Home Novel Cinta Seseorang Seperti Dia
Bab 13

            Aku memasukkan kertas kerja yang telah siap dicetak ke dalam fail berkaitan. Menyelak kembali satu persatu. Memastikan semua data yang ada tepat dengan apa yang dimasukkan ke dalam sistem. Setelah yakin tiada ralat, barulah aku meletak fail itu kembali ke tempat asalnya sebelum seterusnya menekan butang save di komputer. Aku mencapai handbagku, mengeluarkan note pad dan pen dari dalamnya. Menulis apa yang kupelajari hari ini sebagai rujukan untuk membuat laporan praktikum nanti. Begitu cepat rasanya masa berlalu. Tempoh latihan praktikalku di sini hanya berbaki seminggu sahaja lagi. Misi menghabiskan tempoh praktikum dengan ilmu alam pekerjaan nampaknya tercapai dengan jayanya namun misiku menawan hati Haris sudah boleh aku lupakan.

            Kejadian di Izakaya minggu lepas telah membuktikan bahawa Yasmin bukanlah teman wanita Haris seperti yang kusangkakan. Namun ia langsung tidak memberikan kesan positif ke atas hubungan aku dan Haris seperti yang kuharapkan. Benar, selepas tahu dia tiada hubungan dengan Yasmin aku kembali gembira. Kembali memikirkan kemungkinan aku masih punya peluang untuk bersamanya. Kembali melayannya dengan mesra untuk mencuri sedikit ruang di hatinya. Namun ternyata masih sia-sia.

             Aku tekad akan belajar melupakan perasaanku padanya. Berpeluang rapat dengannya walaupun hanya sebagai pekerja dan majikan sudah cukup mengembirakanku. Walaupun hanya dalam tempoh masa yang singkat namun rasanya berbaloi. Aku sedar jika tidak mampu memasuki hatinya ketika dekat dengannya, pasti lebih mustahil itu akan terjadi jika tidak lagi bertemunya sekerap sekarang ini.

“Reia, masuk sekejap.” Tersentak aku mendengar suaranya memangggil namaku. Pen yang sedari tadi aku main-mainkan terjatuh ke lantai gara-gara terkejut disapa tiba-tiba. Aku memandang Haris yang menggeleng-gelengkan kepala melihat reaksiku. Spontan aku menjelingnya membuatkan dia ketawa kecil sebelum masuk semula ke dalam pejabatnya. Aku mengutip kembali pen itu dan mencapai note pad sebelum mengekorinya.

“Yes boss, anything?” Soalku setiba di depannya.

“I nampak you termenung panjang tadi. Fikir apa?” Soalnya membuatkan aku tersentak. Tidak menyangka dia memerhatikan gerak geriku.

“Tak ada apalah. Just day dreaming.” Jelasku.

“What about?” Soalnya lagi.

“About life. Plan lepas habis praktikum.” Jawabku jujur.

“So what is your plan?” Soalnya ingin tahu.

“Selain daripada kembali ke kolej untuk habiskan semester akhir, you percaya tak kalau I cakap I belum ada apa-apa plan?” Soalku sambil tersengih apabila melihat dia sudah ketawa kecil mendengar jawapan itu.

“So sia-sia je you berfikir tadi. You come out with nothing.” Komennya.

“Hey, at least I try.” Balasku.Tidak gembira dia memperlekehkan kemampuan berfikirku.

“Apa kata you plan majlis kahwin kita.” Ucapnya tiba-tiba. Membuatkan aku ternganga. Tidak menyangka lelaki serius seperti Haris boleh bergurau dengan topik seperti itu.

“Wow… That sound like a very good plan.” Balasku dalam tawa.

“I’m serious Reia.” Ucapnya. Nada suaranya juga kedengaran serius.

“I’m serious too boss.” Balasku masih ketawa namun tawaku terasa mati apabila melihat wajahnya yang serius. “Wait…you’re serious?” Soalku lagi dan melihat dia menganggukkan kepala. “Why? Does this have anything to do with your parents?” Soalku ingin tahu. Rasanya kerutan di dahiku sudah cukup untuk menggambarkan betapa aku tidak percaya dia melamarku ketika itu. “Your dad paksa you kahwin? Kalau you tak setuju, nama you akan dibuang daripada senarai pewaris hartanya?” Soalku lagi. Teringat kebanyakkan drama berkisar kisah orang kaya di televisyen mempunyai plot cerita seperti itu.

“Apart from being a baby almost every time, you are such a drama queen too, Reia.” Putus Haris sambil mengelengkan kepalanya membuahkan muncungku. “Trust me, it’s nothing like that.”

“Why then?” Soalku belum mampu memikirkan sebab lain. Haris diam sebentar sebelum menjawab.

