“Do I need to repeat myself?” Soalnya apabila sudah betul-betul berada di tepi meja kami. Perlahan, mungkin tidak mahu menarik perhatian pengunjung lain yang sedang menjamu selera ketika itu. Tajam matanya memandang tanganku yang masih bertaut dengan tangan Isaac di atas meja. Merah mukanya seolah-olah sedang marah. ‘Mengapa dia perlu marah?’ Soalku dalam hati. Aku yang sepatutnya marah. Tiba-tiba aku buntu. Tidak tahu apa yang harus kulakukan pada saat itu. Isaac pula kelihatan tenang, langsung tidak gentar mendengar ayat berbaur amaran daripada Haris. Sebaliknya dia kelihatan puas dapat melihat reaksi Haris. Memandang Haris dengan pandangan yang sinis, seolah mencabarnya.
‘Haris…my Haris ..Haris who?’ Ligat mindaku bermonolog sendiri. Gagal mengenal pasti keinginanku yang sebenar.
“Reia.. Baby, what are you doing?” Soalnya apabila tidak melihat sebarang reaksi dariku. Suaranya juga kedengaran lembut. Mungkin dia sedang menukar taktik. Jika Haris fikir itu boleh membeli hatiku, dia silap. Akhirnya aku perlahan-lahan menarik tanganku dari genggaman Isaac. Aku tidak ingin melibatkan dia dalam urusanku bersama Haris. Aku tidak ingin hubungan mereka yang tidak pernah baik itu, bertambah keruh. Aku tidak tahu pasti kenapa Haris langsung tidak pernah suka kepada Isaac. Padahal Isaac menurutku seorang teman yang baik. Dan paling pentingnya aku tahu cara untuk menghadapi Haris. Dengan Haris, kedegilanku adalah senjata paling ampuh.
“Baby, let’s talk.” Tambahnya lagi. Aku hanya memandangnya tanpa perasaan. Perasaan rindu kusimpan jauh di lubuk hatiku. Enggan ia terlihat. Entah kenapa melihatnya hari ini, membuat jiwaku bergelora. Tiba-tiba rasa marahku padanya terasa membuak di dada. Padaku masa berbincang sudah tamat. Keputusan pun telahku buat. Tiada apa yang perlu dibincangkan lagi. Jawabku lancar, bermonolog sendiri.
“Reia Ellana, we need to talk. Now!” Tegasnya lagi sambil menghulurkan tangannya padaku. Aku menoleh kepada Isaac yang dari tadi hanya menjadi pemerhati. Dia merenungku lama sebelum mengangguk. Setelah itu, barulah aku mengangkat punggung melangkah ke arah Haris. Sekilas aku melihat wajah Haris berubah melihat komunikasi telepati aku dan Isaac. Dia kelihatan marah…ataupun lebih tepat lagi cemburu. Cemburu? Tak mungkinlah..dia kan ada Bia. Perkataan cemburu itu tepatnya sahabatku. Aku yang selalu cemburu padanya. Pantas aku berjalan melimpasinya. Pantas juga Haris membuntutiku. Dia cuba mengapai tanganku, namun cepat ku tepis sambil menghadiahkan jelingan tajam padanya.
“I can’t believe you. You let him touch you, but I can’t. Your own husband.” Ucapnya perlahan, seakan tidak percaya. ‘Ex-husband’ Jawabku dalam hati sebelum aku menjegilkan biji mata padanya, enggan berbicara. Semakin pantas langkahku atur. Enggan berada di situ lebih lama. Enggan drama kami menjadi tontonan penggunjung lain.
“Are you giving me your silent treatment now?” Soalnya tidak percaya. Seolah-olah dia tidak patut diperlakukan begitu. ‘Thank you for giving me that idea.’ Fikirku dalam hati. Haris seolah-olah dapat membaca riak wajahku dan tersenyum sendiri.
“Takpe kalau itu yang you nak. But I will give you a fair warning, sayang. You have a lot of explaining to do. So if I were you, I’ll be very careful.” Putusnya penuh amaran. Aku kena terangkan? Nak terangkan apa lagi? Segalanya sudah cukup terang. Jawabku lagi dalam hati sambil menjeling tajam padanya. Haris hanya tersengih-sengih memandangku. Membuatkan aku merasa pelik, tidak tahu apa yang mencuit hatinya.
Dia kemudiannya menarik tanganku. Memimpin aku menuruni anak tangga meninggalkan ruang restoran itu. Kali ini memegangnya erat membuatkan usahaku melepaskannya hanya sia-sia. Semakin besar jelingan yang aku panahkan tepat ke dalam matanya. Semakin lebar senyuman Haris dibuatnya. Buat-buat tidak mengerti maksud sebenar jelinganku itu. Senyumannya yang sentiasa mengoda jiwaku dulu, kini dan mungkin selamanya. Tiba-tiba hatiku terasa sayu, senyuman itu bukan hanya untukku lagi. Tepatnya, Haris bukan milikku lagi. Haris seakan dapat membaca perubahan moodku. Genggaman tangannya terasa semakin erat seolah cuba menyatakan sesuatu. Dan aku hanya membiarkannya, tidak berdaya melawan rasa hati yang sememangnya rindukan sentuhan Haris. Lelaki yang pernah menjadi suamiku itu.
