Mengingat kembali janji temu pertama aku dan Haris sentiasa membuahkan bunga-bunga di hatiku. Itulah permulaan kepada episod-episod bahagia dalam hidupku bersamanya. Hubungan kami menjadi bertambah mesra dan intim sejak hari itu. Seperti yang dirancang, dua minggu sebelum aku kembali menjalani semester terakhir sebagai pelajar, kami telah sah disatukan sebagai suami isteri. Mungkin kerana hatiku sedang dibuai bahagia, waktu terasa begitu cepat berlalu. Duniaku terasa begitu indah. Perjalanan hubungan kami dari tempoh bertunang, membuat persiapan perkahwinan sehinggalah hari perkahwinan kami yang sudah berlangsung hampir 3 bulan yang lepas terasa seolah baru semalam berlaku. Semuanya telah kusimpan kemas di dalam memoriku. Majlis sederhana yang hanya dihadiri kenalan dan keluarga terdekat itu berjalan cukup lancar dan meriah.
Cuma Papa yang sedaya upaya membuatkan kami setuju dengan cadangannya untuk menangguhkan majlis itu sekurang-kurangnya sehingga selepas aku menggenggam segulung ijazah. Namun, kesungguhan Haris telah berjaya mematahkan cubaannya itu. Dan ya, aku bersyukur aku tidak menolak untuk menamatkan zaman bujangku pada usia yang muda. Kebahagiaan yang kurasai setelah bergelar isterinya telah menutup segala rasa gusar yang pernah timbul sebelum ini. Masih segar lagi di ingatanku bagaimana indahnya duniaku hari itu. Terasa seolah berada di alam khayalan apabila aku dan jejaka yang kuidamkan sejak sekian lama akhirnya disatukan dalam satu ikatan suci yang sah. Haris Raslan Raffi akhirnya telah menjadi milikku. Dia telah sah menjadi suamiku. Terasa seperti mimpi, namun aku gembira ia ternyata benar-benar realiti. Siapa sangka, lelaki yang dulunya terlalu jauh dari jangkauanku akhirnya bisa aku dapatkan.
“Masa masak, fokus. Jangan mengelamun.” Tegur Haris tiba-tiba. Laju dia menarik senduk dari tanganku. Pantas dia mengecilkan api dan mengambil alih tugas mengaul kari ayam yang sedang mengelegak di dalam kuali itu. “I lambat sikit tadi, confirm hangus dah.” Tambahnya sambil mengeleng kepala.
“Sorry.” Pintaku sambil menghantar pandangan bersalah padanya.
“It’s okay, baby.” Balasnya sambil sebelah tangannya mengelus lembut pipiku, mengembalikan senyum di bibirku. “Tapi you can consider this as your first and last cooking lesson with me.” Tegasnya membuatkan muncungku laju menampakkan diri.
“What! Why??” Soalku tidak percaya dan melihat Haris menjingkitkan sebelah keningnya mendengar soalan itu. Dia menutup api setelah pasti kari ayam itu sudah masak sebelum menumpukan sepenuh perhatiannya padaku.
“Rasanya apa yang jadi tadi dah cukup untuk I jadikan sebagai sebabnya. No wonder Mama tak bagi you masuk dapur. I can see why now.” Komennya membuatkan aku mengeluh hampa.
“Tapi you dah janji dengan Ibu untuk ajar I.” Balasku sayu. Aku ingat lagi bagaimana aku menyatakan hasratku untuk belajar memasak kepada Ibu beberapa minggu yang lepas dan bagaimana sukarnya mencari insan yang sudi menjadi guru buatku. Ibu yang cukup menyokong hasratku itu telah berjanji untuk memujuk Haris yang ternyata mahir memasak itu untuk menjadi guruku.
“I can’t believe you’re using my mom against me.” Komennya membuatkan aku membesarkan mata tidak percaya. Terkejut mendengar tuduhannya itu.
“What? No.. I did not.” Ujarku cuba mempertahankan diri. Terkebil-kebil memandangnya. Tidak percaya Haris berfikiran begitu. Namun aku akhirnya faham apa yang dia maksudkan selepas mendengar ayat seterusnya.
“I rasa Ibu dah lupa siapa anak kandung dia lepas you ada.” Ucapnya sambil merenungku dengan pandangan sedih yang dibuat-buat. Membuatkan aku ketawa.
“Oh my poor sayang.” Ujarku sambil memeluknya erat. Menjingkitkan kakiku untuk menyamai ketinggiannya dan menghadiahkan ciuman di pipinya. Spontan aku melihat senyuman kecil di bibirnya. “Sorry, Ibu sayang I lebih daripada you. Tapi you jangan risau nanti I cakap dengan Ibu dia kena adil layan kita lepas ni, okay?” Pujukku berseloroh.