“I don’t know Reia. Maybe because I like you.” Bulat mataku mendengar kata-katanya. Langsung tidak menyangka luahan itu daripadanya. “Mungkin.. sebab you istimewa di hati I. You buat I rasa sesuatu yang I dah lama hilang.” Terasa seolah bermimpi mendengar ayat-ayat itu keluar dari mulutnya.

“Haris, I tak tahu nak cakap apa. I think you know I have a huge crush on you. I even dream about being you girlfriend. Tapi kahwin….. Are you really serious?” Soalku ingin memastikan bahawa apa yang aku dengar tadi bukan hanya khayalanku. Walaupun hatiku sudah menari suka namun aku takut semuanya hanyalah gurauannya semata.

“Let just forget we talk about this.” Balasnya kemudian, membuatkan aku merasa terkilan.

“No. I refuse to drop this topic. Let’s talk Haris. Kenapa you tiba-tiba ajak I kahwin?” Soalku. Aku tahu dengan Haris semuanya tidak akan ke mana jika aku tidak terus mendesaknya. Aku sedar, dia bukan jenis yang mahu membincangkan soal hati dan perasaan. Jadi aku perlu lebih berani jika ingin mengetahui isi hatinya sekaligus mendapatkannya. Lama dia berdiam sebelum akhirnya mula berbicara.

“You percaya tak kalau I cakap, you adalah orang yang fikirkan masa my mum tanya I tentang that special someone?” Soalnya sambil merenungku.

“Me?” Soalku tidak percaya dan aku melihat dia mengangguk.

“I’ve been thinking about you lately. Next week you akan habis praktikal. You akan kembali ke kehidupan you. Maybe found someone better than me. Terfikirkan kemungkinan itu sahaja dah buat I risau. I know that there is a possibility of me losing you. And I don’t want to lose you, Reia.” Panjang lebar dia meluahkan perasaannya dan aku hanyut dalam rasa bahagia mendengarnya.

“Do you have feeling for me Haris?” Aku tidak dapat menahan diri daripada bertanyakan soalan itu.

“Maybe. I tak suka tengok you rapat dengan Ryan. And I hate seeing you with that guy, what his name..Ismail, Ishak or whatever.” Luahnya.

“Isaac.” Jawabku. Teringat bagaimana Isaac sering menemani aku dan Hana terutama sekali pada waktu rehat sepanjang tempoh praktikum ini. “Are you jealous?” Soalku tidak menyangka dia merasa tergugat dengan kehadiran Isaac. Jika aku tahu lebih awal, pasti aku akan menggunakan Isaac sebagai senjata untukku menawan hatinya.  

“Maybe.” Jawabnya sepatah.

“You’re jealous Haris.” Putusku. Benar-benar ingin mendengar dia mengaku.

“Okay, I admit. Happy?” Soalnya. Pipinya kelihatan sedikit merah. Mungkin kerana berbicara topik hati dan perasaan adalah sesuatu yang asing baginya.

“More than happy.” Jawabku pantas. “If I say yes to your proposal, will you promise me that you will try to love me?” Soalku. Jantungku berdegup kencang menunggu jawapannya. Agak lama dia berdiam sebelum memberikan jawapan.

“I guess I already did.” Jawabnya membuatkan senyuman lebar menghiasi bibirku.

“Then yes. Let’s get married.” Ucapku sambil menghulurkan tangan padanya. Ingin berjabat. Haris menjingkitkan kening namun tersenyum melihat gelagatku. Dia menyambut tanganku dan mengenggamnya erat. Aku akui lamarannya langsung tidak romantis. Langsung tidak seperti yang aku impikan. Namun aku sudah lama bermimpi untuk memilikinya. Mana mungkin aku akan menolak lamarannya yang jelas sekali adalah impianku itu.

“So what next?” Soalku teruja. Haris merenung jam tangannya sebelum menjawab.

“Masih office hour kan? Apalagi, sambung kerjalah. Ucapnya selamba membuatkan muncungku kembali memunculkan diri. Jangan bagitahu sesiapa tentang ni selagi I tak cakap dengan Rich, okay?” Tambahnya lagi.

“What about Hana?” Soalku cuba berunding. Mana mungkin aku mampu bertahan daripada berkongsi berita gembira ini dengan sahabat baikku itu.

Please don’t. Not until I talk to your brother. Kalau tak you mungkin akan nampak mata bakal suami you ni lebam kena penumbuk abang you.”  Ucapnya membuatkan aku tersipu-sipu sendiri.

“Well, when you put it like that. I guess I will keep it to myself for now. Tapi I rasa lebih baik kalau kita bagitahu dia sama-sama.” Cadangku. Haris terdiam sebentar sebelum mengangguk setuju. Aku mengangkat punggung, bersedia untuk kembali ke meja kerjaku yang hanya berada di luar pejabat Haris.“See you later ‘future husband’.” Usikku sambil mengenyitkan mata padanya sebelum melangkah keluar dari pejabat.