****************************************
“Mmmm..sedapnya. Betul ke you tak nak ni?” Soal Haris sambil asyik menyuap sesudu kecil cheese cake di depannya. Aku menjelingnya tajam sambil mengetap bibir. Aku agak, kalau berterusan seperti ini, mungkin urat mataku akan tersimpul gara-gara terlalu kerap menjeling sepanjang malam ini. Aku tahu dia memang sengaja membuatkan aku terliur. Dia cukup tahu cheese cake memang kegemaranku. Mungkin itu taktiknya untuk memancingku bersuara.
Sudah hampir dua jam kami berada di Villa ini, tapi belum sebutir kata aku luahkan padanya. Sebaliknya aku hanya menggunakan bahasa badan dengan mataku adalah alat terpenting ketika ini. Berkali-kali melemparkan jelingan tajam padanya. Haris pula seakan seronok dengan situasi itu. Ketawa sendiri sambil mengeleng-gelengkan kepala bila melihat aku membuat muka. Kuakui memang sukar mengekalkan rasa rajuk bila bersama Haris. Sayangku padanya sudah kusimpul rapi sejak sekian lama. Cintaku padanya terlalu dalam, terlalu jauh perjalanan yang harus kulalui untuk sekurang-kurangnya melandaikan rasa itu. Tapi apa gunanya kini, jika dia memilih untuk bersama Bia juga akhirnya.
Kebiasaannya aku sentiasa ingin mengembirakannya. Sentiasa berusaha mengambil hatinya. Namun kerana rasa marah, geram dan kecewa yang sedang menebal kini maka sesi ‘silent treatment’ kuteruskan dengan jayanya. Satu rekod juga tidak bercakap hampir 2 jam ketika bersamanya. Kebiasaannya cubaan aku sebelum ini mudah sahaja dipatahkan olehnya. Bakatnya memujuk memang kelas pertama. Dibantu pula dengan rasa cintaku padanya yang menggunung. Jadi rajukku tidak pernah berpanjangan. Pada ketika seperti itulah aku dapat merasakan cinta daripada Haris. Membuatkan aku tidak pernah terfikir bahawa cintaku hanya bertepuk sebelah tangan. Tidak pernah kumenyangka cintanya padaku senipis kulit bawang. Sekali sahaja diuji dengan kehadiran semula cinta pertamanya dan aku hilang dari mindanya.
Inilah masanya untuk membalas segala rasa sakit, kecewa, terkilan dan sebagainya yang kurasakan sepanjang beberapa minggu ini. Biar dia rasa apa yang kurasa. Menagih perhatian pada yang enggan. Bayangkan berapa kali aku menyuarakan keinginan untuk berbicara dengannya sebelum ini namun langsung tidak diendahkan. Dan kini, ketika aku sudah mula bersedia menutup cerita itu dan mencuba melupakannya, dia muncul kembali mendesak untuk berbincang. ‘Bincanglah dengan mataku’ Jerit hati kecilku.
Dek kerana enggan bercakap dengannya sebentar tadilah, maka Haris berjaya membawaku ke Villa ini tanpa bantahan. Ruangnya jauh lebih besar berbanding Suite yang aku dan Hana kongsi. Siap ada ruang makan. Di situlah Haris sedang menjamu selera ketika ini, sementara aku duduk di sofa bersebelahan dengannya sambil merenung IPTV yang tidak dipasang itu. Inilah yang sesuainya dinamakan menonton TV. Menonton bayang-bayang sendiri di dalam Televisyen. Sesuai sangat dengan moodku ketika ini.
“Betul ke tak nak ni? Lebih sedap daripada kek yang you selalu try buat tu tau.” Tambahnya. ‘Amboi-amboi sedapnya mengata.’ Bisikku dalam hati. Aku menjelingnya tajam. Tanganku kusilangkan di dada. Geram pula bila kualiti masakkanku dibawa-bawa.
“Don’t you want to say something to defend yourself?” Soalnya lagi sambil tersengih.
“I hate you.” Keluar juga ayat pertama dari bibirku. Gagal kutahan kerana bau kek itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan aku terliur. Pantas aku berdiri dan mengapai potongan kek yang dinikmati oleh Haris sebentar tadi. Pura-pura tidak melihat sengihannya yang makin melebar memerhatikanku.
“Don’t worry baby, my love is more than enough for the both of us.” Ucapnya cuba berjenaka sambil merenungku dengan pandangan yang amat kurindui. Seperti dia maksudkan kata-kata itu. Membuatkan hatiku yang tadinya keras bagaikan batu kembali berdetak kencang. Seolah-olah mendapat semangat baru untuk kembali bernyawa.