“I’m glad that she loves you.” Komennya kemudian dan aku tahu dia benar-benar memaksudkannya.
“I love her too. I bertuah ada ibu mentua yang baik dan sayangkan I.” Balasku sambil tersenyum. “Tapi I rasa Ibu akan lebih sayangkan I kalau dia tahu I dah boleh masak untuk you, anak kesayangannya. Don’t you think so too?” Tambahku lagi sambil tersengih apabila melihat dia mengeluh kecil.
“So we are back to that topic again.” Ulasnya tidak gembira.
“Bukan kita memang bincang tentang topik ni ke tadi?” Soalku hairan.
“I tak rasa I berani biarkan you masak sorang-sorang lepas kejadian tadi. Bahaya tau.”
“I bukan masak sorang-sorang. You kan ada, teman dan ajar I.” Balasku belum mahu mengalah.
“Ada-ada je jawapan you kan.” Ulasnya membuatkan aku tersenyum lebar padanya.
“Please sayang. I want this so bad. You’re my first cooking teacher since like… forever. Janganlah putus asa dengan I cepat sangat. Please.” Pintaku sambil memandangnya penuh harapan. Mungkin ada sesuatu pada wajahku yang membuatkan dia menutup matanya untuk beberapa detik dan perlahan-lahan mengangguk setuju membuatkan senyumanku kembali melebar.
“Okay, I will teach you. Tapi you kena janji untuk fokus dan tak fikirkan benda lain masa memasak. I tak nak benda tak diingini berlaku. You faham kan?” Ucapnya panjang lebar dan aku tanpa berfikir panjang mengangguk setuju.
“I janji.” Jawabku laju.
“You fikir tentang apa tadi? Bukan main jauh lagi you mengelamun.” Soalnya ingin tahu.
“I fikir tentang kita. About how you make me happy and how much I love you.” Balasku jujur dan melihat senyuman terukir di bibirnya.
“Say it again.” Pintanya kemudian.
“I love you, sayang.” Ucapku sambil mengucup pipinya.
“And I love you too, baby. I promise to be your cooking teacher till forever.” Janjinya membuatkan aku memeluknya erat. Menyampaikan kegembiraanku.
“I like that. Thank you, sayang.”
“My pleasure baby. Now let me make you extra happy.” Ucapnya sambil membawaku ke ruang tamu. Membaringkan aku di sofa besar itu sebelum menghadiahkan ciuman yang melemahkanku. Namun selepas beberapa ketika dia tiba-tiba bangun dan merenungku dengan wajah terkilannya menimbulkan rasa hairanku.
“Why did you stop?” Soalku tidak percaya.
“Trust me baby, it’s so hard to do. But I have to. I almost had you without protection.” Terangnya membuatkan aku tersengih panjang setelah mengerti dilemanya. “You my darling baby, almost make me forget satu-satunya permintaan Papa you yang I setuju untuk ikut.” Tambahnya membuatkan aku ketawa kecil.
“Wow, I can’t believe you are so committed to your promise, sayang.” Usikku sambil ketawa melihat wajahnya yang kelat itu. Aku ingat lagi bagaimana Papa memintanya berjanji untuk tidak membuatkan aku hamil selagi aku masih bergelar seorang pelajar. Ia adalah syarat yang ditetapkan Papa sebelum membenarkan kami berkahwin ketika itu.
“Let’s continue this upstairs. Let see whether you still find this funny.” Ucapnya sebelum mendukungku ke tingkat atas meninggalkan ruang tamu itu.
***************************
Reia: On my way to your office. 11.30am
Reia: I bring you lunch. 11.31am
MyHaris: Okay, baby. 11.35am
Memandangkan kuliah Strategic Management yang dijadualkan sebelah petang itu dibatalkan maka aku mengambil keputusan untuk terus ke pejabat Haris. Sudah lama rasanya aku tidak ke sana disebabkan jadual kuliahku yang padat juga kesibukanku menelaah pelajaran untuk menghadapi peperiksaan akhir semester yang akan tiba beberapa minggu sahaja lagi. Sesekali datang melihat dia bekerja, seronok juga. Selepas meletakkan kereta, aku terus menaiki lif menuju ke tingkat 2 bangunan Everlast Holdings itu. Memasuki ruang pejabat Everlast Design&Deco mengembalikan pelbagai memori di mindaku. Di sinilah segalanya bermula. Aku menghantar pandangan ke dalam ruang pejabat yang kini menempatkan lebih ramai kakitangan berbanding ketika aku masih menjalani praktikal di sini dulu. Tersenyum dan mengucapkan salam kepada wajah yang kebanyakkannya sudah kukenali itu sebelum meneruskan perjalanan ke pejabat Haris.
