Pengumuman (dikemaskini: 1 Jan 2023)
Kepada semua pembaca budiman, selamat tahun baru 2023.
Aku terpaksa menyambung muatnaik karya ke sini kerana hanya di portal ini sahaja aku fikir karyaku dapat dihebahkan. Buruk siku aku, kerna mengingkari apa yang telah aku tetapkan di bawah.
Aku masih ada perancangan untuk bercerai sepenuhnya dari portal ini kelak. Namun untuk melakukannya aku perlu membina platform sendiri dahulu dan perlu dihebahkan secukupnya sehingga karyaku dikenali.
Portal ini banyak kekurangan seperti yang telah kukatakan di bawah. Bayangkan setiap kali muatnaik aku perlu membetulkan kembali spacing antara perkataan dan ia sungguh membuang masa. Oleh itu, untuk setiap muatnaik bab yang baru, aku akan hadkan kepada lebih kurang 1000 patah perkataan sahaja demi mengurangkan masa menyunting.
*
Buku 1: Hayabusa telahpun selesai ditulis. Untuk bacaan lanjut, boleh ke blogku. Semoga terhibur!
Untuk sebarang pertanyaan, cadangan, kritikan membina berkenaan karya ini, boleh ajukan kepada emailku:
[email protected]
*
Dengan ini, aku mengumumkan bahawa aku telah mengambil keputusan untuk tidak lagi memuatnaik karyaku di sini atas dua sebab. Aku akan huraikan satu persatu.
Pertama, masalah teknikal di portal ini. Aku yakin penulis lain di sini pun mengalami masalah yang sama. Aku tidak boleh memuatnaik secara salin-tampal (copy-paste). Jika aku copy-paste terus ke sini, semua spacing antara perkataan aku akan jadi caca marba. Maka setiap kali aku upload bab ke sini, aku perlu manually betulkan semua spacing antara perkataan, di mana pada aku amat membuang masa. Selain itu, masalah teknikal lain ialah setiap bab yang aku cuba upload mengambil masa yang amat lama untuk diterima portal ini. Kadangkala aku kena tunggu semalaman. Aku tahu bab-bab aku memang panjang, dalam sekitar 3000 patah perkataan. Tapi menunggu semalaman pada aku agak tak munasabah dan membuang masa. Oleh itu, selagimana pihak pengurusan portal ini tidak menyelesaikan semua masalah-masalah ini, maka aku tidak akan memuatnaik karya aku di sini.
Yang kedua, cerita ini amat panjang. Seperti kukatakan, dalam setiap bab ada sekitar 3000 patah perkataan. Aku fikir daripada aku upload ke sini, baik aku upload ke blog sahaja. Aku anggarkan karya ini akan mengandungi sehingga sekitar 100 bab yang mana setiap satu ada sekitar 3000 patah perkataan. Bayangkan betapa menyemak dan serabutnya karya aku ini jika semuanya aku muatkan di sini.
Oleh itu, aku dengan ini ingin memaklumkan bahawa bermula dari bab 64 ke atas untuk Buku 1, semuanya akan dimuatnaik ke blog aku: onedayoneplot.blogspot.com. Jika kalian berminat membaca karyaku, sudilah ke blog tersebut. Buku 2 dan 3 karya ini juga seperti pengumuman sebelumnya, akan sepenuhnya dimuatnaik ke blog tersebut. Nanti bila Google Ads dah benarkan aku letak iklan, rajin-rajinlah klik iklan tersebut sebagai tanda sokongan kalian. Tak perlu bayar apa-apa untuk baca, karya aku percuma. Insya-Allah aku akan cuba tulis kisah-kisah yang lebih menarik di masa akan datang dengan sokongan berterusan dari kalian. Aku juga bercadang akan menukarkan blog tersebut kepada laman web di masa akan datang, yang mana laman web tersebut akan menempatkan pelbagai hasil penulisanku untuk bacaan percuma. Lebih organised bila kita ada laman web sendiri, dan lebih mudah untuk para pembaca melangkau dari laman ke laman dan bab ke bab.
Juga aku akan kekalkan semua bab yang telah aku muatnaik di portal ini. Sebagai tanda sokongan dan mempromosi karya-karyaku, sudilah kiranya kalian jack-up readcounts aku di sini. Aku bagi tips sikitlah, kalian kena scroll satu-satu bab untuk naikkan readcounts berganda-ganda. Kalau kalian hanya buka bab-bab pada tab-tab browser tanpa scrolling, readcounts aku hanya akan bertambah sebanyak bilangan bab yang kalian buka sajalah. Aku tidak akan melakukannya sendiri, aku mahu kalian melakukannya, barulah aku tahu sejauh mana sokongan kalian terhadap karya-karyaku.
