Keesokan harinya, aku memandu pulang ke rumah. Sudah tiga minggu aku tidak bertemu dengan Mama dan Papa. Perasaan rindu pada mereka juga sudah menggunung. Mama sedang leka merawat bunganya dan seolah tidak menyedari kehadiranku di situ. Perlahan-lahan aku mendekatinya, cuba mengenal pasti apa yang membuatkan dia begitu asyik, sehingga tidak menyedari kehadiran anak kesayangannya ini.
“Wow cantiknya, bunga baru ke Ma?” Soalku dan melihat Mama cepat mengelus dadanya. Spontan melontarkan pandangan geramnya padaku.
“Budak bertuah ni, disergahnya kita. Nasib baik Mama tak ada sakit jantung tau.” Bebel Mama dan aku hanya menghadiahkan senyuman colgate padanya sebagai tanda maaf.
“Sorry Ma, tak sengaja.” Ucapku sambil mencium pipinya. Biar surut geramnya padaku. “Bunga baru ke tu Ma, last Reia balik tak nampak pun.” Komenku.
“Kamu tu dah berminggu tak balik, dulu masa nak pindah bukan main lagi janji dengan Mama dan Papa. Tiap hujung minggu balik sini. Hakikatnya, hmm.. janji tinggal janji.” Omel Mama lagi membuatkan aku tersengih-sengih sendiri.
“Reia banyak tugasan Ma, tu yang kadang tak sempat nak balik. Tapi Reia tak pernah lupa call Mama kan?” Ujarku, cuba mempertahankan diri.
“Yea, Mama faham.” Ucapnya sambil tersenyum lembut, mungkin rajuknya surut setelah melihat wajah bersalahku. Mama kemudiannya kembali menghalakan pandangannya kepada pokok bunga yang telah berjaya menarik perhatianku tadi. “Ni bunga ‘Acalypha Hispida’, Papa kamu belikan untuk Mama dua minggu yang lepas. Cantikkan?” Jelas Mama sambil membelai bunganya yang berwarna merah dan kelihatan seperti ekor kucing itu. Aku mengangguk setuju dan turut sama mengaguminya.
“Dahsyat juga namanya kan Ma.” Usikku sambil ketawa kecil.
“Nama Melayunya pokok ekor kucing.” Terang Mama. “Mama sebenarnya teringin sangat nak bela kucing. Tapi Papa kamu tak bagi pulak. Yelah bila kamu pun dah tak duduk sini lagi, Mama pun cepat bosan. Tak ada teman berborak bila Papa kamu pergi kerja. Mama tengok ramai je orang bercakap dengan kucing. Tapi Papa kamu berkeras tak bagi. Beberapa hari juga Mama buat muka dengan Papa kamu tu. Tengok-tengok esoknya, dia balik kerja bawa bunga ni.” Cerita Mama sambil tersenyum sendiri, mungkin mengingati detik kejadian itu. Sambil ketawa aku mengekori Mama duduk di bangku kayu di bawah pondok kecil di tengah-tengah taman itu.
“Pandai juga Papa pujuk Mama kan.” Komenku sambil memandang wajah Mama yang berseri-seri itu.
“Dah boring makan kat luarlah tu.” Balasnya sambil ketawa kecil.
“Tak dapat kucing, Papa bagi ekor kucing pun Mama terima je kan.” Ulasku.
“Itulah yang dinamakan kompromi, Reia. Kalau nak hubungan kekal lama, kenalah pandai pujuk pasangan. Lagipun Mama tak sampai hati nak merajuk lama-lama. Kesian tengok Papa kamu makan mi sup je hari-hari.” Jawabnya. Aku merenung wajah Mama. Gembira melihat hubungan Mama dan Papa masih sama seperti dulu. Betapa aku berharap suatu hari nanti aku juga akan dipertemukan dengan seorang lelaki yang akan menyayangi dan mencintaiku seperti mana Papa menyayangi dan mencintai Mama.
“Dah breakfast ke belum ni?” Soal Mama kemudian dan aku sekali lagi menghadiahkan senyuman colgateku, menjemput gelengannya. “Jomlah masuk, Rich pun ada kat dalam tu.” Tambah Mama. Aku mengerutkan dahi mendengarnya kerana rasanya aku tidak melihat kereta Rich di tempat parking tadi.
“Sampai pun anak manja Mama dan Papa ni.” Usik Rich sebaik sahaja aku dan Mama memasuki rumah. Aku hanya menjelingnya, enggan membalas namun terus berjalan mendekatinya. Sempat menghadiahkan sebuah tamparan kecil di bahunya yang sekaligus menerima jelingan tajam darinya sebagai balasan. Mama pula terus ke bilik, mungkin untuk membersihkan diri.