“Amboi, amboi Cik Puan Reia kita. Jalan menonong je, tak toleh kiri kanan.” Tegur satu suara mematikan langkahku seketika. Aku menghantar senyuman colgateku kepada Azlan yang membalas dengan cebikkannya.
“Hello Encik Azlan. Sorry, saya betul-betul tak perasankan awak tadi.” Ujarku benar-benar memaksudkannya.
“Hmm yelah, siapalah kita ni kan.” Ujar Azlan dalam nada sedih yang dibuat membuatkan aku ketawa kecil.
“Bos ada kat dalam kan?” Soalku kemudian sambil meneliti pintu biliknya yang sudah berubah wajah itu. Tidak lagi menggunakan pintu kaca yang memudahkan aku melihat ke dalam pejabatnya seperti dulu.
“Ada. Tapi bos tengah deal dengan client sekarang ni. Sekejap yea.” Ujarnya sebelum menekan intercom di atas mejanya. “Boss, Puan Reia dah sampai.” Ujarnya sebelum mematikan panggilan selepas beberapa ketika. “Bos minta awak tunggu sebentar.” Pesannya padaku. Aku mengangguk dan melabuhkan punggung di sofa menunggu di sebelah tepi pejabat itu.
“Macam mana jadi PA bos? Okay tak?” Soalku pada Azlan yang sedang leka menaip di komputernya itu.
“Okay sangat. Pandai awak jinakkan bos kan. Mood bos selalu baik sekarang ni. So setakat hari ini saya tak ada sebarang rungutan.” Balas Azlan sambil tersenyum membuatkan aku juga tumpang gembira mendengarnya.
“Good to hear that.” Balasku.
“Apa tu? Bekal untuk bos ke?” Soalnya sambil menunjuk ke arah bekas makanan yang kubawa tadi.
“Ha’aa. Awak nak?” Soalku.
“Eh taklah.” Balasnya laju. “Ermm Reia, saya cakap sikit boleh?” Soalnya kemudian. Aku mengangguk sambil tersenyum. “Boleh tak awak tukar menu. Hari-hari makan sandwich, bosan juga.” Ujarnya membuatkan mulutku ternganga. Tidak percaya mendengar ulasannya itu.
“Azlannn…” Suara berupa ugutan dari arah pintu pejabat Haris membuatkan aku tidak jadi untuk menyoal Azlan tentang apa yang diamaksudkan. Sebaliknya aku menghantar jelingan tajam kepada Haris selepas melihat clientnya sudah berlalu pergi. “Hello baby..” Sapanya mesra namun tidak kujawab sebaliknya aku terus masuk ke dalam pejabatnya dan membiarkan dia menutup pintu.
“So you bawa balik bekas yang kosong setiap hari, you tak makan?” Soalku sambil menyilangkan tangan memandangnya. “I ingatkan you suka, sebab tu I buatkan untuk you hari-hari.”
“I makan, cuma I share dengan Azlan kalau tak habis. I tak nak bazirkan hasil tangan you. You juga yang cakap membazir tu amalan syaitan.” Jawabnya cuba memujuk.
“Kenapa you tak habiskan? Tak sedap?” Soalku belum berpuas hati.
“Sedap.” Balasnya selepas beberapa ketika. “Tapi kadang-kadang I nak juga makan benda lain.” Akuinya kemudian.
“So betullah you dah boring makan apa yang I siapkan.” Dugaku dan melihat dia memandangku dengan wajah bersalahnya. “You juga yang tak nak ajar I masak benda lain, you ajar I buat sandwich je.” Luahku sayu.
“Okay baby, I’m sorry. I tahu memang salah I. I promise I will teach you something else in the future.” Janjinya kemudian, mungkin selepas melihat aku masih tidak berhenti menghadiahkan jelingan padanya. “Now, come here. Let see what you bring for me.” Pujuknya sambil meghadiahkan senyumannya yang sering mencairkan hatiku. Tidak mampu melawan godaan itu, aku mengatur langkah ke arahnya. Sekelip mata aku sudah berada di atas ribanya. Sebuah ciuman hinggap di pipiku dan serta merta rajuk yang kurasakan tadi menghilang. “Tell me that you are not mad at me.” Pintanya.
“I could never be mad at you for long, sayang.” Akuiku dan aku tahu dia suka mendengar pengakuanku itu apabila melihat senyuman hadir di wajahnya.
“Glad to hear that. Boleh kita makan sekarang, I’m starving.” Ujarnya sambil membuka bekas makanan di atas meja. Selepas menikmati makan tengah hari dan meluangkan masa dengannya untuk beberapa ketika barulah aku meminta izin untuk pulang ke rumah.