Terima kasih!
MeDDMeNov
************************************************************
Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian. Nama penaku Meddmenov. Sudilah kalian membaca karyaku yang tidak seberapa ini.
Peringatan sebelum membaca novel ini:
1) Novel ini panjang dan mungkin membosankan
2) Semua watak dan unsur plot dalam karya ini adalah rekaan semata-mata. Jika terdapat sebarang persamaan khususnya dengan sejarah Jepun dan umumnya dengan segala yang lainnya, ia hanyalah suatu kebetulan.
3) Novel ini tidak wajar dijadikan rujukan bagi memahami sejarah Jepun dan sebarang kajian berkaitannya haruslah berdasarkan rujukan ilmiah pakar-pakar sejarah Jepun dan juga sumber-sumbernya yang sahih.
4) Novel ini plot driven. Maka aku tidak akan tulis panjang berjela untuk babak-babak yang simple termasuk babak pertarungan. Sebab cerita ini sudahpun panjang plotnya.
5) Novel ini BUKAN novel cinta. Memang ada sikit-sikit babak cinta, namun itu bukanlah keutamaan novel ini. Novel ini lebih kepada fantasi sejarah, maka diharap kalian dapat bertahan dengan unsur-unsur plot yang mengarut di dalamnya.
6) Novel ini novel sedih. Jadi diharap kalian tidak expect happy ending yang biasa. Happy ending itu ada, tapi lain sikit. Semua dalam buku ketiga nanti.
7) Dialog-dialog dalam bahasa Jepun sengaja diletakkan untuk beri gambaran bahawa kisah ini berlaku di Jepun. Aku hanya gunakan dialog bahasa Jepun moden, di mana ia sebenarnya tidak diamalkan pada abad ke-19. Bahasa Jepun moden hanya diperkenalkan oleh Meiji selepas 1868 dan diterima serta diamalkan secara perlahan-lahan oleh masyarakat, bukannya mendadak.
Updates (setakat 19 June 2021):
Di sini aku senaraikan semua ralat-ralat yang ditemui selepas aku memuatnaik karyaku di sini. Ralat-ralat ini tidak akan dibetulkan kecuali jika karyaku diterbitkan.
1) Kozue adalah nama peribadi untuk perempuan. Namun aku akan kekalkannya sebagai nama keluarga Kobato dahulu.
2) Kotobuki selalunya digunakan untuk nama keluarga. Namun aku akan kekalkannya sebagai nama peribadi sami kuil Furukawa itu.
3) Nama Kobato itu juga nama perempuan rupanya (facepalm!). Maksudnya cuma 'merpati kecil', tidak sangka diperuntukkan untuk nama peribadi perempuan. Namun aku akan kekalkan selagimana karya ini belum diterbitkan.
4) Dalam sejarah sebenar, Maharaja hanya mengambil kembali tanah-tanahnya dalam masa tiga tahun selepas pembaharuan 1869. Namun dalam kisah ini, aku andaikan pengambilan semula tanah-tanah dilakukan sejurus selepas Maharaja memenangi perang dengan shogun Tetsugawa.
5) Dalam bab 45, Kobato berkata dia tidak akan memaafkan Takasaki. Kemudian dia memaafkannya sewaktu berjaya menewaskan Takasaki. Aku fikir ini satu kecuaian, namun kalian boleh mengandaikan dia mengubah fikirannya setelah berjaya membunuh Takasaki, dan juga sebagai menenangkan Takasaki di saat akhir nyawanya.
6) Dalam bab 44, Kobato tidak menemukan resin aomomiji di pasar. Namun resin ini ditadah dan dijual Kotobuki seperti yang aku coretkan dalam bab 41. Benar, ia dijual namun oleh penjaja bergerak dan bukan di shukuba sepanjang Nakasendo yang dilawati Kobato.
7) Antara nama-nama peribadi dalam kisah ini yang sebenarnya merupakan nama keluarga dalam dunia sebenar (aku sepatutnya google dulu sebelum muatnaik!): Miura, Nakatsu, Kotobuki, Takamine, Hagiura, Hamada, Tsuneki. Dan Yoshitsugu selalunya digunakan sebagai nama peribadi bukannya keluarga.
8) Di akhir bab 43 ketika Ryouji mempamerkan jurus kesembilan, Shinji tidak menonton. Jika dia menonton, maka hanya dia yang mampu mengamati semua gerakan Ryouji di jurus tersebut.
