itu menganggu kebahagianku. ‘Haris kini milikku dan akan kekal begitu untuk selamanya.’ Tegas hatiku.
Untuk meningkatkan lagi motivasiku, aku memasang lagu sebagai penemanku. Sesekali aku turut menyanyi dan menari apabila mendengar lagu kegemaranku berkumandang di udara. Aktiviti memvakum ruang tamu itu menjadi lebih seronok apabila dilakukan sambil menari. Boleh juga membantu membakar lemak sekaligus berjaya mengembalikan semangatku yang hilang gara-gara gambar lama itu sebentar tadi.
“Wow..I tak tahu pun isteri I pandai menari.” Tegur Haris tiba-tiba mematikan gerakku. Dia ketawa besar apabila melihat wajah terkejutku.
“Sayanggg...” Jeritku geram sambil bercekak pinggang memandangnya.
“Sorry, baby. I takde niat nak buat you terkejut. Tapi you fokus sangat, sampai I balik pun you tak perasan.” Balasnya sambil tersenyum memandangku dan seperti biasa aku hilang dalam senyumannya.
“You’re early.” Komenku sambil melirik jam yang baru melangkah ke angka 3.30 petang itu.
“Lepas jumpa client tadi, I terus balik.” Terangnya. “Tak sangka pula dapat tengok performance free.” Usiknya membuatkan aku menjelingnya geram.
“You dah lama sampai?” Soalku ingin tahu.
“Cukup lama untuk enjoy and record your performance.” Tambahnya sambil menunjukkan video di telefonnya.
“Harisss.. Delete sekarang!” Jeritku sambil cuba mengambil telefon itu dari tangannya. “Sayang, delete sekarang please.” Pintaku lagi apabila masih gagal mengapainya. Kali ini dengan nada yang lembut untuk membeli hatinya.
“Kenapa I nak delete pula. Bila I boring I boleh tengok balik.” Jawabnya. Lama aku berdiam, cuba memikirkan strategi yang paling berkesan untuk mendapatkan telefon itu darinya.
“Okay sayang. You can keep it if you want. But please jangan tunjuk kat siapa-siapa tau.” Ujarku cuba mengubah strategi.
“Mestilah untuk I sorang je. You..Are..Mine. You’re only allowed to dance for me.” Tegasnya membuahkan bunga-bunga di hatiku. Pantas aku mendekatinya dan menghadiahkan sebuah ciuman di pipinya.
“Memandangkan kita dah jelas tentang tu, boleh I tengok video tu?” Soalku sambil merenungnya lembut. Bagaikan terbuai, Haris menyerahkan handphonenya padaku. Tanpa berfikir panjang aku menekan butang delete. Buntang matanya memandangku setelah menyedari dirinya telah terperdaya.
“I can’t believe you trick me. You say I can keep it.” Ucapnya terkilan.
“You can keep it, sayang. But in your memory, not your phone.” Balasku, bangga taktikku berjaya menewaskannya. Namun wajah Haris yang suram itu mematikan senyumku. Perasaan bersalah mula menyerang. “Tell you what, I can give you live performance if you want.” Pancingku. Perlahan-lahan aku melihat senyumannya kembali.
“You promise?” Soalnya sambil merangkulku, merenung tepat ke dalam mataku.”What about now? Can I have that performance now?” Tambahnya selepas melihat anggukkanku. Ya untuk Haris, aku rela menjadi apa sahaja. Cintaku padanya sudah terlalu dalam dan aku ingin dia tahu tiada apa yang aku tidak akan lakukan untuk membahagiakannya.
****************************
Sambil memotong tomato, sesekali mataku kembali kepada Haris yang sedang leka merebus spaghetti di sebelahku. Katanya dia ingin memasak menu simple sahaja malam ini. Spaghetti Bolognese. Menu yang menurutnya cepat dimasak dan sedap dimakan. Aku tiada bantahan memandangkan kemahiran memasakku masih lagi di aras bawah. Aku juga tidak sabar mengisi perutku yang sudah lama berkeroncong ini. Bangun terlalu lewat petang tadi membuatkan kedua kami kelaparan. Mungkin kerana terlalu penat selepas membersihkan rumah dan ditambah pula dengan aktiviti tambahan membuatkan kedua-dua kami terlena sehingga lewat petang. Hasilnya, kami bangun dengan perut yang riuh berkeroncong.