“Bila sampai? Tak nampak kereta you pun?” Soalku sambil mencuci tangan, bersedia menikmati hidangan yang kelihatan cukup menyelerakan di atas meja.
“I jogging ke sini.” Balasnya selamba membuatkan aku menjelingnya geram. “Haris hantar I pagi tadi.” Jelasnya kemudian, membuatkan aku tersentak. Mendengar namanya sahaja masih mampu menganggu emosiku. Bagaimana agaknya untuk aku menyempurnakan misi baruku jika aku masih begini. Hmmm. Aku mengerutkan dahi sebagai isyarat agar dia meneruskan ceritanya.
“I tidur kat rumah Haris malam tadi. Temankan dia. Dia macam badmood je, so I tak berani tinggalkan dia sorang-sorang. Takut dia buat benda yang bukan-bukan.” Terang Rich membuatkan aku tertanya-tanya apa yang terjadi padanya.
“Haris kenapa? Semalam kat office dia okay je. Gaduh dengan girlfriend ke?” Soalku benar-benar ingin tahu.
“Girlfriend? Haris ada girlfriend?” Soal Rich kembali membuatkan aku menghantar pandangan tidak puas hati padanya.
“Orang tanya dia, dia tanya kita balik.” Gumamku geram.
“Mana you tau Haris ada girlfriend?” Soalnya lagi apabila tidak melihat aku memberikan jawapan secepat yang dia harapkan.
“Aunty Mel cakap.” Jawabku.
“Aunty Mel? Ibu Haris?” Aku mengangguk. “Bila pula you jumpa Aunty Mel?” Soalnya.
“Semalam. Reia ke rumah Haris ambilkan laptopnya yang tertinggal. So Reia borak dengan Aunty Mel sekejap. Aunty Mel cakap kemungkinan besar Haris tengah bercinta sekarang ni. Katanya Haris dah banyak berubah semenjak dua menjak ni. Tak seserius sebelum ni. Pendek kata macam orang sedang dilamun cinta.” Terangku. Melopong mulut Rich mendengarnya. “Haris tak cerita dengan you?” Soalku dan melihat Rich mengelengkan kepala.
“Tak ada pula. Tapi I orang pertama akan tahu kalau dia ada girlfriend.” Komen Rich, masih tidak percaya.
“Mungkin juga dia rahsiakan daripada you.” Ulasku. “Atau mungkin juga sebab you taklah sepenting yang you rasakan dalam hidup dia.” Usikku, sekaligus menerima cebikkan darinya.
“Mungkin, mungkin, mungkin. Orang perempuan ni memang suka buat andaian kan? Lepas tu nanti tiba-tiba marah dengan andaian yang dicipta sendiri.” Jawab Rich sambil mengelengkan kepalanya.
“Apa boleh buat, kami memang dilahirkan macam ni.” Balasku sambil tersengih.
“Yelah tu.” Ulas Rich pendek. Namun kemudian wajahnya tiba-tiba bertukar serius. “You okay ke kalau dia betul-betul ada girlfriend? I tahu you dah lama ada hati pada Haris kan?” Soal Rich membuatkan aku terkejut. Pipiku tiba-tiba terasa panas. Tidak menyangka abangku tahu perasaanku terhadap sahabat baiknya itu selama ini.
“Macam mana you tahu?” Soalku berbisik, enggan Mama dan Papa mendengar perbualan kami itu. “Hana bagitahu ke?” Dugaku dan melihat Rich mengeleng, menidakkannya.
“Sadly enough, you are an open book. I can see clearly right into you.” Balasnya membuatkan aku memuncungkan bibir. Tidak menyangka aku semudah itu untuk dibaca.
“I’m not.” Ucapku pendek. Enggan mengakui kenyataan itu.
“I’m your brother, Reia. I know you.” Tambahnya membuatkan aku menutup mata seketika. Mencari keyakinan yang hilang.
“You rasa Haris tahu ke I ada hati padanya?” Soalku mula merasa panik.
“I don’t know. Tapi kalau pun dia tahu, dia akan abaikan untuk jaga hati you. Haris memang macam tu. Mungkin sebab dia tahu ramai yang tergila-gilakan dia, so dia dah immune dah dengan semua tu.” Jelas Rich membuatkan aku mengeluh. “So do you think you will be okay kalau dia betul-betul ada girlfriend?”
“Walaupun you mungkin tak percaya, I tumpang gembira kalau dia dah bertemu dengan orang yang boleh membahagiakannya. I tahu dia tak ada perasaan istimewa untuk I pun. Jadi I dah bersedia untuk berhenti menaruh hati padanya jika dia dah ada girlfriend.” Jawabku cuba menyakinkannya sekaligus diriku sendiri.