9) Dalam bab 22, Chisato dan Ryouji berhenti di kedai ramen. Jika diikutkan sejarah sebenar, dalam tahun 1870, belum ada kedai ramen di jepun. Ramen diperkenalkan oleh pedagang China dalam tahun 1850-an, namun kedai ramen pertama hanya dibuka selepas tahun 1900. Namun pembaca boleh mengabaikan kecuaian ini.
10) Dalam bab 52, ada dinyatakan berkenaan eksperimen bandul (perbualan Mariko dengan Takasaki). Aku menggunakan eksperimen bandul Barton sebagai rujukan. Sebenarnya jika diikutkan sejarah sebenar, eksperimen in berlaku berdekad selepas tahun 1872. Maka andaikan sahajalah eksperimen ini berlaku pada sebelum revolusi Meiji 1868 dalam kisah ini.
11) Dalam bab 12, berkenaan takoyaki. Ini lagi satu ralat sejarah. Dalam sejarah sebenar, takoyaki hanya dicipta selepas tahun 1930-an (makanan ini agak moden nampaknya). Namun andaikan sahaja dalam kisah ini takoyaki sudahpun wujud. Atau mungkin aku akan ubah kepada makanan lain yang wujud pada abad ke-19 Jepun ketika matsuri di Kyoto itu berlangsung, demi memelihara plot. (sungguh, aku banyak belajar dari penulisan novel pertamaku ini. Jika kalian benar-benar bersungguh menghasilkan karya penulisan kalian dengan kajian teliti, kalian akan belajar banyak perkara!)
12) Berkenaan pedang Saishi-tou, ia dicipta tidak bermata agar penggunanya tidak membunuh sewenang-wenangnya. Namun dalam bab 53, Mariko masih berjaya menggunakannya bagi membunuh Tsugiyama. Ya, namun membunuh menggunakan pedang tidak bermata lebih sukar dan hanya boleh dilakukan dengan kaedah tertentu (seperti memukul bahagian tertentu tengkuk dan dengan kekuatan tertentu) dan Mariko pula dibantu dengan jurus pantas kaminari pada ketika itu. Tanpa mata, pengguna Saishi-tou tidak akan begitu mudah membunuh terutama ketika dikuasai emosi.
************************************************************
Sampel runut bunyi.
Di bawah ini aku senaraikan lagu-lagu sampel yang boleh dijadikan contoh runut bunyi yang bermain dalam fikiran aku sewaktu aku menggambarkan satu-satu babak. Mungkin, jika karya ini diterjemah dalam bentuk gambar bergerak satu hari nanti, aku mahukan runut bunyinya mengikut cirian yang ada pada lagu-lagu ini. Barulah sempurna!
1) O-Life Japan - 高貴さと孤高のカナル (‘the canal of loner and noblemen’)
(Babak rujukan: Sewaktu Ryouji danAyame berkuda ke Shirasaka-no-kogen)
2) KOKIA – Spirits
(Babak rujukan: Sewaktu Ryouji danHisamiko melawat kubur bapa mereka pada tahun 1869)
3)村正クオリア (Muramasa Kuoria) - 黒髪乱れし修羅となりて (‘the elegant brunette at thebattlefield’)
(Babak rujukan: Sewaktu Mariko melihatHisamiko bertarung kendo dengan pasangan Funazuki)
4) HIROKO - 最後の恋 (‘the last love’)
(Babak rujukan: Sewaktu Azusa mengintaiRyouji dan Chisato di hutan buluh)
5) The ONE - 深紅の呂旗(‘red-crimson flag’)
(Babak rujukan: rahsia! (haha..sebabbabak ini belum muncul dalam karyaku di sini))
Semua lagu-lagu di atas adalah hak cipta terpelihara penggubah dan penerbitnya. Kalian bolehlah mencari lagu-lagu di atas di Youtube jika mahu mendengarnya.
************************************************************
KAISENJYO (海戦女) (NAVAL VANADIS / GADIS TEMPUR SAMUDERA)
BUKU 1 DARI 3 (BOOK 1 OF 3) : HAYABUSA
ARKA 1 DARI 2 (STORY ARC 1 OF 2) : TAKASAKI
Prolog.
Musim luruh tahun 1868.
Okuhida Miura sedang duduk di dalam bilik utama sambil melakar kaligrafi. Pintu depannya tiba-tiba diketuk. Calitan berusnya tersasar. Dia bingkas bangun menuju ke pintu hadapan. Dia menarik pintu gelangsar dengan penuh hati-hati sambil mengintai jika seseorang yang berbahaya cuba menyerang hendapnya.
"Okuhida Miura-san desuka?" dua orang pemuda sedang berdiri di hadapan rumah itu.
"Ya."