“Reia.” Panggilannya mematikan langkahku. Aku tersenyum sambil menjingkitkan kening. “Zip it.” Ucapnya sambil menunjukkan isyarat menutup mulut padaku. Cepat aku menjuihkan bibir. Aku melangkah ke meja kerjaku tanpa membalas. Mendengar dia ketawa kecil di dalam pejabatnya. Mungkin seronok melihat reaksiku. Mujur moodku sedang baik ketika itu, jadi amarannya kuanggap gurauan semata. Aku mencapai fail di depanku. Membelek beberapa helaian. Berpura-pura sibuk, sedangkan rasa bahagia di hatiku telah berjaya membawaku terbang ke awan.

“Reia.” Teguran Azlan mematikan khayalanku. “Ada apa? Dari tadi saya nampak awak tersengih-sengih lepas keluar dari bilik bos?” Soalnya membuatkan aku tersentak.

“Eh..takdelah.” Balasku pantas.

“Bos cakap apa? Happy lain macam je saya tengok awak ni?” Soalnya lagi.

“Awak ni kan Azlan, tak padan dengan lelaki, asyik nak bergosip je.” Komenku sambil pura-pura menjelingnya.

Well, bergosip tu termasuk dalam tugasan sampingan saya.” Jawabnya sambil tersengih panjang.

Masih office hour ni, buat tugas hakiki awak dulu. Bos dah jeling tu.” Ucapku sengaja mengugutnya sambil membuat isyarat mata padanya agar memandang ke arah pejabat Haris.

“Eh saya tengah kerjalah ni. Fail ni tolong pass kat bos.” Ucapnya sambil meletakkan fail berwarna biru yang tidak kusedari kewujudannya sebentar tadi di depanku. “Awak tu, buat tugasan hakiki dulu, jangan berangan je. Bos dari tadi pandang awak semacam.” Ucap Azlan sambil tersengih memandang aku yang sudah terkebil-kebil. Spontan aku merasakan telingaku panas. “Sedikit nasihat. Awak tunggu lepas awak dah tenang baru masuk ye. Merah sangat muka awak tu saya tengok.” Usik Azlan lagi.

“Azlannn..” Jeritku kecil. Geram mendengar usikkannya.

“Bye Reia. Talk to you later.” Ucapnya sambil ketawa dan berlalu pergi. Aku mengambil pen di atas meja, hampir melemparkan padanya. Namun aku tidak berbuat demikian setelah menyedari bahawa itu adalah pen pink kesayanganku. Setelah menenangkan diri untuk beberapa minit barulah aku bangun dan mengetuk pintu pejabat Haris.

“Kenapa tadi tu?” Soalnya selepas aku berdiri betul-betul di depannya.

Nothing. Azlan minta I pass fail ni.” Jawabku sambil meletakkan fail berwarna biru itu di depannya.

“Tak nampak macam tak ada apa-apa pun. You almost hit him with your favourite pen.” Balas Haris membuatkan aku merenungnya. “You tahu kan I boleh nampak semuanya dari bilik ni?” Soalnya sambil menjingkitkan keningnya padaku.

“Did you just admit, you’re looking at me from your office this whole time?” Soalku cuba menduganya.

“Tak salahkan? I’m looking at my future wife.” Ucapnya membuatkan wajahku terasa kembali panas. Tidak menyangka ayat itu akan keluar dari mulutnya. “You look super cute when you’re shy.” Tambahnya lagi.

“Who are you? What have you done to Haris?” Soalku serius. Aku mencapai pen di atas meja dan menggunakannya untuk menuding padanya. Hairan dia mampu bergurau dan tidak seserius Haris yang kukenali sejak beberapa bulan yang lalu. Bimbang jika yang berada di depanku itu adalah penyamar berwajah Haris. Pantas Haris menarik pen itu dari tanganku sambil mengelengkan kepalanya melihat karenahku.

“I dah cakap, you make me feel alive again, Reia. You buat I rasa macam diri I suatu ketika dulu. The better version of me.” Jawabnya. Senyumanku terasa melebar mendengar jawapannya.

“Glad to hear that.” Ucapku benar-benar terharu dengan jawapannya itu.

“I dah bagitahu Rich untuk jumpa malam ni. I’ll text you the location later. You datang dengan Hana. Kita bagitahu dorang sama-sama.” Putusnya membuatkan aku kembali tersenyum.

“Ay ay boss.” Jawabku sambil membuat tabik hormat padanya sebelum beredar kembali ke meja kerjaku. Berpura-pura sibuk, walau hakikatnya mindaku sudah melayang ke dunia lain.

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cherish Aleyya