“Good then.” Ulasnya ringkas. “Lagipun I dah lama kenal Haris, I tahu you bukan dalam kategori wanita idamanannya. Cuma I tak sampai hati nak bagitahu you.” Tambahnya mengusik sambil tersengih membuatkan aku menjelingnya geram. Namun aku sedar disebalik usikkannya itu, terselit kebenaran yang selama ini sering kuabaikan.
“I know.” Putusku sedih. Aku cepat tersenyum apabila melihat Rich kelihatan risau melihatku.“Don’t worry, it’s just a stupid crush.” Tambahku.
“Oh ya, Haris cakap you tak nak cakap dengan dia semalam? Kenapa?” Soalnya membuatkan aku hampir tersedak air susu yang kuminum ketika itu. Rich mengangkat kening dan berfikir sebentar. “Don’t tell me, you merajuk dengan dia sebab ni.” Ucapnya menjawab soalannya sendiri dan aku hanya tersengih mendengar andaiannya itu. “Kan betul apa I cakap tadi. Perempuan ni suka buat andaian, lepas tu tiba-tiba merajuk. Hmm.” Komennya sambil mengeleng-gelengkan kepala.
“Please, janji dengan I, you takkan bagitahu dia.” Pintaku sambil memandangnya dengan pandangan yang sering melembutkan hatinya itu. Dan aku pantas memeluknya saat melihat dia mengganguk tanda setuju.“You are the best brother I ever have.” Pujiku.
“I’m your only brother, Reia.” Ucapnya cuba mengingatkanku tentang kenyataan itu.
“Whatever. I’m just glad that you’re my brother.” Ujarku dan melihat dia tesenyum lebar.
“Sorry, can’t say the same about you.” Usik Rich membuatkan aku membesarkan mata memandangnya.
“Bincang apa ni?” Soal Papa tiba-tiba. “Bukan selalu nampak kamu berdua ni berbaik. Biasanya macam anjing dengan kucing je.” Tambahnya lagi sambil memandang kami silih berganti.
“Papa sampai lambat sikit je tadi, confirm kami dah berperang balik Pa. Cuba tengok Reia tu, mata dia dah berapi. Sekejap lagi meletuplah tu.” Balas Rich lagi belum puas mengusikku.
“Papa jangan dengar cakap Rich tu. Dia dengki dengan Reia macam biasa.” Jawabku dan melihat Papa kelihatan tidak yakin dengan jawapanku. “Oh ya, Mana Papa beli bunga ekor kucing tu Pa? Reia nak satu, boleh?” Soalku sengaja mengalihkan topik. Taktik itu nampaknya berjaya. Senyuman kecil muncul di bibir Papa saat mendengarnya. Mama muncul beberapa minit kemudian dan aku yakin topik bersama Rich tadi telah ditutup sepenuhnya.
“Bunga ekor kucing?” Soal Rich dan aku cepat mengangguk. Aku memilih untuk menjadi pencerita semula bagi pihak Mama dan Papa dengan sedikit hiperbola untuk menambahkan perasa ceritanya. Aku gembira melihat cebikkan Papa saat aku menceritakkan bagaimana dia hanya makan mi sup ketika Mama merajuk. Tersenyum senang melihat senyuman Mama saat kuceritakan gembiranya dia menerima hadiah daripada papa. Ketawa bersama Rich saat dia mendengar bagaimana Mama merajuk kerana Papa enggan membenarkan dia membela kucing dan bagaimana Papa memujuknya dengan bunga ekor kucing.
Sudah lama rasanya kami tidak berkumpul bersama dan bergurau senda seperti ini. Ia sedikit sebanyak menceriakan hariku. Membantu mindaku agar tidak menerawang kembali kepada Haris. Namun ia tidaklah semudah itu, walau sekuat mana aku cuba berpaut pada misiku. Aku tetap tidak mampu menahan diri daripada mencuri pandang padanya ketika dia singgah mengambil Rich di rumah petang itu. Mungkin kerana sudah terbiasa berbuat demikian selama ini, jadi sukar rasanya untuk mengubah kebiasaan itu. Hasilnya aku mengambil keputusan untuk membiarkan waktu merawat hatiku. Tidak perlu tergesa mengubah kebiasaanku kerana aku yakin waktu akan menentukan segalanya.
Aku mengambil keputusan untuk menghabiskan hujung mingguku di rumah bersama Mama dan Papa. Seronok mendengar Mama bercerita tentang kisah-kisah ketika mereka masih muda remaja dahulu. Membuatkan aku terfikir bahawa masa untuk aku akan tiba juga suatu hari nanti. Cuma yang belum dapat dipastikan adalah bila, di mana dan dengan siapa. Apa yang harus aku lakukan adalah tidak putus harapan dan mula membuka sedikit demi sedikit pintu hatiku agar ada yang berani cuba mendekati.