Mereka tunduk hormat. Kedua-duanya berpakaian seperti samurai dengan dua bilah pedang tersisip di pinggang.
Aku seperti pernah melihat mereka berdua ini. Oh ya. Mereka selalu bersama Saitou, pelajar kepada Takasaki itu. Dahulu mereka masih remaja. Tidak silap aku nama mereka ini Sairenji dan Genji. Aku tidak pernah bercakap dengan mereka berdua ini. Hanya sekali-sekala ternampak mereka ketika aku kembali berkhidmat kepada Hamada di Kawamoto.
"Kami dihantar oleh Daimyo Yoshitsugu Hamada untuk menyampaikan dan melaksanakan arahannya. Dia mengarahkan kamu melakukan seppuku."
Miura tersentak mendengarnya. Seppuku ialah arahan membunuh diri dari seorang ketua kepada anak buahnya, kerana anak buahnya telah melakukan kesilapan yang telah menjatuhkan maruahnya. Dengan kata lain, Hamada, bekas ketuanya, atau daimyo, telah mengarahkan dia membunuh diri.
"Aku bukan lagi samurainya maka aku tidak lagi tertakluk kepada peraturan bushido. Nyah kamu semua dari sini." Miura membalas dengan tegas, dan menarik pintu gelangsar kembali tutup. Tanpa mempedulikan pintu itu telah ditutup, salah seorang pemuda itu meneruskan kata-katanya.
"Benar, tetapi Hamada-sama mengatakan bahawa Tuan telah melakukan kesalahan berat itu ketika masih menjadi samurainya. Demi menutup malu Tuan harus melakukan seppuku."
"Bagaimana jika aku enggan?"
"Kami berdua akan membunuhmu."
Miura segera menuju ke dalam biliknya, mencari pedang samurainya yang sudah lama tidak digunakan. Dua orang utusan Hamada itu dibiarkan menunggu di luar.
Miura membuka lacinya dan mengambil sekeping kertas yang telah ditulis sesuatu, barangkali pesanan atau wasiatnya. Dia menggulung kertas itu, bangun menuju ke sebuah bilik yang dihubungkan kepada bilik tersebut oleh sebuah pintu gelangsar. Di dalam bilik itu terdapat kabinet merpati, yang bertanda nama-nama destinasi seperti Kyoto, Edo dan sebagainya. Miura mengikat gulungan kertas itu pada kaki seekor burung merpati, yang diambil dari kabinet merpati bertanda 'Takasaki'. Burung merpati itu kemudian dilepaskan terbang menghantar surat tersebut ke destinasi yang telah dilatih.
Hamada, aku tahu engkau sememangnya mahu membunuhku. Apa yang engkau katakan melalui pemuda-pemuda itu, hanyalah alasan. Aku terima keputusanmu. Akan tetapi, aku tidak akan mengalah, selagi aku mampu bertarung, aku akan bertarung. Aku perlu hidup demi anak-anakku.
Setelah sekian lama menunggu, Miura masih tidak keluar-keluar. Utusan-utusan Hamada mula berasa gelisah seperti cacing kepanasan.
"Sairenji, engkau fikir patutkah kita menunggu lama di sini? Aku tidak mahu menunggu sehingga malam. Aku tidak arif bertarung di dalam gelap." Luah Genji, seorang pemuda berkimono perang dan bertubuh kurus dan tinggi, bermata kecil dan rambut panjang diikat ke belakang. Genji berumur dua puluhan, berwajah bersih dan bermuka panjang.
"Kita tunggu dahulu. Barangkali dia sedang mandi. Mungkin tidak sabar mati dalam keadaan suci." Sambut Sairenji, diikuti ketawa kecil mereka berdua. Sairenji memakai kimono berwarna merah gelap. Dia berbadan sedang dan rendah sedikit berbanding Genji. Seperti kebiasaan samurai, rambut panjangnya diikat ke belakang. Dia juga menyimpan jambang dan bermuka bulat, serta matanya dua kelopak, besar dan sedikit sepet. Wajahnya nampak seperti seorang bapa yang berumur lima puluhan, namun dia sebenarnya jauh lebih muda dari itu.
"Yakin benar engkau yang kita mampu menewaskannya?" Tanya Genji pula.
"Miura sudah lama meninggalkan Hamada dan menjadi petani di sini. Tambahan pula umurnya sudah tua. Aku yakin aku mampu menewaskannya. Jikapun aku tewas dan mati, Hamada akan memberikan pampasan kepada keluarga kita bukan?"
"Benar katamu. Namun aku tidak mahu mati sekarang, Sairenji. Aku belum berkahwin."