Aku mencadangkan untuk membeli makanan di luar sahaja, namun Haris yang ternyata sudah bosan dengan makanan luar menawarkan diri untuk memasak. Mana mungkin aku menolak. Inilah antara aktiviti bersamanya yang amat aku gemari. Di samping dapat meningkatkan kemahiran memasakku, inilah peluangku mencuci mata memandangnya bekerja di dapur pula.
“Spaghetti Bolognese specially made for my beautiful wife.” Ucap Haris sambil menghidangkan dua buah pinggan berisi spaghetti yang kelihatan cukup menyelerakan itu di atas meja.
“Wow, this does look special. Thank you my darling husband.” Balasku sambil menghidu baunya yang enak itu membuatkan Haris ketawa kecil.
“Jom makan. I know you’re starving.” Pelawanya lagi dan aku tidak menunggu lama. Setiap suapan terasa cukup istimewa.
“This is so good. What did you put inside? What’s your secret?” Soalku ingin tahu.
“I put extra love, baby.” Balasnya spontan sambil ketawa apabila melihat aku menjelingnya.
“You’re so cheesy.” Komenku sambil tersengih padanya.
“Betullah. I put extra love in it because I want to celebrate today with you.” Jelasnya sambil mengapai sebelah tanganku. Mengelusnya lembut sambil matanya redup merenungku. Dia mengalihkan kedua-dua pinggan yang sudah licin itu ke tepi sebelum kembali merenungku. “Hari ini, hari terakhir you jadi student dan the very first day I can have you without protection.” Tambahnya membuatkan pipiku terasa panas setelah mengerti apa yang dia maksudkan. “Your dad can’t say anything if I get you pregnant now.” Ucapnya bangga membuatkan aku turut ketawa kecil.
“My darling husband is so dedicated to his promises. I’m so proud of you, sayang.” Usikku dan melihat sengihan panjangnya.
“Well, you know me.” Balasnya sambil tersenyum panjang. “Now that we are both energized, let’s go and celebrate.” Tambahnya sambil menghulurkan tangannya yang kusambut tanpa berfikir panjang.
Malam itu duniaku terasa cukup indah. Seolah-olah aku di bawa kembali melayari saat malam pertama kami bersama. Malam yang penuh rasa cinta. Aku menarik selimut tebal itu menutupi tubuhku sebelum kembali memandangnya yang sudah sedia merenungku dengan penuh kasih itu. Membiarkan jari jemarinya bermain diwajahku. Seolah melakar wajahku ke dalam kotak fikirannya.
“Can I ask you something?” Soalku dan melihat dia mengangguk. “You dah sedia untuk jadi ayah?”
“I dah bersedia sejak hari pertama you sah jadi isteri I lagi.” Jawabnya spontan. “Kalau you nak tahu, I tak sabar nak tahu apa rasanya ada baby kecil dalam rumah ni.” Tambahnya sambil tersenyum. “The only thing stopping me is my promise to your dad. So to answer your question. Yes I’m ready. I akan jadi orang paling gembira bila hari itu tiba.” Akuinya. “Tapi, I takkan paksa you. I tahu you masih muda. If you’re not ready you can always tell me. Okay?” Janjinya membuatkan aku tersenyum.
“I don’t mind getting pregnant now. Asalkan you sentiasa ada dengan I.” Balasku.
“I promise to always be with you, baby. You don’t have anything to worry about.” Janjinya sambil mengucup dahiku. Membuatkan aku terbuai dengan rasa sayang.
“How many children do you want?”
“Seramai mana you sanggup.” Jawabnya sambil tersengih panjang.
“2 orang okay kan? A boy and a girl.” Cadangku
“Why don’t we make it four? Two boy and two girl.” Soalnya pula cuba berunding. “Mesti seronok.” Tambahnya sambil tersenyum, mungkin sudah hanyut dalam impiannya membuatkan aku tidak sampai hati menidakkannya.
“Okay.” Ucapku bersetuju.
“Okay? You mean it?” Soalnya tidakpercaya.
“Why not.” Ujarku membuatkan senyumannya melebar.
“Kalau macam tu tunggu apa lagi, mari kita cuba lagi.” Ucapnya nakal dan sekali lagi membawaku terbang ke dunia bahagia.