“Don’t eat that.” Tegahnya tiba-tiba ketika aku mula menyudu kek itu. Tidak sabar menikmatinya. Dia berlari anak ke bahagian dapur dan kemudiannya muncul kembali bersama dulang berisi sesuatu. "I have this combo specially prepared for you.” Ucapnya sebelum menyuakan sepotong cheese cake baru bersama kotak kecil bertulis Baskin Robin’s kepadaku. Cepat kubuka kotak itu untuk melihat isinya.Yeay..aiskrim Baskin Robins perisa Caramel Chocolate Crunch kegemaranku. Dapat kurasakan bibirku mekar dengan senyuman ketika melihatnya. Ya Tuhan bagaimana mungkin aku mampu bertahan merajuk pada lelaki ini. Dia sentiasa tahu cara untuk memujukku.
“Oh Haris I love you...” Spontan terkeluar ayat itu dari bibirku. Senyuman Haris yang melebar mendengar ucapan tanpa sengajaku itu membuatkan aku tersedar semula. Pantas aku menutup mulut. Haris katawa besar melihatnya. “Ops. I tak maksudkannya.” Tambahku sambil menjelingnya yang sedang seronok ketawa melihat reaksiku.
“Oh baby, I know you do.” Balasnya sambil tersenyum penuh makna. Tiba-tiba hatiku menjadi sayu. Aku sangat rindukan suasana ini. Aku rindukan gurau sendanya. Aku rindu mendengar panggilan manjanya untukku. Tapi aku juga hairan kenapa Haris membuat semua ini. Segalanya jadi tidak masuk akal padaku. Tiba-tiba segala persoalan kembali merajai mindaku. Segala rasa marah, kecewa dan terkilan yang menghilang sebentar tadi tiba-tiba sepakat kembali menyerang.
“No.. I don’t.. I hate you.. I hate you.” Ucapku sayu. Air mata tiba-tiba memilih untuk meniti di pipi tanpaku sedar. “Let’s talk now…I want to talk now!” Jeritku dalam sedu. Secepat itu juga aku melihat dia bangun dan menarikku ke dalam dakapannya. Aku meronta minta dilepaskan, namun dakapannya terasa makin erat. Di dalam dakapannya aku merasa selamat. Seolah segalanya baik-baik sahaja. Namun kusedar itu hanya ilusi semata membuatkan hatiku bertambah pilu.
“Please don’t cry, baby.” Pujuknya, membuatkan tangisku semakin menjadi-jadi. “We will talk. But not now.” Putusnya sambil membawaku keluar dari ruang makan menuju ke bilik tidur yang berada bertentangan dengan ruangan itu. “We will clear all of this tomorrow. Now, I want you to sleep. I know you’re tired. We both are tired.” Tambahnya lagi. Aku memandangnya tanpa perasaan. Dia membalas dengan pandangan yang tidak dapat kujelaskan. Sebelah tangannya mengesat lembut sisa air mata di pipiku. “I promised. We will talk tomorrow.” Janjinya selepas membiarkan aku menghenyakkan punggung di atas tilam king size itu. Dia kemudiannya membuka beg luggage yang didirikan di sudutkiri bilik sebelum cepat mencapai sehelai t-shirt berwarna hitam dari dalamnya.”Nah. Tukar. You’ll be more comfortable in this.” Arahnya. Jika hubungan kami sedang baik ketika ini, pasti sudah kujawab. Bertekak tentang benda yang remeh seperti itu sudah jadi kebiasaan aku dan Haris. Betapa aku sangat rindukan suasana itu.
Baju itu cepat kugapai sebelum langkah kuhayun ke en suite bathroom yang berada di sebelah tepi bilik tidur itu. Aku menukar gaun yang kupakai tadi kepada t-shirt yang diberikan Haris. Kemudian aku mencuci muka dan menggosok gigi selepas menemui berus dan ubat gigi baru yang diletakkan bersebelahan singki marmar yang berkilat itu. Sekilas aku memandang wajahku di dalam cermin. Benar seperti kata Haris, aku kelihatan penat. Mataku kelihatan sembab. Wajahku juga kelihatan sugul. Ya, aku sangat penat.
“Baby..Are you okay in there?” Tegur Haris sambil mengetuk pintu, menghentikan lamunanku. Cepat aku memulas tombol pintu dan keluar menuju ke katil. Membiarkan Haris termanggu di depan pintu. Aku belum bersedia untuk berbual dengannya ketika ini. Pantas aku mencapai bantal yang seakan memanggilku itu. Sebiji bantal aku letakkan di bahagian tengah katil yang luas itu sebagai jarak pemisah antara aku dan Haris. Sebiji lagi aku tepuk-tepuk sebelum meletakkan kepalaku di atasnya. Bersedia untuk melelapkan mata. Beberapa minit kemudian aku merasakan pergerakkan di bahagian tilam di sebelahku sebelum perlahan-lahan aku dibawa ke dalam pelukkan. Aku cuba melepaskan diri namun pelukkannya terasa semakin kemas.
“Sleep baby.” Ucapnya di telingaku, sebelum aku merasakan sebuah kucupan singgah di dahiku. Semuanya terasa indah. Seperti malam-malam yang lalu, ketika aku masih yakin hatinya milikku. Tanpa sedar aku terlena.