"Genji, lupakah engkau ikrar kita sebagai samurai? Untuk mati melaksanakan arahan ketua kita?"
"Aku tahu...tapi aku punya banyak perkara yang belum kucapai..."
"Genji, biar aku yang masuk dahulu. Jika terjadi apa-apa kepadaku, engkau akan menyusul menyerangnya. Genji, hidup, ataupun mati, keputusannya sama sahaja. Pastikan arahan Hamada dijayakan, dan engkau akan mendapat kemuliaan samurai. Jika engkau mati, engkau mati dalam kemuliaan samurai."
Genji hanya mengangguk dalam serba salah. Setakat ini sahajakah hidupku? Tidak, Sairenji. Keputusannya tidak sama. Aku akan bertarung, tetapi aku bertarung untuk hidup, dan bukannya untuk mati. Terpulang padamu bertarung untuk apa.
Adab diketepikan, lalu mereka masuk ke dalam rumah Miura tanpa kebenaran, dimulai dengan Sairenji sedang Genji menyorot di belakangnya.
Mereka terus menuju ke bilik utama. Sebaik Sairenji masuk ke dalam bilik, sekilas bunyi desingan pedang membunuhnya. Darah merah pekat membasahi lantai bilik.
Genji terkejut dengan tindakan lelaki tua itu. Sairenji yang baru sebentar tadi berbicara dengannya, sudah tidak sedarkan diri dengan lehernya mengalirkan darah pekat.
"Aku akan menuntut bela kematiannya. Bersedia untuk mati, orang tua!" Genji menarik pedang dari sarungnya dan mula menghayun ke arah Miura.
Miura menahan, memusing dan menolak penyerangnya ke dinding. Dia melanggar meja dan terjatuh. Miura menggunakan taktik bertarung di dalam ruang sempit kerana dia bimbang dengan ketangkasan berpedangnya yang semakin merosot pada usianya yang hampir mencecah enam puluhan. Ruang sempit adalah lebih mudah dan menghadkan pergerakan penyerang.
Genji yang sedang rebah itu tangkas bangkit dan menendang Miura. Miura terjatuh.
Aku fikir mungkin tidak mampu menewaskannya di sini. Ruang ini terlalu sempit. Aku akan keluar dari sini dan dia akan mengekoriku, dan akan meneruskan pertarungan di luar. Bagaimana? Aku perlukan jalan keluar terdekat denganku. Tingkap, ya tingkap di sebelahku ini. Aku akan membuka tingkap bilik ini.
Genji sempat membuka tingkap bilik. Melihatkan itu, Miura bangun dan berjalan pantas seraya melibas pedangnya ke betis Genji yang sedang bersedia untuk keluar dari tingkap. Dia jatuh tersungkur, tingkap bilik ditutup kembali oleh Miura namun dia terlupa menguncinya. Miura segera bangun lalu cuba merodok pedangnya ke pinggang Genji. Genji sempat mengelak dan rodokan itu mengenai sisi pinggangnya. Darah mengalir deras.
Budak, engkau tidak akan dapat lari dari sini. Sama ada aku mati, atau engkau yang mati. Jika engkau terlepas sekalipun, Hamada pasti akan menghantar orang-orangnya yang lain bagi membunuhku.
Genji mengerah segala kudrat yang ada dan menendang Miura. Dia lalu memanjat tingkap itu, melarikan diri menuju ke belukar, menyedari keadaannya yang parah.
Sialan! Orang tua itu masih mahir menggunakan pedangnya. Barangkali dia melatih orang muda yang lain, maka kemahirannya tidak luntur dimamah usia selama dia bersawah. Sepatutnya aku dibantu oleh seorang atau dua orang lagi. Aku tidak boleh bergerak lancar dengan pinggang dan kaki yang tercedera ini. Bukan mudah untuk menewaskan dia sekarang! Sialan, seluruh tubuh orang tua itu masih tiada sebarang kecederaan.
Bagaimana, bagaimana sekarang? Sairenji sudah mati, dan jika aku kembali kepada Hamada, mungkin dia akan mengarahkan aku melakukan seppuku. Aku tidak mahu mati sekarang. Aku masih ada banyak perkara yang perlu dicapai. Aku tahu sekiranya aku mati, ibu bapaku akan diberi pampasan. Namun, untuk apa hidupku jika setakat ini sahaja?
Miura melihat dari tingkap yang terbuka, lalang pada belukar di luar bergerak-gerak. Dia tangkas bergerak keluar dengan capalnya bagi menjejaki Genji.
***
Kisah ini juga diterbitkan di laman wattpad saya: https://www.wattpad.com/user/meddmenov